Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 14

CLUSTER OF EDUCATION AND SOCIAL SCIENCES

SEMESTER SEPTEMBER 2019

PROGRAM SARJANA MUDA PENGAJARAN


( PENDIDIKAN RENDAH ) DENGAN KEPUJIAN

HBEF3103
PRINSIP TEKNOLOGI PENGAJARAN

NO. MATRIKULASI : 931009055194001


NO. KAD PENGENALAN : 931009055194
NO. TELEFON : 010-8625372 / 013-6510172
E-MEL : hurulain1993@gmail.com
PUSAT PEMBELAJARAN : SEREMBAN, NEGERI SEMBILAN
ISI KANDUNGAN

Isi Kandungan......................................................................................................................2

Bahagian A

1.0 Pengenalan model ASSURE.......................................................................................3


2.0 Elemen-elemen model ASUURE...............................................................................4
2.1 Analisa pelajar.....................................................................................................4
2.2 Nyatakan objektif.................................................................................................4
2.3 Pilih kaedah, media dan bahan............................................................................5
2.4 Guna media dan bahan.........................................................................................6
2.5 Perlu penglibatan pelajar.....................................................................................7
2.6 Menilai dan menyemak........................................................................................7
3.0 Kebaikan Penggunaan Model ASSURE Dalam Konteks Pengajaran Dan
Pembelajaran.......................................................................................................................9
4.0 Rumusan...................................................................................................................10
Rujukan..............................................................................................................................11

Bahagian B

1.0 Pengenalan Kemahiran Pengajaran Abad ke-21 ..........................................................12


2.0 Tiga Kemahiran Pengajaran Oleh Guru Berdasarkan Video.........................................12
3.0 Kesimpulan....................................................................................................................13

2
BAHAGIAN A

1.0 Pengenalan

Proses penyampaian atau pengajaran merupakan perkara utama dalam pendidikan dan latihan.
Setiap proses pengajaran perlu ada objektif yang jelas apa yang hendak dicapai. Matlamat ini
tidak akan dapat dicapai sekiranya tiada perancangan yang lengkap dan sistematis. Justeru itu,
reka bentuk pengajaran memastikan pembelajaran tidak harus berlaku dalam keadaan kelam-
kabut, tetapi perlu dibina mengikut proses yang tersusun atur dan menjurus kepada hasil
pembelajaran yang boleh diukur. Selain itu, tanpa perancangan yang terancang dan teratur,
seorang guru juga tidak dapat mencapai kepuasan dan keberkesanan dalam pengajaran. Penting
bagi seorang guru membuat perancangan yang lengkap dan rapi supaya dapat memenuhi fungsi
sesuatu topik dan strategi pembelajaran untuk membantu dalam proses penyampaian maklumat
kepada pelajar-pelajarnya.

Perancangan yang lengkap juga membolehkan guru mempunyai panduan dan


mengelakkan guru dari melakukan kesilapan. Mengajar perkara-perkara yang tidak berguna
secara baik atau mengajar perkara yang penting secara buruk merupakan suatu kesilapan dalam
Pendidikan (Hunter, 1987). Oleh itu reka bentuk pengajaran merupakan cara yang efektif dan
sistematik bagi merancang pengajaran. Reka bentuk pengajaran juga menetapkan apa yang
hendak diajar dan bagaimana hendak mengajar agar proses pengajaran dan pembelajaran dapat
berlaku. Hal ini termasuk mengukur pencapaian objektif (hasil pembelajaran) dan merancang
semula sehingga objektif tercapai. Dengan kata lain, reka bentuk pengajaran ialah proses tiga
peringkat, iaitu penentuan objektif yang jitu, perancangan pengajaran pembelajaran dan penilaian
pengajaran pembelajaran. Reka bentuk pengajaran ialah suatu proses sistematik untuk mereka
bentuk, membangun, melaksana dan menilai pengajaran (Dick dan Reiser, 1989). Terdapat
perlbagai model reka bentuk pengajaran dan terbahagi kepada tiga tumpuan iaitu model
berorentasikan bilik darjah, model berorentasikan produk dan model berorentasikan sistem.

3
2.0 Elemen-Elemen Model Assure

Model ASSURE (Heinich, Molenda, Russell dan Smaldino, 1993) adalah model reka bentuk
pengajaran yang boleh digunakan untuk merancang penggunaan media secara sistematik. Model
ini digubal oleh Heinich dan rakan-rakan (1982). Model ini bertujuan untuk menyediakan
panduan merancang dan mengendalikan pengajaran yang menggunaan media. Model ini
berfokus kepada perancangan pengajaran dalam situasi bilik darjah dan dilihat dapat membantu
guru merancang pengajaran dan pembelajaran dengan baik dan berkesan. Assure itu sendiri
bermaksud memastikan pembelajaran berlaku. Dalam model ini terdapat enam langkah yang
dapat diaplikasikan dalam merancang pengajaran iaitu :

2.1 Analisa

Dalam elemen ini, info atau maklumat berkaitan pelajar hendaklah dikumpulkan sebelum
pengajaran dilakukan. Contohnya maklumat umum berkaitan ciri-ciri pelajar seperti bangsa,
umur dan jantina. Analisa ini penting supaya bahan sumber pembelajaran dapat disesuaikan
dengan jenis pelajar yang dikenal pasti. Contohnya, peringkat umur yang muda terutama pada
tahap pertama sekolah rendah, bahan yang mengandungi gambar adalah lebih sesuai untuk
digunakan dalam latihan mengenali objek. Gambar ini pula perlulah dalam bentuk gambar kaku.
Ada kajian yang dibuat dalam model Briggs & Wager mengatakan gambar kaku dapat
dipergiatkan pembelajaran bagi mereka yang kurang asas pembacaan. Selain itu tahap kemahiran
mereka seperti tahap pengetahuan, penguasaan pelbagai kemahiran dan maklumat-maklumat
yang berkaitan gaya pembelajaran mereka juga perlu dikumpulkan.

2.2 Menyatakan Objektif

Dalam elemen ini, apabila maklumat berkaitan pelajar dapat diperolehi, ini akan
memudahkan proses penyataan objektif dalam topik yang hendak diajar oleh guru. Selain itu,
hasil-hasil pembelajaran juga dapat dirangka untuk memastikan para pelajar dapat mencapai
tujuan pembelajaran yang digariskan di dalam kurikulum. Objektif juga penting untuk
menentukan corak dan jenis penilaian yang akan dibuat pada akhir pengajaran pembelajaran

4
dalam bilik darjah. Objektif ialah suatu pernyataan yang spesifik tentang kebolehan atau pretasi
yang akan dipelajari atau ditunjukkan oleh pelajar selepas mengikuti pelajaran tersebut. Menurut
Gagne (1985), beliau bersetuju bahawa objektif perlu menerangkan bukan sahaja pretasi yang
sebenar untuk diperhatikan tetapi pretasi yang dicadangkan. Objektif hendaklah spesifik
contohnya, “Pelajar dapat menyebut nombor setelah melihat number ditulis di papan putih.”

Dick & Carey (1985) serta Kemp (1985) juga bersetuju bahawa melalui objektif pretasi,
seseorang guru dapat mengenal pasti pretasi yang hendak dibentuk, menyusun strategi
pengajaran dan membentuk kriteria untuk menilai pencapaian pelajar-pelajar apabila tamat
sesuatu pengajaran. Ia bolehlah dianggap sebagai satu perjanjian antara pelajar dan guru dalam
proses pengajaran pembelajaran. Obektif perlu dibentuk dengan jelas dan mempunyai hubungan
rapat antara situasi ujian dengan pencapaian pelajar-pelajar demi untuk menghasilkan pengajaran
yang berkesan (Moldstad, 1979; Stubbs, 1991). Gagne, Briggs & Wager (1992)
menglasifikasikan objektif kepada objektif kognitif (berkaitan dengan intelek), objektif afektif
(berkaitan dengan perasaan dan sikap) , objektif psikomotor (berkaitan dengan kemahiran
fizikal) dan objektif interpersonal. Pengkelasan ini memudahkan seseorang guru membuat
penilaian sesudah pengajaran nanti.

2.3 Memilih Kaedah, Media Dan Bahan

Dalam elemen ini, seseorang guru mempunyai tiga prosedur iaitu memilih kaedah, media
dan bahan berdasarkan penggabungan beberapa faktor berikut iaitu ciri-ciri pelajar, bentuk
objektif, pendekatan pengajaran dan kekangan situasi pengajaran. Setiap bahan yang dipilih tidak
semestinya menepati kehendak dan keperluan objektif. Ini bukan bermakna bahan tersebut tidak
boleh digunakan sebagai media pengajaran, akan tetapi ia boleh diubahsuai atau direka bentuk
agar menepati objektif. Selain itu, ciri-ciri pelajar dan pendekatan yang akan digunakan
termasuklah teknik penyampaian serta kekangan yang mungkin dihadapi sama ada dari aspek
perkakasan dan perisiannya. Dalam situasi ini, beberapa persoalan perlulah difikirkan semasa
membuat pilihan agar pemilihan itu tepat dan berkesan digunakan di bilik darjah. Langkah
seterusnya ialah dengan memilih cara penyampaian pengajaran yang sesuai agar dapat
memenuhi kehendak objektif-objektif yang telah digariskan untuk ciri-ciri pelajar tertentu.

5
Pemilihan media yang sesuai juga amat penting agar ianya selari dengan keperluan objektif dan
kehendak pelajar tersebut. Contoh media ialah bahan-bahan seperti bahan berasaskan komputer,
filem, gambar, dan filem.

Manakala bahan pengajaran adalah apa juga bentuk bahan yang boleh dimanfaatkan oleh
para pelajar untuk menguasai objektif-objektif pembelajaran. Sebahagian daripada bahan ini
boleh dibeli di pasaran dan disesuaikan dengan kehendak pengajaran. Sebahagian yang lain pula
boleh dirangka cipta oleh guru untuk memenuhi kehendak para pelajarnya. Contoh bahan
pengajaran ialah program system komputer, kaset ataupun alat pengajaran seperti projektor LCD,
alat pemain cereka DVD, komputer, radio, perakam suara, dan televisyen.

2.4 Penggunaan Media Dan Bahan Pengajaran

Dalam elemen ini, media dan bahan sumber pengajaran hendaklah dimanfaatkan dengan
baik oleh guru dan pelajar.. Bagi memastikan kejayaan penggunaan media dan bahan sumber,
tindakan-tindakan berikut perlu dilakukan oleh guru :

2.4.1 Kaji Sumber Bahan Sebelum Digunakan Di Dalam Bilik Darjah

Guru hendaklah mengkaji bahan sumber yang telah dipilih sebelum menggunakannya di dalam
bilik darjah. Ini akan dapat membantu guru memastikan bahan tersebut benar-benar sesuai
dengan kumpulan pelajar dan objektif pengajaran-pembelajaran serta guru dapat merancang
penggunaannya semasa pengajaran-pembelajaran.

2.4.2 Sediakan Bahan Untuk Penggunaan Dalam Bilik Darjah

Dalam penyediaan ini, guru perlu mengumpulkan dan menyediakan semua kelengkapan yang
perlu bagi kegunaan guru dan pelajar. Guru juga hendaklah boleh menjangka masalah yang bakal
timbul dan bersedia dengan bahan tambahan atau alternatif lain bagi penggunaannya.

6
2.4.3 Sediakan Persekitaran Yang Sesuai Untuk Penggunaan

Penyediaan persekitaran yang sesuai merujuk kepada penyusunan media dan sumber bahan agar
mudah dicapai, diambil atau dilihat. Guru juga perlu memastikan alatan dan media dalam
keadaan baik dan boleh guna. Susun atur bilik darjah sesuai dengan kaedah yang dipilih juga
hendaklah dipastikan. Contohnya, susun atur kerusi dalam bulatan kecil untuk perbincangan
kumpulan.

2.5 Penyertaan Pelajar

Dalam elemen ini, pelajar-pelajar akan dapat belajar dengan baik dan tersusun apabila
mereka terlibat aktif secara aktif dalam proses pengajaran pembelajaran. Pelajar yang pasif akan
menghadapi kesukaran dalam menguasai pelajaran yang disampaikan. Sebagai guru, pelbagai
kaedah dan cara boleh dipraktikan untuk memastikan penyertaan pelajar dalam proses
pembelajaran. Ini termasuklah perkara-perkara seperti main peranan, kerja dalam kumpulan,
demontrasi, dan aktiviti-aktiviti eksperimen. Malah di dalam pelan pengajaran, adalah menjadi
tanggungjawab guru untuk memastikan penyertaan pelajar ketika pembelajaran dijalankan
adalah menyeluruh dan tidak terhad pada kumpulan pelajar tertentu sahaja. Komunikasi dua hala
ini adalah penting dan jangan diabaikan dalam tujuan untuk mencapai objektif-objektif
pembelajaran dengan baik.

2.6 Penilaian Dan Semak Semula

Elemen yang akhir dalam Model ASSURE ini ialah penilaian dan menyemak semula
perancangan. Langkah ini menyentuh dua aspek penilaian, iaitu penilaian pembelajaran dan
penilaian pengajaran. Penilaian seharusnya dibuat sepanjang proses pengajaran-pembelajaran
untuk memastikan pemilihan objektif, media dan bahan sumber sesuai dengan keupayaan
pelajar. Penilaian semasa proses pengajaran-pembelajaran boleh dibuat melalui pemerhatian
perlakuan pembelajaran pelajar. Melalui penilaian semasa proses pembelajaran, tindakan
menangani masalah pembelajaran boleh diambil. Pada masa ini, guru boleh mengubah teknik,

7
memudahkan bahasa atau mengambil tindakan alternative lain. Penilaian ini membawa kepada
penilaian pembelajaran ke arah pencapaian objektif pengajaran-pembelajaran.

Penilaian pembelajaran boleh dibuat dalam pelbagai bentuk. Bentuk penilaian


pembelajaran terbahagi kepada dua iaitu penilaian formal dan penilaian informal. Penilaian
formal merujuk kepada ujian. Penilaian informal dibuat melalui hasil kerja pelajar, pemerhatian,
soal jawab, aktiviti kumpulan, pembentangan dan seumpamanya. Penilaian pembelajaran boleh
dibuat sepanjang proses pengajaran-pembelajaran. Perlakuan pembelajaran pelajar sebenarnya
memberi maklum balas tentang pencapaiaan objektif, perancangan pengajaran guru, pemilihan
kaedah, media dan bahan sumber.

Penilaian pengajaran boleh dibuat setelah selesai proses pengajaran-pembelajaran melalui


amalan refleksi. Guru perlu menilai semula perancangan dan pelaksanaan pengajaran untuk
melihat setakat mana perancangan dan pelaksaan pengajaran untuk melihat setakat mana
perancangannya berjaya. Melalui proses refleksi, guru perlu melihat semula perancangan,
pengajaranm tindak balas pelajar terhadap aktiviti pembelajaran, pencapaian objektif dan
sebagainya

Langkah terakhir ini seringkali diabaikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Keseluruhan langkah-langkah yang telah diutarakan di atas dapat diolah oleh semua guru akan
tetapi guru yang baik ialah mereka yang dapat menilai semula adakah ianya efektif dan perlu
diteruskan ataupun beberapa penambahbaikan perlu dilaksanakan untuk persembahan yang akan
datang. Ada ketikanya rancangan pengajaran yang dirangka nampak begitu sempurna, namun
sewaktu persembahan dilakukan beberapa masalah timbul seperti cara instruksi yang tidak
sesuai, alat pengajaran gagal berfungsi, dan bahan pengajaran yang tidak sesuai dengan
kehendak dan keperluan pelajar.

8
3.0 Kebaikan Penggunaan Model ASSURE Dalam Konteks Pengajaran Dan
Pembelajaran

Model ASSURE merupakan model pengajaran berpusatkan guru dan pelajar. Model
ASSURE ini berfokus kepada perancangan pengajaran pembelajaran berasaskan media dalam
bilik darjah.Antara kebaikan model Assure dalam konteks pengajaran dan pembelajaran ialah :

3.1 Pengajaran Pembelajaran dalam Bilik Darjah Lebih Sistematik

Model ASSURE membantu guru merancang pengajaran berasaskan media dalam bilik
darjah masing-masing. Ini menjadikan proses pengajaran lebih berkesan kerana kaedah
pengajaran yang bersistematik. Bahan media yang digunakan dalam pengajaran juga disesuaikan
dengan peringkat umur. Ini bukan sahaja menjadikan pengajaran menjadi sistematik malahan
pengajaran lebih menarik dan sempurna.

3.2 Menjadikan Guru Lebih Mahir Dengan Alat Teknologi

Model ASSURE ini juga sentiasa menggalakkan guru menggunakan bahan bantu
mengajar dalam proses pembelajaran. Bahan bantu mengajar yang utama adalah bahan media
yang berkaitan teknologi. Ini menjadikan guru lebih mahir guna alat kepada alat teknologi seperti
laktop, LCD, perakam suara dan sebagainya. Ini memudahkan guru menjadikan pengajaran lebih
mudah dan menarik malah melath guru menggunakan alat teknologi dalam pengajaran dan
pembelajaran.

3.3 Hubungan Antara Guru Dan Pelajar Lebih Erat

Dalam proses pembelajaran, hubungan antara guru dan pelajar perlu dititikberatkan. Jadi,
antara kebaikan yang ada dalam proses pembelajaran ialah hubungan antara guru dan pelajar
lebih erat kerana model ASSURE ini menitikberatkan penglibatan pelajar. Dengan penggunakan
Model ASSURE ni sebagai panduan bagi kaedah pengajaran, pelajar lebih tertarik dengan

9
pengajaran guru berbanding kaedah lain kerana penglibatan dan komunikasi secara aktif antara
guru dan pelajar. Pelajar perlu terlibat secara aktif dalam model ini.

4.0 Rumusan

Penggunaan teknologi hendaklah dilakukan seoptimum mungkin agar keperluan semasa


dapat dipenuhi. Ini adalah untuk memastikan dunia pendidikan tidak ketinggalan di dalam
kepesatan perkembangan dunia teknologi maklumat dan komunikasi. Sebagai seorang guru
hendaklah bersedia dan sentiasa melengkapkan diri dengan kemahiran- kemahiran yang
diperlukan untuk berinterekasi dan berkomunikasi secara efektif dan efesien melalui pengunaan
bahan-bahan pengajaran yang berasaskan teknologi. Pada masa yang sama dia juga hendaklah
cuba untuk melengkapkan dirinya dengan pengetahuan sama ada dari segi teori dan praktik
tentang teknologi perkomputeran dari kacamata dunia pendidikan. Penggunaan teknologi juga
hendaklah dilakukan secara teratur dan terancang dan tidak boleh dijalankan secara sembrono
tanpa pengetahuan yang cukup tentang cara bagaimana ianya dapat dilaksanakan dengan baik

10
Rujukan

Heinich, R, Molenda, M., Russell, J. D., & Smaldino, S. E. (2005). Instructional Media and
Technologies for Learning, New Jersey: Prentice Hall.

Lever-Duffy, J. & McDonald, J.B. (2014). Teaching and learning with technology. (5th ed). New
York: Allyn and Bacon.

Mayer, R. E. (2001). Multimedia Learning, Cambridge, UK: Cambridge University Press.

Musfiqon. (2012). Pengembangan Media dan Sumber Media Pembelajaran. Jakarta: PT. Prestasi
Pustakaraya

Ng Wai Kong, (1999). ICT & Pengajaran. http://www.ptpm.usm.my/ICT- BM(1).htm

Noriati A. Rashid, Boon Pong Ying, Sharifah Fakhriah Syed Ahmad, Wan Kamaruddin Wan
Hassan. (2009) Siri Pendidikan Guru Teknologi dalam Pengajaran dan
Pembelajaran. Oxford Fajar SDN. BHD: Selangor.

Pribadi, Benny. A. (2011). Model Assure Untuk Mendesain Pembelajaran Sukses. Jakarta: Dian
Rakyat.

Sharifah Alwiah Alsagof. (1987) Teknologi Pengajaran. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan
Pustaka.

Yusup Hashim. (1998) Teknologi Pengajaran. Shah Alam : Fajar Bakti

Wan Zah Wan Ali, Ramlah Hamzah, Rosini Abu (2013) HBEF 3103 Prinsip Teknologi
Pengajaran. Seri Kembangan ,Selangor : Darul Ehsan,Meteor Doc.Sdn.Bhd.

11
Bahagian B

1.0 Pengenalan Kemahiran Pengajaran Abad ke-21

Dalam menongkah arus kemajuan dunia, sistem pendidikan negara haruslah seimbang
dengan perkembangan abad ke 21. Kemajuan dalam teknologi dan juga keupayaan pelajar harus
digunakan dengan optimumkan dalam keberhasilan dan kemenjadian yang tinggi dalam kalangan
pelajar itu sendiri. Oleh itu, kemahiran pengajaran Abad ke-21 hendaklah diterapkan dan
dipraktikkan oleh guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran pada masa kini. Kemahiran
abad ke-21 dapat dikaitkan dengan pelbagai kemahiran yang diperlukan pada zaman ini.
Kemahiran abad ke-21 ialah kemahiran- kemahiran yang meliputi kemahiran berkomunikasi,
kemahiran 3M (Membaca, Mengira dan Menulis), kemahiran sains dan teknologi, kemahiran
interpersonal dan intrapersonal dan sebagainya.. Selain itu, dalam menempuh abad ke-21,
kemahiran pedagogi seseorang guru perlu memiliki kemahiran pembelajaran dan inovasi,
kemahiran maklumat, media dan teknologi.

2.0 Tiga Kemahiran Pengajaran Oleh Guru Berdasarkan Video

Dalam video berkenaan, kita dapat lihat satu suasana pembelajaran yang aktif dan
kondusif dalam bilik darjah yang di susun berpandukan bilik darjah abad ke-21. Meja pelajar
disusun secara berpasangan dan jumlah pelajar yang tidak berapa ramai menjadikan
pembelajaran lebih teratur dan sistematik. Umur pelajar dalam sekitar umur 10 tahun dan
bercampur jantina lelaki dan wanita di dalam satu bilik darjah. Kaedah pengajaran guru juga
nampak menarik dan bersemangat. Kelihatan pelajar nampak seronok dalam proses pengajaran
dan pembelajaran. Antara kemahiran pengajaran yang digunakan oleh guru dalam video
berkenaan ialah :

12
2.1 Guru menggalakkan kolaborasi dalam pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah

Bagi mewujudkan suasana pembelajaran yang aktif, guru hendaklah mewujukan


kolaborasi antara pelajar. Kolaborasi ialah satu proses yang melibatkan kerjasama oleh beberapa
individu dalam satu kumpulan atau pasukan dalam mencapai hasil yang diinginkan dan sekaligus
melahirkan kepercayaan antara ahli-ahli yang terlibat. Dalam video ini, dapat kita lihat guru
wanita berkenaan melibatkan pelajar-pelajar secara berpasangan secara aktif. Semua pelajar
kelihatan seronok dan teruja dengan aktiviti yang dijalankan oleh guru dalam proses pengajaran
pembelajaran dalam bilik darjah.

2.2 Guru Merangsang Pemikiran Kritis Pelajar

Dalam aktiviti pengajaran pembelajaran oleh guru dalam video tersebut, guru
mengunakan jari-jari pelajar dan bunyi sebagai alat bantuan mengajar bagi meransang pemikiran
kritis pelajar. Pelajar-pelajar perlu mengikut arahan guru dalam membuat kiraan menggunakan
jari. Pelajar juga perlu perlu mengikut pergerakan yang ditunjukkan oleh guru dan dipraktikkan
secara berpasangan. Ini mempu merangsang pemikiran kritis pelajar malahan menjadikan aktiviti
pengajaran pembelajaran lebih menarik dan seronok.

2.3 Mahir Dan Berketerampilan Dalam Pedagogi

Dalam video tersebut, dapat kita lihat guru tersebut sangat mahir denga nisi kandungan
dan kemahiran pengajaran dalam bilik darjah. Guru mengajar dengan tenang dan berkeyakinan.
Penjelasan maklumat dan pengendalian aktiviti dalam bilik darjah dijalankan dengan teratur
kepada pelajar. Dari segi keterampilan, aspek pakaian dan kekemasan guru tersebut sangat baik.
Selain itu, pakaian guru yang ringkas dan kemas memudahkan pergerakan guru ketika
melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

13
3.0 Penutup

Kemahiran abad ke-21 amat penting dalam pendidikan. Ini kerana, teknologi pada zaman ini
diperlukan bagi setiap individu untuk melaksanakan tugasan-tugasan yang diberikan dengan
pantas dan efektif. Justeru itu, setiap guru hendaklah mengusai kemhairan pengajaran abad ke-
21 dengan penuh mahir. Ini kerana, kemahiran abad ke-21 juga mempunyai nilai positif dalam
pengajaran dan pembelajaran masa kini dengan menjadikan aktiviti pembelajaran lebih seronok
dan menarik. Jelaslah bahawa, kemahiran abad ke 21 ini banyak memberi impak positif dalam
pendidikan samada pelajar, guru dan masyarakat.

2550 patah perkataan

14

You might also like