Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 1

SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN CENDANA,

JALAN PERSIARAN CENDANA TEL : 07-2521016


81700, PASIR GUDANG, JOHOR. FAX: 07-2521016

Ruj kami : JBA1107/700-1/2/1 ( )


Tarikh : 2 JULAI 2012

Kepada :
Ibu bapa / penjaga
Murid-murid tahun 5 SK Taman Cendana

Tuan / Puan
KURSUS KEMAHIRAN LANJUTAN UNIT BERUNIFORM MURID-MURID TAHUN 5 2012

Perkara di atas mohon dirujuk.

2. Kursus tersebut akan diadakan seperti kenyataan yang berikut :

Tarikh : 21 hingga 23 September 2012


Hari : Jumaat, Sabtu dan Ahad
Tempat : Sekolah Kebangsaan Taman Cendana
Masa : Daftar = 5.00 petang (Jumaat)
Balik = 12.30 tengah hari (Sabtu)
Penginapan : Berkhemah

3. Untuk makluman tuan/puan, kursus ini bertujuan untuk memberikan pendedahan yang lebih luas
kepada murid-murid tahun 5 tentang kemahiran-kemahiran yang ada di dalam unit beruniform.

4. Sekiranya tuan / puan bersetuju, sila lengkapkan borang kebenaran ibu bapa (seperti dilampiran) dan
dihantar kepada Puan Nurul Azrin binti Abu Zaini (Penyelaras Unit Beruniform) beserta bayaran penyertaan
sebanyak RM 35.00 sahaja selewat-lewatnya pada 19 September 2012. Jika terdapat sebarang pertanyaan,
tuan/puan boleh menghubungi En. Roslan bin Ibrahim di talian 013-7807123 atau Pn. Nurul Azrin di talian
016-9342534.

5. Semoga program ini dapat berjalan dengan jayanya. Segala kerjasama dan perhatian daripada pihak
tuan/puan amatlah kami hargai dan didahului dengan ucapan jutaan terima kasih.

Sekian untuk makluman dan tindakan pihak tuan / puan. Terima kasih.

”BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,

....................................................
( )

You might also like