Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

Aktiviti 3:

Bicara Ilmu / Bicara Profesional

Dapatan:
Saya telah berpeluang menambah pengetahuan dalam pengurusan dan pelaksanaan
sesuatu majlis rasmi melalui aktiviti bicara ilmu / bicara profesional. Pengisian aktiviti ini
antara lain memerlukan saya dan ahli di dalam kelas untuk merancang, membuat
mesyuarat, membentuk ahli jawatankuasa, mengagihkan tugas mengikut kemahiran,
mengendalikan program dan seterusnya membyat post moterm untuk penambahbaikan.
Saya secara langsung telah mempelajari etiket dan protokol dalam mengendalikan
majlis rasmi yang dihadiri oleh orang-orang berkepentingan. Selain daripada itu, saya juga
dapat meningatkan kemahiran dalam pengurusan sumber manusia. Ini dicapai melalui
pengagihan tugas mengikut kemahiran dan kebolehan masing-masing di samping berkongsi
/ belajar daripada rakan-rakan yang lain.

Perkaitan Kompetensi:
Membangun kapasiti. Setiap kelas diwajibkan untuk menganjurkan aktiviti bicara ilmu /
bicara profesional. Melalui aktiviti ini, setiap ahli dalam kelas akan mengadakan mesyuarat
dan membentuk ahli jawatankuasa serta mengagihkan tugas mengikut kemahiran masing-
masing. Proses ini dapat dilihat sebagai satu proses membangun kapasiti kerana setiap ahli
dibimbing dan dibantu oleh orang yang lebih berpengalaman berkaitan tugas-tugas yang
diberi. Sebagai bakal pemimpin pendidikan, adalah menjadi tanggung jawab saya untuk
membangun kapasiti orang-orang di bawah kawalan saya. Kemampuan untuk mengawal
dan membimbing orang-orang di bawah kita antara lain merupakan faktor-faktor yang akan
menentukan kejayaan dan kecemerlangan organisasi yang ikta ketuai.
Membina jaringan dan jalinan. Antara pengisian aktiviti bicara ilmu adalah ceramah dan
perkongsian daripada orang-orang yang mahir dalam bidangnya. Oleh yang demikian,
semua urusan seperti membuat kertas kerja dan surat jemputan kepada pihak yang
berkenaan akan dibuat. Di sini, timbullah proses jaringan dan jalinan kerana kita
memerlukan khidmat dan kepakaran daripada pihak luar untuk menjayakan program bicara
ilmu.

Refleksi Kendiri:
Aktiviti ini telah meningkatkan pengetahuan saya dalam bidang pengurusan sesuatu majlis
rasmi, terutamanya dari sudut etiket dan protokol. Walaupun etiket dan protokol sesuatu
majlis bicara ilmu boleh dipelajari melalui pembacaan buku rujukan dan pencarian maklumat
di dalam internet, aktiviti ini lebih jelas dan mudah difahami kerana ianya dikalukan secara
“hands-on”. Selepas melaksanakan aktiviti ini, saya lebih berkeyakinan untuk menganjurkan
majlis formal sebegini di sekolah saya sendiri.
Selain daripada itu, aktiviti ini juga telah meningkatkan kemahiran saya dalam
pengurusan sumber manusia. Setiap tugasan diagihkan kepada setiap peserta mengikut
kemahiran dan kebolehan masing-masing. Pengagihan ini dibuat atas perbincangan dengan
semua ahli dalam kelas.

Rumusan:
Walaupun peserta yang mengikuti program NPQEL terdiri daripada barisan pemimpin
pertengahan, masih ramai peserta yang kurang arif tentang protokol sesuatu majlis bicara
ilmu. Melalui aktiviti ini, para peserta berpeluang mempelajari banyak perkara baru,
terutamanya dalam pengurusan dan pengendalian majlis-majlis rasmi di sekolah kelak.
Aktiviti ini juga dapat memberi pengalaman baru kepada para peserta yang belum
pernah mengendalikan majlis-majlis rasmi yang sememangnya dipenuhi dengan etiket dan
protokol.

You might also like