Nilai Patriotisme Daripada Perang Dunia

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

Sebagai pemimpin masa depan,nilai patriotisme yang saya peroleh dari

tindakan negara Britain dalam perang dunia pertama dan perang dunia kedua
ialah nilai mempertahankan negara apabila diserang oleh musuh.Contoh
peristiwanya di dalam perang dunia pertama iaitu apabila Jerman menyerang
Belgium,Britain bertindak kembali dengan menyerang balas Jerman dan
menyertai Rusia dan Perancis yang mengisytiharkan perang terhadap
Jerman.Selain itu,nilai yang boleh diambil dalam perang dunia kedua pula ialah
nilai bekerjasama dengan pemimpin negara lain.Contohnya,Perdana Menteri
Britain,Winston Churchill dan Presiden Amerika Syarikat sering bertemu untuk
membuat keputusan politik dan ketenteraan.

Nilai patriotisme yang dapat saya peroleh daripada negara Jerman pula
ialah nilai semangat juang yang tinggi.Contoh peristiwanya ialah dalam perang
dunia kedua,Jerman berjuang semula untuk menduduki Rhineland
semula,iaitu wilayahnya yang hilang melalui Perjanjian Versailles agar Jerman
mendapat semula wilayahnya.Nilai yang kedua ialah nilai merancang
strategi.Contohnya daripada perang dunia kedua apabila Jerman terburu-buru
untuk menyerang Pakatan Bertiga yang telah menyebabkan kemelesetan
ekonomi Jerman ekoran daripada Perjanjian Versailles dan Jerman menyerah
kalah pada akhirnya.

Akhir sekali,nilai patriotisme yang saya peroleh daripada Jepun pula ialah
nilai berdikari.Contohnya,Jepun sebagai sebuah kuasa industri berusaha
mengurangkan pergantungan kepada negara Barat untuk mendapatkan bahan
mentah.Selain itu,saya juga memperoleh nilai befikir sebelum
bertindak.Sebagai contoh,sebelum Jepun menyerang Tanah Melayu dan Pearl
Harbour,Hawaii,mereka telah berfikir tempat yang perlu mereka serang
dahulu supaya tiada masalah di kemudian hari.Jepun telah menyerang Pearl
Harbor,Hawaii terlebih dahulu bertujuan untuk melumpuhkan armada laut
Amerika Syarikat di Pasifik yang boleh menjadi penghalang kepada peluasan
kuasa Jepun di Asia Pasifik.

You might also like