Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

MAKLUMAN KEMBALI KE SEKOLAH PADA SELASA 23 JUN 2020 DAN GARIS PANDUAN

PEGURUSAN PEMBUKAAN SEMULA SEKOLAH

Ibubapa/penjaga diminta untuk menghantar anak tuan/puan kembali semul ke asrama sekolah
pada 23 Jun 2020 (Selasa) bermula jam 5 petang hingga 6 petang.

Garis Panduan:

1. Hanya murid dan 1 waris sahaja dibenarkan masuk ke kawasan sekolah bersama barang
keperluan.

2. Murid yang sihat sahaja dibenarkan kembali ke asrama.

3. Murid dan waris diminta membuat imbasan suhu di pintu masuk. Murid yang didapati
mempunyai suhu badan 37.5 C dan ke atas atau bergejala (demam, batuk, sesak nafas)
dinasihatkan untuk dibawa pulang oleh ibubapa/penjaga.

4. Tiada lawatan oleh ibubapa/ penjaga pada hujung minggu kecuali hal-hal kecemasan.

5. Murid tidak dibenarkan outing (aktiviti keluar) dan pulang bermalam.

6. Jika murid bergejala sewaktu sesi persekolahan,pihak sekolah akan menghubungi ibubapa/
penjaga

7. Murid yang ingin membawa laptop perlu mengemukakan permohonan secara bertulis kepada
Pengetua. Telefon bimbit TIDAK dibenarkan.

Mohon kerjasama daripada murid da ibubapa/ penjaga untuk mematuhi garis panduan yang
telah dikeluarkan. Garis panduan ini diguna pakai sehingga KPM mengeluarkan pemakluman
lanjut.

Pengetua
SABK Ma’ahad al-Imam asy-syafiee.

You might also like