Kertas-Kerja Eco Life Challenge 2019

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

KERTAS

KERJA

INDUK

ECO LIFE

CHALLENGE

(IMELC2019)

KERTAS KERJA WORKBOOK ECO LIFE CHALLENGE (IMELC2019)


SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN TAMIL LADANG SAGIL
1.0 PENDAHULUAN
Malaysia mempunyai sumber semula jadi dan alam sekitar yang indah. Tetapi,
kebelakangan ini banyak berita tentang pemanasan global akibat aktiviti manusia
telah banyak dilaporkan. Ini memberi kesan yang negatif kepada kehidupan seharian
kita. Sehubungan dengan itu, Malaysia menetapkan satu usaha untuk mengurangkan
sekurang-kurangnya 40 peratus gas “rumah hijau” menjelang tahun 2020.
Iskandar Malaysia, sebuah organisasi yang aktif telah tampil dengan kempen
“Low Carbon Lifestyles” telah mengadakan projek “Eco Life Challenge” dengan
kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Johor untuk menggalakkan warga sekolah
khususnya dan memberi kesedaran mengenai pentingnya menjaga alam sekitar
dengan memaksimumkan penggunaan tenaga dan mengurangkan jumlah pengeluaran
gas karbon dioksida. Melalui projek ini, diharapkan, para guru, murid dapat
meningkatkan kesedaran dan memainkan peranan masing-masing dalam menyokong
usaha untuk mengurangkan pemanasan global.

2.0 MATLAMAT
Mendedahkan kepada murid Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) Ladang Sagil
mengenai program Eco Life Challenge yang perlu dilengkapkan bagi memenuhi
syarat pertandingan Iskandar Eco Life Challenge (IMELC2019) .

3.0 OBJEKTIF
4.1 Memberi pendedahan kepada murid Tahun Enam mengenai pertandingan Eco
Life Challenge (IMELC2019)
4.2 Menggalakkan murid melaksanakan program eco life challenge di rumah.
4.3 Pengisian aktiviti bagi murid Tahun Enam selepas UPSR.
4.4 Meningkatkan kesedaran kepada murid tentang pentingnya menjaga alam
sekitar.
4.5 Salah satu usaha menyokong projek “Eco Life Challenge” dibawah kelolaan
ISKANDAR Malaysia.
4.0 PELAKSANAAN
4.1 Tarikh : 22 Ogos hingga 22 Oktober 2019
4.2 Tempoh : 2 Bulan
4.3 Tempat : Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) Ladang Sagil

5.0 KUMPULAN SASARAN


5.1 Semua murid.
6.0 JAWATANKUASA PELAKSANA
LAMPIRAN A

7.0 PELAN TINDAKAN


Berikut merupakan pelan tindakan untuk minggu kitar semula ;

Bil Tarikh Aktiviti Tindakan

 Perkenalkan guru-guru Tahun Enam


19 Ogos
1 (guru kelas) mengenai workbook IMELC Penyelaras
2019

 Perjumpaan penyelaras dan murid.


Penyelaras memeberi penerangan
22 Ogos 2019- Penyelaras dan
2 mengenai workbook dan pertandingan
guru tahun
pengumpulan bahan kitar semula kepada
murid dan tarikh menghantar.
 Murid melengkapkan workbook IMELC.
8 - 27 Oktober Penyelaras dan
3  Guru kelas memastikan setiap murid
2019 Guru Kelas
dapat menghantar workbook.
 Penyelaras menghantar workbook serta
30 Oktober resit bahan kitar semula yang telah
4 Penyelaras
2019 dikumpul kepada penolong penyelaras
Sains dan Matematik PPD Tangkak

7.0 PENUTUP
Semoga program yang dijalankan selama 2 bulan ini akan dapat memberi
kesedaran kepada para pelajar mengenai pentingnya untuk mengurangkan gas rumah
hijau serta menyemai rasa cinta akan alam sekitar dan mempunyai rasa
bertanggungjawab untuk bersama-sama menggunakan tenaga dengan berhemah dan
bijaksana seterusnya menjadikan SJKTLS sebuah sekolah hijau.

Disediakan Oleh, Disahkan Oleh,

(MOHAMMAD RASYID BALAN


BIN SHANMUGAM RAJAH)
Penyelaras,
Program IMELC 2019.

You might also like