Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

Konsep Lagu Rakyat

Lagu rakyat masyarakat Melayu ialah lagu atau nyanyian yang berasal dari suatu
kawasan dalam Alam Melayu. Tempat-tempatnya ialah negera Indonesia, Malaysia, Singapura,
Brunei hatta termasuk di pelusuk kepulauan terpencil nusantara. Lagu-lagu rakyat amat popular
di kawasan tersebut. Kebiasaanya, lagu rakyat memperihalkan tentang masyarakat, alam
semula jadi, haiwan mahupun senario yang menggambarkan kawasan tersebut. selain itu, ia
juga turut dinyanyikan tujuan bermain, mendodoikan anak, hiburan selepas penat bekerja dan
meraikan majlis-majlis keraian. Anak-anak dara sunti dan kanak-kanak Melayu biasanya suka
mendendangkan lagu-lagu rakyat secara berkumpulan (Pendidikan Sivik, 2012). Di samping itu,
nyanyian rakyat juga memeriahkan perkembangan sastera rakyat malah tenarnya masih dapat
dirasai sehingga ke hari ini. Mereka menyanyi menggunakan rebab, rebana, batil, gendang dan
sebagainya. Lirik yang dihasilkan oleh golongan masyarakat yang tinggal di desa-desa,
perkampungan atau kawasan pedalaman adalah secara spontan.

Menurut Aripin Said (2004), lagu rakyat juga dikenali sebagai nyanyian rakyat. Nyanyian
rakyat merupakan lagu-lagu yang dinyanyikan oleh masyarakat tradisional pada masa lalu yang
rata-ratanya bukan sekadar untuk  menghibur tetapi untuk mendidik masyarakat. Beliau juga
menyatakan bahawa, penyanyi lagu-lagu rakyat atau penyampai lagu-lagu ini terdiri daripada
penglipur lara yang dikenali sebagai penyampai cerita-cerita rakyat. Lagu-lagu ini
dikembangkan daripada satu generasi kepada satu generasi yang lain dalam bentuk lisan.
Tambahan lagi, persembahan nyanyian lagu rakyat turut diiringi dengan persembahan gerak
tari tertentu. Terdapat pelbagai bentuk lagu rakyat seperti pantun, seloka,  syair, gurindam,
bahasa berirama serta bentuk-bentuk bebas yang lain. Lirik yang digunakan biasanya dalam
bahasa dialek mengikut loghat tempat masing-masing. Irama lagu rakyat amat unik kerana
mempunyai kaitan dengan budaya dan alam sekeliling.
Ciri-ciri Lagu Rakyat

Masyarakat  Melayu  sememangnya terkenal dengan pelbagai irama dan lagu yang diwarisi
secara turun temurun. Walaupun mengalami sedikit pembaharuan dari segi aturan lirik, gaya
nyanyian atau alat muzik serta cara penyampaiannya yang dipelbagaikan. Terdapat ciri-ciri
pada lagu rakyat ini. Antaranya ialah lagu-lagu yang dihasilkan diterima masyarakat. Hal ini
menunjukkan lagu tersebut membawa mesej yang baik selain daripada tujuan menghibur atau
mendidik. Lagu-lagi ini diterima kerana tiada unsur prejudis mahupun menyinggung perasaan
suatu kelompok masyarakat pada ketika itu. Selain itu, lagu yang didendangkan merupakan
pendapat atau suara hati yang sama bagi semua kelompok masyarakat. Penat lelah
selepas bekerja atau situasi masyarakat ketika itu digambarkan melalui nyanyian. Menurut
Zainal Kling (1999), muzik dan lagu menjadi sebahagian daripada budaya dan sistem sosial
masyarakat. Penghasilan mahupun persembahannya muzik tetap menjadi sebahagian daripada
perlakuan anggota masyarakat. Beliau menegaskan bahawa, pelbagai bentuk muzik harus
diteliti pada dua aspek utama iaitu sebagai perlakuan manusia dalam budayanya serta sebagai
bentuk budaya atau seni  tersendiri.

Ciri lagu rakyat seterusnya ialah irama dan melodi dalam nyanyian adalah berunsur
santai atau dalam bentuk jenaka yang mudah dinyanyikan oleh masyarakat tersebut. Antara
lagu-Iagu rakyat ialah Walinongsari, Puteri Kayang, Pak Sang Bagak, Indung-Indung, Burung
Kenek-Kenek, Tebang Tebu, Galah Mudik, Dayang Keknong, Perang Bugis, Ya Ramadhan,
Lagu Zikir, Anak Ayam Turun Sepuluh, Datuk Sepanjang Jalan, Ya Habibun, Angin, Tu Bulan
Tu Bintang, Pantun Dagang, Nazam Ya Tuan, Anak Ayam Turun Sepuluh dan lain-lain. Lagu-
Iagu yang disebutkan di atas mempunyai melodi yang sangat menarik. Walaupun pada
peringkat perkembangannya yang gemilang dalam masyarakat masa lalu itu lagu-Iagu tersebut
digemari oleh semua lapisan masyarakat tetapi jika dikenal pasti terdapat sasaran yang tertentu
ditujukan terutama jika kita melihat lirik atau kata-kata yang terdapat dalam lagu-Iagu tersebut.

You might also like