Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 5

PERTANDINGAN

MENGARANG SAJAK
BAHASA MELAYU DAN
BAHASA INGGERIS
SECARA ATAS TALIAN
SEKOLAH RENDAH DAN SEKOLAH MENENGAH

KONSEP PERTANDINGAN
PERTANDINGAN MENGARANG SAJAK BAHASA MELAYU DAN BAHASA
INGGERIS SECARA ATAS TALIAN

1.0 Pendahuluan

Sajak dikenali sebagai puisi Melayu moden yang merupakan karangan


berangkap berbentuk bebas. Karya sastera ini menggunakan susanan bahasa
yang indah dalam mengungkapkan perasaan dan melafazkan fikiran berkaitan
aspek kehidupan. Pertandingan ini memberi ruang dan peluang kepada murid-
murid sekolah untuk berkongsi pendapat, cerita, perasaan dan pengalaman
mereka secara kreatif melalui karangan sajak mengikut tema yang telah
ditetapkan.

2.0 Objektif pertandingan

2.1 Meningkatkan penguasaan kemahiran menulis murid dalam bahasa


Melayu dan bahasa Inggeris.

2.2 Menyediakan wadah kepada murid untuk menonjolkan bakat menulis


dengan menggunakan bahasa yang tepat, teratur dan gramatis secara
berseni dan kreatif.

2.3 Menyemai minat murid terhadap bidang penulisan sajak bahasa Melayu
dan bahasa Inggeris.

3.0 Kategori pertandingan


Pertandingan ini terbuka kepada semua murid sekolah rendah dan menengah
di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia. Pertandingan ini terbahagi
kepada 4 kategori;

3.1 Sekolah rendah : murid Tahun 3 - 6


3.2 Sekolah menengah rendah : murid Tingkatan 1 – 3
3.3 Sekolah menengah atas : murid Tingkatan 4 – 5
3.4 Kolej/Kelas Tingkatan 6 : murid Tingkatan 6
4.0 Tema
4.1 Tema bagi kategori sekolah rendah dan sekolah menengah rendah
ialah;

4.1.1 Wira Hari Ini (Bahasa Melayu)


4.1.2 Hero(es) of Today (Bahasa Inggeris)

4.2 Tema bagi kategori sekolah menengah atas dan Kolej Tingkatan 6 ialah;

4.2.1 Esok Yang Baharu (Bahasa Melayu)


4.2.2 A New Tomorrow (Bahasa Inggeris)

5.0 Syarat-syarat pertandingan


5.1 Setiap murid hanya dibenarkan untuk menghantar satu sajak untuk
satu kategori sahaja sama ada dalam bahasa Melayu atau bahasa
Inggeris.
5.2 Setiap sajak mestilah disertakan dengan borang penyertaan yang
lengkap dan ditandatangani oleh peserta. Pihak penganjur berhak
menolak borang penyertaan yang tidak lengkap.
5.3 Sajak mestilah karya murid sendiri, belum pernah disiarkan oleh mana-
mana penerbitan dan tidak diplagiat daripada sumber-sumber lain.
Karya plagiat atau terjemahan akan dibatalkan penyertaan dengan
serta merta.
5.4 Karya tidak boleh mengandungi unsur-unsur negatif serta menyentuh
sensitiviti bangsa, agama dan kaum mana-mana pihak.
5.5 Format penulisan sajak
5.5.1 Sajak mestilah dilengkapi dengan tajuk sahaja. Sebarang
penyataan maklumat peribadi perlu dilengkapkan dalam borang
penyertaan.
5.5.2 Sajak mestilah ditaip menggunakan fon Times New Roman, 12
dan dalam jarak langkau 1.5 (1.5 spacing).
5.5.3 Sajak yang telah ditaip hendaklah dihantar dalam bentuk pdf
kepada guru sekolah masing-masing.
5.5.4 Pihak sekolah akan menghantar karya murid melalui pautan yang
akan dimaklumkan oleh pihak Jabatan Pendidikan Negeri bagi
penjurian peringkat daerah dan negeri.
5.5 Had baris sajak adalah mengikut kategori pertandingan;
i) Sekolah rendah 12 hingga 16 baris

ii) Sekolah menengah rendah 12 hingga 20 baris

iii) Sekolah menengah atas 16 hingga 24 baris

iv) Tingkatan enam 16 hingga 24 baris

5.6 Penyuntingan sajak adalah tidak dibenarkan di semua peringkat


pertandingan setelah dihantar. Karangan yang sama yang telah ditulis
di peringkat sekolah akan dihantar tanpa suntingan ke peringkat daerah
dan negeri dan seterusnya ke peringkat kebangsaan.

5.7 Setiap sajak yang dihantar tidak akan dikembalikan kepada penulis dan
pihak penganjur berhak untuk mencetak dan menerbitkan sajak-sajak
yang memenangi pertandingan ini. Walau bagaimanapun, hak cipta
kekal menjadi milik penulis.
5.8 Penganjur tidak akan bertanggungjawab terhadap apa jua bentuk
tuntutan berkaitan dengan plagiarisme terhadap peserta oleh mana-
mana pihak yang berkaitan.

6.0 Keputusan pertandingan


6.1 Sajak akan disemak oleh panel hakim yang dilantik oleh pihak KPM
mengikut peringkat pertandingan.
6.2 Markah akan diperuntukkan mengikut rubrik pemarkahan yang telah
ditetapkan:-
i) Isi kandungan - 50 markah
ii) Bahasa - 50 markah
6.3 Pemenang akan ditentukan berdasarkan undi majoriti yang dibuat oleh
panel hakim secara kolektif.
6.4 Markah individu adalah sulit dan tidak akan didedahkan.
6.5 Keputusan panel hakim adalah muktamad. Sebarang rayuan tidak akan
dilayan.
6.6 Sekiranya urus setia mendapati peserta melanggar syarat 5.3 selepas
keputusan diumumkan, urus setia berhak menarik kembali hadiah
pertandingan.
7.0 Hadiah dan penghargaan
7.1 Setiap peserta akan menerima sijil penyertaan mengikut tahap
penyertaan murid.
7.2 Setiap pemenang akan menerima hadiah dan sijil pencapaian megikut
tahap pencapaian murid.

…………………………………………………………………………………………………..
Kertas konsep ini sah untuk tahun 2020 sehingga pemberitahuan atau semakan lebih
lanjut dari pihak Kementerian Pendidikan Malaysia dan boleh digunakan di semua
peringkat untuk pertandingan yang dianjurkan oleh KPM. Pertandingan akan
mematuhi peraturan di atas sahaja.

Bahagian Sukan, Kokurikulum dan Kesenian,


Kementerian Pendidikan Malaysia

You might also like