Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

Teks Ucapan Pengacara Majlis

1. Salutation

Bismillahirrahmanirrahim,

Yang Berbahagia
Puan Sri Dato’ Imran Bt Ibrahim
Pengerusi PERKEP Malaysia

Yang Berbahagia
Puan Sri Datin Sri Shahriza Binti Saad @ Mansor
Naib Pengerusi PERKEP Malaysia

YangBerbahagiaUstazMohdAzharBinAbdulLatif
Selaku Penceramah Jemputan daripada Pusat Pendidikan Al Barakah, Ipoh Perak

Yang Berbahagia
Pengerusi-pengerusi PERKEP Jabatan

Datin Sri-Datin Sri, Datin-Datin dan puan-puan hadirin sekalian

Assalamualaikum w.b.t.

2. Ucapan Aluan

Melayang serindit di atas permatang,


Merbah berkicau di hujung muara,
Pemanis kata selamat datang,
Awal BismilLah pembuka bicara.

Terlebih dahulu, majlis mengucapkan selamat datang  dan terima kasih kepada semua para
tetamu jemputan serta hadirin kerana sudi hadir ke Majlis Bacaan Yasin , Tahlil dan Doa
Selamat Sempena Hari PERKEP Malaysia Yang ke 48.

Di samping itu juga, marilah kita sama-sama memanjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana
dengan limpah rahmat dan keizinanNya telah memberi peluang dan kesempatan kepada kita
semua untuk  berhimpun dalam majlis agama dan semoga ilmu yang kita perolehi dapat
memberi manfaat untuk semua.

3. Bacaan Surah Yasin, Tahlil Dan Doa Selamat

Hadirin dan hadirat yang dirahmati Allah sekalian.

Majlis pada pagi ini dimulakan dengan bacaan surah yassin, tahlil serta doa selamat yang
akan dipimpin oleh Yang Berbahagia Al Fadil Ustaz Mohd Azhar bin Abdul Latif daripada
Pusat Pendidikan Al Barakah, Ipoh, Perak.
Sejurus selepas itu majlis diteruskan dengan sesi perkongsian ilmu oleh beliau mengenai
“Komunikasi Dalam Rumahtangga….. Yang Membawa Bahagia Atau Derita?”

Dengan itu majlis mempersilakan Yang Berbahagia Al Fadil Ustaz Mohd Azhar bin Abdul
Latif untuk memulakan membimbing bacaan Yasin. Dipersilakan.

(CERAMAH)

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Berbahagia Al Fadil Ustaz Mohd
Azhar bin Abdul Latif  di atas perkongsian ilmu yang bermanfaat. Semoga kita semua dapat
mengaplikasikan apa yang dikongsi oleh Yang Berbahagia Ustaz sebentar tadi
untuk memperbaiki hubungan terutamanya dari segi komunikasi di dalam rumahtangga.

4. Penyampaian Cenderahati

Hadirin dan hadirat yang dirahmati Allah…

Majlis diteruskan dengan penyampaian cenderahati. Untuk menyempurnakan penyampaian,


Majlis dengan segala hormatnya  menjemput dan mempersilakan Puan Sri Datin Sri Shahriza
Binti Saad @ Mansor, Naib Pengerusi PERKEP Malaysia untuk mengiringi Puan Sri Dato’
Imran Bt Ibrahim, Pengerusi PERKEP Malaysia. Dipersilakan.

Dijemput Ustaz Mohd Azhar Bin Abdul Latif selaku Penceramah Jemputan daripada Pusat
Pendidikan Al Barakah, Ipoh Perak untuk menerima cenderahati daripada Pengerusi
PERKEP Malaysia. Dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada Al Fadil Ustaz atas kesudian menerima cenderahati dan
terima kasih, syukran jazilan yang berbahagia ustaz atas kesudian bertandang ke majlis ini.

Terima kasih juga diucapkan kepada Yang Berbahagia Puan Sri Dato’ Imran Bt Ibrahim,
Pengerusi PERKEP Malaysia di atas kesudian menyampaikan cenderahati sebentar tadi.

5. Penutup

Hadirin dan hadirat yang dirahmati Allah,

Tuan puteri tersenyum-senyum,


Melihat mempelai direnjis dipilis,
Senyum-senyum jangan tak senyum,
Kita sudah di penghujung Majlis.

Majlis mengucapkan rasa syukur dan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat di dalam
menjayakan Majlis kita pada hari ini samada secara langsung mahu pun tidak. Moga kita
semua akan beroleh keberkatan daripada Allah s.w.t.

Tiada untaian kata yang mampu dilafazkan selain ungkapan rasa syukur dan ucapan terima
kasih yang tulus ikhlas buat semua, atas kesudian hadir menjayakan Majlis Bacaan , Tahlil
dan Doa Selamat Sempena Hari PERKEP Malaysia Yang ke 48.
Semoga dapat kita bersua kembali dalam pertemuan yang lain.  Maka Itu majlis dengan
segala hormatnya menjemput para hadirin dan hadirat sekalian untuk menikmati jamuan
makan tengahari yang disediakan.

Akhir kata, saya sudahi majlis ini dengan wabillahitaufik walhidayah wassalammualaikum
wbt.

You might also like