Professional Documents
Culture Documents
Tugasan Karya Terpilih IAB Alicius Lucas Pengenalan Dan Pengalaman Lepas
Tugasan Karya Terpilih IAB Alicius Lucas Pengenalan Dan Pengalaman Lepas
Tugasan Karya Terpilih IAB Alicius Lucas Pengenalan Dan Pengalaman Lepas
CAWANGAN SABAH
PROGRAM NPQEL AMBILAN 2/2019
TAJUK :
LAPORAN AKTIVITI NPQEL –
KE ARAH PEMIMPIN SEKOLAH BERPRESTASI TINGGI
NAMA :
ALICIUS LUCAS
NAMA PENYELIA :
SALLEH BIN ISMAIL KONG
AMBILAN :
2/2019
Pengenalan
Saya selaku peserta ambilan 2/2019 yang telah mengikuti sepenuhnya program NPQEL 2.0
di IAB Cawangan Sabah menganggap program ini sangat mencabar dan memerlukan
kesungguhan serta komitmen yang tinggi sepanjang mengikuti program ini. Impak daripada
program ini terhadap diri saya dapat diukur melalui pertambahan pengetahuan dan
percambahan ilmu dalam bidang kepimpinan pendidikan. Pengalaman yang saya lalui
sepanjang tiga bulan di IAB sedikit sebanyak akan menjadi bekalan kepada saya untuk
menjadi pemimpin berprestasi tinggi pada masa akan datang.
Pengalaman Lepas
Saya telah diarahkan bertugas di Sekolah Kebangsaan Tampasak Tongod pada tahun
2004. Ini adalah penempatan pertama saya setelah menamatkan Kursus Diploma
Perguruan Malaysia (KDPM). Pada ketika itu, Sekolah Kebangsaan Tampasak Tongod yang
terletak jauh di pedalaman merupakan sekolah kurang murid (SKM) yang mempunyai
enrolmen seramai 67 orang murid dengan tenaga pengajar seramai lima orang. Tiga orang
daripadanya adalah guru sandaran tidak terlatih (GSTT). Saya telah dilantik (lantikan
sekolah) sebagai Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (PK HEM) pada tahun 2004 sehingga
2009. Pada tahun 2010, saya telah dilantik secara hakiki sebagai PK HEM di sekolah yang
sama. Sepanjang 14 tahun menjalankan tugas sebagai PK HEM, saya telah menimba
pelbagai ilmu dan pengalaman dalam bidang pengurusan dan pentadbiran yang melibatkan
hal ehwal murid.
Selain daripada menjaga kebajikan dan kemenjadian murid-murid, saya juga menjadi
penghubung antara ibu bapa dan pihak sekolah kerana bidang tugas saya bukan sahaja
merangkumi murid-murid semata-mata tetap juga ibu bapa murid. Unit-unit di bawah
kawalan Penolong Kanan HEM seperti unit disiplin dan unit kaunseling kerap melibatkan ibu
bapa.Setiap masalah yang timbul berkaitan disiplin akan dirujuk kepada Penolong Kanan
HEM, dan seterusnya pemakluman kepada ibu bapa murid yang terlibat.
Secara keseluruhannya, bidang tugas saya sebagai Penolong Kanan HEM ialah bagi
membantu pihak pentadbir (guru besar) dan rakan-rakan penolong kanan yang lain dalam
memainkan peranan sebagai pemaju, pembina, pembantu, perancang, pemudahcara,
penyelaras, pengawal, penawar, dan kaunselor kepada ahli-ahli di bawah pengawasan saya
iaitu murid-murid.