Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

3.

1 Persekitaran Kod Arahan


1. Kod arahan ialah satu arahan yang ditulis dalam bahasa
komputer yang mengarahkan komputer melaksanakan sesuatu
tugasan.
2. Satu set kod arahan (atau segmen kod) digunakan untuk
membina satu atur cara bagi menyelesaikan masalah. 
3. Persekitaran kod arahan
    (a) merujuk kepada persediaan terhadap peralatan dan perisian
yang diperlukan untuk menulis kod arahan. 
    (b) juga merujuk kepada perkakasan komputer, sambungan
kepada internet, pelayar web dan perisian aplikasi bahasa
pengaturcaraan yang diperlukan untuk pembangunan atur cara,
penterjemahan dan pelaksanaan atur cara.
4. Semasa pelaksanaan atur cara, kod arahan akan menjalani
pengalihan kepada bahasa mesin yang boleh difahami oleh
komputer. 
5. Setiap bahasa pengaturcaraan mempunyai pemterjemah
tersendiri. Terdapat tiga jenis penterjemah, iaitu 
Penterjemah Contoh Bahasa Pengaturcaraan
(a) Penghimpun Basic Assembly Language yang
(Assembly) digunakan oleh sistem IBM.
(b) Pengkompil
C, C++, Java, Pascal.
(Compiler)
(c) Pentafsir
Python, PHP, Perl dan Ruby.
(Interpreter)

3.1.1 Jenis Data dalam Segmen Kod


1. Setiap bahasa pengaturcaraan mempunyai satu senarai jenis
data.

2. Pengisytiharan suatu pemboleh ubah :


    (a) membenarkan atur cara mengenal pasti kegunaan pemboleh
ubah tersebut.
    (b) menyimpan pemboleh ubah tersebut dalam storan ingatan
dengan berkesan.

3. Jenis data dapat dibahagikan kepada tiga bahagian utama :


 

(buku teks m/s 77)

4. Dalam pengaturcaraan, pemboleh ubah ditakrifkan sebagai jenis


data pada permulaan atur cara. 

5. Jenis data perlu diketahui supaya setiap jenis data dan


kegunaannya dapat dibezakan.
(a) Integer
1. Definisi :
    (a) Merupakan nombor yang tidak mengandungi bahagian
pecahan dan tidak mempunyai titik perpuluhan.
    (b) Juga dikenali sebagai nombor bulat.
    (c) Boleh terdiri daripada nombor negatif, sifar dan nombor
positif.

2. Penggunaan : 
    (a) Menyelesaikan masalah matematik dan boleh digunakan
bersama operator matematik.

    
(Buku teks m/s 78)

    (b) Pembilang bagi struktur kawalan.

3. int :
    (a) Sintaks umum yang digunakan dalam pengisytiharan
nombor integer.
    (b) Digunakan khusus untuk membuat penetapan sesuatu nilai
pemboleh ubah.

You might also like