Komsas-Pesan Ibu Beribu-Ribu 2020

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

PUISI MODEN

PESAN IBU BERIBU-RIBU


MAKSUD:
Rangkap 1: Setiap anak mempunyai seorang ibu sahaja walaupun pesannya
sangat banyak tetapi sangat berguna pada kehidupan kita
Rangkap 2: Pesanan ibu kepada anak meliputi keseluruhan kehidupan
anaknya. Ibu berpesan agar anaknya rajin belajar supaya dilengkapi dengan
ilmu pengetahuan dan berhati-hati dalam memilih kawan. Ibu juga berpesan
agar anaknya mencari rakan yang baik dan menjauhi rakan yang boleh
mempengaruhi anaknya melakukan perkara yang negatif. Ibu berpesan lagi
agar si anak berwaspada ketika keluar dari rumah kerana bimbang akan
bahaya yang mungkin menimpa diri. Walaupun si anak berasa jemu dengan
setiap pesanan ibu namun ibu tidak pernah berhenti berpesan. Pesanannya
sentiasa bertambah dari sehari ke sehari, termasuklah pesanan agar
menjaga kesihatan diri.
Rangkap 3: Suatu hari penyajak melihat rakannya bersedih kerana
ditinggalkan oleh kekasihnya. Dia baru menyedari bahawa kekasihnya ialah
seorang yang pandai menyamar dan telah ditangkap.
Rangkap 4: Rakan penyajak itu telah menyedari bahawa dia telah menyesal
bahawa apa yang telah dilakukan kerana ibunya telah berpesan agar
berhati-hati dalam memilih sahabat.
Rangkap 5: Akhirnya, penyajak mengakui bahawa ibunya lebih arif dalam
menilai perkara yang baik dan yang buruk. Penyajak sanggup menerima
lebih banyak pesanan ibunya kerana dia tidak akan bosan mendengarnya.
Penyajak sedar bahawa sempurnanya tanggungjawab seorang ibu apabila
beliau dapat menyampaikan pesanan yang baik kepada anaknya.
TEMA:
Seorang ibu yang tidak pernah jemu berpesan dan memberi nasihat kepada
anak kesayangannya.
BENTUK:
(a) Terdiri daripada lima rangkap.
(b) Rangkap pertama mempunyai tiga baris, rangkap kedua mempunyai
lapan belas baris, rangkap ketiga mempunyai sembilan baris, rangkap
keempat mempunyai lapan baris, dan rangkap kelima mempunyai sepuluh
baris.
(c) Bilangan katanya satu hingga tujuh patah kata.
(d) Terdiri daripada dua hingga enam belas suku kata.
GAYA BAHASA:
(a)Inversi. Contohnya,ibu kita Satu
(b)Repetisi. Contohnya, tapi ibu tetap ibu.
PENGAJARAN:
(a) Kita mestilah sentiasa patuh dan mendengar nasihat ibu bapa.
(b) Kita hendaklah rajin dalam menuntut ilmu pengetahuan.
(c) Kita disarankan untuk menjaga kesihatan supaya tidak memudaratkan
diri sendiri.
UNSUR BUNYI:
(a) Asonansi. Contohnya, setiap langkah kita diiringi pesanan ibu
(perulangan vokal i).
(b) Aliterasi. Contohnya, kerana kehilangan kekasih (perulangan konsonan
k).
PERSOALAN:
(a) Kasih sayang seorang ibu terhadap anaknya.
(b) Sikap berhati-hati dalam memilih sahabat.
(c) Kepentingan ilmu pengetahuan dalam kehidupan sebagai penyuluh
kehidupan.
NILAI:
(a) Kasih sayang.
(b) Kesungguhan.
(c) Kebijaksanaan.

You might also like