Tesis Statistik

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

BAB V

KESIMPULAN

Perkhidmatan teksi konvensional sememangnya sudah seiring dengan masyarakat


tempatan dan luar negara. Sesiapa sahaja akan menggunakan perkhidmatan teksi untuk ke
destinasi masing - masing. Namun, disebabkan peredaran zaman dan kewujudan teknologi
moden terkini telah menyebabkan perkhidmatan prebet semakin dilupai oleh masyarakat.
Kewujudan perkhidmataan prebet sapu telah mulai menguasai negara Malaysia. Di Tanjung
Malim kewujudan prebet sapu yang beroperasi secara haram telah menggugat sistem
pengangkutan awam yang beroperasi secara sah. Persoalan sering timbul tentang sebab
pengguna masih memilih prebet sapu walaupun sistem pengangkutan awam wujud di
Tanjung Malim. Kajian ini dilakukan untuk membantu menjawab persoalan ini melalui
pengenalpastian kualiti perkhidmatan pengangkutan awam yang membuatkan pengguna
cenderung terhadap khidmat prebet sapu.

Berdasarkan dari beberapa kajian yang dilakukan mengenai pengangkutan awam di


beberapa buah negara, antaranya kajian terhadap sistem pengangkutan khas di Sweden oleh
Knutsson (1999) menunjukkan aras perkhidmatan yang disediakan memainkan peranan
penting, terutama sekali bagi sistem pengangkutan awam. Antara parameter-parameter yang
diukur termasuk masa menunggu jika tempahan melalui telefon, masa dijemput, masa
tempahan, masa dalam perjalanan, tabiat pemandu dan tambang.

Bagi pengusaha pengangkutan yang beroperasi secara haram seperti prebet sapu,
mereka tidak mempunyai kebenaran bagi tujuan perkhidmatan pengangkutan, tetapi yang
telah wujud sekian lama, dan ini mengugat pendapatan pengusaha berlesen. Di Tanjung
Malim, terutamanya di Universiti Pendidikan Sultan Idris prebet sapu tetap beroperasi
walaupun pihak kerajaan telah menyediakan pelbagai ragam jaringan perhubungan
pengangkutan awam. Namun, timbul persoalan tentang apakah faktor-faktor yang
menyebabkan pengguna masih memilih prebet sapu untuk menuju ke destinasi pilihan
sedangkan terdapat pelbagai ragam pengangkutan yang sah dari segi undang-undang untuk
dipilih.
KOMPONEN KOS

Manusia perlu bergerak untuk meneruskan kehidupan. Oleh itu perkhidmatan yang
mereka pilih adalah berkait rapat dari segi kos, kualiti dan adanya perkhidmatan
pengangkutan disediakan pada tempat atau kawasan berkenaan. Bagi pengguna, pilihan mod
pengangkutan yang dipilih tentunya yang dapat memenuhi keperluan dan harapan mereka
dengan kos yang rendah dan kualiti perkhidmatan yang diterima. Bagi mereka, pergerakan ini
diperlukan dalam aktiviti seharian samada berjalan kaki, motosikal atau pun bas.

Kos dalam menggunakan prebet sapu merupakan salah satu komponen yang
dititikberatkan oleh pengguna. Perkhidmatan prebet sapu kebiasaannya menawarkan harga
yang berpatutan dan lebih rendah daripada harga biasa. Ini bertujuan untuk memudahkan
individu yang tidak mempunyai kenderaan persendirian bergerak dari suatu lokasi ke lokasi
yang lain.

Hasil daripada kajian yang dijalankan mendapati bahawa kadar tambang


pengangkutan prebet sapu yang menjalankan operasi di Universiti Pendidikan Sultan Idris
berada pada tahap yang berpatutan dan boleh diterima oleh pengguna. Hasil kajian
selanjutnya mendapati majoriti pengguna atau penumpang berpuas hati dengan cara
pembayaran tambang yang dikenakan. Keadaan ini memudahkan mereka untuk melakukan
proses pembayaran tersebut. Slogan yang sering diamalkan dalam pengangkutan paratransit
ini ialah “naik percuma, turun bayar”. Mereka hanya memberi wang tambang kepada
pemandu dengan kadar yang telah ditetapkan.

BIL MULA DESTINASI HARGA


1. Kampus Baru Kawasan Kampus RM 5
Baru
Proton City RM 6
Kota Malim Prima RM 8
Stesen Bas RM 10
Pekan Tg. Malim RM 10
TF Value Mart RM 12
Teratak Riverview RM 25

2. Stesen KTM Pintu Timur RM 5


Pekan RM 5
Kota Malim Prima RM 10
Proton City RM 12
3. Stesen Bas Taman Bahtera RM 6
Taman Bernam RM 10
Proton City RM 12
TF Value Mart RM 12

4. Pintu Timur Taman Sekitar Tg. RM 5


Malim
Stesen Bas RM 6
Kampus Baru RM 10
TF Value Mart RM 12

5. Tanjung Malim Ipoh RM 180-200


KLIA RM 180
TBS RM 160
Rawang RM 70
Sungkai RM 45
Slim River RM 25

Jadual 1: Senarai harga tambang prebet sapu di Tanjung Malim


Sumber: Telegram “transport murah prebet kereta”

KOMPONEN PERKHIDMATAN

Kualiti perkhidmatan yang baik akan menggalakkan pengguna untuk menggunakan


perkhidmatan yang disediakan. Kemudahan jaringan internet dan media sosial telah
memudahkan pengguna untuk berinteraksi atau menghubungi perkhidmatan prebet sapu.
Oleh hal demikian, pengguna tidak perlu menunggu lama untuk menaiki prebet sapu dan
dapat menjangka masa ketibaan pelanggan di destinasi yang ditetapkan.

Perkhidmatan prebet sapu biasanya dijalankan setiap hari mengikut permintaan


pelanggan pada masa tertentu sahaja. Namun, permintaan yang tinggi pada hujung minggu
terutamanya pelajar yang ingin pulang ke kampung, bersiar-siar di sekitar Tanjung Malim
telah menyebabkan pertambahan masa perkhidmatan dan seterusnya dapat menguntungkan
pemilik prebet sapu. Hal ini juga, menyebabkan perkhidmatan prebet sapu terus mendapat
sambutan disebabkan oleh perkhidmatan yang memenuhi kehendak pengguna.

Perkhidmatan prebet sapu yang mana pemiliknya adalah terdiri daripada pelajar juga
telah menambahkan kepercayaan pelajar untuk menggunakan perkhidmatan ini. Hal ini
kerana keselamatan pelajar yang lebih terjamin kerana pengguna mengenali pemilik prebet
sapu tersebut.
KESIMPULAN

Secara keseluruhannya perkhidmatan prebet sapu telah banyak membantu


melancarkan urusan pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris. Hal ini turut dapat
menambahkan pendapatan sampingan pelajar yang menjalankan perkhidmatan prebet.
Operasi prebet ini juga, telah mewujudkan persaingan baru terhadap pengankutan awam yang
sedia ada seperti bas dan teksi dalam menawarkan perkhidmatan masing-masing. Persaingan
ini jika dilihat dari sudut positif, ia akan dapat digunakan oleh syarikat-syarikat yang
menyediakan perkhidmatan pengangkutan awam bagi meningkatkan kualiti mod
pengangkutan masing-masing.

You might also like