Usahawan Industri Makanan Halal: Satu Analisis Persepsi Dan Sikap

You might also like

You are on page 1of 14

Seminar Keusahawanan Islam II Peringkat Kebangsaan

Usahawan Industri Makanan Halal: Satu Analisis Persepsi


dan Sikap

Prof. Madya Dr. Nor Aini Haji Idris dan Mohd. Ali Mohd. Noor
Pusat Pengajian Ekonomi, Fakulti Ekonomi dan Perniagaan,
Universiti Kebangsaan Malaysia

Abstrak

K epentingan industri makanan halal mula diberi


perhatian dalam Pelan Induk Perindustrian II (PIP
2), 1996-2005 dan diberi penekanan dalam Dasar
Pertanian Negara Ketiga (DPN3), 1998-2010.
Sebagai sebuah negara Islam, industri ini memang dapat dibangunkan
memandangkan Malaysia mempunyai sumber bahan mentah yang
mencukupi, kemudahan infrastruktur dan kemahiran dalam teknologi
pemprosesan. Ini disokong pula dengan komitmen kerajaan dan
pengiktirafan logo halal Malaysia di peringkat antarabangsa. Industri
makanan halal negara terpaksa bersaing dengan produk halal dari negara-
negara lain termasuk Thailand, Indonesia, Australia, Singapura dan juga
Brunei. Justeru untuk bersaing dalam pasaran global, aspek daya saing
syarikat adalah penting dan ini dapat dilahirkan melalui kekuatan
pengusaha yang mempunyai sikap dan persepsi yang positif dalam
membangunkan syarikat mereka. Sikap dan persepsi pengusaha
memainkan peranan penting dalam mempengaruhi prestasi sesebuah
syarikat. Persepsi dan sikap positif adalah pendekatan yang perlu diguna
pakai dalam menentukan matlamat syarikat yang ingin dicapai. Seorang
majikan atau pengusaha yang bersikap positif mempunyai ciri-ciri
termasuk berinisiatif, berkebolehan dalam mengenal pasti peluang, tekun,
berkebolehan mencari maklumat, mempunyai kualiti kesedaran yang
tinggi, komited terhadap tugas, cekap, mempunyai perancangan yang
sistematik, kreatif dalam menyelesaikan masalah, yakin pada diri sendiri,
tegas, yakin pada kebolehan orang lain dan mempunyai strategi yang
berpengaruh. Kertas kerja ini membincangkan hasil kajian yang dilakukan
terhadap 300 pengusaha IKS makanan halal dari sudut sikap dan persepsi.

Kata kunci: Persepsi, sikap, industri makanan halal, IKS, daya saing

1
Seminar Keusahawanan Islam II Peringkat Kebangsaan

1.0 Pengenalan
Sikap dan persepsi memainkan peranan penting dalam mempengaruhi
prestasi sesuatu perusahaan yang diceburi oleh para pengusaha.
Kebiasaannya persepsi dan sikap pengusaha yang baik dan positif akan
menggambarkan imej syarikat yang baik dari kacamata pelanggan dan
orang ramai. Untuk berjaya selain memerlukan kemahiran teknikal,
seseorang pengusaha juga memerlukan keperluan bukan teknikal
terutamanya persepsi yang positif (Susan & Dinah 1999). Persepsi positif
adalah pendekatan yang perlu digunakan oleh sesebuah firma dalam
menentukan set-set matlamat atau objektif syarikat yang ingin dicapai
(Charles 2002 ).

Sikap dan persepsi yang dimiliki oleh seorang usahawan dikatakan antara
faktor penting dalam menentukan kejayaan mereka. Banyak kajian yang
telah dilakukan untuk melihat faktor-faktor yang mempengaruhi kejayaan
sesorang usahawan. Kajian Pusat Pembangunan Usahawan Malaysia
(MEDEC) pada tahun 1988 terhadap 1000 usahawan umpamanya telah
mengenalpasti faktor-faktor tersebut. Antaranya termasuk berinisiatif,
berkebolehan dalam mengenalpsati peluang, tekun, berkebolehan mencari
maklumat, mempunyai kualiti kesedaran yang tinggi, komitmen terhadap
tugas, cekap, perancangan yang sistematik, kreatif dalam menyelesaikan
masalah, yakin pada diri sendiri, tegas, yakin pada kebolehan orang lain
dan mempunyai strategi yang berpengaruh.

2
Seminar Keusahawanan Islam II Peringkat Kebangsaan

2.0 Kajian Lepas


Selain daripada kajian yang dinyatakan di atas, terdapat banyak lagi kajian
yang fokus kepada aspek sikap. Kajian Clark (1998) umpamanya telah
menemui enam rahsia kejayaan usahawan yang berjaya iaitu percaya pada
diri sendiri, berfikiran luas, boleh menyesuaikan diri dengan keadaan
semasa, tidak cepat berputus asa, bertanggungjawab terhadap apa yang
dilakukan dan sanggup belajar melalui kesilapan. Bagi Nobuhiro (1994)
pula, ciri-ciri usahawan yang berjaya ialah berasal dari keluarga usahawan,
berkebolehan, mempunyai kemahiran mengurus yang baik, berkebolehan
dalam menginovasi teknologi dan mempunyai modal yang cukup.

Kajian Ng (1991) terhadap syarikat-syarikat yang berdaftar dengan


Persatuan Peniaga-Peniaga Cina Selangor berjaya mengenalpasti faktor-
faktor yang mempengaruhi kejayaan usahawan Cina. Antaranya termasuk
usaha sendiri, pengurusan yang cekap, jenis barang yang dijual, lokasi,
teknikal dan pemasaran, nasib, modal yang mencukupi, budaya,
pendidikan, agama dan pasaran dunia. Khusus untuk usahawan Melayu,
Rosli (1991) telah mengenal pasti faktor-faktor kejayaan 50 usahawan yang
ditemubual iaitu ketekunan, pengurusan yang baik, permintaan, modal yang
mencukupi, tuah, lokasi perniagaan, pendidikan daerah asal-usul usahawan.
Ini membuktikan faktor personaliti juga memainkan peranan penting
dalam menetukan kejayaan seorang usahawan di samping faktor-faktor lain
yang dinyatakan diatas.

Dalam membincangkan ciri-ciri untuk menjadi seorang usahawan yang


berjaya, Barjoyai (2000) telah memasukkan ciri sikap. Antaranya termasuk
menitikberatkan dan mementingkan kejayaan daripada keseronokan,
mempelajari sesuatu yang baru setiap hari, membebaskan diri daripada
kerja-kerja yang remeh, memberi perhatian terhadap keuntungan dan
pasaran, membuat keputusan secepat mungkin, sentiasa mencari kemahiran

3
Seminar Keusahawanan Islam II Peringkat Kebangsaan

dan teknik baru, sentiasa berusaha mendapat kerjasama daripada


kakitangan dan rakan-rakan dan sentiasa mementingkan hati orang lain
terutama pelanggan.

Manakala Connor (1999) pula berpendapat faktor-faktor yang menentukan


kejayaan usahawan ialah mempunyai tahap kekuatan yang tinggi dan
berkebolehan dalam mendapatkan hasil yang baik, mempunyai objektif
yang kuat, memberi tumpuan terhadap pelanggan dan keperluan mereka,
rendah diri terhadap pencapaian yang diperolehi, sanggup memperbaiki
kesilapan diri, cepat merebut peluang yang ada, berkebolehan memberi
arahan dengan cepat dan percaya bahawa pengalaman lebih baik daripada
latihan.

Dalam era ekonomi global, seorang usahawan perlu memiliki ciri-ciri yang
lebih khusus. Di sini kejayaan K.P. Chen iaitu seorang usahawan dari
negara China boleh dijadikan iktibar (Lee 1998). Dalam usaha
membangunkan bank di China, Chen telah menggariskan faktor-faktor
yang membawa kejayaannya iaitu pendidikan di Amerika dan
hubungannya, tahap keprofesionalan, kebolehan bekerjasama dengan firma
asing, keinginan untuk menginovasi dan menjelajah pelbagai strategi
perniagaan, kemahiran dalam komuniti dan galakan profesional dan
penglibatan dalam persatuan bank -bank di China.

Don & Eric (2001) dan Hannu (2000) menyatakan selain latarbelakang dan
aktiviti jaringan atau networking, ciri-ciri sikap positif pengusaha turut
mempengaruhi dan memberikan kesan positif kepada perkembangan dan
kemajuan perniagaan mereka. Ciri-ciri sikap positif yang dimaksudkan
adalah seperti keupayaan untuk mengambil dan menghadapi risiko,
inovatif, pengetahuan mengenai pasaran, kemahiran pemasaran, kemahiran
pengurusan, keupayaan mengenalpasti dan merebut peluang-peluang

4
Seminar Keusahawanan Islam II Peringkat Kebangsaan

pasaran, ketekunan dan keinginan memajukan dan memotivasikan diri.


Ciri-ciri sikap positif ini menurut Swee dan Don (2000) juga berperanan
dalam menentukan semangat keusahawanan pengusaha-pengusaha muda
berketurunan China di Asia Timur selain dipengaruhi oleh faktor
kepercayaan moral. Ciri-ciri sikap positif yang dapat meyakinkan
pelanggan perlu dimiliki oleh para pengusaha sekiranya mereka ingin terus
berjaya dan bertahan lama (Leo 2000). Sikap dan persepsi yang baik juga
mempunyai kesan langsung dalam mempengaruhi kecekapan sesebuah
perusahaan (Achim 2002).

Berdasarkan perbincangan kajian lepas jelas menunjukkan bahawa faktor


sikap dan persepsi adalah penting dalam menentukan kejayaan sesebuah
perniagaan. Setiap usahawan perlu memiliki sikap dan persepsi yang positif
di samping faktor-faktor modal, pengalaman, sokongan moral jenis
perniagaan, lokasi perniagaan dan sebagainya.

3.0 Analisis Persepsi dan Sikap Pengusaha Makanan Halal


Dalam menganalisis persepsi dan sikap, seramai 300 pengusaha yang
terlibat di dalam industri kanan halal telah ditemubual di Semenanjung
Malaysia. Jadual 1 menunjukkan taburan firma mengikut negeri, iaitu,
Selangor (40.0%), Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (18.0%), Kelantan
(12.7%), Pulau Pinang (10.7%), Terengganu (4.7%), Pahang (.04%), Perak
(3.3%), Kedah (2.7%), Negeri Sembilan dan Johor (2%) masing-masing.

5
Seminar Keusahawanan Islam II Peringkat Kebangsaan

JADUAL 1 Taburan Firma Mengikut Negeri


Negeri Frekuensi Peratusan
Kedah 8 2.7
Pulau Pinang 32 10.6
Perak 10 3.3
Selangor 120 40.0
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 54 18.0
Negeri Sembilan 8 2.7
Johor 10 3.3
Pahang 6 2
Terengganu 14 4.7
Kelantan 38 12.7
Jumlah 300 100.0

Sumber: Nor Aini et al. (2007)

Manakala, Rajah 2 menunjukkan taburan firma mengikut keluaran utama


syarikat. Firma yang mengeluarkan produk berasaskan bijirin adalah
tertinggi sekali, iaitu 47.3%. Majoriti daripada firma ini mengeluarkan sos
kicap, produk kekacang dan biskut. Selanjutnya, firma-firma yang terlibat
dalam keluaran berasaskan tanaman (22.7%), kordial, jus dan minuman
(13.3%), produk hasil ikan (8.0%), produk hasil daging (6.0%) dan produk
hasil tenusu (2.7%).

6
Seminar Keusahawanan Islam II Peringkat Kebangsaan

RAJAH 1: Taburan Pengusaha Mengikut Keluaran Utama Syarikat

Hasil Daging
Hasil Laut 7.0%
9.3% Kordial / Jus /
Minuman Lain
Hasil Tumbuhan 11.3%
30.3%
Hasil Tenusu
5.7%
Produk
Kesihatan
Bijirin 2.3%
34.1%

Sumber : Nor Aini et al.(2007)

3.1 Analisis Sikap

Dalam melihat sikap pengusaha, penyelidik telah menyenaraikan sembilan


kenyataan untuk ditanda oleh majikan berdasarkan skala yang ditetapkan
iaitu:

1 = Sangat tidak setuju


2 = Tidak setuju
3 = Tidak pasti
4 = Setuju
5 = Sangat setuju

Berdasarkan kenyataan tersebut, keputusan skor yang diperolehi


dipaparkan melalui Jadual 2.

7
Seminar Keusahawanan Islam II Peringkat Kebangsaan

JADUAL 2 Analisis Sikap Pengusaha

KENYATAAN SKOR
1. Dalam kebanyakan temujanji, saya 4.46
selalu menepati janji.

2. Bila pekerja mengadu atau dalam 4.18


perbualan saya adalah pendengar yang
baik.

3. Selalunya apabila melakukan 4.47


sesuatu, saya melakukan dengan
bersungguh-sungguh.

4. Keutamaan saya apabila melakukan 3.84


sesuatu pekerjaan adalah kepuasan
sendiri.
5. Berhubung dengan hasil kerja 2.90
selalunya saya mudah berpuas hati.
6. Apabila pekerja saya melakukan 3.97
tugasan mereka, saya yakin dengan
mereka.
7. Dalam perniagaan, saya memberi 3.78
tumpuan kepada produk yang ada.
8. Penglibatan saya dalam perniagaan 3.37
tertumpu kepada perniagaan yang
belum ada orang melakukannya.

9. Saya sentiasa menekankan kepada 4.36


pekerja akan pentingnya
inovasi/penemuan/hasil baru.

Sumber: Nor Aini et al.(2007)

8
Seminar Keusahawanan Islam II Peringkat Kebangsaan

3.2 Analisis Persepsi

Perkara-perkara yang disenaraikan di bawah persepsi bersama nilai purata


skor dipaparkan melalui Jadual 3.

JADUAL 3 Analisis Persepsi Pengusaha


KENYATAAN SKOR
1. Persatuan perniagaan banyak 3.23
membantu perkembangan syarikat ini.
.
2. Pinjaman daripada institusi 3.24
kewangan lebih mudah berbanding
dengan tabung-tabung pembiayaan
agensi kerajaan.

3. Hubungan dengan ahli politik 2.77


banyak membantu kejayaan syarikat
ini.

4. Syarikat ini mampu bersaing 3.85


dengan syarikat-syarikat tempatan
yang lain.

5. Inovasi produk penting bagi 4.26


menjamin kejayaan syarikat ini.

6. Syarikat ini tiada masalah untuk 3.39


mendapatkan pekerja mahir.

7. Pengiktirafan ISO 9000 dan/atau 3.92


ISO 14000 adalah penting kepada
syarikat ini untuk lebih berdaya saing.

8. Pengiktirafan halal adalah penting. 4.49

9. Syarikat ini tidak mengharapkan 2.57


dasar perlindungan dari kerajaan.

10. Penggunaan ICT hanya 2.43


meningkatkan kos pengeluaran.

9
Seminar Keusahawanan Islam II Peringkat Kebangsaan

11. Penggunaan ICT tidak membantu 2.35


kecekapan perniagaan.

12. Globalisasi (AFTA/WTO) tidak 2.91


memberi ancaman kepada industri
yang saya ceburi sekarang.

13. Penguasaan Bahasa Inggeris amat 4.41


penting dalam perniagaan di era
ekonomi global.

14. Penguasaan bahasa lain penting 4.10


untuk pengusaha yang berjaya.

15. E-dagang tidak penting untuk 2.58


memasarkan produk syarikat ini.

16. Syarikat ini tidak mempunyai 2.91


masalah untuk mengeksport.

17. Syarikat ini mampu bersaing 3.30


dengan syarikat multinasional.

18. Rakan usaha sama luar negara 3.67


amat diperlukan untuk
mengembangkan syarikat ini.

19. Adalah membuang masa dan 2.09


wang untuk mengikuti kursus dan
latihan mengenai perniagaan.

20. Kemahiran komunikasi amat 4.28


penting dalam perniagaan.

21. Perniagaan yang saya ceburi ini 2.71


sukar untuk dimasuki pesaing lain.

22. Kursus keusahawanan amat 4.16


penting dalam dunia perniagaan yang
mencabar.

Sumber: Nor Aini et al. (2007)

10
Seminar Keusahawanan Islam II Peringkat Kebangsaan

Meneliti kepada nilai min skor purata bagi sikap dan persepsi, didapati
majikan yang dikaji mempunyai ciri-ciri yang positif. Berdasarkan
penemuan ini majikan sepatutnya dapat menunjukkan prestasi yang baik
dalam mengendalikan perniagaan dan seharusnya mampu manghadapi
cabaran AFTA dan globalisasi. Untuk membuktikan ini, penyelidik telah
membuat cross-tabulation antara angkubah persepsi dan sikap dengan nilai
jualan syarikat serta tahap pendidikan pengusaha. Tujuannya adalah untuk
melihat sama ada wujud hubungan antara kedua-dua angkubah tersebut.
Hubungan ini ditunjukkan melalui Jadual 4 dan Jadual 5.

Terdapat dua persoalan yang cuba dijawab iaitu pertama sama ada sikap
dan persepsi positif yang ditunjukkan oleh pengusaha dapat menyumbang
kepada prestasi syarikat terutama dari segi jualan dan kedua sama ada
wujud hubung kait di antara sikap dan persepsi positif dengan tingkat
pendidikan pengusaha.

JADUAL 4 Hubungan di Antara Skor Purata Sikap dengan Nilai Jualan

N=300 5-50 51- 101- 251- 501 1.1- >10 Skor


Sikap ribu 100 250 500 ribu-1 10 juta Purata
ribu ribu ribu juta juta
1 4.48 4.44 4.45 4.61 4.25 4.55 4.00 4.46
2 4.36 4.11 4.18 3.94 4.00 4.40 3.80 4.18
3 4.60 4.44 4.45 4.39 4.42 4.45 4.40 4.47
4 3.80 3.78 4.00 3.78 3.92 3.75 4.20 3.84
5 3.16 3.33 3.09 3.06 2.00 2.70 2.80 2.90
6 4.08 4.08 4.09 3.94 3.50 4.05 3.97 3.97
7 3.68 3.68 3.91 3.78 3.75 4.05 3.78 3.78
8 3.24 3.24 3.27 3.33 3.33 3.50 3.37 3.37
9 4.28 4.28 4.27 4.39 4.50 4.30 4.60 4.36
Sumber : Nor Aini et al. (2007)

11
Seminar Keusahawanan Islam II Peringkat Kebangsaan

JADUAL 5 Hubungan di Antara Skor Purata Persepsi dengan Nilai Jualan

N=300 5-50 51- 101- 251- 501 1.1- >10 Skor


Persepsi ribu 100 250 500 ribu-1 10 juta Purata
ribu ribu ribu juta juta
1 3.32 3.33 3.09 3.11 3.17 3.40 2.80 3.23
2 3.40 2.67 3.00 3.28 3.25 3.30 3.60 3.24
3 3.00 2.56 3.09 3.06 2.75 2.40 1.80 2.77
4 3.84 3.56 3.73 3.61 4.00 4.25 3.60 3.85
5 4.28 4.11 4.28 4.28 4.25 4.40 4.40 4.26
6 3.36 3.33 3.36 3.44 3.00 3.45 3.80 3.39
7 3.72 4.00 3.72 3.89 3.92 4.15 4.20 3.92
8 4.56 4.22 4.56 4.56 4.33 4.70 4.40 4.49
9 2.56 1.67 2.64 2.11 2.08 3.60 2.80 2.57
10 2.56 3.22 2.36 2.44 2.25 2.00 2.60 2.43
11 2.32 2.78 2.18 2.33 2.08 2.40 2.60 2.35
12 3.08 2.78 2.82 2.89 2.92 2.85 2.80 2.91
13 4.60 4.60 4.36 4.39 4.33 4.55 3.80 4.41
14 4.28 4.28 4.27 4.33 3.83 3.95 3.40 4.10
15 2.48 2.48 2.45 2.89 2.33 2.50 2.60 2.58
16 2.96 2.96 3.36 2.50 3.08 3.15 2.60 2.95
17 3.40 3.40 3.09 3.00 3.50 3.50 3.60 3.34
18 3.80 3.80 3.91 3.59 3.67 3.80 3.40 3.70
19 2.28 2.28 2.18 1.67 1.92 2.45 2.20 2.09
20 4.28 4.28 4.18 4.50 4.08 4.20 4.20 4.28
21 3.04 2.33 3.00 2.33 2.58 2.65 3.00 2.71
22 4.32 4.56 3.82 4.39 4.00 4.00 3.60 4.16

Sumber: Nor Aini et al. (2007)

Melalui kedua-dua jadual di atas dapat diperhatikan bahawa tidak wujud


hubungan yang jelas antara sikap dan persepsi positif dengan nilai jualan.
Ini bermakna sikap dan persepsi yang positif ditunjukkan oleh semua
pengusaha tanpa mengira jumlah nilai jualan syarikat. Trend yang sama
ditunjukkan apabila kedua angkubah tersebut dikaitkan dengan tahap
pendidikan pengusaha. Pada ghalibnya seseorang individu yang
berpendidikan tinggi lebih berdedikasi berbanding mereka yang
mempunyai tahap pendidikan yang rendah. Namun kajian mendapati sikap

12
Seminar Keusahawanan Islam II Peringkat Kebangsaan

dan persepsi positif ditunjukkan oleh kesemua pengusaha pada semua tahap
pendidikan. Penemuan ini mungkin menggambarkan wujud ciri-ciri bias.
Ini berlaku mungkin kerana pengusaha yang ditemubual tidak begitu jujur
dalam memberi jawapan kepada soalan yang berbentuk skala. Pada
kebiasaannya seorang individu itu cuba menunjukkan ciri-ciri yang terbaik
bagi dirinya. Perkara sebegini boleh berlaku memandangkan setakat ini
tidak ada kaedah lain yang lebih tepat untuk mengukur sikap dan persepsi
seseorang individu.

Namun penemuan ini juga dapat menggambarkan bahawa kesemua


pengusaha makanan halal yang ditemubual sememangnya memiliki sikap
dan persepsi yang positif. Nilai jualan hanya syarikat pula bergantung
kepada saiz syarikat dan juga saiz pasaran. Ini bermakna tidak wujud
hubungan secara signifikan di antara faktor sikap dan persepsi positif
dengan nilai jualan syarikat.

4.0 Kesimpulan
Sikap dan persepsi positif adalah antara ciri penting yang menyumbang
kepada kejayaan sesebuah perniagaan. Hanya pengusaha yang mempunyai
nilai ini sanggup menanggung risiko dan mengambil keputusan untuk
menceburi bidang perniagaan yang mencabar. Namun ianya bukan
merupakan faktor penentu mutlak kerana masih terdapat faktor-faktor lain
yang turut menentukankan kejayaan sesebuah perniagaan Umpamanya
aspek-aspek mengenai modal dan keupayaan pemasaran. Apa yang pasti
pengusaha yang mempunyai sikap dan persepsi positif mampu
mengendalikan perniagaan dengan lebih berkesan.

13
Seminar Keusahawanan Islam II Peringkat Kebangsaan

Rujukan
Barjoyai Bardai. 2000. Keusahawanan dan Perniagaan. Kuala Lumpur:
Dewan bahasa dan Pustaka.
Clark, Katherine, K. 1999.”The Great Equalizers: Six Secrets to Success
for All Entrepreneurs “. Vital Speeches of the Day, 65 (10): 304-6.
Lee, Pui-Tak. 1998. “ Chinese Financial Enterprenuership: The Case of
K.P.Chen “. Journal of Asian Business, 14 (1): 23-24.
Ng Lay Ngoh. 1991. “Usahawan Cina di Malaysia“. Latihan Ilmiah.
Universiti Kebangsaan Malaysia.
Nobuhiro Kurose. 1994. “ University Graduate Entreprenuer in Small
Business: Lets Be Entreprenuer- a Booming Entreprenuer in Japanese
Youth “. Kertas kerja yang dibentangkan di International Small Business
Congress, Jakarta, 18-21 September.
Nor Aini Haji Idris, Faridah Shahadan, Norlaila Abu Bakar, Mohd Ali
Mohd Noor & Ab. Razak Dan. 2007. Malaysia Ke arah Hab Makanan
Halal Dunia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
O Connor, Brian. 1999. “What Can You Learn from Entrepreneurs“.
Works Management, 52(7): 17.
Rosli Jelas. 1991. “ Usahawan Melayu: Satu Kajian Kes di Lembah Klang
“. Latihan Ilmiah. Universiti Kebangsaan Malaysia.

14

You might also like