Contoh Minit Mesyuarat Ladap

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 5

MINIT MESYUARAT

LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN

SEK. KEB. BERIS PANCHOR

TARIKH : 14 APRIL 2008

MASA : 12. 15 TENGAHARI

TEMPAT : MAKMAL KOMPUTER SK BERIS PANCHOR

PENGERUSI : PN. HAJAH ROHANI BT ABDULLAH

KEHADIRAN

BIL NAMA JAWATAN

1 EN HAMZAH B HASSAN PENASIHAT

2 PN HAJAH ROHANI BT ABDULLAH PENGERUSI

3 EN ABD AZIZ B AWANG NAIB PENGERUSI

4 EN SAFFRI B YAACOB NAIB PENGERUSI

5 EN MUHAMAD ROPI B AWANG PENYELARAS LDP

6 EN MOHAMAD B DOLLAH PANITIA BAHASA MELAYU

7 PN ZURAIDAH MOHAMMED PANITIA SAINS

8 EN HASHIM MAT ZIN PANITIA MUZIK

9 TN HAJI MAT KHAIRULDDIN PANITIA KEMAHIRAN HIDUP

10 PN NORZALINI BT IBRAHIM PANITIA SIVIK

11 EN MOHD EHSAN B AB. RAHMAN WAKIL GURU PETANG

12 EN HASNI B HAMZAH WAKIL GURU PETANG

13 EN AHMAD TAJUDDIN B ZAKARIA GURU DISIPLIN

14 PN ZAKIAH BT YUSOF PENGERUSI BILIK GURU

15 EN KHAZIMAN B OTHMAN GURU DATA

16 EN YUSRI B YUSOFF PANITIA AGAMA ISLAM

TIDAK HADIR

BIL NAMA JAWAWTAN /CATATAN


1 EN. MUSTAFA B MOHAMMAD NAIB PENGERUSI / BERSEBAB

2 YM TN SALWATI BT TN. ISMAIL PANITIA BI / CUTI PJJ

3 EN ZAKUAN B SALLEH PANITIA MATE / CUTI PJJ

4 EN ADNAN B JUHARI PANITIA PJK / KEM

5 EN FAROZI B DAUD P. TADBIR / CUTI

1.0 Ucapan Pengerusi.

1.1 Mesyuarat dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah.

1.2 Buat makluman, Penolong Kanan Pentadbiran telah menghadiri


Taklimat LDP yang diadakan di PPD sebelum ini

1.3 Arahan Kementerian Pelajaran Malaysia supaya kursus diadakan terus


di sekolah ataupun dalam lingkungan 25 km dari kawasansekolah

1.4 Perlantikan AJK LDP hendaklah diserahkan sebelum 10 April 2008


manakala minit mesyuarat pula hendaklah dihantar ke PPD
sebelum atau pada 15 April 2008.

1.5 Menyuarat bertujuan mengesahkan Perlantikan AJK LDP.

1.6 Mesyuarat kali ini juga bagi membincangkan kursus yang akan


diadakan nanti

1.7 Peruntukan kursus untuk sekolah ini sebanyak RM2880.00atas kapasiti


guru seramai 48 orang. Peruntukan awalnya disediakan sebanyak
60% iaitu sejumlah RM1700

Makluman

2.0 Pengesahan Perlantikan Ahli Jawatan Kuasa 2008

2.1 Pengerusi memaklumkan Perlantikan guru-guru sebagai Ahli Jawatan


Kuasa LDP berdasarkan garis panduan yang telah diberikan. Guru
yang terlibat dengan AJK LDP adalah:

Semua Pentadbir

Ketua Panitia

Guru Data

Pengerusi Bilik Guru

Pembantu Tadbir

2.2 Ahli Jawatan Kuasa disahkan dan diterima.


Makluman

3.0 Perancangan Aktiviti

3.1 Penentuan tarikh kursus hendaklah diambil kira bagi mengelakkan


pertembungan tarikh dengan majlis dan program lain. Tidak dapat
tidak, pihak sekolah terpaksa mengadakan kursus yang dirancang
pada hari Sabtu memandangkan waktu persekolahan disini
melibatkan dua sesi.

3.2 Pengerusi turut memaklumkan bahawa bermula dari tarikh 10 Mei


hingga 27 Mei 2008, guru yang mengajar PPSMI terlibat dengan
ujian PSP. Jadi sebarang kursus LDP tidak dapat diadakan dalam
tempoh tersebut

3.3 Pengerusi meminta guru-guru memberi cadangan tentang kursus yang


diperlukan.

3.3.1 Cadangan dari En. Mohamad B Dollah supaya diadakan


Bengkel Pemeriksaan Kertas Bahasa Melayu

3.3.2 Puan Norzalini bt Ibrahim dan disokong oleh Pn Fauziah bt


Ishak pula mencadangkan supaya diadakan Motivasi dan
Pembangunan Staf

3.3.3 En. Khaziman pula mencadangkan supaya guru-guru


didedahkan dengan Sistem Pengurusan Fail. dan
mengesyorkan supaya dijemput penceramah dari jabatan
tertentu.

3.4 Pengerusi menjelaskan bahawa, kertas kerja hendaklah dihantar dua


minggu sebelum kursus dijalankan

3.5 Beliau juga menyentuh saranan PPD yang di buat ketika ‘Mesyuarat


Post Mortem UBB’ baru-baru ini supaya diselitkan slot Bengkel
Pemeriksa Kertas bagi pendedahan dan penyediaan guru pelapis
untuk sesebuah sekolah.

makluman

3.6 AJK sebulat suara mencadangkan supaya diadakan kursus


perkembangan staf pada 03 Mei 2008. Pengisian, penceramah dan
pemilihan tempat akan dibincangkan kemudian.

3.7 Kursus Pemeriksa Kertas pula dicadangkan supaya ditetapkan pada 14


Jun 2008.
3.8 Kursus-kursus lain akan dibincangkan dalam mesyuarat yang akan
datang dan keperluan semasa akan diambil kira dalam menentukan
kursus yang akan diadakan kelak.

Makluman dan tindakan


AJK

4.0 Hal-hal lain

4.1 Guru Besar menjelaskan bahawa peruntukan kursus akan


ditentukan mengikut masa kursus diadakan. Jika kursus berakhir
pada pukul 2.00 petang, bayaran RM10.00 diberikan untuk
perkepala. Manakala kursus yang berakhir pukul 4.00 petang,
bayaran RM12.00 akan diberikan untuk perkepala.

4.2 Guru Besar menegaskan sekali lagi supaya slot ‘Bengkel


PemeriksaKertas’ diberi perhatian supaya golongan pelapis
pemeriksa kertas dapat diketengahkan.

4.3 Penolong Kanan HEM menjelaskan, setiap seorang guru diwajibkan


menghadiri kursus selama 7 hari dalam setahun.

4.4 Kelas Bimbingan ICT akan diadakan bagi mencukupi jumlah hari


kursus bagi setiap guru.

4.4.1 Kelas akan diadakan mengikut kelompok kemahiran guru-guru.

4.4.2 Kelompok Asas bagi guru-guru yang tidak mempunyai kemahiran


akan di adakan pada hari Isnin bermula pukul 1.30 petang.

`4.4.3 Kelompok Pertengahan bagi guru-guru yang mempunyai asas


komputer akan diadakan pada hari Rabu bermula pukul 1.30
petang.

4.4.4 Kehadiran guru akan dikira dan direkod bagi memenuhi jumlah


waktu kursus yang dikehendaki dalam setahun.

4.4.5 Tenaga Pengajar terdiri daripada AJK Bestari SKBP sendiri.

4.4.6 Kelas secara rasmi bermula pada 28 April 2008.

Makluman guru-guru
dan tindakan AJK LDP
dan AJK ICT.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 1.30 petang dengan bacaan surah Al ‘Asyr

Disediakan oleh: Disahkan oleh:

………………………….. ………………………
(MUHAMAD ROPI B AWANG) (HAMZAH B HASSAN)

Penyelaras LDP Penasihat LDP

Sek. Keb. Beris Panchor Sek. Keb. Beris Panchor

You might also like