Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 6

SEKOLAH KEBANGSAAN KLANG

JALAN DATO’ HAMZAH


41000 KLANG, SELANGOR

LAPORAN
KARNIVAL HARI KEUSAHAWANAN PIBG
SEKOLAH KEBANGSAAN KLANG
2011

Tempat : SK Klang
Hari : Sabtu
Tarikh : 09 July 2011
LAPORAN PELAKSANAAN KARNIVAL HARI
KEUSAHAWANAN
PIBG 2011

TARIKH : 09.07. 2011


HARI : Sabtu
TEMPAT : SK Klang
ANJURAN : PIBG

Karnival Hari Keusahawanan PIBG sekolah telah diadakan pada 9 July 2011, iaitu

pada hari Sabtu. Anjuran oleh Persatuan Ibu Bapa dan Guru Sekolah Kebangsaan

Klang. pada Hari tersebut khemah gerai dan permainan diadakan mengikut tempat

yang dicadangkan dari awal. Karnival Hari Keusahawanan ini drancang bertujua untuk

mengumpul dan mencari dana bagi menampung kewangan PIBG pada tahun 2011.

Usaha keras dan kerajinan YDP PIBG En. Affandi Bin. Abd Muis, Setiausaha PIBG

2011, En Fazly Aizam bin Fawie serta barisan AJK PIBG 2011 telah menjayakan

Karnival Hari Keusahawanan PIBG 2011. Selain mendapat dana yang diperlukan untuk

kemajuan sekolah dan murid SK Klang.


Karnival Hari Keusahawanan bermula seawal pukul 7.00 pagi, kebanyakkan

warga SK Klang mulai berkumpul dan membuka gerai jualan masing-masing. Pada hari

tersebut gerai jualan, pameran dan pelbagai aktiviti telah dijalankan dengan

jayanya. Pembayaran dilakukan mengunakan kupon yang bernilai satu set RM10.00

ketika hari keusahawanan dijalankan. Guru, Ibubapa dan murid berkumpul di Sk

Klang dan bersama-sama menjayakan aktiviti ini.

Perasmian dan penutupan Hari Keusahawanan 2011 di buat oleh Encik Cheong

Kok Heng, YDP PIBG Sek. Men. Keb. Sri Istana . Ucapan Guru Besar Encik Sairi Bin

Hussien, kemudian YDP PIBG dan seterusnya tetamu Kehormat Encik Cheong Kok

Heng memeriahkan suasana. Guru Besar telah menyerahkan cenderahati sebagai

wakil SK Klang diikuti oleh Encik Affendi selaku Pengerusi PIBG SK Klang kepada

tetamu kehormat. Setelah itu, mengiringi tetamu untuk melawat gerai jualan dan

pameran yang telah disediakan. Sijil penghargaan turut disampaikan oleh Encik

Cheong diiringi oleh Guru Besar En. Sairi dan En. Affandi.

Sepanjang Karnival belangsung, suasana di selang seli dengan cabutan bertuah

dan persembahan daripada pasukan Generang SKK, yang di kendalikan oleh Cikgu

Syed Rahmad dan Pn. Maisarah. Penyanyi Jemputan Ter Yong Sheng (bekas pelajar

SK Klang PPKI) dijemput untuk memeriahkan lagi suasana. Terdapat juga

pertandingan lagu karaoke untuk ibu bapa dan guru. Hadiah-hadiah cabutan bertuah

merupakan hasil sumbangan hamper daripada syarikat dan orang perorangan

sebanyak 76 hamper, seperti yang disenaraikan di bawah ;;


1) En. Affendi Bin Muis 10 Hamper

2) En. Azmi Bin Jusoh 10 Hamper

3) Alumni SK Kang 11 Hamper

4) Syarikat Syamaltra 05 Hamper

5) Syarikat Pembersihan Sekolah 10 Hamper

6) AJK PIBG 5 x 6 = 30 Hamper

Gerai-gerai makanan dan minuman mendapat sambutan hangat daripada semua

warga SK KLang. Gerai pameran dan pameran yang terlibat turut mendapat

sambutan. Ini menunjukkan kejayaan Karnival Hari Keusahawanan PIBG 2011.

Aktiviti permainan ( Games Corner) turut menyumbang seperti PS 2, Bowling

Kelapa, Dart, Shooting Bola/ Sepak bola dan Baling Gelung. Semuanya gerai

permainan, mendapat sambutan mengalakkan daripada semua pihak.

Permainan Catatan
Play Station 2 Telah diadakan seminggu awal dan mendapat sambutan

(PS2) hangat daripada semua murid. Pada hari keusahawanan

terbuka kepada sesiapa shaja dan 2 perlawanan permainan

bola dan lawan. Tiga minit seorang dengan bayaran RM1

seorang.
Bowling Kelapa Permainan ini turut mendapat sambutan. Memerlukan tiga

balingan dan menjatuhkan pin besar akan mendapat Hadiah

utama dan seterusnya.


Dart Permainan ini melibatkan pengumpulan mata terberbanyak.
Sebanyak 20 hadiah pertama, 20 hadiah kedua dan 20

hadiah ketiga ditawarkan. Murid bermain dengan gembira

dan seronok. Seperti yang terdapat didalam gambar.


Shooting Permainan ini turut mengumpul banyak kutipan dan

Ball/Bola Sepak menyumbang kepada dana PIBG.


Baling Gelung Hadiah besar menanti mereka yang menang dan berpeluang

memasukkan belung didalam sketter yang disediakan.

PENUTUP

Karnival Hari Kantin PIBG 2011, merupakan satu kejayaan besar untuk

mengukuhkan sumber kewangan PIBG. Dengan bantuan PIBG sekolah akan dapat

merancang aktiviti yang sesuai bagi mempertingkatkan lagi proses pembelajaran dan

pengajaran dalam bidang kurikulum dan kokurikulum sekolah. Karnival Hari

Keusahawanan PIBG 2011 merupakan satu dari pembelajaran tidak formal, dan

diharapkan program seperti ini dapat dijalankan untuk memberi peluang terbuka

kepada semua warga murid ibubapa dan guru. Disamping itu, ia akan dapat

mengeratkan lagi kemseraan dan hubungan kerjasama antara warga SK KLang.

Selain, menanam minat keusahawanan dalam kalangan murid dan guru. Tambahan

pula, ia dapat memberi pengalaman berniaga, malahan pelajar turut menimba sedikit
pengetahuan dalam perniagaan. Usaha ini telah membawa kejayaan pihak SK Klang

dan PIBG dalam mengumpul dana unuk memajukan lagi sekolah pada masa akan

datang.

Disediakan oleh :

You might also like