Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

NOTA : INTERAKSI ANTARA HAIWAN

1. Maksud Interaksi
- perhubungan aktif antara hidupan yang saling bergantung antara satu sama lain untuk
mendapatkan keperluan asas.

2. Maksud
a) Interspesies - interaksi antara spesies yang berlainan
b) Intraspesies - interaksi antara spesies yang sama

3. Haiwan yang hidup secara berkumpulan


- Gajah, Lebah, ayam, kuda, zebra, singa

4. Haiwan yang hidup secara bersendirian


- Tapir, Harimau, helang, Beruang, Ular

5.  Kelebihan Hidup
a) Berkumpulan
- berkerjasama mendapatkan makanan, berkerjasama membuat sarang, melindungi
anak-anak, menjaga keselamatan ahli kumpulan, mengawal wilayah daripada
dicerobohi
b) Bersendirian
- mengelak persaingan mendapatkan makanan, mengurangkan persaingan
mendapatkan wilayah, mengurangkan persaingan mendapatkan pasangan

6. Kekurangan Hidup
a) Berkumpulan
- mudah dijangkiti penyakit, haiwan lemah sukar untuk menyelamatkan diri daripada
musuh,
b) Bersendirian
- Sukar mempertahankan diri daripada musuh, mengalami masalah mencari
pasangan

7. Faktor persaingan haiwan


a) Interspesies ~ air, tempat tinggal, makanan
b) Intraspesies ~ air, tempat tinggal, makanan, pasangan

8. 3 jenis simbiosis antara haiwan dan contoh


a) Mutualisme - Burung Tiung makan lintah pada badan kerbau. Kerbau bebas daripada
lintah.
b) Komensalisme - Ikan Remora mendapat sisa makanan daripada ikan jerung. Ikan
jerung tidak mendapat sebarang faedah atau kerugian.
c) Parasitisme - Kutu meghisap darah kucing sebagai makanan. Kucing cedera dan
akan mati.

9. Faktor persaingan antara tumbuhan


- ruang, cahaya matahari, air, nutrien

10. 2 jenis simbiosis antara tumbuhan dan contoh


a) Komensalisme - Paku langsuyar tumbuh di atas pokok untuk mendapatkan cahaya
matahari. Pokok tidak terjejas.
b) Parasitisme - Rafflesia menyerap nutrien daripada pokok. Pokok kehilangan nutrien.
LATIHAN SAINS
TAJUK : INTERAKSI ANTARA HAIWAN

1. Cara hidup haiwan terbahagi kepada DUA iaitu :


i. ………………………………………………………
ii. ………………………………………………………
2. Berikan TIGA kebaikan bagi haiwan yang tinggal berkumpulan
i. ……………………………………………………………………………………
ii. ……………………………………………………………………………………
iii. ……………………………………………………………………………………
3. Berikan DUA kebaikan bagi haiwan yang tinggal bersendirian.
i. ……………………………………………………………………………………
ii. ……………………………………………………………………………………
4. Senaraikan LIMA contoh haiwan yang hidup berkumpulan dan hidup
bersendirian.

BERKUMPULAN BERSENDIRIAN
1. 1.
2. 2.
3. 3.
4. 4.
5. 5.

5. Apakah maksud interaksi?


………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………..
6. Nyatakan 2 jenis interaksi yang berlaku antara haiwan.
i. …………………………………………………………………………………
ii. …………………………………………………………………………………
7. Nyatakan contoh bagi simbiosi yang berikut.
Mutualisme :
………………………………………………………………………………………………
Parasitisme :
………………………………………………………………………………………………

You might also like