Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 6

MINIT MESYUARAT JAWATAN KUASA PEMULIHAN KHAS

DAERAH HULU SELANGOR


BIL 1/ 2020
Tarikh : 19 Februari 2020
Masa : 2.00 – 5.00 petang
Tempat : Pusat Kegiatan Guru Kuala Kubu Bharu (PKG KKB)
Pengerusi : En. Roslee Bin Abdul @ Mohd
Kehadiran : 10 / 12
Kehadiran :

1. En. Roslee Bin Abdul @ Mohd Pengerusi


2. En. Mohd Faraein Bin Sanusi
3. Pn. Nor Wahira Bt Ali
4. En. Mohd Noor Azwan Bin Sarimin
5. Cik Leong Wai Mun
6. Pn. Maznah Bt Hamat
7. Pn. Norzuliana Bt Amir Setiausaha

Turut Hadir :
1. Pn. Sharifah Bt Rahim (Pen. PPD Pemulihan Khas)
2. Pn. Zaimah Amimi Bt Zakaria (Pen. PPD Pemulihan Khas)
3. En. Azahari Bin Daud (Pen. PPD Pemulihan Khas)

1 PERUTUSAN PENGERUSI
1.1 Pengerusi menyatakan tujuan mesyuarat hari ini adalah untuk membincangkan
perkara-perkara yang akan di putuskan secara bersama-sama di dalam mesyuarat
guru-guru Pemulihan Khas Daerah Hulu Selangor.
1.2 Ucapan Alu-aluan Wakil Pejabat Pendidikan Hulu Selangor (Pn. Sharifah Bt Rahim)
1.2.1 Beliau mengucapkan ribuan terima kasih di atas kehadiran semua ahli. Beliau sangat
mengharapkan kerjasama yang erat untuk memastikan program pemulihan dapat
dilaksanakan sebaiknya. Beliau juga meminta supaya semua program diselaraskan di
peringkat daerah. Kutipan data akan dibuat mengikut zon dan gerak kerja juga
mengikut zon.

2 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT YANG LALU


2.1 Tiada.

3 PERKARA-PERKARA BERBANGKIT
3.1. Tiada.
4 PERBINCANGAN
4.1 Pelantikan JK Program Pemulihan Khas 2020
4.1.1 Pengerusi menyatakan pelantikan JK Program Pemulihan Khas 2020/2021 adalah
seperti berikut :
Pengerusi : En. Roslee Bin Abdul @ Mohd
Naib Pengerusi : En. Faraein Bin Sanusi
Setiausaha : Pn. Norzuliana Bt Amir
Bendahari : Pn. Nor Wahira Bt Ali
AJK : Pn. Maznah Bt Hamat
En. Mohd Noor Azwan Bin Sarimin
Pn. Leong Wai Mun
Pn. Noraisyah Bt Bahishan
En. Manivannan A/L Chelladurai

4.1.2 Watikah pelantikan akan diedarkan dalam masa terdekat.

Tindakan: Pen PPD Pemulihan Khas

4.1.3 Penasihat mengharapkan ahli program agar dapat memberikan komitmen


semaksimum mungkin dalam menjayakan Program Pemulihan Khas Hulu Selangor.

Makluman

4.2 Penetapan
4.2.1 Pen. PPD Pemulihan Khas memaklumkan perubahan terkini format penulisan minit
mesyuarat mengikut Pekeliling Transformasi Pentadbiran Awam (PTPA) Bil. 2 tahun
2018 MyMesyuarat: Ekosistem Pengurusan Mesyuarat Era Digital. Format ini mula
berkuatkuasa pada 1 Mac 2019 di peringkat PPD serta daerah Hulu Selangor.
Struktur minit mesyuarat perlu berpandukan agenda dan turutan mesyuarat seperti
berikut:
4.2.1.1 Senarai Kehadiran;
4.2.1.2 Perutusan Pengerusi;
4.2.1.3 Pengesahan Minit Mesyuarat;
4.2.1.4 Perkara-Perkara Berbangkit
4.2.1.5 Perbincangan;
4.2.1.6 Pembentangan Kertas;
4.2.1.7 Hal-Hal Lain; dan
4.2.1.8 Penutup.

4.2.2 Pengerusi memaklumkan Sistem Fail Program Pemulihan adalah mengikut sekolah
masing-masing. Namun begitu guru-guru Pemulihan Khas mencadangkan agar
sistem fail tersebut diselaraskan di peringkat daerah.
Keputusan: Semua ahli mesyuarat bersetuju bahawa sistem pengurusan fail
Pemulihan Khas diselaraskan di peringkat daerah.
makluman

4.2.3 Pengerusi mencadangkan agar Instrumen Pengesanan Tahap 1 menggunakan


Kontruk LINUS manakala Instrumen Pengesanan Tahap 2 menggunakan IPP2M
(Bahasa Melayu) dan IPPKAM (Matematik).
Keputusan: Semua ahli bersetuju sebulat suara dan memutuskan untuk
2
menggunakan instrumen yang dinyatakan.
Makluman

4.2.4 Pengambilan Murid Tahun 1 bagi Program Pemulihan Khas. Murid Tahun 1 yang
belum kuasai 3M boleh diambil masuk ke Kelas Pemulihan Khas atas budi bicara
guru besar. Sepatutnya murid tersebut perlu berada di kelas tahun 1 (perdana)
sehingga November 2020. Pihak sekolah perlu memutuskan di dalam mana-mana
mesyuarat yang bersesuaian untuk menetapkan pengambilan murid yang belum
kuasai 3M selepas Jun 2020 dengan bersyarat, iaitu jumlah murid pemulihan khas
tahun 2 dan 3 tidak melebihi 10 orang.
Makluman

4.2.5 Guru Pemulihan Khas (GPM) hendaklah berkolaborasi dengan guru Bahasa Melayu
dan Matematik di kelas perdana. Sama ada melalui pengajaran secara berpasangan
(pair teaching) serta melaksanakan Komuniti Pembelajaran Profesional/ Profesional
Learning Comunity (PLC) dan lain-lain kaedah yang sesuai.
Makluman

4.2.6 Peranan GPM di sekolah adalah membentangkan pencalonan murid, data headcount
murid, program dan pencapaian murid pemulihan dalam mesyuarat yang dihadiri oleh
semua guru di sekolah.
Makluman

4.3 Data
4.3.1 Pengerusi telah mendraf tapak data murid pemulihan dan tapak headcount
dengan penambahan ruangan Tahap Penguasaan (TP) PBD serta Enrolmen murid.
Ruangan PBD perlu diwujudkan kerana TP murid hendaklah selari dengan data murid
Pemulihan Khas. GPM perlu dapatkan data PBD daripada guru subjek dan
Penyelaras PBD. GPM juga perlu ambil tahu apa yang berlaku kepada murid
pemulihan di aliran perdana.Murid Pemulihan perlu capai sekurang-kurangnya TP3
bagi yang telah menguasai 3M.
4.3.2 Kutipan Data Program Pemulihan Khas sebanyak 3 kali setahun iaitu data berakhir
pada 31 Mac 2020, 30 Jun 2020 dan 31 Oktober 2020.
4.3.3 Kutipan Data PBD diadakan sebanyak 2 kali setahun iaitu data berakhir pada 29 Jun
2020 dan 25 November 2020
4.3.4 Data PBD dikepilkan bersama-sama Fail Data Pemulihan Khas.

Makluman

4.4 Headcount Murid Pemulihan Khas


4.4.1 Semua GPM hendaklah menyediakan dokumen pengiraan headcount setiap murid
pemulihan khas. Dokumen headcount ini perlu disahkan oleh guru besar atau pihak
pentadbir sekolah. Satu salinan dokumen headcount perlu dimasukkan ke dalam fail
Pemulihan Khas yang disimpan oleh guru besar atau pentadbir. Headcount adalah bukti
kerja buat Guru Pemulihan Khas.

Makluman

4.5 Pembinaan Apps HUSEL


4.5.1 Proses pembinaan aplikasi ini akan dibahagikan mengikut zon. Setiap zon akan
memberi idea, mencari maklumat dan diberi pembahagian tugas. Pengisian akan
3
dibincangkan bersama-sama. Rangka kerja akan disediakan oleh kumpulan yang
diketuai oleh En. Manivannan serta ahli-ahlinya yang terdiri daripada En.
Fakhruzzaman, En. Faraein, En. Mahathir (PPDHS) dan En. Azahari (PPDHS).
Apps ini akan dijadikan inovasi peringkat daerah. JK perlu adakan beberapa siri
perbincangan sebelum membina apps ini.

Tindakan: En. Manivannan A/L Chelladurai

4.6 Perancangan Strategik Sekolah


4.6.1 GPM perlu mencari 2 atau 3 isu dalam Pemulihan Khas.Kemudian merancang program
berdasarkan isu tersebut. Pengerusi akan kongsikan Perancangan Strategik yang telah
dibuat olehnya.
Makluman

4.6.2 GPM juga perlu berbincang dengan Panitia Bahasa Melayu dan Matematik
sebelum menyediakan Perancangan Strategik supaya ia selari dengan Perancangan
Pemulihan Khas.
Makluman

4.6.3 Pengerusi mencadangkan satu Bengkel Perancangan Strategik kepada semua GPM.
Keputusan: Semua ahli bersetuju. Tarikh, masa dan tempat akan dirancang semasa
mesyuarat akan datang.
Tindakan: Pengerusi

4.7 Program Outreach


4.7.1 Program Outreach diuruskan sepenuhnya oleh Unit Pendidikan Khas. GPM tidak
terlibat sebagai ahli jawatan kuasa dalam program ini. Sebaliknya GPM hanya
menyediakan data dan murid untuk dicalonkan sebagai peserta Program Outreach.
Program ini dijangka pada bulan September 2020. GPM boleh menggunakan data
berakhir bulan Jun bagi murid Tahun 3.
Makluman

4.8 Program Bersama Ibu Bapa


4.8.1 Bengkel Seronok Belajar untuk Ibu Bapa murid Pemulihan Khas dan Prasekolah akan
diadakan pada 27 Februari 2020 (Khamis) di SK Ulu Yam Lama. Bengkel akan
diadakan pada pukul 8.30 pagi hingga 12.30 tgh. Ahli Jawatan kuasa Pemulihan Khas
dilantik sebagai fasilitator dan hadir untuk membantu penceramah iaitu En. Roslee Bin
Abdul. Tujuan bengkel ini didedahkan kepada semua ahli agar setiap ahli dapat
menimba ilmu serta pengalaman sebelum mengadakan bengkel di zon masing-masing.
Fasilitator digalakkan merancang aktiviti mengikut keperluan zon.

Makluman

4.9 Pembentangan Kertas Kerja Penubuhan Permuafakatan Pemulihan Khas Hulu


Selangor
4.9.1 Pembentangan kertas kerja akan dibuat pada bengkel seterusnya.

Tindakan: Pengerusi

4
4.10 Penubuhan BIRO
4.10.1Terdapat 4 Biro yang akan ditubuhkan.
Biro ICT dan Data – En. Manivannan dan En. Mohd Noor Azwan
Biro Ekonomi dan Promosi – Pn. Maznah dan Pn. Nazariah
Biro Perancangan – Cik Leong Wai Mun dan Puan Lau Cheiw Yuet
Biro Pembangunan – Pn. Noraisyah dan En. Othman

Makluman
5. PEMBENTANGAN KERTAS
5.1 Bengkel Merungkai Panduan PDP Bahasa Melayu dan Matematik
5.1.1 Bengkel akan diadakan pada :-
Tarikh : 4 hb Mac 2020
Masa : 8.30 hingga 5.00 ptg
Tempat : SK Lembah Beringin
Penceramah : En. Roslee Bin Abdul
Sasaran : 60 orang Guru Pemulihan

5.1.2 Diselarikan juga dengan Bengkel Pengurusan Fail dan Data.


Makluman

5.1.3 Surat akan disediakan oleh pihak PPD Hulu Selangor.

Tindakan: Pen PPD Pemulihan Khas

5.1.4 Pengerusi mencadangkan agar urusan tempahan makan minum diuruskan oleh En.
Faraein melalui sumbangan daripada guru-guru. Manakala kutipan sumbangan
diuruskan oleh bendahari (Pn Wahira).
Keputusan: Semua ahli bersetuju dengan cadangan tuan pengerusi.

Tindakan: En. Faraein dan Pn Wahira

5.1.5 Penasihat mencadangkan agar data Pemulihan Khas dikutip 2 minggu awal sebelum
bengkel.
Keputusan: Semua ahli bersetuju dan menyokong untuk membuat kutipan data 2
minggu lebih awal.
Tindakan: Pen. PPD Pemulihan Khas

6. HAL-HAL LAIN
6.1 En. Faraein mencadangkan guru Pemulihan Khas menyediakan Fail Meja atau Fungsi
Tugas Guru Pemulihan Khas.
Keputusan: Semua ahli bersetuju dengan cadangan tersebut. Semasa pembinaan
aplikasi Pemulihan Khas Hulu Selangor akan diselitkan juga berkenaan Fungsi Tugas
ini dalam bentuk flip book.
Makluman

6.2 Cik Leong mencadangkan diadakan 1 program/aktiviti zon untuk semua Sekolah Jenis
Kebangsaan Cina. Ini lebih mudah kerana menggunakan medium bahasa yang sama.
Keputusan: Semua ahli bersetuju bahawa Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Tamil
perlu rancang kertas kerja bagi program SJK(C) dan SJK(T) secara berasingan atas
dasar keperluan bahasa yang berbeza bagi memudahkan ibu bapa serta penjaga yang
hadir program tersebut.
5
Makluman

6.3 En. Mohd Noor Azwan mencadangkan penekanan lebih kepada Pemulihan di dalam
Kelas Perdana.
Keputusan: Semua ahli bersetuju bahawa Guru Pemulihan Khas perlu memaklumkan
kepada Guru Besar dalam mesyuarat akademik atau mesyuarat panitia.
Makluman
6.4 Pn. Zaimah mencadangkan agar Ahli Jawatan kuasa Daerah yang telah dilantik
dinobatkan juga sebagai JU Daerah.
Keputusan: Semua ahli bersetuju.
Makluman

7. PENUTUP
7.1 Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih di atas kerjasama yang diberikan dan
mengharapkan kerjasama ini diteruskan supaya segala usaha atau perancangan yang
dibuat dapat dijalankan sebaiknya..
7.2 Penasihat berpesan supaya semua guru Pemulihan Khas bekerjasama sebagai
satu pasukan. Pengerusi juga memaklumkan kepada pihak PPD Hulu Selangor untuk
cuba membantu sedaya yang mampu.
7.3 Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua Pegawai Pemulihan Khas
PPD Hulu Selangor dan berharap Pemulihan Khas Daerah Hulu Selangor akan dapat
bergerak dengan baik.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 4.30 petang.

Disediakan oleh,
Setiausaha
Program Pemulihan Khas
Tarikh: 19 Februari 2020

You might also like