Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 15

GMGM3063 CAREER MANAGEMENT

(KUMPULAN A)

TUGASAN KUMPULAN
GLOW MOBILE SPA (GLOW SPA)

Disediakan untuk:
DR. HJ. ABD RAHIM ROMLE
Disediakan oleh: Kumpulan 1

NAMA NO MATRIK
NUR ALIAH AFIQAH BINTI ZULKIFLI 257101
NURUL AFINI BINTI HALIM 253530
NUR IZYANI HUSNA BINTI MOHD 253351
ROSLI
SAIYIDAH NAFISAH BINTI BUDIN 252998
NUR SYAMIMI BINTI MUHAMMAD 255002
FAUZI
NOORADILLA AKMA BINTI MEHFAR 257206
LATAR BELAKANG PERNIAGAAN

Jenis perniagaan : Perniagaan yang berasasakan perkhimatan dan produk

kecantikan

Nama syarikat : Glow Mobile Spa

No. telefon : 012-23456789

Alamat : Universiti Utara Malaysia, 06010 Sintok, Kedah

Sejarah perniagaan : Pada awalnya, perniagaan ini dijalankan secara kecil-

kecilan sahaja dan hanya hebahan melalui rakan-rakan

di sekitar kampus Universiti Utara Malaysia (UUM).

Kebayakan pelanggan terdiri daripada pelajar UUM

sendiri yang ini mendapatkan rawatan dari perniagaan

ini.

Kedudukan syarikat sekarang : Di atas permintaan ramai daripada luar UUM, syarikat

ini telah meluaskan jaringannya di beberapa kawasan di

beberapa negeri tetapi masih mengekalkan konsep

‘Mobile Spa’.

Tagline syarikat : Glow With Us

Keluasan perniagaan : Tiada

Jenis Pemilikan Perniagaan : Perkongsian


Tentang Kami

Glow Mobile Spa merupakan satu perniagaan yang menyediakan perkhidmatan penjagaan

wajah dan badan khususnya buat para wanita yang ingin kekal cantik dan sihat. Perniagaan

ini ditubuhkan oleh sekumpulan pelajar dari Universiti Utara Malaysia (UUM) yang

berkongsi minat yang sama terhadap bidang kecantikan wanita. Misi kami sebagai

penggemar kepada kecantikan adalah untuk menyediakan perkhidmatan kepada para wanita

agar mereka tampil lebih cantik dan berkeyakinan. Kami menjalankan perkhidmatan dari

rumah ke rumah atau lebih dikenali sebagai ‘Mobile Spa’.

Pada awalnya, kami memulakan perkhidmatan spa bergerak ini dalam kalangan warga

UUM sendiri, iaitu kami melakukan perkhidmatan dari bilik ke bilik dan dalam pada itu,

kami menerima banyak permintaan luar daripada UUM. Berikutan pandemik COVID-19,

kami mula untuk mengambil langkah kehadapan iaitu dengan menyediakan servis kami

kepada penduduk sekitar tempat tinggal kami. Oleh itu, kami menyediakan perkhidmatan

‘Mobile Spa’ di:

1) Kepala Batas, Pulau Pinang

2) Teluk Intan, Perak

3) Kulim, Kedah

4) Padang Serai, Kedah

5) Senawang dan Seremban 2 Negeri Sembilan

Misi

Memberi servis dan rawatan terbaik kepada semua pelanggan UUM mahupun orang awam

dengan kepuasan yang maksima serta meningkatkan tahap keyakinan diri.

Visi
Menawarkan gaya dan penampilan yang baru untuk memberi erti nilai kejelitaan kepada yang

bergelar wanita.

Jangkaan pada masa satu atau dua tahun akan datang iaitu ingin mengembangkan lagi

Mobile Spa seperti membuka spa sendiri. Mensasarkan pelanggan dari dalam mahupun luar

negara.

ASPEK PENGURUSAN DAN OPERASI

Perkhidmatan Kami

Glow Mobile Spa menyediakan perkhidmatan penjagaan kulit wajah dan badan khususnya

untuk para wanita di luar sana. Perkhidmatan ‘Mobile Spa’ kami adalah berdasarkan temu

janji di mana para pelanggan perlu menempah waktu, hari dan pakej rawatan yang ingin

dilakukan selewat-lewatnya sehari sebelum waktu temu janji. Sebaiknya pelanggan perlu

menempah awal bgi mengelakkan ketiadaan ataupun slot yang penuh akibat kehadiran ramai

pelanggan bagi menerima rawatan spa.

Tempahan boleh dibuat melalui website dan laman sosial spa kami

https://glowingwithus.wixsite.com/glowwithus/perkhidmatan

https://www.instagram.com/glows.spa/

Di samping itu, kami juga menyediakan khidmat pertanyaan sebelum dan selepas rawatan

secara percuma kepada para pelanggan kami. Anda hanya perlu menyediakan tempat atau

ruangan untuk anda terima perkhidmatan daripada kami. Seronok kan? Kini para pelanggan

kami tidak perlu lagi bersusah payah ke spa kerana kami boleh datang kepada anda.

Perkhidmatan
➔ Eyelash Perming RM28.00

➔ Urutan Wajah (Facial Massage) RM15.00

➔ Deep Cleansing Facial RM50.00

➔ Nano Gold Facial RM25.00

➔ Manicure & Pedicure RM19.00

➔ Lulur Susu RM25.00

➔ Urutan Badan RM 25.00

*Kawasan berhampiran 5 km dari lokasi kami tidak akan dikenakan sebarang cas

pengangkutan. Selebihnya untuk jarak lebih dari kawasan kami akan dikenakan minimum

RM5.00 sehingga RM15.00.

Vendors

➔ Kami menawarkan satu platform dengan yuran sebanyak RM50/bulan, tanpa komisen

dan tanpa tarikh luput pendaftaran. Ia bertujuan untuk menghubungkan pelanggan

kepada peniaga tempatan dengan harapan para peniaga akan terus berpeluang

menawarkan juadah mereka walaupun dibawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

➔ Pelanggan boleh melakukan pesanan terus kepada peniaga melalui butiran yang telah

disediakan, peniaga perlu mengisi butiran dengan teliti bagi mengelakkan penipuan

dan masalah prosedur perniagaan.

➔ Kami hanya menyediakan platform dan mempromosikan produk di website dan juga

Instagram, paran peniaga boleh melakukan pertanyaan awal menerusi website dan

Direct Message (DM) di Instagram.

➔ Sebarang pertanyaan mengenai produk boleh hubungi di pautan perniagaan yang

disediakan. Sebarang jual beli dan berkaitan produk akan dihubungkan terus kepada
perniagaan terbabit tanpa melibatkan pihak ketiga iaitu daripada spa kami. Hal ini

demikian untuk mengelakkan salah faham mahupun kesilapan mengenai maklumat

produk yang diniagakan.

Booking system:

➔ Pelanggan boleh membuat tempahan melalui website dengan hanya menekan butang

‘Get in Touch’ dan akan terus ke Google Form yang disediakan

➔ Tempahan/Booking

➔ Pelanggan boleh melakukan pembayaran samada dalam bentuk talian, tunai, dan e-

wallet

➔ Sebarang masalah yang dialami pelanggan seperti kes kecemasan mahupun

pembatalan saat akhir harus diberitahu kepada pekerja spa kami, ia bagi kerugiaan

tunai untuk pelanggan yang membayar terlebih dahulu.

SOP mencegah COVID-19:

➔ Para pekerja akan menggunakan penutup muka, sarung tangan dan ‘hand sanitiser’

ketika prosess rawatan dijalankan.

➔ Segala alatan yang digunakan akan di ‘sterilize’ atau dicucikan selepas digunakan.

➔ Segala pembayaran akan melalui ‘online banking’

➔ Spa kami hanya menerima dan melakukan rawatan ke atas pelanggan sebanyak

maksimum 15 orang sahaja untuk sehari.

➔ Pelanggan akan dikenakan cas tambahan sebanyak RM6.00 bagi penggunaan apron

plastik kepada pelanggan, ia bertujuan mengikut SOP yang disediakan bagi

perkhidmatan spa.
RANCANGAN ORGANISASI

Struktur Organisasi

Dalam bahagian kami, kami memaparkan carta organisasi di dalam syarikat kami. Carta

tersebut kami lampirkan skop tugas dan jawatan bagi setiap ahli di dalam Glow Mobile Spa.

Rajah 1 : Carta Organisasi Glow Mobile Spa

Berdasarkan rajah 1, carta organisasi Glow Mobile Spa menunjukkan terdapat tiga peringkat

dalam struktur organisasi. Peringkat tertinggi diduduki oleh Aliah Zulkifli yang merupakan

pengurus bagi Glow Mobile Spa. Peringkat kedua dalam struktur organisasi terdiri daripada

dua orang perunding kecantikan dan seorang yang menjalankan tugas-tugas pengurusan dan
kewangan organisasi. Manakala di peringkat ketiga terdiri daripada ahli yang menjalankan

terapi badan dan muka serta terapi kuku.

Latihan dan Pembangunan

Latihan dan pembangunan diberikan kepada pekerja adalah untuk mempertingkatkan

kemahiran dan memperbaiki prestasi mereka dari masa ke masa. Latihan dan pembangunan

amat dititik beratkan kerana mereka semestinya berhadapan dengan pelanggan. Oleh itu, hal

ini amat penting agar misi dan visi organisasi dapat dicapai.

Di dalam organisasi Glow Mobile Spa, latihan dan pembangunan diberikan kepada semua

ahli di dalam organisasi ini. Hal ini demikian kerana, setiap ahli Glow Mobile Spa harus

memiliki kemahiran ini demi melancarkan operasi perusahaan ini. Semua ahli Glow Mobile

Spa harus menjalani kursus kecantikan yang menekankan semua ahli untuk mempelajari cara

perawatan kecantikan. Kursus ini wajib diambil selama tiga bulan untuk memahirkan

kemahiran tersebut. Oleh yang demikian, kemahiran ini akan diaplikasikan di dalam

perniagaan ini untuk menjana pendapatan dan keuntungan.

RANCANGAN PEMASARAN

Kumpulan Sasaran

Kumpulan sasaran bagi perniagaan spa ini ialah penduduk yang tinggal di kawasan Kepala

Batas (Pulau Pinang), Teluk Intan (Perak), Kulim (Kedah), Padang Serai (Kedah), Senawang

dan Seremban 2 (Negeri Sembilan). Kumpulan sasaran bagi perkhidmatam yang ditawarkan

ialah kaum wanita yang tinggal dikawasan ini. Perkhidmatan yang Glow Mobile Spa

tawarkan adalah berkualiti dan dijangka memenuhi cita rasa mereka.

Strategi Pemasaran

Promosi
Di antara strategi promosi yang dilakukan oleh Glow Mobile Spa bagi menawarkan dan

memperkenalkan khidmatnya ialah melalui kaedah tersebut:

 Instagram

Promosi menerusi Instagram ialah lebih kepada menarik golongan muda untuk mendapatkan

servis daripada Glow Mobile Spa. Melalui Instagram, maklumat berkenaan perkhidmatan

yang ditawarkan akan diberikan. Tips-tips kecantikan juga akan disediakan pada setiap

hantaran dalam Instagram. Selainitu, Glow Mobile Spa akan membuat Live sebanyak 2

hingga 3 kali seminggu untuk berkongsi tips kecantikan, kesihatan, dan penjagaam diri

bersama pelanggan. Hal ini secara tidak langsung akan membantu untuk mengekalkan

hubungan peribadi yang baik dengan pelanggan.

 Website

Penggunaan website lebih mudah kerana semua maklumat telah disertakan, pelanggan yang

berminat hanya perlu mengisi maklumat yang diperlukan diruangan yang disediakan untuk

membuat tempahan pada hari dan masa yang mereka inginkan. Melalui website juga

pelanggan boleh membeli beberapa produk yang diiklankan oleh vendor.

 Video (Facebook)

Medium ini lebih memfokuskan kepada golongan yang lebih berusia. Hal ini disebabkan

golongan berusia lebih gemar menggunakan Facebook berbanding media sosial yang lain.

Video yang diletakkan di Facebook adalah berkaitan bagaimana servis yang disediakan oleh

Glow Mobile Spa dilakukan. Ini bertujuan untuk mendedahkan atau memberi gambaran

kepada pelanggan bagaimana proses sesuatu servis kecantikan tersebut dilakukan. Pautan

Whatsapps dan Website juga akan diletakkan pada setiap hantaran di Facebook. Pelanggan

juga boleh meletakkan komen ‘pm’ pada bahagian komen sekiranya berminat untuk

mendapatkan servis yang disediakan. Kami akan segera menghubungi pelanggan yang

membuat komen tersebut.


 Pamplet

Pamplet yang disediakan mempunyai maklumat yang diperlukan oleh pelanggan. Pamplet

yang disediakan juga menarik dan unik sehingga dapat menarik perhatian pengguna. Pamplet

ini akan diedarkan dengan cara diletakkan didalam peti surat di Kawasan yang berkenaan.

Pamplet juga diberikan kepada pelanggan yang telah menggunakan servis oleh Glow Mobile

Spa untu memberikan . Secara tidak langsung promosi secara power of mouth juga boleh

dilakukan.

Harga

Penetapan harga yang diletakkan ke atas produk atau servis yang ditawarkan adalah sangat

berpatutan, berdaya saing dan berkonsepkan “price-follower’’, iaitu mengikut kadar pasaran

seperti yang ditetapkan oleh pesaing-pesaing lain.

Servis

Servis yang Glow Mobile Spa tawarkan kepada para pelanggan adalah sangat berkualiti dan

setara dengan harganya. Perniagaan Glow Mobile Spa juga sentiasa mengikuti perkembangan

teknologi terkini dan kehendak pelanggan agar produk dan servis Glow Mobile Spa sentiasa

kekal berdaya saing dan diterima pelanggan.

RANCANGAN OPERASI

Waktu Operasi

Kami akan beroperasi setiap hari seperti ketetapan masa yang dinyatakan di bawah;

MASA OPERASI
HARI MASA
Ahad - Khamis 9 pagi – 9 malam
Sabtu 9 pagi – 5.00 petang
Carta Aliran Proses Kerja- Lukiskan Carta Aliran Proses Kerja

Proses Pelanggan Aktiviti

Pelanggan memilih perkhidmatan yang


diperlukan

Memeriksa jadual untuk memastikan


tiada pelanggan yang bertindih

Membuat perkhidmatan

Pelanggan membuat bayaran

Strategi Bahagian Operasi

Antara strategi bahagian operasi Glow Mobile Spa adalah seperti berikut:

 Menyediakan produk dan servis yang berkualiti dan dapat memberikan servis yang

terbaik kepada pelanggan.


 Menyediakan servis yang mampu milik kepada seluruh penduduk dikawasan yang

terbabit.

 Sentiasa berbincang dan memberikan khidmat nasihat yang terbaik kepada pelanggan

agar pelanggan sentiasa berpuas hati dengan mutu servis dan produk yang dijual.
Rancangan Kewangan

Pada awal permulaan perniagaan, saya bersama rakan-rakan yang lain telah bersetuju untuk

mengeluarkan modal awal perniagaan sebanyak RM200 setiap individu. Kami menggunakan

wang daripada pinjaman PTPTN kami sebagai modal awal perniaagaan. Oleh itu, modal awal

permulaan perniagaan ini ialah sebanyak RM1200. Modal tersebut digunakan untuk membeli

kelengkapan alatan untuk setiap rawatan yang kami tawarkan dan ia juga digunakan untuk

membeli bahan-bahan yang diperlukan untuk menghasilkan produk kami sendiri seperti skrub

badan dan mulut yang dihasilkan menggunakan bahan-bahan semulajadi dan mudah didapati.

ASPEK KEWANGAN

i)Anggaran sesi rawatan yang ditempah pelanggan

a) 10 sesi rawatan sehari

Harga tiap-tiap rawatan adalah mengikut jenis rawatan yang ditempah. Kami membahagikan

kerja mengikut masa lapang setiap ahli. Misalnya di UUM, jika ada ahli yang berkelapangan

pada tempoh masa rawatan yang ditempah oleh pelanggan, maka ahli tersebut akan

mengendalikan sesi rawatan berkenaan.

Contoh: Eyelash Perming RM28.00 x 5sesi = RM140

Urutan Wajah (Facial Massage) RM15.00 X 5 sesi = RM75

Jumlah : RM215 pendapatan dapat dijana dalam tempoh 1 hari.

b) 15 pek produk dijual/sehari

dalam tempoh perintah kawalan pergerakan (PKP) baru-baru ini, kami menjual produk

buatan kami secara atas talian dan penghantaran adalah melalui pos. Contoh penjualan skrub

mulut/sehari.

15 pek x RM15 = RM225


ii) Anggaran kos pengeluaran

a)Sehari

kos bahan + kos upah+ kos sampingan

RM 100 + RM150 + RM 50 = RM300

b)Sebulan

RM350 SEHARI X 30HARI

=RM10,500

iii)Anggaran untung

Jualan – Kos pengeluaran

a)Sehari

RM440-RM300 =RM140

b)Sebulan

RM140 X 30 HARI = RM4200 (lebihan tips diberikan kepada ahli yang membuat rawatan
/servis yang paling banyak)

iv)Belanja pengeluaran

i) Alatan
RM450 (kebanyakan alatan dibeli menggunakan modal awal semasa
memulakan perniagaan)
ii) Bahan-bahan membuat produk sendiri
RM200

v)belanja pemasaran

i) Risalah/pamplet
RM100

vi) Belanja luar jangka

RM 400(digunakan untuk meningkatkan pemasaran, mempelbagaikan servis, kegunaan


kecemasan dan sebagainya).
vii) Gaji pekerja (pembayaran perlu merujuk kepada keuntungan semasa perniagaan iaitu

melibatkan bilangan tempahan pelanggan dan penjualan produk-produk dan terdapat

pemberian insentif lebihan jika seseorang pekerja mampu mencatatkan bilangan

rawatan/servis melebihi bilangan yang ditetapkan)

KESIMPULAN

Berdasarkan kepada perancangan dan unjuran pendapatan yang telah dibentangkan,

kami amat berkeyakinan bahawa perniagaan yang diceburi ini akan memberi pulangan yang

menguntungkan. Unjuran-unjuran yang dibuat untuk tahun pertama operasi selepas mendapat

pembiayaan adalah amat konservatif kerana mengambil kira faktor perniagaan masih di

peringkat awal membuat pemasaran untuk membekal kepada pelanggan organisasi.

Setiap ahli telah membuat kajian dan perancangan yang sistematik bagi membolehkan

perniagaan berjalan dengan lancar. Oleh yang demikian perniagaan Glow Mobile Spa amat

optimis, yang perniagaan ini amat berdaya maju dan mampu berkembang pada masa

hadapan.

Appendix

Gambar website, ig, pamplet dan berkaitan

You might also like