Dol Said

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

Dol Said

DOL Said atau nama sebenar beliau Abdul Said lahir dalam tahun 1773 di Naning, Alor Gajah, Melaka dan
berasal dari suku Semelenggang merupakan seorang pahlawan Melayu yang kental. Ini kerana Dol Said
memiliki sifat berpantang mati sebelum ajal.

Sejak kecil lagi, sifat keberaniannya mula diperlihatkan apabila beliau mula belajar ilmu mempertahankan diri
atau seni silat sejak berusia enam tahun. Sungguhpun berasal dari golongan keluarga yang susah, namun Dol
Said sentiasa berusaha untuk memajukan diri, agama dan bangsanya.

Dol Said seorang yang tekun mengaji, cekap dalam seni mempertahankan diri dan sentiasa dihormati orang
ramai. Beliau juga seorang yang taat kepada kedua orang tuanya.

Taring Dol Said mula kelihatan apabila beliau dilantik sebagai Penghulu Naning menggantikan Penghulu Anjak
pada tahun 1799 sewaktu berumur 26 tahun. Dol Said merupakan pemerintah Naning yang kesembilan
membantah pengenaan cukai ke atas daerahnya oleh pihak British.

Tentangan orang melayu yang pertama terhadap kuasa luar ialah dearah Naning (Alor Gajah). Ini adalah
kerana British telah campurtangan dalam hal ehwal politik dan pentadbiran negeri tersebut dan jelas dapat
dilihat apabila British menguasai Melaka dan mendakwa bahawa Naning adalah sebahagian daripada Melaka.

Pihak British telah menegaskan bahawa segala peraturan yang dijalankan di Melaka akan turut dilaksanakan di
Naning dan kenyataan ini bercanggah dengan nilai-nilai tradisi dearah Naning.

Pihak British telah meminta Naning memberi satu persepuluh daripada hasilnya. Ini sebagaimana Naning
memberi kepada Belanda dahulu dan perjanjian dengan British pada tahun 1801. Menurut perjanjian tersebut,
Naning perlu menyerahkan satu persepuluh hasil negerinya. Bagaimanapun, pihak Naning menjelaskan
bahawa pemberian kepada Belanda itu atas tanda persahabatan dan tanpa paksaan.
Ketegasan pihak British dan Dol Said telah menyebabkan kegentingan antara kedua-dua belah pihak dan pada
1831 British telah menghantar satu ekspedisi bersama 200 orang tentera menyerang Naning akan tetapi dapat
dipatahkan oleh Dol Said dan pengikut-pengikutnya.

Beliau secara keras membangkang kemasukan tentera British di Naning dengan menunjukkan kebijaksanaan
peperangan yang telah mengalahkan pihak British dalam dua kempen peperangan.

You might also like