Asgmnt Akta

You might also like

Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 18

SOALAN 1

MAKSUD AKTA TAMAN ASUHAN KANAK- KANAK ( AKTA 308 )

Akta Taman Asuhan Kanak- Kanak merupakan suatu akta untuk mengadakan
peruntukan bagi pendaftaran, pengawalan dan pemeriksaan Taman Asuhan Kanak-
Kanak dan bagi maksud- maksud yang berkaitan dengannya.
 Akta Taman Asuhan Kanak- Kanak adalah termaktub di dalam undang-
undang Malaysia. Akta ini boleh dinamakan Akta Taman Asuhan Kanak-
Kanak 1984 dan hendaklah berkuatkuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh
Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta dan Menteri boleh menetapkan
tarikh- tarikh yang berlainan bagi mula bagi mula berkuatkuasa bahagian-
bahagian atau peruntukan- peruntukan yang berlainan.
 Akta ini merupakan suatu garis panduan yang mesti dipatuhi sama ada
untuk pendaftaran, pengawalan dan pemantauan. Seksyen 14 Pegawai
Kebajikan masyarakat bertanggungjawab menerima permohonan pendaftaran
taska dan menjalankan penyiasatan. Selain daripada itu, Pegawai Berkuasa
membuat pemantauan dari semasa ke semasa untuk menjamin kesihatan,
kebersihan dan kesejahteraan kanak- kanak.
 Semua taman asuhan kanak- kanak sama ada di tempat kerja,
persendirian, institusi adalah tertakluk kepada akta. Seksyen 5 Taska
terbahagi kepada empat jenis iaitu taska di rumah, taska di institusi, taska di
tempat kerja dan taska komuniti. Taska di rumah suatu taman asuhan kanak-
kanak yang menerima masuk kurang daripada sepuluhorang kanak- kanak
yang didaftarkan. Taska di institusi pula ialah sutu taman asuhan kanak-
kanak yang menerima masuk sepluluh orang kanak- kanak atau lebih. Taska
di tempat kerja ialah suatu taman asuhan kanak- kanak di tempat kerja yang
menerima masuk sepuluh orang atau lebih. Manakala taska komuniti suatu
taman asuhan kanak- kanak yang menerima masuk sepuluh atau lebih orang
kanak- kanak di suatu kawasan tertentu dan yang menerima bantuan
daripada kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Negeri ( Jabatan Kebajikan
Masyarakat, 2009 )
 Akta diwujudkan bertujuan untuk menjamin kualiti perkhidmatan kanak-
kanak. Akta ini memberi perlindungan kepada kanak- kanak yang berusia di

1
bawah empat tahun yang memerlukan perkhidmatan taska semasa ibu bapa
mereka di tempat kerja. Mewajibkan pendaftaran taska yang mempunyai lebih
daripada Sembilan orang kanak- kanak di bawah usia empat tahun. Selain
daripada itu, memastikan hak kanak- kanak dilindungi iaitu dari aspek
perkembangan, kebersihan dan keselamatan
 Sekiranya tidak mematuhi akta dan peraturan yang telah ditetapkan
boleh akan didakwa di mahkamah. Mereka yang didapati bersalah boleh
dihukum denda tidak melebihi RM 1000,00. Bagi kesalahan kali yang kedua
atau kali yang kemudiannya, boleh didenda tidak melebihi RM 2000,00.

SOALAN 2

SYARAT, KELAYAKAN DAN JUMLAH BILANGAN PENJAGA MENGIKUT


KUMPULAN UMUR KANAK- KANAK.

KUMPULAN UMUR BILANGAN KANAK- BILANGAN PENJAGA


KANAK KANAK- KANAK
Di bawah tiga tahun Bagi tiap- tiap lima orang Seorang
kanak- kanaka tau kurang
Di antara tiga dengan Bagi tiap- tiap sepuluh Seorang
empat tahun orang kanak- kanaka tau
kurang
Di bawah empat tahun Bagi tiap- tiap empat Seorang
orang kanak- kanak tidak
upaya atau kurang
Peraturan 5 ( 1 ) : Jadual di atas menunjukkan nisbah kanak- kanak dan pengasuh.
Peraturan 6 ( 1 ) : Umur dan kelayakan penjaga kanak- kanak( pengasuh ) ialah 18
tahun ke atas. Mereka hendaklah mengikut kursus asuhan kanak
kanak
JAWATAN KELAYAKAN
Penyelia  Warganegara Malaysia
 Berusia 18 tahun ke atas
 Lulus kursus asas asuhan kanak- kanak yang
diiktiraf oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat
 Sihat tubuh badan

2
Pengasuh  Warganegara Malaysia
 Berusia 18 tahun ke atas
 Lulus kursus asuhan kanak- kanak
 Mempunyai kebolehan dan keupayaan untuk
mengasuh kanak- kanak
 Berdaftar sebagai pengasuh berdaftar di bawah
peraturan 21 dan
 Sihat tubuh badan
Pekerja  Berusia 18 tahun ke atas
 Mempunyai dokumen pengenalan diri yang sah
 Sihat tubuh badan
 Mempunyai perakuan pelalian yang disyorkan
oleh Jabatan Kesihatan, yang dikeluarkan oleh
pegawai perubatan atau pengamal perubatan
berdaftar, sekiranya pekerja itu ditugaskan untuk
mengendali makanan

Kesimpulannya, para ibu bapa hendaklah mengetahui sedikit sebanyak


mengenai akta ini bagi melindungi hak dan keperluan kanak- kanak. Kanak- kanak
seharusnya dijaga dan diasuh dengan baik bagi melahirkan insan yang
cemerlang,dinamik dan maju ke hadapan. Peraturan- peraturan dan syarat- syarat
yang telah ditetapkan mengingatkan kita agar kanak- kanak yang dihantar ke taska
diberi keselesaan, perlindungan, asuhan dan didikan yang sempurna.

SOALAN 3

3
KEMUDAHAN FIZIKAL YANG TERDAPAT DALAM BANGUNAN TASKA DAN
CIRI- CIRI KESELAMATAN YANG PERLU ADA.

3.1 DEFINISI TASKA

Taska membawa maksud mana- mana premis di mana empat orang atau
lebih kanak- kanak di bawah umur empat tahun dari lebih daripada satu isi rumah
diterima masuk untuk dijaga dengan upah.

3.2 PENGENALAN

Kemudahan fizikal menjadi titik utama bagi ibu bapa di dalam membuat
pemilihan untuk mereka menghantar anak- anak ke pusat taska. Kemudahan yang
disediakan oleh pihak taska hendaklah mempunyai penyelenggaraan yang baik,
pemantauan dari pihak berkenaan dari semasa ke semasa dan menyediakan
persekitaran yang selesa dan selamat kepada kanak- kanak. Setiap kemudahan
fizikal yang disediakan mestilah mempunyai susun atur yang sesuai dan pemilihan
ruang yang bijak dalam bangunan taska.

3.3 KEMUDAHAN FIZIKAL YANG TERDAPAT DALAM BANGUNAN TASKA

3.3.1 Definisi Pengurusan Ruang

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, pengurusan bermaksud mengurus sesuatu


manakala ruang pula ialah ruang rumah atau bangunan yang bersekat dengan
dinding dan berpintu. Dalam konteks prasekolah, pengurusan ruang merujuk kepada
Kurikulum Prasekolah Kebangsaan adalah tempat untuk murid bergerak bebas dan
berinteraksi dengan bahan yang disediakan dan ia meliputi ruang pembelajaran iaitu
ruang dalam kelas, ruang luar dan ruang penyediaan makanan termasuk dapur dan
bilik air.

Elliot (2000), menyatakan pada peringkat prasekolah, interaksi dan keberkesanan


pengurusan bilik darjah mempunyai pengaruh yang tinggi kepada guru dan kanak-
kanak. Susun atur perabot, peralatan dan alat bantu mengajar agak berbeza dari
4
bilik darjah KBSR dan KBSM. Pengurusan bilik darjah prasekolah perlu mempunyai
ruang ‘circle time’ iaitu aktiviti wajib setiap pagi dimana murid-murid akan berkumpul
bersama guru dan menjalankan sesi perbualan. Di ruangan ini, sesi pengajaran dan
pembelajaran dilakukan sebelum tugasan diberikan kepada murid-murid. Dalam bilik
darjah prasekolah, ruangan inilah yang banyak digunakan. Ia mempunyai sudut-
sudut atau ruang untuk mengembangkan potensi kanak-kanak berusia 5 hingga 6
tahun dari segi perkembangan fizikal, kognitif, sosio-emosi dan bahasa.

3.3.2 Ruang Dapur Dan Penyediaan Makanan

Mengikut buku Garis Panduan Penyediaan Kemudahan Fizikal oleh PERMATA


NEGARA, ruang dapur bagi sesebuah taska mestilah dengan keluasan minima
(10’X10’). Penyediaan makanan pula mempunyai dua kaedah iaitu penyediaan
memasak atau penyediaan makanan oleh pembekal. Walau apapun cara
penyediaannya, sesebuah dapur hendaklah dilengkapi dengan peralatan dan
kelengkapan dapur seperti :

 Kabinet pasang siap kekal (built in cabinet) bahagian bawah dari bahan kayu
keras MDF Board serta aksesori.
 Kitchen top dengan kemasan jubin tahan lasak.
 Sinki berkembar dengan 2 paip air.
 Rangka pintu kabinet bawah hendaklah 6 inci dari paras lantai.
 Kabinet pasang siap atas berpara dan berpintu cermin.
 Dapur (hob) dan penyedut asap dapur (hood) siap terbina.

Selain daripada itu, ciri- ciri yang keselamatan yang perlu ada di ruang dapur dan
penyediaan makanan adalah seperti berikut:
 Ruang dapur hendaklah mempunyai pintu yang tidak mudah dibuka dan
dimasuki oleh kanak-kanak.
 Alat-alat yang digunakan untuk menyediakan makanan hendaklah bersih.
 Tempat penyediaan makanan hendaklah sentiasa bersih

5
 Dapur hendaklah berpisah daripada bilik-bilik darjah atau kawasan yang
diasingkan untuk aktiviti-aktiviti kanak-kanak.
 Tempat penyimpanan bahan-bahan makanan mestilah bersih dan selamat.
 Kanak-kanak mestilah dilarang masuk ke ruang dapur dan stor pada setiap
masa.
 Menyediakan makanan seimbang kepada kanak- kanak
 Semua botol dan puting susu mesti dibasmi kuman

3.3.3 Ruang Bilik Air

Menurut Anita Rui Olds (2001), terdapat 2 komponen utama yang ada di
dalam ruang bilik air iaitu tandas dan tempat menyalin lampin/pakaian (diapering
area). Ruang tandas mengandungi tempat mandi iaitu pancuran air yang biasanya
berukuran 6.9 meter persegi manakala diapering area pula terdiri daripada meja
menyalin, sinki, dan rak pakaian @ diaper. Sila rujuk rajah 1 di lampiran yang
disediakan.

Tandas
Di taska, sekurang-kurangnya terdapat dua buah tandas kanak-kanak iaitu
dua tandas cangkung atau dua tandas duduk atau satu tandas duduk dan satu
tandas cangkung. Ini adalah bagi membolehkan dua orang kanak-kanak ‘duduk’
atau menggunakannya pada masa yang sama. Sila rujuk pada gambarajah kedua

Tandas haruslah mudah digunakan oleh kanak-kanak agar mereka dapat


melihat rakan-rakan lain yang bermain berbanding rasa menyendiri atau diabaikan
dari aktiviti kumpulan. Kebiasaannya, tandas kanak-kanak berukuran 11 inci tinggi
atau tandas biasa dengan tangga @ adjustable seat. Kanak-kanak kurang upaya
pula sesuai menggunakan potty chair (Anita Rui Olds, 2001).

Di dalam ruang tandas juga, terdapat tempat mandi yang menggunakan


pancur air mandi dengan paip boleh dicapai oleh tangan kanak-kanak. Menerusi
ruang tandas ini,wujud kemahiran emosi dan sosial di kalangan kanak- kanak.
Kemahiran komunikasi juga terwujud di kalangan kanak- kanak dan pembantu taska

6
di ruang ini. Sebagai contoh, pendidik atau pembantu pusat taska akan menentukan
‘bahasa’ yang akan digunakan oleh kanak-kanak untuk ke tandas dan mengekalkan
penggunaan bahasa ini.
Aspek keselamatan amatlah penting. Ciri- ciri keselamatan yang perlu ada di
ruang ini adalah :
 Pastikan pencuci tandas diletakkan di tempat yang tidak boleh dicapai oleh
kanak- kanak
 Lantai tandas sentiasa bersih dan kering bagi mengelakkan kanak- kanak
terjatuh
 Tandas lelaki dan perempuan perlu berasingan
 Tandas hendaklah diselenggarakan dan dibersihkan bagi mengelakkan bau
 Tandas yang disediakan mestilah menggunakan tandas saiz kanak- kanak.
 Exaust Fan ada dipasang di tandas untuk pengaliran udara.
 Bagi kanak-kanak cacat, pemegang perlu disediakan.

Diapering Area

Diapering adalah merujuk kepada aktiviti menyalin lampin dan pakaian bagi bayi
atau infant (berusia kurang 12 bulan). Bagi bayi, aktiviti toileting/diapering
merupakan salah satu sumber utama interaksi antara bayi dengan pendidik atau
pembantu pusat kerana semasa menyalin lampin/pakaian bayi, ia membantu
meningkatkan kemahiran bahasa. Dengan susunan ruang diapering yang betul,
pendidik/pembantu pusat dapat memberi perhatian kepada setiap bayi yang dijaga
semasa melakukan aktiviti ini. Berikut merupakan satu contoh rekaan diapering area
yang boleh digunapakai (Anita Rui Olds, 2001). Rujuk pada rajah 4

Ciri- ciri keselamatan yang perlu ada di ruang ini adalah pastikan penggunaan
lampin pakai dibuang dari semasa ke semasa. Menyediakan ‘exhaust fan’ bagi
memberikan pengudaraan yang baik. Selain daripada itu, penggunaa pencuci
dijauhkan daripada kanak- kanak dan diletakkan di tempat yang tinggi. Sinki yang
digunakan hendaklah sentiasa bersih dan penyediaan tong sampah amatlah
penting.

7
3.3.4 Ruang Luar / Ruang Permainan
Ruang luar adalah kawasan kanak- kanak boleh terlibat dan melakukan aktiviti
fizikal. Ia juga dapat dijadikan tempat rekreasi, pusat pemerhatian dan penerokaan
serta kawasan bagi menjalinkan hubungan sosial. Antara contoh yang terdapat di
ruang luar seperti ruang pondok, tempat main air, main pasir dan berkebun.
Ruang luar adalah satu ruang lain yang juga merupakan ruangan
pembelajaran. Program di ruangan luar harus membimbing kanak-kanak secara
keseluruhan (fizikal, emosi, kognitif, dan sosial). Guru yang memahami keperluan
perkembangan kanak-kanak dan tahu pemikiran mereka menawarkan banyak
peluang untuk kanak-kanak untuk belajar tentang diri mereka sendiri, satu sama lain,
dan persekitaran. Guru dapat merangkumi kegiatan yang dirancang, serta
membiarkan idea-idea yang muncul dari interaksi yang terjadi ketika di ruang luar.
Guru yang rapat dan sering memerhatikan kanak-kanak bermain dan mengajar akan
mempunyai kebolehan untuk merancang program yang efektif. Mereka boleh
menggunakan ruang luar dengan berkesan sebagai ruangan yang memaksimumkan
peluang pembelajaran. Pelbagai objek di persekitaran membantu kanak-kanak
membuat penyelidikan, menggalakkan eksplorasi spontan dan gerakan, dan
memperkaya interaksi. Alatan dan bahan lain memberikan kanak-kanak dengan
rangsangan untuk penemuan baru dan cara baru mengekspresikan diri (Karen
DeBord et. Al., 2002).

Mencipta ruang persekitaran yang selesa dan selamat di luar bilik darjah bagi
kanak-kanak taska (0-4 tahun) dapat dicapai dengan menggunakan bahan yang
asas, kreativiti, masa dan usaha. Tidak kira besar atau kecil sesebuah taman
permainan, permainan luar bilik darjah merupakan bahagian yang penting untuk
menggalakkan kanak-kanak menerokai alam seterusnya membantu dalam proses
pembangunan kemahiran psikomotor mereka. Ruang permainan yang disediakan
perlu dipastikan selamat dan memudahkan kerja pengawasan dan pemantauan

Aspek keselamatan amatlah diutamakan semasa kanak- kanak melibatkan diri


dalam aktiviti di ruang luar ini. Antara langkah- langkah yang perlu diutamakan
adalah :

8
 Tempat permainan luar bilik perlu dilengkapi dengan gerbang pagar atau
mudah alih bergantung kepada usia kanak-kanak.
 Kanak-kanak juga cenderung untuk melakukan aktitiviti penanaman. Mereka
berminat untuk melihat tumbesaran tumbuhan seterusnya memberi minat
pada mereka. Pemilihan kawasan perlu bagi memberi ruang kepada mereka
bereksperimentasi dengan tanah dan tumbuhan
 Memastikan alat permainan luar seperti papan gelungsur, buaian, jongkang-
jongkit dan lain- lain tahan lasak dan selamat digunakan. Sila rujuk gambar
rajah lima di lampiran.
 Bagi ruang kaki lima pula, ianya perlu sentiasa bersih dan kering.
 Longkang hendaklah sentiasa bersih dan selamat dengan menggunakan
penutup longkang.
 Memeriksa kawasan persekitaran luar daripada objek tajam dan membahaya
dan serangga.
 Ruangan peralihan di antara dalam bilik dan luar bilik bergantung kepada
keberkesanan ruang bermain di luar bilik dengan dalam bilik. Sebagai
contohnya iaitu dari kawasan luar bilik ke dalam bilik perlu dipastikan struktur
atap berfungsi sebagai penyambung laluan pejalan kaki
 Ruang luar perlu diperiksa setiap pagi sebelum digunakan. Buang sampah,
dan segala objek bahaya di kawasan persekitaran.
 Hindarkan kanak-kanak daripada tumbuh-tumbuhan yang bertoksik kerana
kanak-kanak gemar untuk bermain dan makan tumbuhan-tumbuhan. Ketahui
ciri-ciri tumbuhan yang ditanam melalui sumber-sumber yang boleh
dipercayai.
 Pastikan segala perkakasan dan alatan tidak karat atau dirawat dengan
bahan toksik. Segala racun serangga atau pelarut handaklah dikendalikan
dengan betul dan disimpan ditempat yang selamat dan tidak dapat dicapai
oleh kanak-kanak.
 Asingkan kawasan sampah daripada tempat bermain untuk mengelakkan
kontaminasi dan serangga. Kanak-kanak harus diajar memakai kasut setiap
kali keluar bagi mengelakkan kecacingan.
 Sediakan tong sampah tertutup di sekitar kawasan yang sesuai.

9
1.3.5 Ruang Pembelajaran

Dalam KURIKULUM PERMATA (Panduan Pendidikan Awal Kanak-Kanak 0-4


Tahun) menyatakan persekitaran pembelajaran PERMATA menekankan aspek
persekitaran yang interaktif dan kondusif supaya setiap aktiviti pembelajaran yang
dijalankan berlaku dalam suasana yang ceria, selamat dan berkesan. Terdapat tiga
bilik khas yang mengikut umur kanak-kanak iaitu yang pertama bilik bayi iaitu kanak-
kanak yang berumur 1 hingga 3 bulan. Bilik ini tidak boleh terlalu kecil dan sesak
dengan kanak-kanak atau peralatan. Saiz bilik dan bilangan kanak-kanak haruslah
sesuai. Kedua ialah bilik anak kecil iaitu kanak-kanak di antara umur 1 hingga 2
tahun ke atas. Bilangan kanak-kanak dan saiz bilik boleh dirujuk dengan Bahagian
PERMATA di Jabatan Perdana Menteri dan sebaiknya ruang untuk bermain, makan
dan tidur hendaklah diasingkan jika boleh. Ketiga ialah bilik anak besar untuk kanak-
kanak dari umur 3 hingga 4 tahun. Ruang yang cukup luas diperlukan untuk kanak-
kanak bermain, makan dan tidur.

Ciri-ciri persekitaran pembelajaran kanak-kanak PERMATA mestilah dapat


merangsang perkembangan minda kanak-kanak, meningkatkan perasaan ingin tahu
kanak-kanak, berminat untuk meneroka, menjelajah mencuba dan berfikir secara
kreatif, sumber atau bahan yang disediakan digalakkan dibuat daripada bahan
semulajadi atau bahan tempatan. Susun atur ruang fizikal pula hendaklah
memudahkan pergerakan kanak-kanak, mudah ubah mengikut situasi, mudah di
ambil dan disimpan oleh kanak-kanak, alatan boleh dipelbagai guna dan mempunyai
ciri-ciri keselamatan. Susun atur ruang mestilah membolehkan kanak-kanak
mendapat pelbagai pengalaman seperti menyanyi, menari, berlakon, melompat,
membaca, bercerita dan berehat. Situasi ini dapat menggalakkan kemahiran urus
diri kanak-kanak seperti mengemas kembali peralatan, menyusun mengikut saiz,
bentuk dan warna. Selain itu, sudut main peranan yang disediakan untuk bermain
olok-olok atau masak-masak di luar kelas atau di dalam kelas. Peralatan yang
dicadangkan ialah kotak besar atau khemah kecil yang boleh dipasang sebagai
rumah, peralatan memasak seperti pinggan mangkuk, cawan, anak patung dan
sebagainya. (Kurikulum Permata, 2008).

10
Di samping itu, persekitaran pembelajaran untuk menggalakkan
perkembangan kemahiran pra-matematik dan pemikiran logik diwujudkan di mana ia
bertujuan untuk menyokong proses pembelajaran pra-matematik dan pra-sains
melalui aktiviti yang dijalankan. Peralatan yang disediakan seperti bongkah pelbagai
bentuk dan warna, kad nombor, mainan suai padan, model manusia, kanta
pembesar, akuarium dan sebagainya. (Kurikulum Permata, 2008).

Bagi mengembangkan kemahiran kreativiti estetika dan daya kreatif kanak-


kanak, ruang dan alatan untuk aktiviti seni, kraf dan lukisan perlu disediakan. Alatan
untuk mewarna iaitu berus, pensil warna dan krayon, kertas lukisan, gam, majalah
dan lain-lain hendaklah mencukupi. Perkembangan bahasa dan literasi awal kanak-
kanak turut ditekankan dalam persekitaran pembelajaran PERMATA dimana kanak-
kanak digalakkan berinteraksi dengan bahan bacaan, bahan bergambar dan bahan
bercetak.

Aktiviti bahasa yang dijalankan bertujuan untuk memupuk perasaan


sayangkan buku dan minat membaca. Di antara bahan yang disediakan ialah buku
bergambar, kad bacaan, pentas boneka, carta, buku cerita dan sebagainya.
(Kurikulum Permata, 2008).

Ciri- ciri keselamatan


 Susun atur perabot hendaklah memudahkan pergerakan kanak- kanak
supaya pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar
 Susun atur perabot tidak melindungi pandangan guru untuk melihat
pergerakan kanak- kanak
 Menyimpan peralatan yang merbahaya di tempat yang selamat seperti
gunting dan jarum.
 Pastikan bahan- bahan seperti krayon, plastesin, pewarna dan lain- lain tidak
diperbuat daripada bahan- bahan toksid

3.3.5 Ruang Rawatan Kanak- kanak


Ruang ini amatlah penting untuk disediakan. Ini adalah kerana untuk memberikan
rawatan sementara di taska sebelum tindakan selanjutnya diambil.

11
Antara kemudahan yang perlu ada di ruang ini adalah sebuah katil yang bersesuaian
dengan saiz kanak- kanak dan penyediaan Kotak Pertolongan Cemas.
Antara ciri- ciri keselamatan yang perlu ada adalah :
 Baca buku panduan supaya faham dan tahu penggunaan peralatan di dalam
kotak kecemasan
 Simpan kotak kecemasan di tempat yang tidak boleh dicapai kanak- kanak
tetapi senang dijumpai oleh orang dewasa.
 Sentiasa periksa kotak kecemasan dari semasa ke semasa.
 Gantikan peralatan yang tiada atau sudah tamat tarikh luputnya.

3.3.6 Kemudahan- kemudahan lain


 Alat pemadam kebakaran wajib disediakan di setiap taska yang berdaftar.
Tujuannya adalah untuk melakukan tindakan awal sebelum sesuatu kejadian
tidak diingini berlaku. Alat pemadam api tersebut diletakkan di tempat yang
selamat dan tidak mudah dicapai oleh kanak- kanak.
 Laluan kecemasan juga amat penting dan pihak taska menyediakan aktiviti
demonstrasi kebakaran agar kanak- kanak diberi pendedahan awal dan dapat
melatih diri untuk bertindak apabila berlaku kecemasan.

Kesimpulannya, kemudahan dan ciri- ciri keselamatan yang diperjelaskan


dapat memberikan gambaran awal bahawa pihak taska amat menitikberatkan aspek
ini. Ini kerana, amanah dan tanggungjawab yang diberikan kepada pengasuh dan
guru amatlah besar dan pihak taska telah memberikan keyakinan kepada ibu bapa
bahawa kanak- kanak di bawah jagaan mereka berada dalam keadaan selamat,
selesa dan baik.

SOALAN 4
JADUAL AKTIVITI HARIAN DI TASKA
Umur : 0 bulan hingga 6 bulan
Hari : Ahad
Masa : 7.30 pagi hingga 5.00 petang
Jenis taska : Taska di tempat kerja

12
MASA AKTIVITI CATATAN
7.30- 8.00 pagi Menyambut kedatangan kanak- kanak dan
mengambil kehadiran
8.00- 8.30 pagi Minum susu
8.30- 9.00 pagi Membersih Diri/ Mandi
9.00- 9.30 pagi Urutan Bayi( 1 tahun ke bawah )/ Senaman ringkas
9.30 -10.30 pagi Doa, memberi susu dan menidurkan bayi, tukar
lampin jika perlu

10.30- 11.30 pagi Memberi makanan lembut kepada bayi


12.00- 12.30 Aktiviti fizikal untuk bayi dan aktiviti selepas
tengah hari bangun tidur
12.30- 1.00 tengah Doa. Memberi susu, dan bermain bebas,
hari
1.00 -1.30 tengah Tukar lampin/pakaian, Membersih Diri
hari
1.30- 2.00 petang Minuman jus segar, periksa lampin sekiranya
perlu, berinteraksi dengan bayi dan bermain ba ba
cak
2.00- 3.00 petang Doa, minum susu, tidurkan bayi dan menukar
lampin
3.00- 4.00 petang Aktiviti main bebas dengan bimbingan pendidik
4.00-5.00 petang Mandi dan bersihkan bayi
Doa dan memberi susu jika perlu
5.00 petang Memperdengarkan alunan lagu nasyid, zikir, dan
muzik kepada bayi
Masa untu pulang

SOALAN 4
JADUAL AKTIVITI HARIAN DI TASKA
Umur : 3 tahun hingga 4 tahun
Hari : Ahad
Masa : 7.30 pagi hingga 5.00 petang
Jenis taska : Taska di tempat kerja
MASA AKTIVITI
7.30- 8.00 pagi Menyambut kedatangan kanak- kanak dan mengambil
kehadiran
Aktiviti Permainan Bebas
8.00- 8.30 pagi Perhimpunan Pagi/ Perbualan Pagi/ Senaman Pagi

13
8.30- 9.00 pagi Baca doa dan Sarapan pagi
9.00- 9.30 pagi Gosok gigi dan Bersih diri/ Mandi
9.30 -10.15 pagi Aktiviti Fizikal
10.15- 10.45 pagi Rehat dan Makan
10.45- 11.15 pagi Aktiviti Komunikasi
11.15- 11.30 pagi Sesi Bercerita
11.30 -12.00 tengah Makan Tengah Hari
hari
12.00- 12.30 tengah Gosok Gigi/ Bersih Diri
hari
12.30- 2.30 petang Tidur
2.30- 3.00 petang Mandi/ Bersih diri
3.00-3.30 petang Bercerita
3.30- 4.00 petang Baca surah dan Doa
4.00-4.30 petang Minum petang
4.30- 5.00 petang Aktiviti Bebas dan refleksi
5.00 petang Masa untuk Pulang

SOALAN 5
CADANGAN- CADANGAN PERKHIDMATAN TASKA YANG BERKUALITI DAN
MEMENUHI HAK SERTA KEPERLUAN KANAK- KANAK.

Taska membawa maksud mana- mana premis di mana empat orang atau
lebih kanak- kanak di bawah umur empat tahun dari lebih daripada satu isi rumah
diterima masuk untuk dijaga dengan upah.

Pendidikan awal kanak- kanak memainkan peranan yang sangat penting


dalam perkembangan dan pembangunan seseorang kanak- kanak. Sekiranya,
kanak- kanak mendapat pendidikan asas yang berkualiti, maka kanak- kanak
tersebut akan terus berjaya dalam pendidikan yang dilalui pada peringkat yang lebih
tinggi lagi.

Kebanjiran taska bagaikan cendawan yang tumbuh selepas hujan memberi


impak kepada ibu bapa untuk membuat pilihan terbaik kepada anaknya. Pelbag ai
usaha keras yang dilakukan oleh pengusaha untuk menarik minat ibu bapa untuk

14
menghantar anak ke taska mereka. Akibatnya ibu bapa menjadi keliru. Diingatkan
kepada para ibu bapa jangan sesekali terpengaruh dengan iklan dan tawaran yang
menarik dilakukan oleh pengusaha- pengusaha taska.

Sebagai ibu bapa, kita hendaklah perlu meneliti dan membuat pemilihan
taska yang berkualiti kepada anak- anak. Antara cadangan- cadangan supaya
perkhidmatan taska yang diberi itu berkualiti dan dapat memenuhi hak dan
keperluan kanak- kanak adalah falsafah program, pendidikan, guru dan
pengasuh,keselamatan, persekitaran, pemakanan dan kesihatan, .

 Falsafah program
Program yang berpusatkan kanak- kanak lebih banyak memberi peluang
kepada kanak- kanak berinteraksi dengan bahan pembelajaran. Guru lebih
banyak memberi ruang kepada kanak- kanak mengalaminya sendiri. Program
ini bukan bergantung kepada apa yang dihasilkan oleh kanak- kanak
sebaliknya lebih menekankan kepada proses pembelajaran kanak- kanak itu.
Misalnya, kanak- kanak gagal memasukkan benang ke dalam lubang butang
atau manik. Kanak- kanak merasa sedih. Oleh itu, peranan guru hendaklah
berbincang mencari jalan penyelesaiannya.

 Pendidikan
Kurikulum yang disediakan berdasarkan Kurikulum Asuhan dan Didikan Awal
Kanak- Kanak yang merangkumi aktiviti pembelajaran di dalam kelas dan di
luar kelas. Aktiviti di dalam kelas adalah mewarna, mengenal, menggunting,
menampal, imaginasi dan melakar. Manakala aktiviti di luar kelas pula adalah
main pasir, main air dan sebagainya. Aktiviti- aktiviti sedemikian dapat
merangsang perkembangan otak kanak- kanak dan melahirkan kanak- kanak
yang cerdas dan cergas. Setiap aktiviti yang dijalankan mengikut tahap umur
kanak- kanak.

 Guru dan Pengasuh


Setiap guru dan pengasuh adalah terlatih dan bertanggungjawab dalam
pengasuhan, menjaga keperluan asas, menjaga kebersihan, mengadakan

15
perhubungan yang sihat dengan ibu bapa, menyediakan persekitaran yang
selamat dan sihat dan merangsang perkembangan kanak- kanak. Mereka
juga hendaklah mempunyai kelayakan dan telah menghadiri kursus yang
telah ditetapkan oleh Jabatan Kemajuan Kebajikan Masyarakat. Sikap dan
amalan pengasuhan yang baik seperti bercakap lembut dan mesra, tidak
menengking, bijak memujuk dan tidak memaksa kanak- kanak memberi
peluang kanak- kanak mencuba dan meneroka kebolehan dan keupayaan
mereka sendiri. Ibu bapa juga perlu mengetahui nisbah yang betul antara
nisbah pengasuh dengan nisbah kanak- kanak agar setiap kanak- kanak
mendapat perhatian sama rata dan tidak tercicir setiap aspek pembelajaran.

 Keselamatan
Aspek keselamatan merupakan aspek yang penting dalam menubuhkan
taska yang berkualiti. Keselamatan dapat diukur dari segi ruang pembelajaran
yang disediakan, ruang dapur dan penyediaan makanan, ruang bilik air dan
ruang aktiviti luar. Peralatan keselamatan juga disediakan di taska seperti
kotak pertolongan cemas,longkang ditutup, laluan kecemasan dan alat
pemadam kebakaran. Pintu pagar hendaklah sentiasa ditutup dan peralatan
pembelajaran yang diberi diperbuat daripada bahan- bahan yang dijauhi
toksid. Keselamatan yang ditekankan oleh pengusaha taska dapat memberi
keyakinan kepada ibu bapa untuk menghantar anak- anak ke taska.

 Persekitaran
Keceriaan persekitaran taska dengan menggunakan cat dinding yang ceria
dan mural- mural yang menarik dapat merangsang minat kanak- kanak untuk
ke taska. Menampal kad dan carta pembelajaran interaktif dapat merangsang
minda kanak- kanak. Hubungan baik antara pengasuh, guru, kanak- kanak
dan ibu bapa yang terjalin dapat mewujudkan persekitaran yang kondusif dan
selesa. Persekitaran yang baik mampu merangsang perkembangan minda
kanak- kanak, meningkatkan perasaan ingin tahu, merangsang minat untuk
meneroka dan berfikir secara kreatif.

 Pemakanan dan Kesihatan

16
Pihak taska amat menitiberatkan aspek kualiti, keseimbangan dan kebersihan
makanan untuk kanak-kanak. Amalan menyediakan pemakanan seimbang
dan berzat disediakan bagi menjamin kesihatan tubuh badan kanak- kanak.
Pihak juga akan sentiasa membincangkan perkembangan kanak- kanak
khususnya implikasi pemakanan. Secara umumnya, jenis pemakanan yang
disediakan oleh taska bergantung kepada tahap perkembangan kanak-
kanak.

Kesimpulannya, ibu bapa hendaklah membuat pelbagai rujukan bagi mencari


perkhidmatan taska yang berkualiti. Seharusnya ibu bapa berhak untuk melakukan
pemeriksaan di dalam dan di luar taska sebelum mendaftarkan anak- anak. Ibu bapa
juga hendaklah memastikan taska yang dipilih adalah tersenarai dalam senarai
taska yang berdaftar dengan JKKM. Kanak- kanak mempunyai hak dan keperluan
mereka daripada pengasuh. Oleh yang sedemikian, pihak taska dapat

BIBLIOGRAFI

Mok Soon Sang ( Edisi Baru 1997 )Pedagogi 2, Petaling Jaya, Kumpulan Budiman
Sdn. Bhd.

Azizah Lebai Nordin dan Zainun Ishak ( 1999 )Pendidikan Prasekolah Untuk Guru,
Cheras, Utusan Publication& Distributors Sdn. Bhd.

Mok Soon Sang ( Edisi Ketiga 2002 )Pedagogi untuk Kursus Diploma Perguruan
Semester 3, Subang Jaya, Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

Saayah Abu( 2007 )Menjadi Guru Tadika, Wangsa Melawati, PTS Professional
Publishers Sdn. Bhd

Modul PRA 3101 Kementerian Malaysia

17
Permata Negara, Dasar Asuhan Dan Didikan Awal Kanak-kanak Kebangsaan,
Jabatan Perdana Menteri. 2008. Enterprise Building. Selangor

Apakah Ciri- Ciri Program Yang Berkualiti 19 Julai 2010


bustamkamri.blogspot.com/.../apakah-ciri-ciri-pro...Cached - Translate this page

www.majalahpama.com.my/Cached - Similar 

pmr.penerangan.gov.my/.../7537-taska-pilihan-da...Cached

Konsep Taska dan Kurikulum Permata


images.shv4193.multiply.multiplycontent.com/.../...

Akta Taman Asuhan Kanak- kanak 26 November 2010


www.jkmselangor.gov.my/.../index.php?...Cached 

Akta Taman Asuhan Kanak- kanak ( Akta 308 )


pmr.penerangan.gov.my/...akta-akta/975-akta-tam...Cached 

18

You might also like