2016 PAK Soalan Dan Jawapan PDF

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 20

RAHSIA PEPERIKSAAN

PEPERIKSAAN KENAIKAN PANGKAT LEFTENAN KE KAPTEN BERTULIS


TAHUN 2016

PENGETAHUAN AM KETENTERAAN
(Masa dibenarkan – 3 Jam)

Markah Penuh: 1000 Markah Lulus : 500

ARAHAN PEPERIKSAAN

1. Kertas ini dibahagikan kepada DUA (2) bahagian. BAHAGIAN 1 bernilai 900
Markah dan BAHAGIAN 2 bernilai 100 Markah.

a. BAHAGIAN 1. Bahagian ini mengandungi TUJUH (7) soalan subjektif.


Jawab SOALAN 1 (WAJIB) dan EMPAT (4) soalan lain dalam Buku Jawapan
(BAT G 1) yang disediakan. Soalan boleh dijawab mengikut mana-mana
susunan. Namun begitu, soalan yang menjadi sebahagian dari soalan utama
hendaklah dijawab mengikut susunan.

b. BAHAGIAN 2. Bahagian ini mengandungi DUA PULUH (20) soalan


objektif. Jawab SEMUA soalan pada kertas jawapan yang disediakan.

2. Kertas soalan adalah berdasarkan kepada bahan rujukan ”Sukatan Pelajaran


Peperiksaan Kenaikan Pangkat Lt Ke Kapt (Bertulis) – Pengetahuan Am
Ketenteraan” yang dikeluarkan oleh MK Latihan TD.

3. Markah bonus akan diberikan kepada jawapan-jawapan yang bersih dan


kemas.

4. Masa tambahan selama 10 minit dibenarkan untuk membaca kertas soalan.

5. Kertas soalan ini mengandungi SEBELAS (11) muka surat bercetak.

a. BAHAGIAN 1. Muka surat 2 hingga 6.

b. BAHAGIAN 2. Muka surat 7 hingga 11.

RAHSIA PEPERIKSAAN
RAHSIA PEPERIKSAAN

PENGETAHUAN AM KETENTERAAN

BAHAGIAN 1

SOALAN 1 (WAJIB)

1. Sejak kebelakangan ini sering kali berlaku pencerobohan kawasan kem dan
juga di kawasan operasi oleh orang awam yang mana mereka telah menyamar
sebagai anggota tentera memasuki kem dan kawasan operasi secara tidak sah dan
telah melanggar peraturan yang telah sedia ada. Salah satu punca utama mereka
adalah bertujuan untuk mendapatkan maklumat mengenai kawasan, bangunan,
peralatan, dokumen-dokumen berdarjah dan aktiviti-aktiviti yang dilakukan oleh
pihak keselamatan. Maklumat dan data-data yang diperoleh membolehkan mereka
menilai keupayaan dan kelemahan pasukan keselamatan serta akan menjejaskan
kredibiliti Tentera Darat khasnya dan Angkatan Tentera Malaysia amnya.

a. Salah satu cara yang digunakan oleh penceroboh adalah melalui


gambar foto iaitu melalui gambar yang mereka peroleh perkara-perkara yang
mengandungi maklumat tentera. Huraikan langkah-langkah keselamatan
yang mesti dipatuhi untuk mencegah pengambilan gambar oleh pihak yang
tidak bertanggung jawab.

(100 Markah)

b. Kawasan operasi Pasukan Keselamatan adalah merupakan Kawasan


Terkawal (Controlled Area). Setiap penangkapan yang dilakukan perlu
dilaksanakan soal siasat awal supaya maklumat awal perlu diperoleh untuk
dimajukan kepada pihak atasan. Senaraikan setiap butir maklumat orang
awam yang ditahan di kawasan operasi.

(1) Butir-butir Tangkapan.


(2) Butir-butir Peribadi.
(70 Markah)

c. Ancaman keselamatan fizikal ke atas sistem komputer di pejabat boleh


berlaku semasa lawatan orang awam di kawasan tersebut. Sebagai langkah
pencegahan, nyatakan TUJUH (7) tindakan sebagai langkah-langkah yang
perlu diambil bagi memastikan keselamatan bilik komputer di pasukan.

(70 Markah)

d. Segala langkah keselamatan yang dikuatkuasakan tidak akan


menjamin keselamatan maklumat tanpa kesedaran di kalangan anggota-
anggota yang terlibat. Bagi menanam dan mengekalkan kesedaran
keselamatan dalam kalangan anggota-anggota tentera dan awam yang
bertugas dengan Angkatan Tentera apakah peraturan-peraturan sedia ada
yang perlu dikemas kini oleh setiap pasukan.

(60 Markah)

RAHSIA PEPERIKSAAN
RAHSIA PEPERIKSAAN

SOALAN 2

2. Perintah Tetap dikeluarkan untuk memberi garis panduan berkenaan tatacara


dan panduan perlaksanaan sesuatu tugas. Ianya merupakan suatu arahan bertulis
yang ditandatangani oleh Pegawai Memerintah atau mana-mana pegawai yang
diberi kuasa untuk memberi perakuan tersebut. Perintah Tetap ini dikeluarkan dalam
berbagai-bagai bentuk dan lebih dikenali dengan nama Perintah, Arahan, Dasar dan
Polisi.

a. Jelaskan dengan ringkas apakah yang dimaksudkan dengan perintah-


perintah berikut:

(1) Perintah Majlis Angkatan Tentera.


(2) Perintah Am Tentera Darat.
(3) Perintah Am Markas Formasi.
(4) Perintah Tetap Pasukan.
(5) Perintah Bahagian Satu.

(50 Markah)

b. Senaraikan LIMA (5) perkara tajuk yang terdapat dalam Perintah


Bahagian Satu.
(50 Markah)

c. Perkara-perkara yang akan dimasukkan ke dalam Perintah Bahagian


Satu perlu diterima daripada sumber yang sah. Berikan LIMA (5) sumber-
sumber tersebut.
(50 Markah)

SOALAN 3

3. Sistem Pemerintahan Rejimental (SPR) bermaksud setiap penugasan, aktiviti


dan tindakan ketenteraan hendaklah dilaksanakan berdasarkan suatu prosedur atau
tradisi yang telah ditetapkan oleh TD. Walaupun ianya berasaskan budaya
ketenteraan zaman penjajahan British, SPR telah diubah suai seiring dengan
tuntutan agama.

a. Senaraikan TIGA (3) aktiviti Wisma Perwira/ Bintara yang dilaksanakan


dipasukan dan Markas Formasi.
(30 Markah)

b. Perbarisan SMR, Ajutan atau Pegawai Memerintah/ Pemerintah adalah


salah satu aktiviti yang dilaksanakan untuk memeriksa kekemasan pakaian
dan fizikal anggota. Ia juga bertujuan untuk memupuk etika dan disiplin
anggota tentera. Nyatakan LAPAN (8) tindakan yang perlu diambil oleh
anggota semasa perbarisan ini diadakan.
(60 Markah)

RAHSIA PEPERIKSAAN
RAHSIA PEPERIKSAAN

c. Senaraikan dokumen-dokumen dan peralatan-peralatan yang perlu


dibawa oleh seorang pemandu semasa memandu kenderaan tentera tanpa
melibatkan bahan letupan.
(60 Markah)

SOALAN 4

4. Laporan Penilaian Prestasi untuk pegawai dan anggota digunakan untuk


pelbagai perkara seperti kenaikan pangkat, pergerakan gaji, penempatan tugas,
pertukaran jenis tauliah, pencalonan kursus, penganugerahan pingat dan hal-hal lain
yang berkaitan dengan perkhidmatan dalam ATM.

a. Huraikan penjelasan mengenai skala nilaian bagi Laporan Penilaian


Prestasi berikut:

(1) Cemerlang.
(2) Baik.
(3) Memuaskan.
(4) Tidak Memuaskan.

(60 Markah)

b. Terdapat 4 Jenis borang Laporan Penilaian Prestasi. Nyatakan jenis-


jenis borang serta kumpulan anggota bagi setiap borang tersebut.

(60 Markah)

c. Nyatakan Keadaan-keadaan yang memerlukan Laporan Penilaian


Prestasi dibuat terhadap pegawai dan anggota LLP.

(30 Markah)

SOALAN 5

5. Tugas senggaraan adalah merupakan tanggungjawab semua peringkat


pemerintahan untuk menentukan ianya dilaksanakan dengan sempurna,
memuaskan serta dalam lingkungan perbelanjaan yang ekonomi. Senggaraan
dilaksanakan meliputi membaiki, memulihkan semula serta mengganti sesuatu yang
telah rosak atau usang ke atas bangunan, jentera serta kemudahan di kem-kem
tentera.

a. Nyatakan apakah objektif utama senggaraan dilaksanakan ke atas


bangunan, infrastruktur, kemudahan dan peralatan dalam kem-kem tentera.

(30 Markah)

b. Senggaraan terbahagi kepada beberapa kategori. Nyatakan apakah


yang dimaksudkan dengan kategori senggaraan berikut:

(1) Senggaraan Awam.


4

RAHSIA PEPERIKSAAN
RAHSIA PEPERIKSAAN

(2) Senggaraan Elektrik.


(3) Senggaraan Jentera.
(4) Senggaraan-senggaraan Lain.

(60 Markah)

c. Peruntukkan Bantu Diri Pasukan adalah khusus bagi membaiki


kerosakan-kerosakan kecil yang segera, memandangkan kerja-kerja tersebut
mungkin mengambil masa jika dilaksanakan melalui agensi-agensi
senggaraan. Berikan ENAM (6) contoh-contoh kerja melalui peruntukan bantu
diri dan EMPAT (4) keadaan yang mengehadkan perbelanjaan peruntukkan
tersebut dilaksanakan di pasukan.

(60 Markah)

SOALAN 6

6. Faedah Kematian adalah faedah yang dibayar kepada orang tanggungan


seseorang anggota tentera yang meninggal dunia. Adalah menjadi kewajipan
kepada pasukan untuk menentukan faedah kematian yang diperkaitkan dengan
tugas dan kematian yang tidak diperkaitkan dengan tugas dibayar kepada orang
tanggungan seseorang anggota tentera yang meninggal dunia.

a. Senaraikan kategori kematian yang tidak diperkaitkan dengan tugas.

(20 Markah)

b. Senaraikan kategori kematian yang diperkaitkan dengan tugas.

(20 Markah)

c. Senaraikan faedah-faedah yang dibayar bagi kematian yang


diperkaitkan dengan tugas.
(40 Markah)

d. Senaraikan faedah-faedah yang dibayar bagi kematian yang tidak


diperkaitkan dengan tugas.
(20 Markah)

e. Pasukan bertanggungjawab melaksanakan urusan dokumentasi


kematian anggota yang meninggal dan perlu memajukan ke JRP beberapa
dokumen yang berkaitan. Nyatakan SEPULUH (10) dokumen-dokumen yang
dimaksudkan.
(50 Markah)

RAHSIA PEPERIKSAAN
RAHSIA PEPERIKSAAN

SOALAN 7

7. Operasi Ketenteraman Awam merupakan salah satu operasi yang perlu


dipikul dan dilaksanakan bagi oleh semua agensi kerajaan termasuk tentera.
Sehubungan dengan itu, pihak tentera sentiasa melaksanakan latihan Ketenteraman
Awam mengekalkan tahap kesiapsiagaan bagi menghadapi sebarang ancaman.

a. Nyatakan LIMA (5) jenis-jenis bantuan ketenteraan yang boleh


diberikan dalam mengembalikan situasi Ketenteraman Awam?
(50 Markah)

b. Nyatakan TUJUH (7) prinsip-prinsip yang perlu ada dalam kawad


menyuraikan rusuhan?

(70 Markah)

c. Apakah yang dimaksudkan dengan menggunakan kekerasan yang


minima?
(30 Markah)

RAHSIA PEPERIKSAAN
RAHSIA PEPERIKSAAN

BAHAGIAN 2

ARAHAN PEPERIKSAAN

Tandakan jawapan yang betul pada kertas jawapan yang disediakan.

SOALAN-SOALAN

1. Apakah yang dimaksudkan dengan Senggaraan Kecemasan?

A. SENGGARAAN yang kerap berlaku seperti kerosakan kipas, membaiki


longkang pecah, kerosakan lantai dan sebagainya.
B. Senggaraan yang perlu diambil tindakan pembaikan segera bagi
mengelakkan kerosakan yang lebih buruk dan membahayakan penghuni-
penghuni.
C. Senggaraan yang perlu akibat ribut, banjir dan bencana yang lain.
D. Senggaraan yang telah dijadualkan seperti cat bangunan, kerja-kerja
pendawaian dan senggaraan alat-alat jentera.
(5 Markah)

2. Di antara berikut, yang manakah BUKAN faedah dan bonus yang ditawarkan
di dalam Skim Insurans Berkumpul Angkatan Tentera.

A. Faedah Kematian kemalangan Anak.


B. Perbelanjaan Pengebumian.
C. Perbelanjaan Menyambung Pelajaran,
D. Bonus Kemalangan.
(5 Markah)

3. Salah satu kenyataan berikut adalah BUKAN jenis latihan yang dilaksanakan
semasa Exercises Without Troops.

A. Model Exercise.
B. Command Post Exercises (CPXs).
C. Field Firing Exercises.
D. Tactical Exercises without Troops (TEWT).
(5 Markah)

4. Di antara butir-butir berikut yang mana satukah susunan yang betul dalam
Arahan Am bagi Persiapan Kertas Latihan?

i. Tujuan Latihan.
ii. Jangka masa Latihan.
iii. Nama khusus bagi latihan.
iv. Markas, formasi dan unit yang terlibat (Order of battle).
v. Masa-masa yang penting, masa pergerakan, masa berada di
kedudukan, masa latihan bermula, masa latihan tamat.

RAHSIA PEPERIKSAAN
RAHSIA PEPERIKSAAN

a i, ii, iii, iv dan v.


b. ii, i, iii, iv dan v.
c. iii, ii, i, iv dan v.
d. iv, iii, ii, I dan v.
(5 Markah)

5. Setiap pemimpin harus mempunyai pengetahuan dalam setiap Leadership


Skills bagi membolehkan mereka dapat menjadi seorang ketua yang baik dan
disegani oleh anggota bawahan. Antara Leadership Skills yang dimaksudkan adalah
seperti berikut KECUALI:

A. Interpersonal Skills.
B. Technical Skills.
C. Management Skills.
D. Tactical Skills.
(5 Markah)

6. Berikut adalah sebahagian daripada Kor-kor dalam Tentera Darat Malaysia


(TDM). Yang manakah susunan Kor yang betul mengikut kekananan dalam TDM?

i. RAMD.
ii. RAJD.
iii. RSD.
iv. RRD.
v. KAD.

a. i, ii, iii, iv dan v.


b. i, iv, v, iii dan ii.
c. i, iv, iii, v dan ii
d. i, iv, ii, iii dan v.
(5 Markah)

7. Laporan Penilaian Prestasi adalah menggunakan borang yang telah


disediakan mengikut kumpulan pangkat. Apakah borang yang digunakan untuk
pegawai berpangkat Mejar atau setaraf dan ke bawah?

a. BAT D 11A.
b. BAT D 11B.
c. BAT D 30A.
d. BAT D 30B.
(5 Markah)

RAHSIA PEPERIKSAAN
RAHSIA PEPERIKSAAN

8. Seseorang anggota boleh dibenarkan cuti sakit atas syor Pegawai Perubatan
tidak melebihi:

A. 7 Hari.
B. 21 Hari.
C. 3 Hari.
D. 14 Hari.
(5 Markah)

9. Latihan Peralihan merupakan satu faedah yang hanya diberikan kepada


anggota ATM sebelum menamatkan perkhidmatan sebagai persiapan sebelum
beralih ke bidang awam. Tempoh latihan peralihan yang layak bagi pegawai
berpangkat Kapten ke bawah adalah selama?

A. 3 bulan.
B. 6 bulan.
C. 9 bulan.
D. 12 bulan.
(5 Markah)

10. Di dalam Perintah Ulung PTD, beliau telah memberi penekanan kepada
empat teras asas untuk menjadikan TD lebih mantap, padu dan berkesan. Apakah
teras asas tersebut?

A. Profesional, Terampil, Berkemahiran dan Kesatuan.


B. Kesatuan, Profesional Terampil dan Berkemahiran, Kesiagaan dan
Perhubungan Tentera dan Awam.
C. Satu Jiwa Enam Akal Budi, Pengurusan Berkesan, Latihan Berterusan
dan Profesionalisme.
D. Siap Siaga Anggota TD, Kelangsungan Operasi, Mempertahankan
Kedaulatan Negara dan Strategi Lautan Biru.
(5 Markah)

11. Perintah Bersidang Lembaga Siasatan kes THTC hendaklah dikeluarkan


sebaik sahaja anggota telah THTC masuk hari yang ke?

A. 21.
B. 22.
C. 25.
D. 28.
(5 Markah)

12. Borang Laporan Penilaian Prestasi Askar-lasykar (BAT D 30B – Pindaan


1993) adalah borang yang digunakan untuk membuat laporan penilaian prestasi
tahunan bagi anggota berpangkat Lans Koperal dan Prebet atau setaraf.
BETUL atau SALAH?

A. BETUL.
B. SALAH.
(5 Markah)
9

RAHSIA PEPERIKSAAN
RAHSIA PEPERIKSAAN

13. Sukatan masa pemprosesan bagi kes yang melibatkan kemalangan dan kes-
kes lain di peringkat pasukan memerlukan 4 minggu dari tarikh kejadian. BETUL
atau SALAH?

A. BETUL
B. SALAH

(5 Markah)

14. Eksesais Tanpa Trup (Exercises Without Troops) merupakan salah satu cara
eksesais yang dilaksanakan oleh TD untuk mengekalkan kompetensi anggotanya.
Berikut adalah eksesais tanpa trup kecuali:

A. Eksesais Pos Pemerintah.


B. Eksesais Taktikal Tanpa Trup.
C. Eksesais Model.
D. Eksesais Pemerintah Medan.
(5 Markah)

15. Apabila berlaku kehilangan Kertas Kelakuan Rejimen (BAT D 113),


dokumentasi berikut mestilah dilakukan KECUALI:

A. Adakan Lembaga Siasatan.


B. Buat pengesahan ‘DIGANTI DARI YANG ASAL YANG HILANG’
dengan dakwat merah di bahagian atas BAT D 113 yang baru.
C. Buat Laporan Kehilangan Di Balai Polis.
D. Siapkan BAT D 113 yang baru dan penuhkan butir-butir di kepala
borang.
(5 Markah)

16. Tertakluk kepada keperluan perkhidmatan, anggota boleh dibenarkan untuk


mengambil cuti tahun yang layak baginya. Pilih pernyataan kelayakan cuti yang
BETUL.

A. Semua Anggota LLP - 32 Hari.


B. Leftenan dan Leftenan Muda - 34 Hari.
C. Kapten - 36 Hari.
D. Mejar dan ke atas - 44 Hari.
(5 Markah)

17. Berikut adalah tatacara pemakaian yang betul mengikut tugas KECUALI:

A. Pakaian No 5. Tugas operasi dan Latihan.


B. Pakaian No 2. Temu duga atau arahan semasa dari pihak atasan.
C. Pakaian No 1. Tugas istiadat atau Kawalan Kehormatan yang setaraf.
D. Pakaian No 3. Tugas menghadiri semua jenis acara perbarisan.

(5 Markah)

10

RAHSIA PEPERIKSAAN
RAHSIA PEPERIKSAAN

18. Di antara berikut, yang manakah BUKAN merupakan tugas umum KAGAT
dalam peperangan?

A. Menguruskan jenazah anggota bukan beragama Islam.


B. Melaksanakan penguatkuasaan syariah di medan.
C. Membantu pemulihan moral anggota.
D. Melaksanakan pengurusan jenazah dan pengebumian.

(5 Markah)

19. Tugas-tugas Operasi Ofensif yang boleh dilaksanakan oleh Batalion Infantri
Mekanise adalah:

A. Mara, Serangan, Pengunduran, Laluan Barisan.


B. Mara, Serangan, Pengejaran dan Lain-lain Operasi.
C. Pertahanan, Pengunduran, Mara dan Serangan.
D. Penggantian Petugas, Laluan Barisan, Pengejaran dan Serangan.

(5 Markah)

20. Antara tugas-tugas berikut yang manakah adalah tugas Operasi Selain
Peperangan yang boleh dilaksanakan oleh Batalion Infantri Mekanise (BIM).

i. Operasi Melawan Insurgensi.


ii. Operasi Unit Kecil.
iii. Operasi Membantu Pihak Berkuasa Awam.
iv. Operasi Kawasan Terbina (OKT).
v. Operasi Pengaman.

A. i, iii dan iv.


B. ii, iii, iv dan v.
C. i, iii dan v.
D. i, ii, iv dan v.

(5 Markah)

11

RAHSIA PEPERIKSAAN
RAHSIA PEPERIKSAAN

PEPERIKSAAN KENAIKAN PANGKAT


LEFTENAN KE KAPTEN (BERTULIS) TAHUN 2016

SKEMA JAWAPAN
PENGETAHUAN AM KETENTERAAN

BAHAGIAN 1

SOALAN 1

1a. Huraikan langkah-langkah keselamatan yang mesti dipatuhi untuk mencegah


pengambilan gambar oleh pihak yang tidak bertanggunjawab.

(1) Arahan mengenai larangan mengambil gambar perlu diumumkan kepada


semua anggota tentera untuk mereka mematuhi dan juga mengawasi serta
mencegah orang lain dari melanggar peraturan ini.

(2) Untuk orang-orang awam, pelawat tempatan dan asing sama ada melawat
secara rasmi atau bersendirian hendaklah diberitahu tentang larangan mengambil
gambar ketika mereka ditemui atau melapor di balai pengawal atau di mana-mana
juga mereka ditemui sebelum memasuki kawasan tentera. Di mana perlu, kamera
atau apa-apa jua alat merakam gambar hendaklah disimpan di balai pengawal dan
diserahkan kembali semasa keluar.

(3) Semua pasukan hendaklah memasang papan-papan tanda di pintu-pintu


masuk dan di tempat-tempat yang sesuai supaya larangan mengambil gambar ini
diketahui umum. Papan tersebut hendaklah ditulis dalam dua bahasa iaitu Bahasa
Melayu dan Bahasa Inggeris.

(4) Anggota-anggota yang ditugaskan mengiringi pelawat-pelawat hendaklah


memberi taklimat kepada delegasi pelawat sebelum bermula lawatan tentang
larangan pengambilan gambar mengikut arahan yang telah disediakan oleh pasukan-
pasukan yang akan dilawati.

Rujuk: Arahan BSPP Arahan No 5010 m/s 527 dan 528

1b. Senaraikan setiap butir-butir maklumat orang awam yang ditahan di kawasan
operasi.

(1) Butir-Butir Tangkapan.

(a) Pasukan yang menangkap.


(b) Tarikh dan masa ditahan.
(c) Lokasi.
(d) Situasi semasa orang awam ditahan.

(2) Butir-Butir Peribadi.

(a) Nama/Umur.
(b) No. Kad Pengenalan.
(c) Bangsa/Warganegara.
(d) Bahasa pertuturan.
(e) Tempat Tinggal Asal.

12

RAHSIA PEPERIKSAAN
RAHSIA PEPERIKSAAN

(f) Pekerjaan.
(g) Tujuan berada di kawasan tersebut.
(h) Peralatan dibawa.
(i) Gambaran Peribadi.
(j) Lain-lain maklumat.

Rujuk: Kembaran A kepada Arahan BSPP No 1001

1c. Nyatakan TUJUH (7) tindakan sebagai langkah-langkah yang perlu diambil bagi
memastikan keselamatan bilik komputer di pasukan.

(1) Bilik komputer hendaklah selamat dan hanya menggunakan satu pintu masuk
sahaja.

(2) Bilik computer hendaklah terletak di dalam bangunan yang berpagar.

(3) Mengadakan alarm sistem.

(4) Melarang anggota memasuki bilik komputer tanpa mempunyai pas yang sah
yang dikehendaki oleh Ketua Jabatan.

(5) Menyediakan peti besi atau cabinet untuk menyimpan media storan.

(6) Suhu bilik komputer hendaklah seimbang dengan software serta hardware
yang disimpan.
(7) Mematuhi arahan pengoperasian sistem yang ditetapkan oleh pembekal
komputer.

(8) Mematuhi arahan keselamatan lain yang dipercayai berlaku disebabkan oleh
sabotaj, percubaan sabotaj dan kecuaian.

(9) Sistem komputer pendua (backup) khusus untuk sistem-sistem yang penting
(vital).

Rujuk: Arahan BSPP Arahan No 5008 m/s 518 dan 519

1d. Bagi menanam dan mengekalkan kesedaran keselamatan dalam kalangan anggota-
anggota tentera dan awam yang bertugas dengan Angkatan Tentera apakah peraturan-
peraturan yang sedia ada yang perlu dikemaskini oleh setiap pasukan.

(1) Perhatian dan pengertian semua anggota tentera dan kakitangan awam yang
bertugas dengan Angkatan Tentera hendaklah ditumpukan kepada Akta Rahsia
Rasmi 1972 (Pindaan 1986) ketika direkrutkan atau mula bertugas dengan Angkatan
Tentera. Perakuan bertulis oleh anggota-anggota tersebut hendaklah direkodkan.

(2) Bagi anggota-anggota tentera dan kakitangan awam yang diberi tugas
mengendalikan maklumat-maklumat atau bahan berdarjah perakuan bertulis yang
dibuat perlu diperbaharui sekali dalam setahun.

(3) Anggota-anggota yang akan menamatkan perkhidmatan dikehendaki


membuat perakuan bertulis mengenai pengertian mereka terhadap Akta Rahsia
Rasmi 1972 (Pindaan 1986) dengan menggunakan borang yang sedia ada.

13

RAHSIA PEPERIKSAAN
RAHSIA PEPERIKSAAN

(4) Peruntukan Akta Rahsia Rasmi 1972 (Pindaan 1986) yang berkaitan
kesedaran keselamatan hendaklah dikepilkan kepada perakuan bertulis oleh
anggota tentera dan kakitangan awam.

Rujuk: Arahan BSPP Arahan No. 5006 m/s 514

SOALAN 2

2a. Maksud Perintah Tetap dalam perkhidmatan:

a. Perintah Majlis Angkatan Tentera. Perintah ini dikeluarkan berperingkat-


peringkat mengikut keadaan dan dasar kesesuaian sebagai arahan untuk menjadi
panduan kepada semua anggota tentera.

b. Perintah Am Tentera Darat. Perintah ini khusus untuk arahan kepada


anggota Tentera Darat sahaja. Ia juga dikeluarkan mengikut kesesuaian keadaan
dan masa.

c. Perintah Am Markas Formasi. Perintah ini dikeluarkan oleh Markas


Formasi tertentu untuk dipatuhi dan dilaksanakan oleh anggota-anggota di bawah
Markas Formasi tersebut.

d. Perintah Tetap Pasukan. Perintah ini dikeluarkan oleh pemerintah


pertubuhan untuk dikuatkuasakan kepada anggota pasukan itu sahaja.

e. Perintah Bahagian 1. Perintah ini dikeluarkan dari masa ke semasa untuk


perkara-perkara seperti tugas, tatatertib, jawatan, mesyuarat, kenyataan dan lain-lain
yang difikirkan perlu.

2b. Tajuk-tajuk didalam Perintah Bahagian Satu ialah:

a. Tugas-tugas.
b. Tatatertib.
c. Pertukaran Jawatan dan Kenaikan Pangkat.
d. Mesyuarat.
e. Hal-Hal Lain.
f. Kenyataan.

2c. Sumber-sumber untuk bahan-bahan yang diisytiharkan di dalam Perintah Bahagian


Satu adalah:

a. Pegawai Memerintah/ Pemerintah.


b. Penolong Pegawai Memerintah.
c. Ajutan atau Pegawai Tadbir.
d. Kuartermaster atau KMSR.
e. Pegawai Gaji.
f. SMR atau KSM.
g. Ketua Kerani dan lain-lain bahagian.

SOALAN 3

3a. Aktiviti Wisma Perwira/ Bintara ialah:

a. Acara Dining In Dining Out, Mess Night dan Ladies Night.

14

RAHSIA PEPERIKSAAN
RAHSIA PEPERIKSAAN

b. Sambutan Hari Lahir dan Happy Hour.


c. Majlis Pot Luck.

3b. Tindakan anggota untuk Perbarisan SMR, Ajutan atau Pegawai memerintah/
Pemerintah.

a. Menentukan rambut pendek mengikut arahan ATM dan pakaian bergosok,


kemas dan bersih.
b. Menentukan kasut berkilat dan bersih.
c. Menentukan MyTentera dan disc pengenalan diri dibawa bersama.
d. Berada di tempat perbarisan 10 minit sebelum waktu berbaris.
e. Berbaris mengikut kumpulan masing-masing.
f. Melakukan latihan kawad selepas pemeriksaan jika diarahkan.
g. Mengambil tindakan pembetulan ke atas sebarang teguran oleh pemeriksa.
h. Membaca Ikrar Ksatria jika diarahkan.
i. Menyanyi lagu Negaraku dan Kor masing-masing jika diarahkan.

3c. Dokumen dan peralatan yang perlu dibawa semasa menjalankan tugas oleh
pemandu adalah:

a. MyTentera.
b. BAT J 7 - Tiket Kerja Pengangkutan yang telah ditandatangani oleh Pegawai
atau PTT Kanan yang berhak.
c. BAT D 41 - Lesen Memandu ATM yang sah.
d. BAT D 42 - Borang Aduan Kemalangan Jalan Raya.
e. Perintah Tetap Pemandu.
f. Panduan Jalan Raya.
g. Perintah Pergerakan Kumpulan.
h. Pas Tol.
i. Kit Perubatan Kecemasan lengkap di setiap kenderaan.
j. Alat Pemadam Api yang boleh digunakan di setiap kenderaan.
k. “Tool Kit” yang lengkap di setiap kenderaan.
l. Seorang anggota mekanik kenderaan bagi setiap empat kenderaan yang
bergerak dalam satu konvoi.

SOALAN 4

4a. Huraikan penjelasan mengenai skala nilaian bagi Laporan Penilaian Prestasi
berikut:

(5) Cemerlang. Digunakan hanya berkecuali untuk anggota-anggota anggota


yang ulung sahaja. Mempunyai nilai peribadi yang terpuji. Nilaian perlaksanaan tugas
di tahap maksimum yang ditentukan. Penilaian harus berasaskan kepada
perbandingan dengan anggota lain dalam satu perkhidmatan tidak hanya dengan
anggota lain dalam sesuatu unit.

(6) Baik. Digunakan secara berhati-hati untuk anggota-anggota yang


mempunyai mutu yang lebih tinggi dan layak diberi penilaian yang lebih baik dari
“Memuaskan” tetapi tidak mencukupi untuk diberi penilaian “Cemerlang”.
Mempunyai nilai peribadi yang lebih dari sederhana. Nilai pelaksanaa tugas
hampir ke tahap maksimum yang diperlukan.

15

RAHSIA PEPERIKSAAN
RAHSIA PEPERIKSAAN

(7) Memuaskan. Kebanyakan anggota berada dalam kategori ini. Mempunyai


nilai peribadi yang sederhana. Nilai pelaksanaan tugas mencapai tahap minimum
yang diperlukan.

(8) Tidak Memuaskan. Penilaian ini diberi kepada anggota-anggota di bawah


darjah yang diperlukan. Mempunyai nilai peribadi yang rendah. Nilai pelaksanaan
tugas dibawah tahap minimum yang diperlukan.

Rujuk: PMAT BIL 4 Tahun 2003 m/s 2

4b. Terdapat 4 Jenis borang Laporan Penilaian Prestasi. Nyatakan jenis-jenis borang
serta kumpulan anggota bagi setiap borang tersebut.

(1) BAD D 11 A - Lefternan Kolonel atau setaraf dan ke atas.


(2) BAD 11 B - Mejar atau setaraf dan ke bawah.
(3) BAD D 30 A - Koperal atau setaraf dan ke atas.
(4) BAD D 30 B - Lans Koperal dan Prebet atau setaraf

Rujuk: PMAT BIL 4 Tahun 2003 m/s 1

4c. Nyatakan keadaan-keadaan yang memerlukan Laporan Penilaian Prestasi di buat


terhadap pegawai dan anggota LLP.

(1) Apabila anggota itu dipertimbangkan untuk kenaikan pangkat penempatan


tugas, pertukaran jenis tauliah dan pencalonan kursus (apabila dikehendaki oleh
pihak atasan).
(2) Apabila seseorang anggota menjalani tugas ditempat lain dari unit/pasukan
asalnya selama tempoh kurang dari empat bulan, laporan ini hendaklah dibuat oleh
unit/pasukan asalnya.
(3) Apabila diperlukan oleh pihak-pihak berkuasa atasan dari masa ke semasa
untuk tujuan tertentu.

Rujuk: PMAT BIL 4 Tahun 2003 m/s 6

JAWAPAN 5

5a. Nyatakan apakah objektif utama senggaraan dilaksanakan ke atas bangunan,


infrastruktur, fasilitas dan peralatan dalam kem-kem tentera.

(1) Untuk menentukan ia sentiasa dalam keadaan baik dan boleh digunakan, di
samping untuk memanjangkan tempoh penggunaanya.

(2) Untuk mengelakkan kerosakan menjadi bertambah buruk supaya kos


senggaraan dibelanjakan secara jimat dan ekonomi.

(3) Untuk mengenal pasti punca-punca kerosakan dan didokumenkan untuk


rujukan senggaraan atau pembinaan di masa-masa hadapan.

Rujuk: PAT Jilid 3, Bab 13, Sek 6

5b. Nyatakan apakah yang dimaksudkan dengan kategori senggaraan berikut:

16

RAHSIA PEPERIKSAAN
RAHSIA PEPERIKSAAN

(5) Senggaraan Awam. Kerja-kerja senggaraan yang merangkumi bangunan,


jalan, longkang, bekalan air, saluran najis, sirkit merempuh halangan, padang kawad,
jeti, landasan/lapangan terbang, gelanggang/padang permainan, kolam renang,
pagar keselamatan dan sebagainya.

(6) Senggaraan Elektrik. Kerja-kerja senggaraan yang merangkumi pendawaian


dalam dan luar bangunan, penukaran alat-alat elektrik seperti lampu jalan, kipas
angin, lampu keselamatan, tiang elektrik dan pencawang elektrik.

(7) Senggaraan Jentera. Kerja-kerja yang meliputi senggaraan lif, dapur,pam,


hawa dingin dan set janakuasa termasuk yang diiktiraf pembekalan dan
penggunaanya.

(8) Senggaraan-Senggaraan Lain. Kerja-kerja senggaraan yang meliputi Bantu


Diri Pasukan. Lanskap, Kawalan Serangga dan sebagainya.

Rujuk: Rujuk: PAT Jilid 3, Bab 13, Sek 6

5c. Berikan ENAM (6) contoh-contoh kerja melalui peruntukan Bantu Diri dan
EMPAT (4) keadaan yang menghadkan perbelanjaan peruntukkan tersebut
dilaksanakan di pasukan.

(1) Contoh-contoh kerja peruntukan Bantu Diri.

(a) Mengganti kunci pintu dan ensel.


(b) Membaiki pintu.
(c) Membaiki longkang pecah.
(d) Membaiki paip air.
(e) Mengganti cermin yang pecah.
(f) Menampal atap yang bocor.
(g) Menampal kerja-kerja cat.
(h) Mengganti ’starter’ dan ’chokes’ lampu panjang.
(i) Kerja-kerja kecil lain yang boleh dibuat oleh anggota pasukan.

(2) Had perbelanjaan. Perbelanjaan peruntukan Bantu Diri dihadkan kepada


keadaan berikut:

(a) Peruntukan ini tidak boleh dibelanjakan untuk upahan. Semua kerja
hendaklah dilaksanakan oleh anggota pasukan sendiri.
(b) Hanya kerja-kerja kecil sahaja boleh dilaksanakan.
(c) Kerja-kerja pendawaian elektrik tidak dibenarkan.
(d) Gangguan kepada kuasa elektrik dan bekalan air ditegah sama sekali.
(e) Mengubah struktur banguan tidak dibenarkan.

Rujuk:PAT Jilid 3, Bab 13, Sek 6

JAWAPAN 6

6. Faedah Kematian adalah faedah yang dibayar kepada orang tanggungan seseorang
anggota tenteta yang meninggal dunia. Adalah menjadi kewajipan kepada pasukan untuk
menentukan faedah kematian yang diperkaitkan dengan tugas dan kematian yang tidak
diperkaitkan dengan tugas dibayar kepada orang tanggungan seseorang anggota tentera
yang meninggal dunia.

17

RAHSIA PEPERIKSAAN
RAHSIA PEPERIKSAAN

a. Senaraikan kategori kematian yang tidak diperkaitkan dengan tugas.

(1) Akibat kemalangan semasa bercuti/tidak bertugas.


(2) Sebab penyakit biasa.

b. Senaraikan kategori kematian yang diperkaitkan dengan tugas.

(1) Akibat melaksanakan tugas operasi, tugas rasmi atau latihan.


(2) Akibat kemalangan semasa pergi atau balik dari tempat
bertugas/kerja.
(3) Akibat penyakit yang berpunca dari tugas rutin yang dilaksanakan di
tempat kerja.

c. Senaraikan faedah-faedah yang dibayar bagi kematian yang diperkaitkan


dengan tugas.

(1) Pencen Terbitan dan Ganjaran Terbitan serta Pencen Orang


Tanggungan.
(2) EXOT bawah PMAT 9/2008 berkuatkuasa mulai 1 Jan 2001.
(3) FGCR (jika berhak).
(4) Bayaran Ex-Gratia Air Crash (bagi kemalangan udara sahaja).
(5) Bayaran saguhati DTAPPN oleh ARB bagi kematian anggota
disebabkan tugas Operasi/Latihan. Kadar bayaran adalah sebanyak RM
18,000.00.
(6) Elaun Pelajaran (jika layak).
(7) Caruman sendiri serta dividen dari LTAT.
(8) Insuran Kelompok (jika mencarum).

d. Senaraikan faedah-faedah yang dibayar bagi kematian yang tidak


diperkaitkan dengan tugas.

(1) Pencen Terbitan dan Ganjaran Terbitan serta Pencen Orang


Tanggungan.
(2) FGCR (jika berhak).
(3) Caruman sendiri di LTAT bersama dividen yang dibayar setiap tahun.
(4) Insuran Kelompok (jika mencarum).

e. Pasukan bertanggungjawab melaksanakan urusan dokumentasi kematian


anggota yang meninggal dan perlu memajukan ke JRP beberapa dokumen yang
berkaitan. Nyatakan SEPULUH (10) dokumen-dokumen yang dimaksudkan.

(1) Isytihar ke dalam PERBAH Dua kes kematian, pengkebumian dan


tuntutan mayat.
(2) Laporan Bedah Siasat atau Laporan Perubatan.
(3) Laporan Polis.
(4) Dokumen-dokumen persendirian.
(5) Salinan surat ucapan takziah.
(6) Senarai harta yang dipulangkan kepada waris.
(7) Sijil Hutang-Piutang.
(8) Mendapatkan dokumen-dokumen berikut daripada orang tanggungan:

(a) Salinan Kad Pengenalan orang tanggungan.


(b) Salinan Sijil Kematian Anggota.

18

RAHSIA PEPERIKSAAN
RAHSIA PEPERIKSAAN

(c) Salinan Kad Pengenalan atau Sijil Kelahiran anak-anak.


(d) Salinan Surat Cerai (jika telah bercerai).

(9) Surat pengesahan penjagaan anak dan Pesuruhjaya Sumpah,


Mahkamah atau Pejabat Kadi (jika telah bercerai atau anak dijaga oleh orang
lain).

(10) Borang SPB 1 yang telah disahkan oleh Pegawai Bank.

(11) Salinan Buku Akaun Bank.

f. Berikan maksud kepada singkatan-singkatan berikut:

(1) EXOT - Ex-Gratia Orang Tanggungan.


(2) SPB - Sistem Pembayaran Pencen Melalui Bank.
(3) EXP - Ex-Gratia Pukal.

Rujukan: Buku Faedah Persaraan Anggota ATM (Angkatan Tetap) Faedah Kematian
mukasurat 18 – 23

SOALAN 7

7. Operasi Ketenteraman Awam merupakan salah satu operasi yang perlu dipikul dan
dilaksanakan bagi oleh semua agensi kerajaan termasuk tentera. Sehubungan dengan itu,
pihak tentera sentiasa melaksanakan latihan Ketenteraman Awam mengekalkan tahap
kesiapsiagaan bagi menghadapi sebarang ancaman.

a. Nyatakan LIMA (5) jenis-jenis bantuan ketenteraan yang boleh diberikan


dalam mengembalikan situasi Ketenteraman Awam?

(1) Titik Kawalan Lalulintas.


(2) Menyuraikan Rusuhan.
(3) Mengepung dan Mencari.
(4) Rondaan dan Rondaan Bumbung Bangunan.
(5) Mengawal tempat tempat penting.
(6) Perlindungan golongan minoriti.
(7) Menguatkuasa Perintah berkurung.

Rujukan: MM 0.2.5 TD Operasi Ketenteraman Awam Mukasurat 4-1

b. Nyatakan LAPAN (8) prinsip-prinsip yang perlu ada dalam kawad


menyuraikan rusuhan?

(1) Kepantasan.
(2) Kerjasama dengan agensi awam lain terutama polis.
(3) Pertahanan menyeluruh.
(4) Amaran.
(5) Penggunaan kekerasan yang minimum.
(6) Menguasai kawasan.
(7) Fleksibiliti.
(8) Perintah dan Kawalan.

Rujukan: MM 0.2.5 TD Operasi Ketenteraman Awam Mukasurat 4-4

19

RAHSIA PEPERIKSAAN
RAHSIA PEPERIKSAAN

c. Apakah yang dimaksudkan dengan menggunakan kekerasan yang minima?

(1) Kekerasan Minimum. Arahan menembak oleh ketua tim kepada


rusuhan berpandukan kepada individu yang telah dikenal pasti sebagai ketua
kepada rusuhan. Melepas tembakan adalah niat menyuraikan rusuhan dan
menggagalkan tujuan rusuhan

(2) Tindakan Menembak. Menggunakan Prinsip kekerasan minimal dan


Tembakan hanya kepada suspek yang dikenalpasti sebagai ketua/ pencetus
kepada rusuhan.

(3) Tindakan Selepas Menembak. Sek/Platun terus mara kehadapan


merapati mangsa tembakan dan memecahkan kumpulan rusuhan tersebut.
Namun begitu keputusan oleh ketua kumpulan dalam menilai bagi
melaksanakan tindakan tersebut agar keselamatan anggota terjamin.
Tindakan ini adalah bagi menyuraikan kumpulan pemberontak dengan
bantuan gas pemedih mata.

Rujukan: MM 0.2.5 TD Operasi Ketenteraman Awam Mukasurat 4-7

20

RAHSIA PEPERIKSAAN

You might also like