TEMPLATE TAKE HOME EXAM - Fauzan MD Tahib

You might also like

Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 40

TAKE HOME EXAMINATION

SEMESTER JANUARI 2020

AMSS5303

MAHKAMAH SYARIAH DAN UNDANG-UNDANG ISLAM DI MALAYSIA

NAMA : FAUZAN BIN MD TAHIB


NO. MATRIKULASI : CGS01879925
NO. KAD PENGNEALAN : 890512595659
NO. TELEFON : 011-25576486
E-MEL : fauzantahib@oum.edu.my

PUSAT PEMBELAJARAN : KUANTAN LERANING CENTRE


BAHAGIAN A

SOALAN 1 (BAHAGIAN A)

Konsep Undang-Undang Jenayah

Undang-undang jenayah syariah adalah salah satu cabang perundangan yang berteraskan
wahyu (revealed Law) yang menjadikan al-Quran dan as-Sunnah sebagai sumber
rujukan utama. Jenayah menurut fuqaha' adalah perbuatan atau perilaku yang jahat dan
kesalahan yang dilakukan oleh seseorang yang melibatkan nyawa, tubuh badan, agama,
harta benda, akal fikiran, nasab dan sebagainya. Semua kesalahan ini wajib dikenakan
hukuman, seperti hadd, qisas, diat dan takzir yang merupakan sebahagian daripada syariat
Allah SWT yang wajib dijunjung, diamalkan dan dipertahankan oleh Muslim.

Firman Allah SWT:


Maksud: Dan sesiapa yang melanggar aturan-aturan hukum Allah maka mereka
itulah orang-orang yang zalim” (Surah al-Baqarah : 229)

Dalam membicarakan tentang Jenayah terdapat dua istilah yang digunapakai oleh
fuqaha’. Pertama: Istilah al-Jarimah dan Kedua: Istilah al-Jinayah. Istilah al-Jarimah
diguna pakai oleh sebahagian fuqaha’ sebagai kesalahan-kesalahan secara umum sama
ada melibatkan soal moral atau fizikal, melibatkan tubuh badan, harta benda atau
kepentingan-kepentingan yang lain sementara jumhur fuqaha’ mengguna pakai istilah al-
jinayah kepada kesalahan-kesalahan yang lebih khusus, iaitu kesalahan-kesalahan yang
berkenaan dengan jiwa dan tubuh badan sahaja iaitu kesalahan-kesalahan qisas dan
diyyat. Perbezaan yang timbul ini tidak menyentuh konsep perbuatan salah itu sendiri,
sebaliknya sekadar penyesuaian dalam penggunaan istilah semata-mata. Justeru, istilah
al-jinayah adalah sinonim dengan istilah al-jarimah

1
Falsafah Perlaksanaan undang-undang  jenayah Islam adalah bertujuan untuk menjaga
prinsip perundangan Islam yang tertakluk di bawahnya lima perkara:
Yang pertama ialah menjaga agama iaitu menjaga aqidah orang-orang Islam supaya tidak
terpesong dari aqidah yang sebenar dan tidak menjadi murtad.
Kedua ialah menjaga nyawa iaitu menjaga jiwa seseorang dari dibunuh termasuklah
menjaga anggota tubuh badan seseorang dari dicederakan atu dirosakkan.
Ketiga ialah menjaga akal fikiran iaitu memelihara akal fikiran manusia dari kerosakan
disebabkan minum arak atau minuman-minuman yang memabukkan.
Keempat ialah menjaga keturunan iaitu memelihara manusia dari melakukan perzinaan
supaya nasab keturunan, perwalian dan pewarisan anak-anak yang lahir hasil dari
persetubuhan haram itu tidak rosak.
Kelima ialah menjaga harta benda, iaitu memelihara harta benda manusia dari dicuri dan
dirompak dengan menjatuhkan hukuman potong tangan ke atas pencuri, dan menjatuhkan
hukuman mati atau potong tangan dan kaki kedua-duanya sekali atau dibuang negeri ke
atas perompak.

Pembahagian Undang-Undang Jenayah

Terdapat 4 pembahagian hukum jenayah Islam iaitu Hudud, Qisas, Diyat dan Takzir.

Hukuman Jenayah pertama ialah hudud. Dalam bahasa arab hudud atau kata mufradnya
had, bererti pembatasan atau pencegahan. Definisi Hudud dari sudut istilah pula ialah
bermaksud pembalasan yang telah ditetapkan (jenis dan kadarnya) dan diwajibkan
sebagai memenuhi hak Allah s.w.t ungkapan pembalasan yang telah ditetapkan Hukuman
hudud ini tidak terdapat hukuman minimum dan hukuman maksimum dan hukuman
tersebut tidak boleh digugurkan daripada individu kerana ia merupakan hak Allah.
Hukuman Hudud ini bertujuan mencegah kerosakan keatas manusia serta menjamin
kesejahteraan kehidupan manusia.

2
Firman Allah SWT:

Maksud: Dan sesiapa yang melanggar aturan-aturan hukum Allah maka mereka itulah
orang-orang yang zalim” (Surah al-Baqarah : 229)

Terdapat 7 kesalahan yang dikategorikan sebagai jenayah hudud.

Pertama ialah zina iaitu persetubuhan antara lelaki dan perempuan yang haram baginya,
sama ada kerana tiada sebarang akad perkahwinan atau akad syubhah atau sama ada tiada
hak milik atau syubhat milik dan tahu bahawa perbuatan itu adalah haram. Hukuman
hudud bagi kesalahan zina ialah direjam dengan batu sehingga mati jika kedua-dua
pasangan sudah berkahwin dan disebat 100 kali jika pasangan tersebut belum berkahwin.

Kedua ialah Qazaf iaitu menuduh zina terhadap wanita suci. Hukuman Hudud bagi
kesalahan tersebut ialah dikenakan 80 kali sebatan.

Ketiga ialah meminum minuman yang memabukkan seperti arak. Hukuman yang
dikenakan ialah 80 kali sebatan.

Keempat ialah mencuri dan hukuman bagi mencuri ialah dipotong tangan pencuri

Kelima ialah murtad iaitu keluar dari agama Islam. Hukuman yang dikenakan ilaah
dihukum bunuh.

Keenam ialah hirabah iaitu rombakan bersenjata. Hukumannya ialah dibunuh atau
dipotong tangan dan kakinya secara bersilang.

Ketujuh ialah al-baghi iaitu memerangi pemerintah dan hukumannya ialah dibunuh.

3
Hukuman jenayah kedua ialah Qisas. Definisi  Qisas  dari segi bahasa ialah memotong
sementara definisi Qisas dari segi istilah ialah hukuman yang telah ditetapkan oleh syarak
melalui nas-nas al-quran dan hadith-hadith Nabi s.a.w kerana kesalahan yang
melibatkan nyawa dan kecederaan tubuh badan. Hukuman qisas ialah kesalahan yang
dikenakan hukuman balas.
1. Membunuh dibalas dengan bunuh (nyawa dibalas dengan nyawa).
2. Melukakan dibalas dengan melukakan.
3. Mencederakan dibalas dengan mencederakan.

Terdapat 3 kesalahan yang wajib dikenakan hukuman Qisas iaitu:

Kesalahan hukuman Qisas pertama ialah membunuh orang lain dengan sengaja.
Hukuman membunuh orang lain dengan sengaja wajib dikenakan hukuman qisas ke atas
si pembunuh dengan dibalas bunuh. Hukuman ini bertepatan dengan firman Allah pada
Surah Al-Baqarah ayat 178.

Firman Allah S.W.T. yang bermaksud:

“ "Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan kamu menjalankan hukuman qisas


(balasan yang seimbang) dalam perkara orang-orang yang mati dibunuh." (Surah Al-
Baqarah 2:178)

Kesalahan kedua dan ketiga Qisas ialah Hukuman menghilangkan atau mencederakan
salah satu anggota badan orang lain atau melukakannya wajib dibalas dengan hukuman
qisas mengikut kadar kecederaan atau luka seseorang itu juga mengikut jenis anggota
yang dicederakan dan dilukakan tadi. Firman Allah S.W.T. yang bermaksud:

“ "Dan Kami telah tetapkan atas mereka di dalam kitab Taurat itu, bahawasanya jiwa
dibalas dengan jiwa, dan mata dibalas dengan mata, dan hidung dibalas dengan
hidung, dan telinga dibalas dengan telinga, dan gigi dibalas dengan gigi, dan luka-
luka juga hendaklah dibalas (seimbang). Tetapi sesiapa yang melepaskan hak

4
membalasnya, maka menjadilah ia penebus dosa baginya. Dan sesiapa yang tidak
menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah S.W.T, maka mereka
itulah orang-orang yang zalim." (Surah Al-Ma'idah: 45)

Hukuman jenayah ketiga ialah Diyat. Diyat adalah denda yang wajib dibayar kerana
kesalahan jenayah sebagai ganti qisas. Hukuman ini sebagai satu artenatif bagi hukuman
qisas apabila ia tidak dapat dilaksanakan dengan sebab-sebab tertentu, seperti apabila
jenayah itu berlaku dengan seperuh sengaja atau tidak sengaja. Begitu juga apabila
hukuman qisas tidak dapat dilaksanakan oleh sebab-sebab fizikal, seperti ketiadaan
anggota yang sama pada pesalah berkenaan, atau semata-mata kerana pihak mangsa
bersetuju tidak mahu melaksanakan qisas, sebaliknya mengambil diyat dan beberapa
sebab lain lagi.

Menurut Imam Al-Nawawi, diyat adalah harta yang wajib dibayar disebabkan oleh
jenayah yang dilakukan ke atas nyawa atau selain nyawa. Abdul Qadir ‘Awdah pula
berpendapat diyat adalah hukuman gantian kepada hukuman qisas sekiranya mengambil
tempat kepada hukuman qisas, dan dalam masa yang sama, ia turut merupakan hukuman
asal kepada kesalahan jenayah yang bersifat separuh sengaja.

Hukuman diyat disyari’atkan dalam syariat Islam berdasarkan dalil dari al-Qur‘ân,
Sunnah dan ijmâ’. Di antara dalil dari al-Qur‘ân adalah firman Allah Azza wa Jalla :

‫ُوف َوأَدَا ٌء إِلَ ْي ِه بِإِحْ َسا ٍن‬


ِ ‫ع بِ ْال َم ْعر‬
ٌ ‫فَ َم ْن ُعفِ َي لَهُ ِم ْن أَ ِخي ِه َش ْي ٌء فَاتِّبَا‬

Maka barangsiapa yang mendapat suatu permaafan dari saudaranya, hendaklah yang
memaafkan mengikuti dengan cara yang baik, dan hendaklah yang diberi maaf membayar
diyat kepada yang memberi maaf dengan cara yang baik pula. [al-Baqarah/2:178]

Selain itu, terdapat Sunnah di antaranya adalah sabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa
sallam :

5
‫َم ْن قُتِ َل لَهُ قَتِ ْي ٌل فَه َُو بِ َخي ِْر النَّظَ َري ِْن إِ َّما أَ ْن يُ ْف َدى َوإِ َّما أَ ْن يُ ْقتَل‬

Barangsiapa yang keluarganya terbunuh maka ia bisa memilih dua pilihan, bisa memilih
diyat dan bisa juga memilih pelakunya dibunuh (qishâsh). [HR al-Jamâ’ah].

Terdapat 5 jenayah yang dikenakan hukuman diyat iaitu:

1. membunuh dengan sengaja


2. membunuh seakan-akan sengaja
3. membunuh dengan tidak sengaja
4. jenayah mencederakan dengan sengaja
5. jenayah mencederakan dengan tidak sengaja

Diyat terbahagi kepada 2 jenis iaitu Diyat Mughallazah ( ganti kerugian yang berat )
dan Diyat Mukhaffafah ( ganti kerugian yang ringan )

Diyat Mughallazah adalah satu diyat penuh iaitu 100 ekor unta yang dibayar secara terus
(tanpa tangguh) sebagaimana yang berikut:
1. 30 ekor unta berumur 4 tahun
2. 30 ekor unta berumur 3 tahun
3. 40 ekor unta yang sedang bunting

Diyat Mughallazah juga boleh dibayar dengan bayaran-bayaran berikut:


1. 33 ekor unta berumur 4 tahun
2. 33 ekor unta berumur 3 tahun
3. 34 ekor unta yang sedang bunting.

Diyat Mukhaffafh juga adalah satu diyat penuh iaitu 100 ekor unta yang dibayar secara
beransur-ansur (tangguh)selama 3 tahun dan setiap tempoh masa satu tahun dibayar 1/3
diyat sebagaimana yang berikut:

6
1. 20 ekor unta umur 4 tahun
2. 20 ekor unta umur 3 tahun
3. 20 ekor unta betina umur 2 tahun
4. 20 ekor unta jantan umur 2 tahun
5. 20 ekor unta betina umur 1 tahun

Kadar diyat adalah dikira mengikut bilangan unta dengan harga semasa iaitu harta yang
paling bernilai ketika itu. Kadar penuh untuk satu diyat penuh ialah 100 ekor unta. Walau
bagaimanapun , para ulama' berpendapat boleh menggantikan 100 ekor unta dengan harta
yang senilai dengannya pada masa tersebut. Diantaranya ialah:

a. Wang Emas - 1,000 dinar


b. Wang Perak - 10,000 dirham
c. Lembu - 200 ekor
d. Kambing - 2,000 ekor
e. Persalinan - 200 persalinan lengkap.

Hukuman jenayah keempat ialah Ta’zir. Dari segi bahasa, perkataan ta’zir berasal
dari kata kerja ‘azara, yang membawa maksud mencegah, menghormati, serta
memulih. Dalam penulisan perundangan islam, perkataan ta’zir menandakan suatu
hukuman yang bermatlamat, pertama mencegah penjenayah daripada melakukan
jenayah, dan kedua memulihkanya.

Para fuqaha mendefinisikan ta’zir sebagai keseksaan yang sifat dan kadarnya
tidak ditentukan secara rigid dan terperinci oleh syara’. Ia dilaksanakan bagi menjamin
hak-hak Allah s.w.t atau hak-hak persorangan dalam kes-kes kesalahan yang tidak
diperuntukkan hukuman hudud, qisas, dan diyat dan tidak dikenakan kiffarah. Ini bererti
ta’zir ialah kesalahan-kesalahan yang boleh dihukum dengan hukuman berkenaan

Hukuman yang berkaitan dengan ta’zir tidak terdapat di dalam Al-Quran dan Hadith, di
mana ia terserah kepada kepakaran hakim dan pemerintah untuk menetapkan sesuatu

7
kesalahan itu dengan hukuman demi kepentingan penjenayah dan masyarakat serta
Negara.

Kesalahan-kesalahan yang termasuk di bawah kategori ta’zir;


i) Kesalahan-kesalahan hudud atau qisas yang tidak cukup bukti untuk
dikenakan
hukuman hudud atau qisas.
ii) Kesalahan-kesalahan khalwat, mencuri yang tidak cukup nisab dan sebagainya.
ii) Perbuatan-perbuatan yang boleh mengganggu ketenteraman awam seperti
mengumpat, menipu, berjudi, rasuah, mengedar dan penyalahgunaan dadah.

Antara hukuman bagi kesalahan ta’zir ialah nasihat iaitu menasihati orang yang
melakukan kesalahan kecil bagi pertama kali agar ia tidak mengulangi lagi pada masa
akan datang. Selain itu, ia berbentuk teguran rasmi yang dilakukan oleh hakim dengan
mengeluarkan ucapan-ucapan atau melakukan sesuatu tindakan tertentu agar orang yang
melakukan kesalahan akan berusaha untuk memperbaiki dirinya. Selain itu, hukuman
tak’zir ialah memberi ancaman iaitu mengancam orang yang bersalah agar tidak
mengulangi kesalahannya di atas sebab takut dikenakan hukuman.

Hukuman ta’zir yang lain ialah pemulauan. Hukuman pemulauan dikenakan kepada
pesalah agar ia berasa tersempit sekiranya ia berterusan atau mengulangi kesalahannya
lantaran tidak dapat bermuamalat dengan orang lain dalam masyarakat. Selain itu,
pesalah ta’zir juga diberi hukuman perisytiharan umum iaitu membuat pengisytiharan
kepada umum terhadapkesalahan penjenayah. Dengannya penjenayah berasa tertekan dan
malu yang amat sangat. Tambahan pula, hukuman lain bagi Ta’zir ialah denda dan
merampas harta iaitu hukuman ta ‘zir dengan denda berbentuk kewangan dan
merampas harta yang dimiliki oieh penjenayah.

Hukuman ta’zir yang lain ialah Penjara iaitu mengenakan hukuman penjara dalam
tempoh tertentu mengikut pertimbangan realiti semasa.Selain itu, hukuman bagi Ta’zir
ialah Sebat iaitu mengenakan hukuman sebat kepada penjenayah dengan jumlah sebatan

8
yang tertentu mengikut realiti. Selain itu, hukuman Ta’zir ialah Bunuh. Hukuman bunuh
bagi kesalahan ta’zir dibenarkan oleh syarak bagi menjaga kemaslahatan umum
masyarakat.Buang daerah juga merupakan hukuman Ta’zir. Hukuman ini dikenakan
supaya penjenayah berasa tertekan, mengalami kesusahan dan tersisih akibat dipisahkan
dari kaum keluarga dan sahabat handai.

2 contoh undang-undang jenayah di Malaysia

a) Kesalahan Berhubung Dengan Akidah

Kesalahan mengenai akidah merangkumi pemujaan yang salah, mendakwa bukan Islam
untuk mengelakkan tindakan, takfir dan dakwaan palsu, mengembangkan doktrin agama
dan sebagainya. Hukuman bagi kesalahan ini berdasarkan Akta 559 Akta Kesalahan
Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997.

Bagi kesalahan pemujaan yang salah, mana-mana orang yang memuja alam semula jadi
atau melakukan apa-apa perbuatan yang menunjukkan pemujaan atau rasa hormat kepada
mana-mana orang, binatang, tempat atau benda dengan apa-apa cara yang menyalahi
Hukum Syarak adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda
tidak melebihi tiga ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua
tahun atau kedua-duanya. Mahkamah boleh memerintahkan supaya apa-apa peranti,
barang atau benda yang digunakan dalam pelakuan atau yang ada kaitan dengan
kesalahan yang disebut dalam subseksyen (1) dilucuthakkan dan dimusnahkan, walaupun
tiada seorang pun telah disabitkan atas kesalahan itu.

Bagi kesalahan doktrin palsu, mana-mana orang yang mengajar atau menjelaskan apa-apa
doktrin atau melaksanakan apa-apa upacara atau perbuatan yang berhubungan dengan
agama Islam di mana-mana tempat, sama ada tempat persendirian atau tempat awam,
adalah melakukan suatu kesalahan jika doktrin atau upacara atau perbuatan itu
berlawanan dengan Hukum Syarak atau mana-mana fatwa yang sedang berkuatkuasa di

9
Wilayah Persekutuan, dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ribu
ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau disebat tidak
melebihi enam sebatan atau dihukum dengan mana-mana kombinasi hukuman itu.
Mahkamah boleh memerintahkan supaya mana-mana dokumen atau benda yang
digunakan dalam pelakuan atau yang ada kaitan dengan kesalahan yang disebut dalam
subseksyen (1) dilucuthakkan dan dimusnahkan, walaupun tiada seorang pun telah
disabitkan atas kesalahan itu

Bagi kesalahan mengembangkan doktrin agama, mana-mana orang yang


mengembangkan doktrin atau kepercayaan agama selain daripada doktrin atau
kepercayaan agama Islam di kalangan orang yang beragama Islam adalah melakukan
suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau
dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

Bagi kesalahan dakwaan palsu, mana-mana orang yang :


(a) mengisytiharkan dirinya atau mana-mana orang lain sebagai rasul atau nabi,
Imam Mahadi atau wali; atau
(b) menyatakan atau mendakwa bahawa dia atau mana-mana orang lain mengetahui
peristiwa atau perkara di luar pemahaman atau pengetahuan manusia,sedangkan
perisytiharan, pernyataan atau dakwaan itu adalah palsu dan berlawanan dengan
ajaran Islam, adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh
didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak
melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

b) Kesalahan persetubuhan luar nikah.

Menurut Akta 559 Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan)

10
1997. Mana-mana orang lelaki yang melakukan persetubuhan dengan orang perempuan
yang bukan isterinya yang sah adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan
boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak
melebihi tiga tahun atau disebat tidak melebihi enam sebatan atau dihukum dengan mana
mana kombinasi hukuman itu.

Mana-mana orang perempuan yang melakukan persetubuhan dengan orang lelaki yang
bukan suaminya yang sah adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan
boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak
melebihi tiga tahun atau disebat tidak melebihi enam sebatan atau dihukum dengan mana-
mana hukuman itu.

Hakikat bahawa seorang perempuan hamil luar nikah akibat daripada persetubuhan yang
dilakukan dengan kerelaannya adalah keterangan prima facie tentang pelakuan kesalahan
di bawah subseksyen (2) oleh orang perempuan itu.

Bagi maksud subseksyen (3), mana-mana orang perempuan yang melahirkan anak yang
sempurna sifatnya dalam tempoh yang kurang daripada enam bulan qamariah dari tarikh
pernikahannya hendaklah disifatkan telah hamil luar nikah.

SOALAN 2 (BAHAGIAN A)

11
Peranan Dan Kepentingan Perkhidmatan Kepeguaman Syarie Di Mahkamah

Peguam Syarie hendaklah meletakkan pada dirinya suatu sikap untuk menegakkan
keadilan serta menentang sebarang kezaliman termasuk tidak bersekongkol dengan
kezaliman. Syariah atau undangundang Islam adalah bertujuan untuk menegakkan
keadilan mutlak. Islam menghendaki agar hak diberikan kepada yang berhak. Seseorang
itu dibenarkan mempertahankan haknya dari dicabul, merampas hak orang lain bererti
zalim. Islam tidak pernah bertolak ansur di dalam menegakkan keadilan.

Firman Allah bermaksud: “Katakanlah (Wahai Muhammad): Aku beriman kepada


segala kitab yang diturunkan oleh Allah dan Aku diperintahkan supaya berlaku adil di
antara kamu.” (Surah AsSyura: 15).

Perintah di atas walaupun ditujukan kepada Rasullullah s.a.w tetapi ianya juga meliputi
kita semua, tanpa kecuali. Ini termasuklah hakim, pendakwa, peguam dan seterusnya.
Keadilan yang wajib ditegakkan adalah meliputi semua aspek dan bidang, termasuklah
dari segi undang-undang, pembahagian kekayaan, tindak-tanduk dan seterusnya. Ini
termasuklah dari segi mendengar perbicaraan, memutuskan kes-kes, mengemukakan
fakta, keterangan dan pengolahan dan pembentangan kes-kes semasa perbicaraan.
Berlaku adil dalam semua tindakan adalah menjadi tuntutan Islam.

Peguam Syarie juga berperanan menentang segala bentuk kezaliman. Ini adalah kerana
Undang-undang Islam ialah bertujuan untuk memberikan keadilan dan mengelakkan
kezaliman, kepentingan individu hendaklah dipelihara di samping kepentingan
masyarakat, hak individu dijamin, dipelihara dan dipertahankan, setiap pencabulan dan
kezaliman hendaklah dielakkan dan dihapuskan.

Firman Allah s.w.t bermaksud: “Dan Allah tidak suka kepada orang-orang yang
zalim” (Surah A-li Imran: 57)

12
Demikianlah ayat Al-Quran yang menjelaskan betapa Islam membenci kezaliman dalam
semua bentuk, kezaliman hendaklah dibanteras dan dihapuskan. Seperti yang telah
dijelaskan bahawa Allah s.w.t memerintahkan agar keadilan mutlaq ditegakkan,
kezaliman dibanteras dan seterusnya dihapuskan. Lebih jauh dari itu, Islam juga
mengharamkan kita dari membantu orang-orang zalim di dalam perbuatan zalimnya.
Dengan mempunyai asas untuk menegakkan keadilan serta menentang sebarang bentuk
kezaliman, dengan itu Peguam Syarie mempunyai peranan yang besar di Mahkamah.
Tugas Peguam Syarie sebagai pegawai Mahkamah ialah membantu Mahkamah agar
dapat menghukum dengan adil, tepat dan berkesan.

Peguam Syarie juga bertindak sebagai wakil anak guamannya di dalam sesuatu
pertikaian. Ini bermakna, kesahihan lantikan Peguam Syarie, tugas dan tanggungjwab,
kuasa dan peranannya adalah tertakluk kepada prinsip-prinsip wakalah. Umumnya
hubungan di antara Peguam Syarie dengan anak guamnya adalah hubungan di antara
wakilnya dengan yang mewakilkan berdasarkan prinsip wakalah di dalam Islam.
Perkataan wakalah adalah berasal daripada perkataan bahasa arab yang bererti menjaga,
menjamin, melengkap dan menyerah. Apabila dikatakan seseorang itu “wakil” bererti
orang itu adalah sebagai penjaga, penjamin, pelengkap atau seseorang itu diserahkan
kepadanya sesuatu hal atau urusan dilakukannya. Justeru itu prinsip wakalah ini
hendaklah disalurkan kepada orang yang berkelayakkan. Hal ini bertepatan dengan Surah
An-Nisa ayat 35 . Allah berfirman:

“Maka lantiklah orang tengah (untuk mendamaikan mereka iaitu) seorang dari
keluarga lelaki dan seorang dari keluarga perempuan…. ( Surah An-nisa: 35)

Ayat ini menjelaskan keperluan wakil dalam membantu menyelesaikan dan


mendamaikan masalah rumah tangga yang hubungannya sedang di ambang perpecahan.
Pengharusan ini juga disebut dalam sebuah hadith Nabi sebagaimana berikut :

13
Dari Ibn Shihab dari Ubaidillah bin Abdullah, dari Zaid bin Khalid dan Abi Hurairah
r.a dari Nabi SAW bersabda: Pergilah pagi-pagi wahai Unais kepada isteri orang ini.
Apabila dia mengaku maka rejamlah.

Hadith ini menjelaskan Nabi SAW telah mewakilkan Unais untuk berjumpa dengan
seorang perempuan dan sekiranya perempuan tersebut mengaku dengan kesalahannya
maka perempuan tersebut akan dikenakan hukuman. Jelas di sini Unais merupakan wakil
dan konsep perwakilan ini telah diguna pakai dalam menyelesaikan permasalahan yang
ada pada zaman Nabi. Islam mensyariatkan bahawa seseorang boleh menyerahkan
urusannya kepada orang lain untuk menguruskannya, kerana tidak semua orang mampu
menguruskan urusannya secara bersendirian. Dengan syarat, orang yang diwakilkan itu
mestilah seorang yang layak, berkemampuan dan mempunyai pakar

Selain itu Peguam Syarie hendaklah mempertingkatkan kemampuan mereka mendalami


ilmu pengetahuan yang berhubung kait dengan tugas mereka. Akhlaq sebagai Islam
hendaklah dihayati dan etika sebagai seorang peguam Syarie hendaklah dijaga agar
profesion ini dipandang tinggi. Ini adalah juga tugas serta peranan Rasulullah dan sahabat
terdahulu di dalam menegakkan hukum Allah di muka bumi ini serta bagi menentang
sebarang bentuk kezaliman. Justeru itu seseorang yang mahu mengadili orang Islam di
Mahkamah Syariah termasuk Peguam Syarie bukan sahaja perlu mahir dengan undang-
undang malahan perlu beragama Islam serta perlu menghayati konsep akidah, tauhid dan
rukun Islam agar yang hak dapat ditegakkan dan yang batil dapat dihapuskan.

Kewujudan Perkhidmatan Ini Di Zaman Sejarah Islam

Kehadiran Peguam Syarie di Mahkamah Syariah hari ini bukanlah suatu perkara yang
enteng atau remeh, kerana mereka menjalankan tugas atau peranan yang pernah
dijalankan pada zaman Nabi Musa a.s,. Ketika itu, di kalangan kaum Yahudi terdapat
tokoh-tokoh yang terlibat dengan profesion yang menyamai profesion guaman. Tokoh-

14
tokoh ini bertugas menyelesaikan masalah yang timbul antara individu tanpa menerima
apa-apa bayaran. Kedudukan mereka seolah-olah sebahagian daripada anggota
kehakiman

Selain itu, perkhidmatan kepeguaman juga pernah dijalankan oleh sahabat-sahabat Nabi
SAW. Saidina Ali pernah membantu Khalifah Umar membuat keputusan yang betul
dalam kes seorang wanita datang kepada Khalifah Umar dan membuat ikrar telah
melakukan zina. Melalui peranan dimainkan oleh Saidina Ali, Khalifah Umar telah
membebaskan wanita itu, yang sebenarnya telah diperkosa sebagai balasan sedikit susu
yang diminta daripada seorang lelaki dalam keadaan beliau terlalu dahaga.

Pada zaman Khalifah Umar al-Khatab R.A juga, salah seorang sahabat Rasulullah
S.A.W, iaitu Ka’ab telah berperanan sebagai pemudahcara kepada Khalifah Umar R.A
yang tidak memahami pengaduan seorang wanita berkenaan dengan ketidakadilan
suaminya dalam membahagikan masa antara ibadah dan wanita tersebut sebagai seorang
isteri. Di dalam pengaduannya, wanita terbabit telah menyatakan kepada Khalifah Umar
R.A berkenaan dengan suaminya dengan berkata:

“Wahai Amirul Mukminin, aku mempunyai seorang suami yang sering berpuasa di
siang hari, dan sering pula beribadah d imalam hari”.

Di dalam hal ini Khalifah Umar R.A berfahaman bahawa wanita tersebut hanya ingin
menceritakan berkenaan suaminya semata-mata. Lalu Ka’ab menegur Khalifah Umar dan
menerangkan keadaan yang sebenarnya iaitu wanita tersebut sebenarnya ingin mengadu
berkenaan dengan ketidakadilan suaminya. Lalu diputuskan oleh Ka’ab supaya suaminya
menganggap bahawa dia telah mempunyai empat orang isteri (waktu ibadah ditambah
dengan isterinya yang sedia ada). Oleh yang demikian, perlu dibahagikan masa, tiga hari
untuk beribadah manakala hari yang keempat adalah untuk isterinya. Di dalam riwayat
ini, sebenarnya secara tidak langsung Ka’ab telah berperanan sebagai seorang
Peguambela dalam memudahkan pembentangan kes di hadapan Khalifah Umar R.A.

15
Saidina Ali juga pernah menjadi peguam dalam kes seorang perempuan yang menuduh
seorang pemuda cuba mencabul kehormatannya dengan mendakwa ada kesan air mani di
tubuh serta di atas kainnya. Saidina Ali telah menyiram air mendidih kepada kesan cecair
atas kain perempuan itu dan cecair berkenaan menjadi beku serta putih seperti putih telur.
Akhirnya perempuan berkenaan mengaku perbuatan tipu dayanya untuk mengenakan
pemuda itu.

Di zaman pemerintahan Uthman bin Affan, Ali bin Abi Talib dan Talhah bin Ubaidullah
pernah melantik Abdullah bin Ja’far menjadi peguam. Konsep pelantikan peguam syarie
semasa zaman Khalifah Uthman juga dapat disakiskan dalam satu peristiwa yang lain
apabila Abdullah bin Abbas dilantik menjadi peguam kepada Hassan bin Thabit. Hassan
bin Thabit dan beberapa orang yang lain telah terlibat dalam satu pertikaian dan kes ini
dibawa ke hadapan Saidina Uthman. Sebagai penghakiman, Saidina Uthman telah
mengenakan hukuman ke atas Hassan. Hassan merasakan dirinya tidak bersalah dan pergi
mengadu kepada Abdullah bin Abbas untuk mewakili dirinya merayu ke atas
penghakiman yang dibuat oleh Saidina Uthman. Ibnu Abbas bersama Hassan berjumpa
dengan Uthman dan mengeluarkan hujah-hujah pembelaan bagi pihak Hassan. Walaupun
Hassan seorang penyair, dia tidak mahir berhujah dalam perbicaraan. Ibnu Abbas sebagai
seorang yang faqih dan petah berhujah telah bertindak sebagai peguam membela Hassan.

Demikian beberapa contoh peranan sahabat-sahabat Nabi SAW bertindak sebagai


peguam dalam membantu Khalifah atau Hakim dalam menghukumkan dengan adil dan
sebenar-benarnya.

Selain itu, terdapat penulisan yang memperkatakan tentang sejarah guaman sebelum
tahun 1924 iaitu sebelum jatuhnya Empayar Uthmaniyah. Contohnya sebuah buku
tentang guaman yang ditulis oleh Ahmad Fathi Zaghlul dan diterbitkan pada tahun 1318H
(1900). Sumber yang sama juga menyebut iaitu pada tahun 1882, para peguam berjaya
melepaskan pihak yang bersalah daripada menerima hukuman.

16
Profesor Madya Dr Abdullah Abu Bakar di dalam tulisannya membuat kesimpulan
bahawa profesion guaman sudah pun dikenali di negara Arab dan negara Islam yang lain
selepas terjalinnya hubungan dengan negara Barat, bukan selepas penaklukannya.
Mahkamah Syariah di Mesir sebelum tahun 1845 merupakan satu-satunya mahkamah
yang tersusun yang mempunyai banyak bidangkuasa yang memutuskan suatu pertikaian.

17
BAHAGIAN B

SOALAN 1 (BAHAGIAN B)

Konsep Adat Pepatih

Adat Perpatih berasal dan Pagar Ruyung, Sumatera yang diasaskan oleh Datuk Perpatih
Nan Sebatang yang menjaga kawasan tanah sebelah darat dan diamalkan di Negeri
Sembilan dan Naning. Adat ini dibawa ke Negeri Sembilan oleh orang Minangkabau
pada kurun ke-17.

Adat Perpatih merupakan adat yang tidak bertulis. Ia adalah pepatah yang diwariskan
secara lisan. Susunan hukum dalam adat dikenal sebagai tambo atau perbilangan adat.
Hukum adat ini berasaskan dua sumber iaitu resam atau adat turun temurun yang diwarisi
dan hukum syarak mazhab Shafie. Adat ini dihafal oleh Ketua Adat.

Dan segi pemerintahan dan pentadbiran Adat Perpatih bersifat demokrasi. Kuasa
pemerintah bukan terletak pada tangan seorang sahaja. Kuasa dibahagikan antara
pemerintah, Undang, Lembaga, Buapak, Perut dan orang ramai. Ketua-ketua di setiap
peringkat dipilih dan dilantik oleh kumpulan ketua daripada peringkat bawah hingga atas.

Perut memilih Buapak, Buapak memilih Lembaga, Lembaga memilih Undang dan
Undang memilih dan melantik Yamtuan Besar.  Sistem pemerintahannya mementingkan
prinsip pemuafakatan. Yamtuan dipilih secara demokrasi oleh ketua-ketua suku yang
dikenali sebagai Undang.

Dalam Adat Perpatih undang-undang jenayah bersifat pemulihan, berperikemanusiaan


dan bertimbang rasa. Hukuman yang diberi bertujuan memberi kesedaran dan bukan
untuk menghukum pesalah semata-mata. Orang yang membuat kesalahan akan didenda
berdasarkan kesalahannya dan mangsa diberi ganti rugi. Contohnya seseorang yang

18
cedera akan diberi ganti rugi dalam bentuk ayam atau kambing bergantung kepada
keadaan lukanya.

Mangsa kecurian boleh dapat balik barang-barangnya. Sekiranya berlaku pembunuhan, si


pembunuh mesti menanggung kehidupan keluarga si mati. Hukuman bunuh hanya
dikenakan bagi kes yang sangat serius seperti penderhakaan. Hukuman bunuh hanya
boleh dijatuhkan oleh Yamtuan Besar sahaja. Hukuman lain ditentukan oleh Buapak atau
Lembaga.

Undang-undang pembahagian harta dalam Adat Perpatih mementingkan jurai keturunan


sebelah nasab ibu atau diberatkan kepada kaum perempuan. Harta pusaka diturunkan
melalui keturunan perempuan, iaitu daripada pihak sebelah ibu sebagai pengasas keluarga
kepada anak perempuannya.

Dalam keadaan tertentu Adat Perpatih menjadikan wanita kaya dan berkuasa. Suami
tidak berhak memiliki harta pusaka. Sekiranya seseorang ibu tidak mempunyai anak
perempuan, hartanya akan diwariskan kepada adik perempuannya atau anak perempuan
adik-adiknya dan cucu-cucu perempuannya.

Konsep Adat Temenggung

Adat Temenggung berasal dari Palembang, Sumatera yang diasaskan oleh Datuk
Ketemenggungan dan menjaga kawasan persisiran pantai dan laut. Adat ini dibawa ke
Melaka pada awal kurun ke-l5 lagi. Diamalkan di semua negeri-negeri Melayu kecuali
Negeri Sembilan.

Adat Temenggung dilaksanakan di keseluruhan negeri-negeri Melayu kecuali Negeri


Sembilan. Pada peringkat awal penyebarannya di Tanah Melayu, adat ini dipengaruhi
oleh agama Hindu terutama dalam Undang-Undang Manu. Apabila Islam berkembang
adat ini menerima pengaruh Islam dan hukum syarak mazhab Shafie.

19
Adat ini tersebar di negeri-negeri Melayu yang lain dengan nama berlainan tetapi
mempunyai fungsi yang sama. Di Johor adat ini dikenali sebagai Undang-undang Johor,
di Kedah dikenali sebagai Undang-undang Kedah, di Pahang sebagai Undang-undang
Pahang dan di Perak sebagai Undang-undang 99 Perak.

Adat Temenggung mengamalkan sistem pemerintahan autokratik iaitu kuasa terletak di


tangan pemerintah atau raja. Adat ini mementingkan golongan raja atau golongan yang
memerintah. Raja atau sultan mempunyai hak keistimewaan dan kuasanya diperkukuhkan
melalui konsep daulat dan derhaka.

Di puncak struktur politik ialah raja atau sultan, diikuti oleh kerabat-kerabat raja,
pembesar-pembesar negeri yang memegang jawatan tertentu dan ketua kampung. Sultan
merupakan ketua negeri, lambang penyatuan dan perpaduan rakyat

Jawatan sultan bersifat warisan, seseorang raja yang mangkat akan diganti dengan putera
sulung kecuali di Perak berasaskan sistem giliran. Jika sultan tiada anak lelaki, hak
pewarisan taktha jatuh kepada adik lelakinya. Jika kedua-duanya tiada barulah
musyawarah dan pemuafakatan antara sultan dengan pembesar menjadi keputusan dalam
melaksanakan sistem pentadbiran. Pembesar-pembesar pula dilantik oleh sultan

Bentuk dan pelaksanaan hukumannya adalah lebih tegas dan keras. Bertujuan
menghukum serta berpegang kepada prinsip pembalasan semata-mata. Oleh itu
pelaksanaan sesuatu hukuman dibuat dengan tegas agar dapat memberi iktibar dan
amaran kepada orang lain supaya tidak melakukan sebarang jenis kesalahan.

Hukuman bunuh dikenakan atas kesalahan berat seperti membunuh, mencuri, memfitnah
dan menderhaka kepada raja. Hukuman bunuh dilakukan oleh raja atau sultan sahaja.
Lain-lain hukuman boleh dilakukan oleh pembesar-pembesar.

Undang-undang dalam Adat Temenggung lebih memihak kepada golongan atasan atau
pemerintah. Ini bermaksud, sekiranya rakyat dan kerabat diraja melakukan kesalahan

20
yang sama, hukuman yang dikenakan kepada rakyat lebih berat berbanding dengan
kerabat diraja.

Kaum lelaki berhak mewarisi lebih banyak harta daripada wanita kerana pengaruh
daripada hukum Islam (Hukum Faraid). Ini bermakna jurai keturunan sebelah bapa lebih
diutamakan. Pemberian harta yang Iebih kepada anak lelaki dalam Islam kerana anak
lelaki mempunyai tanggungjawab yang besar berbanding dengan anak perempuan.

Perbezaan Adat Pepatih dan Adat Temenggung

Perbezaan pertama antara Adat Pepatih dan Adat Temenggung ialah dari segi Sistem
pemerintahan.

Sistem pemerintahan dan pentadbiran Adat Perpatih dapat dilihat lebih bersifat
demokrasi. Sebagai buktinya, dalam Adat Perpatih kuasa pemerintahan dapat dilihat
bersifat dari bawah ke atas. Hal ini bermaksud, segala keputusan diambil dari unit yang
terbawah sehingga ke atas melalui sistem musyawarah iaitu sistem yang dilihat sebagai
satu sistem demokrasi.

Adat Temenggung mengamalkan sistem autokratik dalam pemerintahan dan pentadbiran.


Kuasa pemerintahan dan pentadbiran dalam Adat Temenggung adalah bersifat dari atas
ke bawah yang mana seorang raja atau sultan mempunyai kuasa penuh dalam membuat
sebarang keputusan. Jika dilihat dari sudut hierarki sosial Adat Temenggung pula, sultan
atau raja berada di puncak. Golongan kedua selepas sultan atau raja ialah pembesar dan
bangsawan yang kebiasaannya terdiri daripada keluarga sultan atau raja itu sendiri.
Seterusnya ialah golongan rakyat biasa dan juga hamba. Kedudukan raja atau sultan
begitu kukuh dan sukar digugat berikutan beberapa keistimewaan yang diperuntukkan
kepadanya. Raja atau sultan mempunyai kuasa mutlak dalam pentadbiran selain
berperanan sebagai ketua tentera, ketua agama serta ketua dalam perundangan

21
Perbezaan kedua antara Adat Pepatih dan Adat Temenggung ialah dari segi Hukuman
bagi Sistem undang-undang Jenayah

Dalam Adat perpatih, undang-undang jenayah adalah bersifat pemulihan,


berperikemanusiaan dan juga bertimbang rasa. Hukuman yang dikenakan bukanlah
bertujuan untuk menghukum pesalah semata-mata akan tetapi bertujuan untuk memberi
kesedaran kepada pesalah yang terlibat. Undang-undang Adat Perpatih terbahagi kepada
enam bahagian. Enam bahagian tersebut ialah Undang-Undang Berkaitan Perlembagaan,
Undang-Undang Jenayah, Undang-Undang Keterangan, Undang-Undang Keluarga,
Undang-Undang Harta dan juga Konflik Undang-Undang.

Menurut Adat Perpatih, orang yang melakukan kesalahan akan didenda berdasarkan
kesalahannya dan mangsa akan dibayar ganti rugi. Sebagai contoh, seseorang yang
cedera akan diberi ganti rugi dalam bentuk ayam atau kambing bergantung kepada
keadaan lukanya. Apabila berlaku kecurian pula, mangsa boleh mendapatkan semula
hartanya. Jika kesalahan membabitkan pembunuhan, maka si pembunuh perlu
menanggung kehidupan keluarga mangsa yang telah dibunuh olehnya. Hukuman yang
dikenakan dalam Adat Perpatih ini dilihat menjadikan seseorang itu bertanggungjawab di
atas setiap kesalahan yang telah dilakukan olehnya di samping mewujudkan sikap
bertimbang rasa dan berperikemanusiaan

Sementara pelaksanaan dan bentuk undang-undang Jenayah bagi Adat Temenggung pula
dibuat adalah tegas dan keras. Undang-undang Adat Temenggung juga kuat berpegang
kepada konsep pembalasan dan bertujuan untuk menghukum pihak yang bersalah.
Hukuman dijalankan dengan tegas supaya ianya akan dijadikan iktibar serta amaran
kepada masyarakat untuk tidak melakukan kesalahan. Dalam Adat Temenggung, raja
atau sultan mempunyai kuasa tertinggi dalam bidang perundangan. Undang-undang Adat
Temenggung juga dapat dilihat jelas lebih memihak kepada golongan pemerintah atau
golongan atasan. Hal ini bermaksud sekiranya golongan bawahan iaitu rakyat dan juga
golongan pemerintah melakukan kesalahan, hukuman yang dikenakan tidak sama.

22
Hukuman yang dikenakan kepada rakyat adalah lebih berat berbanding dengan hukuman
yang dikenakan ke atas golongan pemerintah. Menurut Adat Temenggung, hukuman
berat seperti hukuman mati akan dijatuhkan kepada pesalah yang terlibat dengan
kesalahan seperti menderhaka kepada raja atau sultan. Hukuman mati ini hanya boleh
dilakukan oleh raja atau sultan sahaja. Pembesar tidak boleh menjalankan hukuman ini.
Pembesar hanya boleh menjatuhkan hukuman ke atas kesalahan seperti mencuri,
mencederakan dan lain-lain

Perbezaan ketiga antara Adat Pepatih dan Adat Temenggung ialah dari segi Sistem
Perkahwinan.

Adat Perpatih dan Adat Temenggung mempunyai sistem perkahwinan yang berbeza

dari segi konsepnya akan tetapi lebih kurang sama dari sudut inti sari perkahwinan.

Sesuai dengan masyarakat yang mengamalkan sistem kesukuan, maka Adat Perpatih

menggunakan sistem eksogami Sistem perkahwinan eksogami bererti perkahwinan

sesama suku adalah dilarang. Sistem eksogami terbahagi kepada dua iaitu kahwin jujur

dan kahwin semenda. Kahwin jujur bermaksud apabila satu pasangan telah berkahwin, si

isteri wajib tinggal di tempat suaminya atau setidaknya di tempat keluarga suaminya.

Konsep perkahwinan kahwin jujur ini dikenali sebagai eksogami dan patrilokal. Kahwin

semenda pula adalah sebaliknya iaitu si suami wajib tinggal di tempat isterinya atau

setidak-tidaknya di tempat keluarga isterinya. Konsep kahwin semenda ini dikenali

sebagai eksogami dan matrilokal.

Dari segi sistem perkahwinan Adat Temenggung, ianya menggalakkan endogami.

Endogami adalah sistem perkahwinan dalam kelompok sendiri. Sebagai contoh,

23
kelompok kelas pemerintah seperti raja atau sultan akan berkahwin sesama mereka dan

begitu juga dengan kelompok masyarakat, mereka akan berkahwin sesama kelompok

masyarakat. Hal ini bukan bermaksud kelompok pemerintah tidak boleh atau dilarang

berkahwin dengan kelompok masyarakat, ianya dibolehkan tetapi agak jarang berlaku.

Adat Temenggung hanya melarang perkahwinan yang dilarang oleh hukum syarak.

Sebagai contoh, seseorang individu itu tidak boleh sama sekali berkahwin dengan adik

beradik kandungnya serta saudara susuannya. Hal ini demikian kerana telah dimaktubkan

dalam hukum syarak bahawa perkahwinan seperti itu adalah dilarang sama sekali.

Perbezaan ketiga antara Adat Pepatih dan Adat Temenggung ialah dari segi Sistem
kewarisan dan harta pusaka.

Adat Perpatih adalah menggunakan sistem kewarisan yang kolektif. Hal ini bermaksud
harta peninggalan tidak boleh sama sekali dibahagikan pemilikannya di antara ahli waris.
Melalui sistem kewarisan yang bersifat kolektif ini, harta peninggalan akan kekal dalam
keluarga serta suku sendiri. Harta ini akan dijaga oleh mamak iaitu ketua keluarga supaya
tidak berpindah kepada orang lain yang berlainan keluarga serta suku. Jika dilihat dari
sudut harta pusaka pula, harta pusaka menurut Adat Perpatih terbahagi kepada dua iaitu
pusaka benar dan pusaka sendiri. Pusaka benar bermaksud harta kepunyaan suku seperti
tanah-tanah kampung, sawah, dusun buah-buahan dan juga rumah yang diwarisi dari ibu
yang terletak di atas tanah pusaka. Pusaka sendiri atau juga disebut pusaka pakaian
sendiri pula diertikan sebagai harta yang diwarisi oleh seorang anak daripada orang
tuanya seperti barang kemas. Pembahagian harta pusaka dalam Adat Perpatih telah
menetapkan bahawa jika seseorang lelaki bujang meninggal dunia maka hartanya akan
turun kepada warisnya sendiri iaitu keluarga perempuannya yang terdekat. Dari segi harta
dapatan pula, ianya akan dipulangkan kepada waris si mati yakni keluarga perempuan
terdekat si mati. Pembahagian harta pusaka yang melibatkan harta suami isteri pula dapat

24
dilihat seperti berikut. Jika pasangan suami isteri meninggal dunia dan tidak mempunyai
anak maka harta mereka adalah untuk keluarga yang masih hidup. Seandainya pula si
suami yang meninggal dunia maka seluruh harta jatuh kepada balu dan juga anak-
anaknya. Jikalau berlaku sebaliknya iaitu apabila si isteri yang meninggal dunia maka
harta carian akan dibahagikan kepada suami dan juga anak-anaknya.

Adat Temenggung pula memperlihatkan sisi yang berbeza dalam sistem kewarisan dan
harta pusaka. Sistem kewarisan yang digunakan oleh Adat Temenggung adalah
mengguna pakai sistem individu. Hal ini bermaksud harta peninggalan dapat dibahagi-
bahagikan pemilikannya antara ahli waris. Pembahagian harta pusaka dalam Adat
Temenggung adalah berdasarkan hukum faraid. Melalui hukum faraid ini dapatlah
dijelaskan antaranya ialah seorang perempuan berhak mendapat setengah dari
pembahagian seorang lelaki. Seorang balu berhak mendapat seperempat dari harta
peninggalan suaminya jika mereka tidak mempunyai anak. Tetapi jika mereka
mempunyai anak maka si balu cuma berhak mendapat seperlapan sahaja dari harta
peninggalan suaminya. Jika seseorang itu meninggal dunia dan hanya mempunyai
seorang sahaja anak perempuan maka anak perempuan tersebut berhak mendapat
setengah daripada harta peninggalan tersebut.

25
SOALAN 3 (BAHAGIAN B)

Bidang kuasa Mal Mahkamah Syariah

Istilah ‘mal’ sebenarnya merujuk kepada harta tetapi dalam konteks perundangan, ia
merujuk kepada kes-kes bukan jenayah. Bidang kuasa mal bagi Mahkamah Syariah
terpakai kepada semua orang Islam yang tinggal pemastautin negeri-negeri. Dan
sebenarnya, Mahkamah Syariah mempunyai bidang kuasa mal yang hampir menyeluruh
dan merangkumi banyak aspek kekeluargaan Islam:

Mahkamah Tinggi Syariah dalam bidang kuasa malnya hendaklah mendengar dan
memutuskan semua tindakan dan prosiding jika semua pihak dalam tindakan atau prosiding
itu ialah orang Islam dan tindakan atau prosiding itu adalah berhubungan dengan

(i) pertunangan, perkahwinan, ruju’, perceraian, pembubaran perkahwinan


(fasakh), nusyuz, atau pemisahan kehakiman (faraq) atau apa-apa perkara yang
berkaitan dengan perhubungan antara suami dengan isteri;

(ii) apa-apa pelupusan atau tuntutan harta yang berbangkit daripada mana-mana
perkara yang dinyatakan dalam subperenggan

(iii) nafkah orang-orang tanggungan, kesahtarafan, atau penjagaan atau jagaan


(hadhanah) budak-budak;

(iv) pembahagian atau tuntutan harta sepencarian;

(v) wasiat atau hibah semasa marad-al-maut;

(vi) hibah semasa hidup, atau penyelesaian yang dibuat tanpa balasan yang memadai
dengan wang atau nilaian wang oleh seorang orang Islam;

26
(vii) wakaf atau nazar;

(viii) pembahagian dan pewarisan harta berwasiat atau tak berwasiat;

(ix) penentuan orang-orang yang berhak kepada bahagian harta pusaka seseorang si mati
yang beragama Islam atau bahagian-bahagian yang kepadanya masing- masing
orang itu berhak;

(x) pengisytiharan bahawa seseorang itu bukan lagi orang Islam;

(xi) pengisytiharan bahawa seseorang yang telah mati itu ialah seorang Islam atau
sebaliknya pada masa kematiannya; dan

(xii) perkara-perkara lain yang berkenaan dengannya bidang kuasa diberikan oleh mana-
mana undang-undang bertulis.

Bagi mahakamah rendah pula dalam bidang kuasa malnya, mendengar dan memutuskan
semua tindakan dan prosiding yang Mahkamah Tinggi Syariah diberi kuasa untuk
mendengar dan memutuskannya, jika amaun atau nilai hal perkara yang dipertikaikan itu
tidak melebihi seratus ribu ringgit atau tidak dapat dianggarkan dengan wang (tidak
termasuk tuntutan hadhanah atau harta sepencarian).

Kepentingan pengasingan bidang kuasa Mahkamah Sivil dan Mahkamah Syariah

27
Kepentingan pertama bagi pengasingan bidang kuasa Mahkamah Sivil dan
Mahkamah Syariah ialah mengelakkan campur tangan Mahkamah Sivil terhadap kes
Mahkamah Syariah. Hal ini kerana sebelum pindaan terhadap Perkara 121 (1A)
Perlembagaan Persekutuan , terdapat banyak campur tangan Mahkamah Sivil ke atas
bidang kuasa Mahkamah Syariah . Sebagai contoh dalam kes pelanggaran kontrak
pertunangan orang Islam, Nafsiah vs. Abdul Majid [1969] 2 MLJ 175, Mahkamah Sivil
telah menggunakan undang-undang kontrak Inggeris sebagai asas penghakiman dan
mempunyai bidang kuasa untuk mendengar kes undang-undang diri dan keluarga Islam,
termasuk hal kontrak pertunangan Islam. Dalam kes Pesuruhjaya Hal-Ehwal Agama,
Trengganu & Anor lwn. Tengku Mariam & Anor [1970] 1 MLJ 222 Mahkamah
Persekutuan telah memutuskan bahawa mereka terikat dengan keputusan Majlis Privy
dalam hal wakaf Islam dan berkuasa untuk memutuskan kes berkenaan. Keputusan
Mahkamah Sivil ini telah mengatasi keputusan mufti atas alasan terikat dengan doktrin
duluan mengikat yang telah diputusakan oleh Majlis Privy. Begitu juga dalam kes
Myriam v. Mohamed Ariff [1971] 1 M.L.J. 265, hakim Mahkamah Sivil telah
memutuskan Mahkamah Sivil masih mempunyai bidang kuasa ke atas orang Islam
(walaupun kuasa telah diberikan kepada Mahkamah Syariah) dalam perkara yang
berkaitan dengan hak jagaan anak.

Kepentingan kedua bagi pengasingan bidang kuasa Mahkamah Sivil dan


Mahkamah Syariah ialah meningkatkan martabat Mahkamah Syariah. Selepas pindaan
Perkara 121 (1A) iaitu penambahbaikan kepada kedudukan Mahkamah Syariah, beberapa
keputusan Mahkamah Sivil yang telah dibuat menunjukkan terdapatnya pengiktirafan
kehakiman diberikan ke atas bidang kuasa Mahkamah Syariah terhadap perkara yang
berkaitan dengan Islam, di antaranya ialah kes Mohamed Habibullah b Mahmood lwn
Faridah bte Dato’ Talib [1992] 2 MLJ 793. Kes ini menjelaskan bahawa seorang isteri
beragama Islam tidak boleh membawa tuntutan di Mahkamah Sivil untuk mendapat ganti
rugi dan injunksi terhadap suaminya. Mahkamah Agung memutuskan bahawa
Mahkamah Tinggi tidak ada bidang kuasa untuk mendengar dan membicarakan suatu
permohonan perintah tegahan dari seorang wanita beragama Islam terhadap suaminya

28
yang juga beragama Islam daripada menyerang dan mengganggu beliau dan keluarganya
Selain itu, dalam kes Azlina Jailani, Mahkamah Persekutuan memberi penghormatan
kepada Mahkamah Syariah atau institusi agama Islam apabila memutuskan supaya
seseorang yang mahu menukar status agama di dalam kad pengenalan hendaklah
mendapat pengesahan pertukaran agama daripada institusi agama berkaitan.Keputusan
kes ini telah membawa mesej yang jelas iaitu semua perkara yang berkaitan dengan orang
Islam hendaklah dikendalikan oleh Mahkamah Syariah sahaja, bukan lagi dijalankan oleh
Mahkamah Sivil

Kepentingan ketiga bagi pengasingan bidang kuasa Mahkamah Sivil dan


Mahkamah Syariah ialah menjaga kesucian dan keizzahan Islam. Hal ini dapat
dilaksanakan dengan menuntut keadilan bagi perkara yang berkaitan dengan Islam.
Sebagai contoh kes Ng Swee Piau vs Abdul Wahid bin Abu Hassan dan seorang lagi.
Dalam kes ini, pihak defendan yang telah memeluk Islam telah meminta Mahkamah
Qadi untuk membubarkan perkahwinannya dengan plaintif yang beragama Buddha.
Permohonan perceraian tersebut telah diluluskan oleh Mahkamah Qadi. Mahkamah
Tinggi Sivil memutuskan bahawa Mahkamah Qadi tidak ada hak untuk membubarkan
perkahwinan plaintif dengan defendan, kerana plaintif tidak beragama Islam. Namun,
Mahkamah Tinggi Sivil enggan memutuskan sama ada keputusan Mahkamah Qadi
adalah sah, kerana dengan berbuat demikian akan bertentangan dengan Perkara 121(1A)
Perlembagaan Persekutuan. Selain itu, dalam kes Azlina Jailani, Mahkamah Persekutuan
memberi penghormatan kepada Mahkamah Syariah atau institusi agama Islam apabila
memutuskan supaya seseorang yang mahu menukar status agama di dalam kad
pengenalan hendaklah mendapat pengesahan pertukaran agama daripada institusi agama
berkaitan.Keputusan kes ini telah membawa mesej yang jelas iaitu semua perkara yang
berkaitan dengan orang Islam hendaklah dikendalikan oleh Mahkamah Syariah sahaja,
bukan lagi dijalankan oleh Mahkamah Sivil

29
Kepentingan keempat bagi pengasingan bidang kuasa Mahkamah Sivil dan Mahkamah
Syariah ialah dapat menuntut bela kebenaran bagi kes-kes yang melibatkan muallaf.
Sebagai contoh kes Moorthy Maniam lawan S. Kaliamal (2005). Moorthy telah memeluk agama
Islam dan dikebumikan secara Islam tetapi isteri dan keluarganya yang bukan Islam tidak
bersetuju dengan cara pengebumian Islam bagi suaminya lalu membawa kes ini ke mahkamah
dengan menggunakan bidangkuasa Mahkamah Sivil untuk menuntut hak mereka, sementara
pihak berkuasa Majlis Agama Islam menggunakan bidangkuasa Mahkamah Syariah. Mahkamah
Sivil telah menetapkan bahawa kes ini di bawah Mahkamah Syariah disebabkan perkara 121
(1A).

30
SOALAN 5 (BAHAGIAN B)

Definisi fatwa menurut ulama

Fatwa’ (‫ )فَ ْت َوى‬berasal daripada bahasa Arab, ia disebut dalam tiga sebutan, iaitu fatwa  (
َ •‫)فَ ْت‬, futya (‫)فُ ْتيَا‬, dan futwa (‫•وى‬
‫•وى‬ َ •‫ )فُ ْت‬di mana jamaknya al-fatawa (‫ )الفَتَ••ا َوى‬dan al-fatawi (
ِ ‫ )الفَت‬yang memberi maksud:
‫َاوي‬

 Penjelasan tentang sebarang perkara oleh seseorang yang faqih.


 Penerangan berkenaan perkara yang mempunyai kemusykilan dan kesamaran
tentang hukum oleh seorang faqih.
 Memberi jawapan bagi sesuatu permasalahan oleh seorang faqih.

Fatwa mempunyai kedudukan yang sangat tinggi dalam Islam di mana Mufti
bertanggungjawab untuk menyampaikan, mengajar, dan memberi peringatan kepada
manusia berkaitan dengan hukum-hakam yang disyariatkan oleh Allah SWT melalui
Nabi Muhammad SAW

Terdapat beberapa pandangan ulama tentang fatwa. Menurut Al-Imam al-Qarafi (684 H),
fatwa ialah mengkhabarkan hukum Allah sama ada pada yang mesti ataupun harus.
(Lihat al-Furuq oleh al-Qarafi, 4/53). Menurut Al-Jurjani (816 H) fatwa adalah:
Menjelaskan hukum bagi suatu permasalahan. Menurut Syeikh al-Qunawi al-Hanafi
(978 H) mengatakan bahawa fatwa adalah menyebutkan hukum pada perkara yang
ditanyakan kepada penyoal. (Lihat Anis al-Fuqaha, 1/319). Menurut al-Imam al-
Munawi (1031H) fatwa ialah jawapan dari seorang mufti. (Lihat al-Ta’arif li al-
Munawi, 550). Menurut al-Imam al-Buhuti[2] (1051 H): Fatwa adalah menjelaskan
hukum syarak kepada sesiapa yang bertanya tentangnya. (Lihat Syarah Muntaha al-
Iradaat oleh Mansur bin Yunus al-Buhuti, 3/483)

Menurut Imam al-Syaukani (1250 H) mengatakan bahawa fatwa adalah hasil daripada
ijtihad. (Lihat Irsyad al-Fuhul, hlm. 443). Menurut al-Syeikh Muhammad Sulaiman al-

31
Asyqar (1430 h): Fatwa adalah memberi perkhabaran berkenaan hukum Allah daripada
dalil syarak kepada sesiapa yang bertanya tentang perkara tersebut disebabkan
berlakunya sesuatu kejadian. Menurut Syeikh Dr. Wahbah al-Zuhaili (1436 H)
mengatakan bahawa fatwa adalah jawapan yang diberikan oleh seorang mufti terhadap
sesuatu perkara yang berlaku apabila diajukan soalan kepadanya. (Lihat Usul al-Fiqh al-
Islami, 2/2284)

Menurut Abdullah Abdul Muhsin al-Turki mendefinisikan fatwa sebagai suatu


perkhabaran dari seorang mufti sebagai jawapan kepada soalan atau penjelasan bagi
hukum sekalipun ia bukan merupakan soalan yang khas. (Lihat Usul Mazhab al-Imam
Ahmad). Menurut Muhammad Husin al-Jizani pula mendefinisikan fatwa sebagai
penjelasan hukum syarak. (Lihat Ma’alim Usul al-Fiqh ‘Inda Ahli al-Sunnah). Menurut
Muhammad Taqi al-‘Uthmani berkata: “Fatwa ialah jawapan kepada masalah agama.
Ini kerana, mufti menjawab semua hukum syara’ yang bersifat amali dan juga
permasalahan akidah.”  (Lihat Usul al-Ifta’ wa Adabuhu, hlm. 10)

Menurut Ibn Manzur, fatwa adalah


perkataan yang bermaksud suatu
perbuatan
yang dilakukan oleh mufti mengenai
sesuatu hukum atau suatu keputusan
hukum
yang dikeluarkan oleh faqih (Ibn
Manzur 1956, 15: 147-148).

32
Menurut al-Qasimi, fatwa
bermaksud menjawab masalah
yang menjadi
kemusykilan di dalam hukum.
Apabila seseorang menjawab
sesuatu masalah
yang diajukan kepadanya, jawapan
yang diberikan itu merupakan
fatwa (al-
Qasimi 1986: 46-48). Fatwa juga
bererti penjelasan berhubung
dengan persoalan
hukum syarak yang dibuat oleh
seorang yang faqih bagi menjawab
pertanyaan
yang dikemukakan kepadanya
(Muhammad Rawwas 1985: 339).
Menurut Ibn Manzur, fatwa adalah perkataan yang bermaksud suatu perbuatanyang
dilakukan oleh mufti mengenai sesuatu hukum atau suatu keputusan hukumyang

33
dikeluarkan oleh faqih (Ibn Manzur 1956, 15: 147-148).Menurut al-Qasimi, fatwa
bermaksud menjawab masalah yang menjadikemusykilan di dalam hukum. Apabila
seseorang menjawab sesuatu masalahyang diajukan kepadanya, jawapan yang diberikan
itu merupakan fatwa (al-Qasimi 1986: 46-48). Fatwa juga bererti penjelasan berhubung
dengan persoalanhukum syarak yang dibuat oleh seorang yang faqih bagi menjawab
pertanyaanyang dikemukakan kepadanya (Muhammad Rawwas 1985: 339).

Sementara itu, sebahagian ulama melihat fatwa boleh dikeluarkan dalam dua bentuk:

1. Fatwa yang semata-mata bersifat sebagai suatu penjelasan dan keterangan tentang
hukum. Bentuk ini biasanya tidak akan melibatkan sebarang aktiviti ijtihad, ia hanya satu
usaha menjelaskan hukum seperti penjelasan tentang hukum yang sudah sedia ada
dengan jelas di dalam al-Quran mahupun al-Sunnah. Dalam situasi ini, tugas seorang
mufti hanyalah sekadar membuat penjelasan dan keterangan tentangnya sahaja. Ia tidak
dikira sebagai perbuatan berijtihad kerana ia cuma suatu nukilan hukum tanpa melibatkan
sebarang usaha memerah keringat dalam berfikir.

2. Fatwa yang melibatkan perbuatan berijtihad. Biasanya bentuk ini akan berlaku dalam
dua keadaan:

a) Fatwa yang disebut sebagai proses tahqiq al-manat yang memberi maksud proses


perlaksanaan dan pemakaian illah hukum yang dipetik daripada teks perundangan atau
ijma’ kepada kejadian yang baharu. Dalam keadaan ini, mufti sudah mempunyai
maklumat mengenai hukum tekstual (asal) yang mempunyai ciri-ciri dan sifat kes yang
sama dengan kes baharu yang ditanyakan. Oleh itu, mufti akan berijtihad bagi
menentukan adakah persamaan sebab hukum/illah antara hukum yang pernah diputuskan
sebagaimana yang sudah sedia dimaklumi dengan persoalan baru yang dikemukakan.
Jika wujud persamaan di antara keduanya maka mufti akan membuat penentuan hukum
kepada kes baharu mengikut ketentuan hukum yang sedia ada.

b) Situasi yang berlaku dalam keadaan mufti belum mempunyai apa-apa maklumat
hukum tentang persoalan yang ditanya sama ada tentang kes yang terdahulu (hukum asal)
yang menjadi asas dalam memberikan hukum ataupun kes baru yang sedang

34
dibangkitkan. Dalam keadaan sebegini, sudah tentu kadar kerahan ijtihad daripada pihak
mufti akan lebih tinggi kerana ia akan melibatkan usaha penelitian dan penyelidikan
terhadap mana-mana sumber yang difikirkan berkaitan dengan persoalan yang
dihadapkan kepadanya untuk mengemukakan jawapan fatwa yang tepat. Usaha
penyelidikan ini sebenarnya adalah ijtihad dan jawapan yang akan dikemukakan hasil
daripada ijtihad adalah merupakan fatwa hukum. (Lihat bahagian Mukadimah dalam
kitab Sifat al-Mufti wa al-Mustafti oleh Imam Ahmad bin Hamdan al-Harrani al-
Hanbali, hlm. 28-35) 

Bentuk fatwa

 Di Malaysia, fatwa yang dikeluarkan samada oleh Mufti atau Majlis Agama melalui
Jawatankuasa Syariah masing-masing boleh dibahagikan kepada tiga kategori.

Kategori pertama ialah fatwa rasmi yang dikeluarkan samada oleh Mufti sendiri atau oleh
Majlis melalui Jawatankuasa Syariah yang diwartakan di dalam Warta Kerajaan Negeri.
Fatwa yang diwartakan merupakan fatwa yang diakui oleh mahkamah dan semua pihak
dalam negeri tersebut. Hanya fatwa kategori pertama sahaja yang mengikat dan
mumpunyai implikasi undang-undang.

Kategori fatwa yang kedua ialah fatwa yang dikeluarkan oleh Majlis samada melalui
Jawatankuasa Syariah atau melalui pendapat yang diberikan oleh Mufti secara
perseorangan atau fatwa yang dikeluarkan sendiri oleh Mufti tanpa melalui Jawatankuasa
Syariah tetapi fatwa ini tidak diwartakan di dalam Warta Kerajaan Negeri. Fatwa kategori
ini tidak wajib diakui oleh pihak-pihak lain dan tidak boleh dikuatkuasakan ke atas mana-
mana individu atau badan atau mahkamah. Fatwa ini hanyalah sebagai jawapan atau

35
rujukan kepada orang yang meminta penjelasan berkenaan hukum-hukum yang masih
belum jelas secara peribadi. Namun fatwa kategori ini boleh diproses sehingga ianya
diwartakan sekiranya diberikan keizinan oleh Duli Yang Mulia Sultan atau di setengah
negeri oleh Majlis sendiri.

Kategori fatwa yang ketiga ialah penjelasan hukum yang dilakukan oleh Mufti atau
pembantunya. Pada hakikatnya ia hanyalah merupakan penjelasan hukum yang telah
sedia ada di dalam syariat Islam dan tercatat dalam kitab-kitab agama tetapi tidak
diketahui oleh orang yang bertanya tentangnya. Fatwa jenis inilah yang paling banyak
berlaku. Fatwa kategori ini tidak wajib diterima oleh orang yang bertanya dan ia tidak
boleh diproses untuk diwartakan dalam Warta Kerajaan.

Keperluan Keseragaman institusi fatwa

Keseragaman institusi fatwa sangat diperlukan kerana ia merupakan keputusan rasmi


berkenaan sesuatu hukum syarak yang dikeluarkan oleh jawatankuasa mufti bagi
panduan masyarakat Islam terutamanya orang awam. Perbezaan fatwa diantara negeri-
negeri akan menimbulkan konflik penguatkuasaan undang-undang yang dikuatkuasa oleh
fatwa yang diwarta.

Di peringkat Persekutuan, Jabatan Kemajuan Islam (JAKIM) bertanggungjawab untuk


menyelaras dan melaksana arahan Majlis Raja-Raja mengenai urusan agama Islam
melalui Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) bagi
penyeragaman undang-undang Islam seluruh Malaysia. Berasaskan tanggungjawab ini,
JAKIM berbidangkuasa untuk menyelaras pentadbiran hal ehwal Islam antara negeri-
negeri, misalnya dengan menubuhkan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan
(MJFK)

Setakat hari ini, usaha penyeragaman fatwa di peringkat negeri dan Pusat ialah melalui
pendekatan penyeragaman kepada metod rujukan pandangan mazhab. Melalui
peruntukan Enakmen Pentadbiran Hal Ehwal Agama Islam setiap negeri melainkan di

36
Perlis, undang-undang memperuntukkan bahawa keutamaan untuk melakukan rujukan
adalah kepada Mazhab Syafi‘i iaitu berdasarkan peruntukan qawl muktamad

Antara langkah mewujudkan keseragaman fatwa ialah semua isu yang dibincangkan di
peringkat MJFK perlu menjadi agenda mesyuarat di peringkat negeri pula dan minit
mesyuarat MJFK perlu dijadikan rujukan utama. Kedudukan ini akan memberi
kesaksamaan dalam fakta yang dibincangkan sama ada di peringkat Persekutuan dan
Negeri. Mesyuarat Negeri pula perlu diadakan sebagai susulan daripada MJFK. Ini dapat
mengelak daripada keputusan MJFK ditolak oleh AJK fatwa negeri atas alasan tidak
memenuhi ketepatan hukum berdasarkan ilmu Usul al-Fiqh atau terkeluar daripada
Mazhab Syafi’i.

Alternatif lain bagi memberi lebih kefahaman kepada AJK Fatwa Negeri ialah dengan
melibatkan semua AJK fatwa negeri dalam perbincangan di peringkat MJFK.
Berdasarkan kajian (Mohamed Azam, 2016), sebenarnya semua mufti menyokong usaha
Jakim untuk penyeragaman fatwa, di mana sebahagian besar (71%) pegawai yang
bertugas di Jabatan Mufti Negeri bersetuju dengannya.

Selain itu, kesatuan pandangan atau fatwa boleh dicapai apabila rujukan hukum syarak
diselaraskan dengan menumpukan kepada pandangan yang rajih dahulu dengan
mengutamakan kepentingan awam atau maslahat. Kepentingan ini mesti selaras dengan
maqasid al-syar‘iyyah supaya matlamat fatwa selaras dengan kehendak syarak. Justeru di
samping rujukan pada pandangan fuqaha’ yang berbeza, penekanan dan tarjih perlulah
pada maslahat dan maqasid al-syar'iyyah. Ini kerana kemungkinan dalam sesuatu kes,
pandangan daripada Mazhab Syafi'i adalah merupakan pandangan yang marjuh (tidak
kukuh) dan pandangan mazhab lain lebih rajih. Kebebasan mazhab dan mencari yang
rajih ini selaras dengan pandangan al-Qaradawi yang menyarankan beberapa kaedah atau
piawaian dalam memastikan keseragaman fatwa semasa yang diputuskan pada hari ini
iaitu (al-Qaradawi, 1988):

1) Membebaskan fatwa daripada ikatan mazhab, dengan memfokus kepada kekuatan


dalil dan pandangan yang rajih.

37
2) Mudah dan jangan susahkan keputusan sesuatu fatwa. Sekiranya terdapat dua
pandangan, satunya bersifat hati-hati dan kedua bersifat mudah, maka hendaklah memilih
yang mudah.

3) Mengutamakan keperluan, kebajikan dan maslahat umum. Oleh kerana itu, setiap
fatwa mesti mempunyai penjelasan, pencapaian maslahat dan justifikasi yang kukuh dan
rasional untuk dicapai.

4) Menolak segala yang tidak bermanfaat dan mudarat kepada manusia.

5) Mengutamakan keputusan yang bersifat pertengahan (i'tidal mutawassit) yang tidak


terlalu rigid dan tidak terlalu longgar. Jelasnya, setiap fatwa hendaklah mencari maslahah
dan memenuhi maqasid selagi terdapat dalil yang kuat menyokongnya. Pertimbangan
pada yang maslahah

Antara usaha lain bagi keseragaman fatwa ialah kaedah penyelidikan hukum yang
diaplikasikan hendaklah diselaraskan bagi setiap institusi fatwa agar keseragaman
keputusan fatwa dapat direalisasikan dan boleh mengurangkan konflik dalam berfatwa di
Malaysia. Antara kaedah untuk mencapainya adalah dengan mengadakan seminar dan
bengkel secara berkala untuk menjelaskan kaedah penyelidikan fatwa kepada ahli
jawatankuasa fatwa setiap negeri. Perkara ini dapat memastikan penggunaan kaedah
penyelidikan yang selaras dan bersifat semasa dan setempat dalam institusi-institusi fatwa
di Malaysia. Bagi memantapkan para pegawai istinbat, Jakim selaku urusetia MJFK juga
menganjurkan kursus Pengurusan Dakwah dan Fatwa di Mesir kepada pegawaipegawai
agama dari JAKIM, Jabatan Agama Islam Negeri-negeri dan JabatanJabatan Mufti untuk
memberi pendedahan, bertukar pengalaman dan mengambil manfaat mengenai
pengurusan dakwah dan fatwa di Mesir secara amnya dan di Universiti al-Azhar secara
khususnya.

Selain itu, dalam memastikan sesuatu keputusan fatwa yang diputuskan itu mempunyai
elemen kesetaraan antara sesama Jabatan Mufti yang lain (peers office) dan kaedah
semakan (check and balance) hendaklah sentiasa dilakukan. Dalam hal ini, Jabatan Fatwa
Negeri hendaklah mengambil kira juga fatwa-fatwa yang telah diputus atau dibincangkan

38
di Jabatan Mufti Negeri yang lain. Langkah ini bukan sekadar memastikan fatwa yang
dicapai itu setara, malah ia dapat menjimatkan masa dan kos penyelidikan. Selain itu,
proses perbincangan akan lebih tertumpu kepada meneliti jurang perselisihan dan
mencari titik persamaan, kekuatan dan kelemahan dalam capaian kepada fatwa terbabit.

Tambahan pula, kerjasama pintar boleh diterapkan dalam penyelidikan fatwa bagi
menangani isu kontemporari. Kerjasama ini melibatkan pihak autoriti fatwa negeri
dengan pusat-pusat penyelidikan sama ada di Institusi Pengajian Tinggi Awam ataupun
pihak swasta. Kerjasama ini dapat mengukuhkan lagi dapatan terhadap fatwa yang
dikeluarkan (Muhammad Ikhlas dll, 2013). Berdasarkan kepada kemahiran untuk
melakukan penyelidikan fatwa, terdapat cadangan agar para mufti adalah dilantik
daripada kalangan mereka yang memiliki ijazah Doktor Falsafah (PhD). Seterusnya bagi
tujuan pengukuhan fatwa, Mahkamah Syariah hendaklah merujuk kepada fatwa dalam
isu-isu yang sedang diadili. Hal ini dapat mengurangkan jurang perbezaan di antara dua
intitusi yang penting ini

39

You might also like