Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 8

MINIT MESYUARAT PEMBUKAAN SEKOLAH 2011

SEKOLAH MENENGAH SAINS LAHAD DATU

TARIKH : 31 DISEMBER 2010


MASA : 8.00 PAGI
HARI : JUMAAT
TEMPAT : BILIK MESYUARAT

KEHADIRAN :

Hadir:
- Pn. Wong Vui Hang
- En. Mohd Puzi bin Othman
- En. Ahmad bin Mat Ali
- En. Sudirman Bin Kaspin
- En. Jupri Bin Basari
- En. Ahmad Bin Abdul Rauf
- En. Tia Yee Hien
- En Aziz Bin Sarail
- En. Hamdi Bin Musi
- En. Mizal Bin Malek
- En. Isa Anak Putat
- En. Ahmad Ashadi Bin Abdullah
- En Nur Hasli Bin Basri
- Cik Kamilah Binti Saidi
- Pn Erijah Binti Ajad
- En Riduan Bin Amirbek
- En. Abd Jala Bin Hj. Ujoh
- En. Khairul Anuar Bin Mohd Razali
- En. Ahmad Sani Ruhaizan Bin Sahbudin
- Cik Jumaiyah Binti Alibaba
- Cik Tan Kui Gek
- En. Amzari Bin Hassan
- En Darmawan Bin Asaad Palanchoi
- En. Mohd Kasri Awang
- En. Ahmad Rizan Ab Raup
- Pn Rosmawati Mohd Nazri
- En Kasdi Bin Kamin
- Cik Nor Aini Binti Ismail
- Cik Noorazura Binti Abdul Rahman
- Cik Siti Munirah Binti Aris
- Cik Azati Binti Ab Aziz
- Cik Herna Binti Nordin
- En. Ahmad Bin Mat Ya’acob
- Cik Wong Jieh Jing
- Cik Hiezel Fitri Azman
- Cik Irdawati Abdul Manan
- Cik Wong Jia Hui
- Cik Siti Rahayu Binti Zahari
- En. Muhammad Shahizam Bin Harun
- Pn. Sudarmiaty Binti Kamaruddin
- En. Mohd Zamri Bin Hamid
- En. Mohd Faisal Bin Mohd Yaakub
- En. Mohamad Bakri Bin Mohd Said
- Pn. Nadia bt Zulkifli
- Cik Fauziah Henry

Tidak Hadir Bersebab:


- En. Yusri Bin Yusoff
- Cik Zainab Binti Awang
- En Mohd Hafiz Bin Shober
- Cik Halimaton Binti Abu Bakar
- En. Nor Hashim Bin Md. Jonet
- Pn. Norrizar Muhammad
- Cik Hendey Jamari

1.0 Ucapan Penolong Kanan

1.1 Kata alu – aluan daripada pengerusi


 Pengerusi mengalu-alukan kedatangan semua guru pada mesyuarat pembukaan
sekolah bagi tahun 2011.
 Pengerusi mengucapkan selamat datang kepada guru baru, Puan Nadiah dan Cik
Fauziah.
 Pengerusi juga mengucapkan tahniah kepada guru-guru yang menjayakan PMR tahun
2010. Sekolah Menengah Sains Lahad Datu menjadi sekolah terbaik bagi negeri
Sabah dan zon SQL serta mendapat kedudukan ke-26 dalam peringkat kebangsaan
(SBP).
Tindakan: Penolong Kanan

1.2 Pengerusi berkongsi tentang Mesyuarat Pengetua-pengetua SBP yang telah dihadiri.
 Pengerusi menyatakan bahawa dijangkakan dalam 2015, semua SBP akan mencapai
‘Asrama Terbilang’. Ini supaya SBP boleh menjadi ‘showcase’ kepada sekolah-
sekolah lain.
 Guru-guru juga harus tahu dasar-dasar Kementerian Pelajaran.
 Sekolah Menengah Sains Lahad Datu juga telah ditegur mengenai guru-guru yang
tidak menghantar rancangan pengajaran harian (RPH). Tindakan boleh diambil
kepada guru-guru yang tidak menghantar RPH. Guru-guru diminta menghantar terus
yuran yang dikutip kepada pejabat supaya tidak mengalami audit berteraburan.
 Pengerusi mengatakan SBP perlu mengadakan sistem pemantauan yang berkesan.
Oleh itu, pencerapan akan dibuat secara mengejut.

Tindakan : Semua guru

1.2 Pengerusi menyentuh tentang persediaan pembukaan sekolah. Pengedaran buku teks akan
diadakan pada 2 Januari 2011.
 Pengerusi berharap agar guru-guru telah menyiapkan Rancangan Pengajaran Tahunan
dan RPH sebelum sesi persekolahan bermula.
 Pengerusi memberitahu tentang Rancangan Tahunan HEM dan Kokurikulum yang
akan disentuh oleh Penolong Kanan HEM dan Penolong Kanan Kokurikulum.
 Guru-guru kelas boleh mengambil jadual waktu di pejabat.
 Pengerusi meminta agar setor sukan dibersihkan dan dikemaskini.
 Jadual kedatangan murid untuk setiap kelas juga harus dikemaskini.
Tindakan : Semua guru

1.3 Pengerusi memberitahu bahawa pencerapan kelas akan dilakukan oleh PPD pada hari
pertama persekolahan.
Tindakan : Semua guru

1.4 Pengerusi mengingatkan guru-guru untuk menyediakan dan mengemaskini fail rekod
mengajar.
 Guru-guru diminta untuk merujuk format yang sepatutnya daripada Ketua Bidang
untuk sebarang maklumat.
 Fail rekod mengajar harus dihantar setiap Jumaat sebelum jam 5 petang. Guru-guru
harus menghantar fail dan bukan helaian RPH yang dibuat untuk minggu tersebut
sahaja.
 Guru-guru perlu membaca komen yang diberikan di dalam fail rekod mengajar
mereka.
Tindakan : Semua guru

1.5 Pengerusi memaklumkan tentang e-Hadir.


 e-Hadir akan diisi oleh pihak pentadbir.
 Kehadiran guru-guru dan juga RPH akan direkodkan di dalam e-Hadir.
Tindakan : Semua guru

1.6 Pengerusi menyentuh tentang RPH.


 Guru-guru yang tidak menghantar RPH tiga kali berturut-turut, maka surat amaran
akan diberi kepada guru tersebut.
 Guru-guru yang pergi berkursus juga perlu menghantar RPH.
 Pengerusi memberitahu bahawa RPH akan dijadikan SKT bagi guru-guru. Oleh itu,
guru-guru diminta menulis RPH dengan lebih detail.
 Pengerusi menyarankan guru-guru untuk mencatat di dalam RPH jikalau mereka
mengadakan kelas tambahan dan juga jika melalukakan aktiviti kokurikulum.
Tindakan : Semua guru

1.7 Pengerusi meminta guru-guru untuk selalu merujuk takwim sekolah yang telah diedarkan
bagi mengetahui tentang tarikh-tarikh penting. Pengerusi juga menyarankan guru-guru
untukberjumpa dengan pihak pentadbir jika terdapat sebarang masalah.
Tindakan : Semua guru

1.8 Pengerusi memaklumkan bahawa pihak PPD meminta agar guru-guru yang ingin membuat
lawatan perlu menghantar pemohonan dua bulan sebelum tarikh lawatan. Bagi lawatan ke
luar negeri, guru-guru harus mengisi borang A. Pengerusi juga memberitahu bahawa AKS
tidak dibenarkan menjadi pengiring murid.
Tindakan : Makluman

1.9 Pengerusi menyentuh tentang jadual waktu guru-guru.


 Pengerusi memberitahu guru-guru untuk merujuk kepada En. Ahmad bin Abdul Rauf
jika mempunyai masalah dengan jadual waktu mereka.
 Pengerusi meminta semua guru untuk mematuhi jadual yang disediakan dan masuk
ke kelas dan keluar tepat pada masa yang ditetapkan.
 Guru-guru juga harus mematuhi jadual relif.
Tindakan : Semua guru

1.10 Pengerusi menyentuh tentang pergerakan keluar masuk semua staf semasa waktu tugas
rasmi.
 Pergerakan keluar masuk akan dicatat oleh pengawal di pondok pengawal.
 Pengerusi menyatakan bahawa pada waktu bertugas rasmi, semua staf mesti berada di
kawasan sekolah.
Tindakan : Makluman

1.11 Pengerusi mengingatkan bahawa para guru harus melaksanakan tanggungjawab sebagai
seorang guru.
Tindakan : Semua guru

1.12 Pengerusi meminta agar semua staf menjalinkan hubungan baik sesama sendiri.
 Pengerusi menyatakan bahawa semua staf perlu menjalinkan hubungan akrab sesama
sendiri supaya ada kerjasama yang kuat agar boleh berjaya dalam segala aspek.
 Pengerusi mengingatkan agar guru-guru jangan bersekongkol dengan murid dan
jangan menyembunyikan masalah murid.
 Kaunselor juga perlu memainkan peranan untuk menangani masalah murid-murid.
 Guru-guru cemerlang yang tidak mengekalkan kecemerlangan juga mesti dilaporkan
ke pihak pentadbir.
Tindakan : Makluman dan kaunselor
2.0 Ucapan Penolong Kanan Hal Ehwal Murid

2.1 Kata alu – aluan daripada Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
 Memulakan ucapan dengan memberi kata alu – aluan kepada guru yang hadir dan
ucapan tahniah atas kejayaan PMR.

2.2 Pendaftaran tingkatan 2, 3, 4 dan 5


 PK HEM memaklumkan pendaftaran murid tingkatan 2,3,4 dan 5 akan diadakan
seperti ketetapan berikut;
Tarikh : 2 Januari 2011
Masa : 2.00 – 4.30 petang
Tempat : Dewan Seri Bayu

 Guru-guru terlibat perlu ada di sekolah.


 PK HEM memberitahu yuran PIBG akan dikutip pada hari pendaftaran. Namun, En
Tia Yee Hien menyatakan bahawa yuran PIBG belum dapat ditetapkan pada
mesyuarat PIBG yang lalu.
 PK HEM menyatakan guru-guru perlu mengutip RM1.50 pada hari pendaftaran untuk
insuran takaful murid.
 Senarai nama murid setiap kelas akan diberikan nanti.
Tindakan : Guru Kelas

2.3 PK HEM memberitahu bahawa senarai nama bagi pendaftaran murid Tingkatan Satu telah
dikeluarkan. Seramai 51 orang murid dari Telupid, Tawau dan Pantai Barat telah terpilih.
Tindakan : Makluman

2.4 PK HEM menyatakan bahawa senarai jawatankuasa bagi pendaftaran Tingkatan Satu telah
diedarkan dan gurru-guru diminta merujuk senarai tersebut.
 Mesyuarat ringkas bagi jawatankuasa pendaftaran Tingkatan Satu akan diadakan pada
hari Selasa (4 Januari 2011)
Tindakan : Guru terlibat

2.5 PK HEM memberitahu bahawa murid yang lambat mendaftar akan didaftarkan oleh guru
yang bertugas pada minggu tersebut.
Tindakan : Makluman

2.6 PK HEM meminta guru-guru untuk merujuk lampiran diberi yang berkaitan dengan
penghantaran buku rekod kehadiran murid.
Tindakan : Guru Kelas

2.7 PK HEM memberitahu bahawa guru-guru perlu mengisi dan menandatangani buku log
yang akan disediakan oleh Cik Rokiah jika mereka telah menyerahkan duit.
Tindakan : Makluman
2.8 PK HEM menyentuh tentang rutin harian murid.
 Rutin harian murid akan ditampal di papan kenyataan.
 PK HEM menyarankan agar semua latihan kokurikulum murid, tidak dilakukan
sewaktu prep malam.
 Segala permohonan untuk latihan kokurikulum ketika waktu prep perlu dibuat kepada
PK HEM dan ditampal di papan kenyataan. Sekiranya guru-guru terpaksa
menggunakan masa prep malam, latihan hanya boleh dijalankan selepas jam 9.15pm.
Tindakan : Makluman\

2.9 PK HEM mengingatkan guru-guru yang ingin membawa pelajar keluar dan tidak bermalam
di sekolah agar memaklumkan kepada beliau ataupun warden bertugas.
Tindakan : Makluman

2.10 PK HEM menyatakan bahawa ada ibubapa yang merungut yuran atau kos pelajaran di
sekolah terlalu tinggi. Murid dikatakan kerap meminta duit daripada ibubapa. Oleh itu,
guru-guru diminta menyediakan surat kepada pihak pentadbir untuk mendapat kelulusan
jika ingin mengutip wang daripada murid.
Tindakan : Makluman

2.11 PK HEM juga mengharapkan agar guru-guru menjaga hubungan baik sesama mereka.
Tindakan : Semua guru

3.0 Ucapan Penolong Kanan Kokurikulum

3.1 Kata alu-aluan daripada PK Kokum


 PK Kokum mengucapkan tahniah atas kejayaan PMR.
 PK Kokum mengucapkan terima kasih kepada semua guru pengiring yang telah
membawa murid-murid ke peringkat daerah, zon, negeri dan antarabangsa.
Tindakan : Makluman

3.2 PK Kokum meminta guru-guru merujuk takwim untuk senarai nama jawatankuasa baru
kokurikulum tahun 2011.
Tindakan : Makluman

3.3 Perjumpaan kokurikulum .


 PK Kokum memberitahu perjumpaan pertama kokurikulum akan diadakan pada hari
Rabu, 5 Januari 2011.
 En. Kasdi Kamin bertanya samada murid tingkatan lima masih boleh menyandang
jawatan sebagai ahli jawatankuasa. PK Kokum memberitahu bahawa murid tingkatan
lima boleh menjadi AJK dalam unit beruniform, sukan permainan dan juga kelab dan
persatuan.
Tindakan : Makluman
3.4 PK Kokum meluahkan rasa kecewa kerana kehadiran guru-guru unit beruniform bagi tahun
2010 amat menyedihkan. Oleh itu, beliau mengharapkan guru-guru dapat memberi
kerjasama penuh dalam kokurikulum pada tahun 2011 nanti.
Tindakan : Makluman

3.5 PK Kokum memberitahu bahawa tapak perkhemahan di gelanggang bola tampar akan
dinaiktaraf.
Tindakan : Makluman

3.6 PK Kokum meminta agar semua peralatan kebudayaan yang telah digunakan disimpan
semula di Bilik Kebudayaan. Peralatan lain seperti peralatan sukan juga harus disimpan di
tempat asal setelah selesai digunakan bagi kemudahan semua.
Tindakan : Makluman

4.0 Hal – Hal Lain

 En Kasdi Kamin bertanya kepada Pn Wong Vui Hang tentang waktu bekerja. Pn Wong
Vui Hang menyatakan bahawa waktu bekerja masih sama seperti dulu.
 Pn Wong Vui Hang berpendapat jadual petang dulu perlu dikaji. Pn Wong Vui Hang
mengajukan pertanyaan kepada guru-guru samada mahu membuat tutorial ikut
keselesaan masing-masing, atau hanya guru-guru yang mempunyai kelas petang sahaja
hadir pada waktu petang.
 En Sudirman Kaspin menjawab pertanyaan Pn Wong Vui Hang dengan menyatakan
bahawa majoriti guru tidak bersetuju dengan jadual kelas petang berdasarkan undian
yang pernah dijalankan.
 En Tia Yee Hien bertanyakan tentang pemilihan pengawas peperiksaan SPM. Beliau
meminta pihak pentadbir untuk menentukan cara bagi menangani masalah tersebut
kerana pengawas peperiksaan SPM yang sama telah bertugas untuk dua tahun berturut-
turut. Pn Wong Vui Hang menyatakan bahawa hal tersebut telah dibincangkan dan pihak
pentadbir akan mencari organisma lain untuk menyelesaikan masalah itu.
 En Khairul Anuar bertanya samada bilangan guru untuk semua subjek mencukupi atau
sebaliknya. Pn Wong Vui Hang menyatakan hanya guru bagi subjek Bahasa Melayu
sahaja yang tidak mencukupi.
 Pn Wong Vui Hang meminta agar guru-guru yang menjaga bilik-bilik khas untuk
mengambil semula kunci bilik di bawah jagaan mereka.
 Pn Wong Vui Hang mengingatkan agar kelas-kelas mesti dilengkapkan dengan langsir
dan sebagainya serta berkeadaan bersih.
 Pn Wong Vui Hang meminta agar guru-guru patuh dengan etika berpakaian dan memakai
uniform setiap hari Rabu.
Tindakan : Makluman
5.0 Penutup

5.1 Mesyuarat telah ditangguhkan pada pukul 11.15 pagi. Mesyuarat akan disambung pada
tarikh dan masa yang akan ditentukan kelak.

Disediakan oleh,

(HIEZEL FITRI BINTI AZMAN)


Setiausaha Taklimat dan Mesyuarat,
Sekolah Menengah Sains Lahad Datu
Sesi 2010

Dicadangkan oleh, Disokong oleh,

( ) ( )

You might also like