Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

PERLEMBAGAAN KELAB PELANCONGAN SEK KEB KAMPONG

LAUT

1. NAMA DAN ALAMAT


a. NAMA KELAB : KELAB PELANCONGAN
b. ALAMAT : SEK KEBANGSAAN KAMPONG LAUT,
16040 PALEKBNG,TUMPAT,KELANTAN
2. MATLAMAT

Memberi peluang kepada setiap murid untuk mengembangkan potensi secara seimbang dan menyeluruh
dalam aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek.

3. OBJEKTIF
a. Memberi pendedahan mengenai faedah yang boleh diperolehi daripada aktiviti pelancongan dan
rekreasi.
b. Menanam budaya melancong dan menggalakkan pelajar bertindak sebagai duta kecil.

4. KEAHLIAN
a. Dibuka kepada semua murid sekolah ini.
b. Permohonan berdasarkan pemilihan daripada setiausaha ko-kurikulum.
c. Ahli-ahli mestilah menerima serta bersetuju berpegang kepada Perlembagaan dan akan mengambil
bahagian dengan cergas bagi menjayakan tujuan kelab ini.

5. GURU PENASIHAT
a. Guru Penasihat adalah daripada guru sekolah ini.
b. Guru penasihat mempunyai kuasa mutlak, merancang atau membatalkan sesuatu aktiviti apabila
difikirkan perlu.
c. Guru penasihat hendaklah sentiasa bersama dengan ahli-ahli semasa aktiviti dijalankan.

6. AHLI JAWATANKUASA
a. Dilantik semasa Mesyuarat Agung.
b. Ahli yang hadir layak dicalonkan sebagai AJK manakala ahli yang tidak dapat hadir harus menulis
surat tunjuk untuk layak dicalonkan sebagai AJK.
c. Pemilihan AJK secara undian.
d. Ahli Jawatankuasa Kecil boleh dilantik oleh guru penasihat tanpa mengadakan mesyuarat.
e. AJK yang hendak meletakkan jawatan hendaklah menghantar surat perletakan jawatan kepada
Guru Penasihat.
f. AJK hendaklah terdiri daripada:
i. Pengerusi
ii. Naib Pengerusi
iii. Setiausaha
iv. Bendahari
v. AJK
7. TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB JAWATANKUASA
a. Pengerusi
i. Mempengerusikan semua mesyuarat dan bertanggungjawab atas kesempurnaan semua
mesyuarat
ii. Meneliti catatan minit mesyuarat dan memastikan segala keputusan yang diputuskan
diambil tindakan yang sewajarnya.
iii. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari masa ke semasa
b. Naib Pengerusi
i. Membantupengerusi dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab yang diberi.
ii. Mempengerusikan mesyuarat semasa ketiadaan pengerusi.
iii. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari masa ke semasa.
c. Setiausaha
i. Menguruskan hal-hal surat menyurat
ii. Mencatat dan menandatangi minit mesyuarat/laporan kegiatan kelab.
iii. Mencatat kehadiran ahli.
iv. Menyimpan dokuman yang berkaitan dengan persatuan.
v. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari semasa ke semasa

d. Bendahari
i. Bertanggungjawab berkenaan semua hal ehwal kewangan kelab.
ii. Membuat dan menyimpan kira-kira berkenaan semua perkara kewangan dan
bertanggungjawab di atas kesahihannya.
iii. Melaporkan kedudukan kewangan sekiranya diminta di dalam mesyuarat ahli.
iv. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari masa ke semasa.

e. AJK
i. Membantu menjalankan tugas dalam segala program dan aktiviti yang dilaksanakan.
ii. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari masa ke semasa.

8. KEWANGAN
a. Sumber kewangan adalah daripada unit Ko-Kurikulum sekolah.
b. Kelab juga bolah memperoleh kewangan melalui aktiviti.
c. Ahli-ahli yang bersetuju menyertai aktiviti yang memerlukan perbelanjaan besar boleh dikenakan
derma khas bagi membiayai aktiviti tersebut.

9. KEHADIRAN/PENYERTAAN
a. Ahli kelab dikehendaki menghadiri semua aktiviti yang dijalankan oleh kelab sepanjang tahun.
b. Kegagalan berbuat demikian sebanyak tiga kali berturut-turut dihendaki menulis surat tunjuk
sebab. Tindakan memotong markah kehadiran dalam penilian kokurikulum boleh diambil
sekiranya gagal berbuat demikian.

10. AKTIVITI
a. Dijalankan seperti yang dirancang dalam mesyuarat agung / mesyuarat ajk.
b. Sebarang pindaan aktiviti akan dibuat oleh Guru Penasihat dan diumumkan kepada semua ahli.
11. PERATURAN-PERATURAN
a. Peraturan sekolah adalah peraturan asas.
b. Peraturan khas yang ditetapkan hendaklah dipatuhi oleh semua ahli.
c. Ahli-ahli yang melanggar peraturan akan dikenakan tindakan tatatertib.

12. TINDAKAN DISIPLIN


a. Diambil terhadap ahli yang melanggar perlembagaan kelan dan tidak mematuhi peraturan yang
ditetapkan.
b. Tindakan disiplin adalah mengikut cara berikut;
i. Amaran lisan
ii. Amaran bertulis.
c. Ahli yang tidak berpuas hati dengan tindakan yang diambil boleh membuat rayuan kepada Guru
Penasihat secara bertulis dan keputusan Guru Penasihat adalah muktamad.

13. PINDAAN PERLEMBAGAAN


a. Mana-mana bahagian dalam perlembagaan ini sah sehingga ia dipinda.
b. Cadangan pindaan perlembagaan bolah dibuat oleh ahli. Ajk, Guru penasihat atau Pentadbir
Sekolah secara bertulis.
c. Satu mesyuarat khas yang dihadiri oleh Guru Penasihat dan AJK akan membincangkan cadangan
tersebut dan meluluskannya jika perlu.
d. Setiap pindaan yang telah diluluskan hendaklah dipamerkan dan disahkan oleh Guru Besar.

14. PEMBUBARAN KELAB


a. Guru Besar diberi kuasa untuk membubarkan kelab jika didapati melanggar perlembagaan dan
Falsafah Pendidikan Negara.
b. Segala hutang wajib dijelaskan. Baki kewangan diputuskan dalam Mesyuarat Agung Tergempar.

15. HAL-HAL LAIN


a. Setiap ahli perlu mengetahui tanggungjawab sendiri terhadap aktiviti yang dijalankan.
b. Ahli-ahli hendaklah sentiasa peka dan mengikuti aktiviti dengan penuh minat.

…………………………… ……………………………
( SYED MOHD APANDI B SYED AHMAD) (HJH ROSEDAH BINTI MAT SALLEH)
Setiausaha Kelab Pelancongan Pengerusi Kelab Pelancongan

DISAHKAN OLEH, TARIKH:


……………………………………

You might also like