Kertas Konsep

You might also like

Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 5

KERTAS KONSEP

PERTANDINGAN BADMINTON
PSKPP PERINGKAT BAHAGIAN SIBU 2019

_____________________________________________________________________

1. PENGELOLA
PSKPP Cawangan Kanowit & Pejabat Pendidikan Daerah Kanowit.

2. MAKLUMAT AM PERTANDINGAN

Bil. Kategori Tarikh Waktu Mula Venue


01. Lelaki Veteran 03 Ogos 2019 Jam 0800 TN Sports
02. Wanita Terbuka 03 Ogos 2019 Jam 1400 TN Sports
03. Lelaki Senior 04 Ogos 2019 Jam 0800 TN Sports

3. MATLAMAT DAN OBJEKTIF

3.1 Menggalakkan warga pendidik di bahagian Sibu untuk menyertai pemilihan.


3.2 Mewujudkan sistem pemilihan pemain yang lebih telus dan menyeluruh.
3.3 Membentuk Pasukan Badminton PSKPP Sibu 2019 yang terbaik.
3.4 Menjadi medan untuk mengeratkan silaturahim melalui aktiviti sukan.

4. UNDANG-UNDANG PERMAINAN
4.1 Pertandingan ini dijalankan mengikut Undang-Undang Persekutuan Badminton
Antarabangsa (BWF) serta Peraturan Am PSKPP Kali Ke-38 Tahun 2018.

5. KELAYAKAN PEMAIN
5.1 Khas untuk semua ahli PSKPP yang sedang berkhidmat di bahagian Sibu
sahaja.
5.2 Umur pemain veteran (untuk lelaki sahaja) adalah 40 tahun ke atas (lahir pada
atau sebelum tahun 1979).
5.3 Bagi Kategori Wanita, semua acara adalah terbuka kepada semua peringkat
umur.
5.4 Seorang pemain hanya layak menyertai sekali sahaja dalam satu kategori
pertandingan.
5.5 Pemain lelaki veteran layak menyertai Kategori Lelaki Senior dan Kategori Lelaki
Veteran.

6. FORMAT PERTANDINGAN
6.1 Pertandingan ini hanya melibatkan permainan beregu sahaja.
6.2 Peringkat awal pertandingan akan dijalankan secara liga kumpulan.
6.3 Penentuan kedudukan di peringkat liga ialah mengikut hirarki berikut :
6.3.1 Mata
 Menang 2 – 0  3 mata
 Menang 2 – 1  2 mata
 Kalah 1 – 2  1 mata
 Kalah 0 – 2  0 mata
6.3.2 Bilangan set menang
6.3.3 Jumlah mata terkumpul
6.4 Peringkat kedua hingga ke peringkat akhir akan dijalankan mengikut sistem
kalah-singkir.
6.5 Kiraan mata adalah mengikut sistem 21 mata rali (The Best of Three Games).
Perbezaan 2 mata diperlukan untuk menang, jika tidak, permainan diteruskan
hingga mata ke-29. Beregu yang mendapat mata ke-30 adalah pemenang.

7. PENDAFTARAN
7.1 Pendaftaran boleh dilakukan melalui aplikasi telefon (SMS / WhatsApp /
Telegram / WeChat) kepada SIMON ANAK JARIT di talian 0198781286 pada
atau sebelum tarikh 31 JULAI 2019 (RABU). Butiran berikut perlu dilengkapkan
untuk kedua-dua pemain.
 Kategori Pertandingan
 Nama pemain
 No. Keahlian PSKPP
 No. Kad Pengenalan
 Stesen Bertugas
 No. Telefon
 Ya / Tidak - Jika terpilih mewakili pasukan Badminton PSKPP
Sibu
7.2 Bayaran RM10 akan dikenakan kepada setiap beregu dan wajib dibayar sebelum
sesi taklimat pada hari pertandingan.
7.3 Pemain yang tidak ada pasangan akan dicarikan gandingan sebelum
pertandingan bermula dan perlu juga mendaftar seperti perkara 7.1.

8. PROSEDUR PEMILIHAN PEMAIN


8.1 Dilaksanakan oleh panel-panel dalam Jawatankuasa Pemilihan yang telah
dibentuk khas. Jika ada percanggahan, undian majoriti akan dilakukan selepas
melalui sesi perbincangan.
8.2 Maklumat berkenaan kriteria pemilihan yang digunakan - sila rujuk Lampiran A.
8.3 Pemilihan adalah berdasarkan prestasi semasa individu yang dipamerkan.
(BUKAN berdasarkan pasangan, keputusan pertandingan atau pencapaian
lampau).
8.4 Jika perlu, pemilihan pemain akan dijalankan dalam 2 saringan.
8.5 Keputusan pemilihan adalah MUKTAMAD dan akan dimaklumkan secara
peribadi melalui aplikasi telefon.

9. BULU TANGKIS
9.1 Wajib menggunakan bulu tangkis jenama “Yang Yang 300B (Tournament Grade
- Speed 77).
9.2 Ditanggung sepenuhnya oleh pemain terlibat sama ada melalui perkongsian atau
perbincangan.
9.3 Pihak pengelola ada menyediakan perkhidmatan menjual bulu tangkis dengan
harga RM8.00 sebiji. (digalakkan untuk menyediakan wang kecil untuk
memudahkan urusan)

10. PENGADIL DAN PENJAGA GARISAN


10.1 Pengadil akan disediakan daripada kalangan Jawatankuasa pengelola.
10.2 Penjaga garisan – Jawatankuasa pengelola & ihsan di kalangan hadirin.

11. HADIAH
11.1 Setiap kategori yang dipertandingkan akan menerima :
 Pasukan Juara : Wang Tunai + 2 piala + 2 Sijil
 Pasukan Naib Juara : Wang Tunai + 2 piala + 2 Sijil
 Pasukan Tempat Ketiga : Wang Tunai + 2 piala + 2 Sijil
 Pasukan Tempat Keempat : 2 Sijil
12. KETETAPAN MASA
12.1 15 minit diperuntukkan sebagai tempoh menunggu untuk kedua-dua pemain
tampil sebelum pasukan lawan diumumkan sebagai menang tanpa bertanding.
12.2 Pasukan terlibat hanya diperuntukkan 3 minit untuk melakukan pemanasan
badan / penyesuaian gelanggang.
12.3 Selang masa 1 minit diberikan selepas tamat set 1 dan seterusnya 5 minit jika
melibatkan set penentuan.

13. PAKAIAN PEMAIN


13.1 Sebarang jenis pakaian sukan yang sesuai. (Elakkan daripada menggunakan
pakaian yang berunsur seksi, politik, perkauman, keagamaan dll).

14. MAKANAN / MINUMAN


14.1 Ditanggung dan diuruskan oleh pemain masing-masing.

15. KEBERSIHAN DAN DISIPLIN


15.1 Tanggungjawab semua hadirin.

16. BANTAHAN
16.1 Usul lisan boleh dikemukakan secara berhemah kepada Ahli Jawatankuasa
Pengelola.
16.2 Tiada deposit atau syarat dikenakan.
16.3 Keputusan Jawatankuasa Pengelola adalah MUKTAMAD.

17. PENANGGUHAN / PEMBERHENTIAN PERTANDINGAN


17.1 Pihak pengelola BERHAK menangguhkan atau menghentikan pertandingan.

18. KEHILANGAN DAN KECEDERAAN / KECEMASAN


18.1 Pihak pengelola TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap barangan peribadi
yang hilang dan sebarang kes kecederaan atau kecemasan.

19. PERKARA YANG TIDAK DINYATAKAN


19.1 Segala bentuk makluman untuk tujuan penambahbaikan / perkongsian amatlah
dialu-alukan.
19.2 Keputusan secara muafakat Jawatankuasa Pengelola adalah MUKTAMAD.

- Sekian, terima kasih. -

Disediakan oleh,
Jawatankuasa Pengelola,
Pejabat Pendidikan Daerah Kanowit.
Lampiran A

KRITERIA PEMILIHAN

1. Umum
1.1 Ahli PSKPP yang sedang berkhidmat di Bahagian Sibu sahaja.
1.2 Hadir pemilihan & saringan (jika ada)
Catatan : Pemain yang berpotensi dan tidak hadir bersebab akan dihubungi
dan dialu-alukan untuk hadir pada Saringan Kedua.
1.3 Sihat
1.4 Bersedia memberi komitmen
1.5 Berdisiplin
1.6 Menepati masa
1.7 Jaga imej / integriti
1.8 Semangat berpasukan
1.9 Terbuka menerima pandangan

2. Teknikal - THE FIVE S’ of sports training by Ken Doherty


2.1 Stamina
 Kecergasan pergerakan
 Daya tahan kardiovaskular
2.2 Speed
 Ketangkasan menyerang
 Kemahiran mengagak
 Kekentalan bertahan
2.3 Strength
 Pukulan smash / drive / stroke
 Bebas kecederaan
2.4 Skill
 Teknik pukulan (termasuk servis)
 Kawalan gelanggang
 Kemahiran permainan jaring
 Corak permainan
2.5 Spirit
 Semangat juang
 Kawalan tekanan
 Sikap kerjasama
KRONOLOGI

PERTANDINGAN BADMINTON PSKPP PERINGKAT BAHAGIAN SIBU 2019

Bil. Perkara Tarikh Catatan

1. Tarikh pertandingan 03 & 04 Ogos 2019 TN Sports

Tarikh mengedarkan Surat Jemputan


2. 17 Julai 2019 UPPK, PPD Kanowit.
Pertandingan

Tarikh mengedarkan Surat Jemputan


Mesyuarat Pengelolaan Pertandingan
3. 17 Julai 2019 Cikgu Simon anak Jarit.
Badminton PSKPP Bahagian Sibu Bil
1/2019

Tarikh Mesyuarat Pengelolaan


Pertandingan Badminton PSKPP Jam 1430
4. Bahagian Sibu Bil 1/2019 23 Julai 2019 Bilik Mesyuarat
(Jawatankuasa Panel Pemilihan dan SK Ulu Ranan
Jawatankuasa Pelaksana)

Cikgu Simon anak Jarit (019


5. Tarikh tutup pendaftaran 31 Julai 2019
8781286)

Tarikh Mesyuarat Pengelolaan


Jam 1430
Pertandingan Badminton PSKPP
6. 1 Ogos 2019 Bilik Mesyuarat
Bahagian Sibu Bil 2/2019
SK Ulu Ranan
(Jawatankuasa Pelaksana)

Cikgu Willy anak Johnson


17 Julai 2019 (019 4383947)
7. Maklumat lanjut hingga
04 Ogos 2019 Cikgu Simon anak Jarit (019
8781286)

You might also like