Professional Documents
Culture Documents
Miskonsepsi Dan Kesilapan Dalam Algoritma Matematik Boleh Berlaku Kepada Murid Sekolah Rendah
Miskonsepsi Dan Kesilapan Dalam Algoritma Matematik Boleh Berlaku Kepada Murid Sekolah Rendah
Miskonsepsi dan kesilapan dalam algoritma matematik boleh berlaku kepada murid
sekolah rendah. Miskonsepsi dan kesilapan ini perlu dibetulkan supaya murid dapat
mengikuti pelajaran matematik dengan baik dan berkesan.
Pengenalan.
Beberapa kajian yang telah dijalankan oleh ahli psikologi, pakar matematik dan
guru matematik menunjukkan ada pelbagai sebab murid melakukan kesilapan dalam
pengiraan bahagi. Sesuatu kemahiran yang hendak diajar kepada murid perlulah
diterangkan konsep disebaliknya.
II. Tidak menulis sifar di tempat yang sepatutnya atau mengelakkan / tertinggal
menulis sifar.
III. Tidak menguasai nilai tempat sa, puluh, ratus, ribu, dan puluh ribu serta tidak
menulis nombor mengikut sa, puluh, ratus, ribu, dan puluh ribu.
IV. Tidak membaca soalan dengan berhati-hati (malas membaca cerita yang
melibatkan nombor lebih daripada satu digit).
Keadaan ini wujud di dalam semua kes, baik dalam kes murid yang cerdik mahu pun
yang lemah . Ia terjadi kerana murid terlalu gopoh untuk menghabiskan soalan hingga
melakukan kecuaian ketika memberi jawapan. Ada juga yang terlalu yakin dengan
jawapan yang mereka beri hingga tidak menyemak jawapan sebelum menghantar
kertas soalan.
Murid membuat kesilapan disebabkan kecuaian. Apabila murid ini ditanya
mengapa berlaku kesilapan, mereka menyatakan bahawa, mereka berlumba-lumba
hendak menghabiskan soalan secepat mungkin. Murid cuai dalam menulis satu angka
maka jawapan menjadi salah.
Tidak menulis sifar boleh dikategorikan kepada dua kesilapan iaitu terhindar daripada
menulis sifar kerana dianggap tidak bernilai atau tidak diperlukan.
Contoh: ( soalan no 4 )
Murid didapati tidak membaca soalan dengan berhati-hati. Ada juga murid yang tidak
suka membaca soalan panjang atau merasa terlalu sukar hendak faham soalan
panjang. Segolongan murid tidak tahu membaca dan menghadapi masalah membaca
walau pun perkataan yang tidak melibatkan matematik.
Contoh: ( soalan no 18 )
Memandangkan jenis kesilapan yang kerap dilakukan oleh murid terdiri daripada tiga
punca iaitu cuai, tidak tahu sifir dan tidak membaca dengan lebih teliti; berikut adalah
beberapa cadangan bagi mengatasinya.
1. Guru perlu memastikan murid menguasai kemahiran seperti nilai tempat sa,
puluh, ratus, ribu, puluh ribu serta menulis nombor mengikut nilai tempat dan sifir
darab. Murid mesti cekap dalam operasi darab dan cekap menggunakan sifir
darab. Murid boleh diminta melafazkan sifir darab tertentu sebelum permulaan
kelas bagi mengingat kembali sifir itu. Membanyakkan latihan darab juga dapat
membantu ke arah ini.
2. Lebih tumpuan harus diberi kepada operasi bahagi yang asas dengan nombor
ringkas. Pada peringkat awal pengenalan operasi bahagi fakta asas bahagi ini
hendaklah ditekankan.
9 x 7 = 63
5. Guru perlu kemukakan pelbagai masalah yang melibatkan operasi bahagi dan
juga operasi bercampur . Ini dapat mengelakkan murid mengeluarkan
nombor-nombor terlibat dan melakukan operasi bahagi tanpa membaca soalan.
Apabila operasi bercampur terlibat, murid perlu membaca dengan teliti bagi
mempastikan langkah pengiraan serta operasi yang terlibat.