Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

STERENG KUASA ELEKTRIK

Stereng kuasa elektrik (EPS) digunakan untuk menggantikan sistem stereng kuasa
hidraulik dalam kebanyakan kenderaan baru. Kelebihan sistem ini ialah ia tidak
memerlukan pam stereng kuasa, pam stereng kuasa memerlukan antara kuasa 8
hingga 10hp semasa terbeban. Sistem ini juga menghapuskan kebocoran minyak
hidraulik serta keperluan untuk memeriksa paras cecair stereng kuasa. EPS juga
telah menghapuskan bunyi bising yang dihasilkan oleh pam stereng kuasa, serta
mengurangkan penggunaan paip dan injap hidraulik. Ia juga menghasilkan kawalan
sistem stereng yang lebih baik.

Stereng kuasa elektrik menyediakan bantuan kuasa walaupun semasa enjin tidak
bekerja. Ia juga menjimatkan penggunaan bahan api kerana ia lebih ringan dan
digerakkan oleh motor elektrik arus terus (DC motor) hanya menggunakan kuasa
elektrik apabila bantuan kuasa diperlukan sahaja. EPS digerakkan menggunakan
motor 12V dan tidak menggunakan kuasa enjin sebagai punca kuasa, ini
menyebabkan tiada perubahan pada cara kendalian stereng sekalipun semasa enjin
tidak bekerja.

EPS ECU menggunakan keluaran dari penderia daya kilas (torque sensor) dan
maklumat dari skid control ECU untuk menentukan kadar kelajuan kenderaan dan
kadar tork yang diperlukan untuk menentukan arah dan daya bantuan kuasa yang
perlu diberikan kepada sistem stereng. Ia kemudiannya akan mengerakkan motor
mengikut arah yang diperlukan.
Gear stereng

Apabila roda stereng diputar, daya kilas akan dipindahkan ke pinan lalu
menyebabkan syaf masukan (input shaft) berputar. Bar kilasan (torsion bar) yang
bersambung dengan syaf masukan dan pinan akan terpiuh sehingga kadar daya
kilas dan tindak balas adalah sama. Penderia daya kilas (torque sensor) mengesan
kadar piuhan bar kilasan dan menukarkan kadar daya kilas yang dihasilkan oleh bar
kilasan ke dalam bentuk isyarat elektrik. 

Motor arus terus


Motor arus terus menggunakan worm gear untuk memindahkan daya kilas dari
motor ke column shaft. 

Mekanisme pengurangan (reduction mechanism)

Mekanisme pengurangan memindahkan kuasa motor ke syaf pinan. Mekanisme


pengurangan terdiri daripada ring gear yang diikat pada shaf pinan dan gear pinan
yang digabungkan dengan syaf motor. Kuasa motor dipindahkan oleh mekanisme
pengurangan kepada syaf pinan yang membantu mengerakkan stereng.
Penderia daya kilas  (torque sensor)

Penderia daya kilas mengesan kadar piuhan bar kilas dan menukarkannya ke dalam
isyarat elektrik. Unit kawalan sistem stereng kuasa elektrik (EPS ECU)
menggunakan isyarat tersebut untuk menetukan jumlah bantuan kuasa yang perlu
dihasilkan oleh motor arus terus.

Unit kawalan sistem stereng kuasa elektrik (EPS ECU)

EPS ECU menerima isyarat daripada pelbagai penderia, maklumat ini digunakan
untuk menentukan keadaan semasa kenderaan dan menentukan kadar bantuan
yang perlu diberikan oleh motor arus terus.

Fungsi gagal selamat (fail safe function)

Jika unit kawalan stereng kuasa elektrik mengesan kerosakan dalam sistem EPS
lampu amaran menyala untuk memberi amaran kepada pemandu. EPS ECU akan
menyimpan DTC dan bekalan kuasa ke sistem EPS akan diputuskan. Walau
bagaimanapun, sistem masih boleh dikawal secara manual.

You might also like