Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 3

SJK(T) LADANG BAGAN SENA,

09000 KULIM,
KEDAH DARUL AMAN

KOD SEKOLAH : KBD 5050

_____________________________________________________________________________

MINIT MESYUARAT PSS KALI 2 / 2020


SJK(T) LADANG BAGAN SENA

TARIKH : .13.07.2020 (ISNIN)


MASA : 1.30 petang
TEMPAT : Pusat Sumber SJK (T) Ladang Bagan Sena
KEHADIRAN : 1. En.N.Visvalingam ( Guru besar)
: 2. En.KYogeswaran ( Guru Penolong Kanan Pentadbiran)
: 3. Pn.J.Yamunadevi ( Guru Penolong Hal Ehwal Murid)
: 4. Pn.KVinothemi (Guru Penolong Kokurikulum)
5. Pn.V.Catherine
6 .En.K.Thamberaj
7. Pn.T.Ilavarasi
8. Pn.S.Pavithra

TIDAK HADIR : -

Tidak Hadir :

1.0 Ucapan pengerusi


1.1 Mengucapkan terima kasih atas kehadiran semua guru.
1.2 Menyatakan ini merupakan mesyuarat kali kedua bagi tahun 2020.

2.0 Ucapan Guru Besar


2.1 Ucapan terima kasih kepada penyelaras PSS iaitu Pn.V.Catherine.
2.2 Mengucapkan terima kasih atas kehadiran semua guru ke mesyuarat PSS yang pertama.
2.3 Mengucapkan tahniah kepada penyelaras kerana berjaya melakanakan mesyuarat bagi
kali yang kedua ini.
2.4 Tidak dapat dinafikan mesyuarat ini sangat penting kerana dari mesyuarat ini semua
guru dapat melihat bagaimana lagi cara untuk mempercantikkan perpustakaan sekolah
kerana ianya merupakan satu destinasi yang bakal dilawati oleh pegawai yang datang.
2.5 Terima kasih kepada semua guru kerana dapat memberi kerjasama dalam memantapkan
lagi PSS kita sepanjang tahun 2020.

3.0 Bacaan dan pengesahan minit mesyuarat kali pertama


3.1 Disahkan oleh: En.K.Thamberaj
Disokong oleh: Pn.S.Pavithra

4.0 Laporan Program Nilam 2020


4.1 Pn.V.Catherine selaku penyelaras Nilam membentangkan laporan tahunan bagi tahun
2020.
4.2 Penyelaras membentangkan pelbagai aktiviti yang telah dilaksanakan sepanjang tahun
2015.
4.3 Penyelaras menyatakan bahawa ramai di kalangan murid-murid yang tidak mencatat di
dalam buku catatan Nilam selepas mereka membaca sesuatu buku yang dipinjam atau
yang dibaca di perpustakaan.
4.4 Pn.V.Catherine selaku penyelaras pusat sumber sekolah turut membentangkan tentang
aktiviti program Nilam.

5.0 Laporan Pusat Sumber Sekolah (Aktiviti Pusat Sumber Sekolah)

5.1 Aktiviti Bulan Bahasa


5.1.1 Penyelaras melaporkan tentang aktiviti Bulan Bahasa yang telah diadakan.
5.1.2 Penyelaras mengucapkan terima kasih kepada Guru Besar kerana telah
mengambil hadiah daripada pembekal.
5.2.3 Penyelaras turut menyatakan bahawa hadiah saguhati diberikan kepada setiap
penyertaan yang tidak berjaya.

6.0 Cadangan penambahbaikan Pusat Sumber Sekolah dan program Nilam


6.1 Penyelaras mencadangkan Tahap 2 untuk menjadikan pembacaan contoh karangan
sebagai amalan sebagai rujukan kepada mereka.
6.2 Penyelaras turut memberitahu guru bahasa dan kelas untuk memperkasakan program
Nilam dengan menekankan penulisan murid di dalam buku catatan Nilam.
6.3 Penyelaras turut memberitahu bahawa peminjaman individu adalah maksimum
sebanyak dua kali seminggu kerana permintaan ramai.
6.4 Senarai penambaikan Pusat Sumber Sekolah

7.0 Kewangan PSS


9.1 Bulan Bahasa / PSS
9.2 Pembelian Buku Cerita (peruntukan PSS)
9.3 Hadiah Nilam / Anugerah Nilam Sekolah
9.4 Penyelaras memohon guru yang ada meminjam buku PSS untuk
mengembalikan semula buku terbabit.

8.0 Hal – hal lain


8.1 Murid dan guru perlu mencatat nama dan nama buku yang dipinjam dalam buku pinjaman
yang disediakan.
8.2 Murid diminta membuat laporan nilam 3 kali dalam seminggu.

Mesyuarat ditangguh pada jam 3.30 petang.

Dsediakan oleh, Disemak oleh,

_______________________________ ___________________
( V.CATHERINE) ( EN.N.VISVALINGAM )
Setiausaha PSS Guru Besar
SJK(T) LDG BAGAN SENA SJK(T) LDG BAGAN SENA

You might also like