Peranan Guru Dalam Menjayakan FPK

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 8

Peranan guru dalam melaksanakan strategi-strategi untuk merealisasikan Falsafah Pendidikan

Kebangsaan (FPK) agar dapat diaplikasikan di dalam Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR)

1.Pelaksanaan kurikulum dan kokurikulum yang dapat berjaya memperkembang potensi pelajar
dari aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial secara keseluruhan dan bersepadu

Salah satu strategi merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan ialah pembangunan


insan iaitu memperkembang potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu. Salah satu
perkara yang diberi penekanan dalam strategi pembangunan insan pula ialah penyediaan
kurikulum yang relevan dengan mengubahsuai kandungannya mengikut keperluan semasa.

Dalam buku Laporan Jawatankuasa Kabinet (1979), kurikulum ditakrifkan sebagai segala
rancangan yang dikendalikan oleh sesebuah sekolah ataupun sesebuah institusi pelajaran untuk
mencapai matlamat pendidikan. Kandungan kurikulum sekolah dibahagikan kepada dua
bahagian iaitu: (i) Sukatan Pelajaran dan kandungan mata pelajaran serta segala aktiviti
pengajaran dan pembelajaran; dan (ii) Aktiviti kokurikulum seperti sukan, permainan, kelab dan
unit beruniform.

Peranan kurikulum dalam pendidikan di Malaysia adalah untuk mengembangkan potensi


murid-murid dari segi intelek, jasmani, rohani dan sosial dengan seimbang dan menyeluruh,
membina sifat-sifat yang boleh membawa ke arah perpaduan negara serta menghasilkan tenaga
rakyat yang mahir dan terlatih untuk keperluan negara.

Oleh itu, guru haruslah terlebih dahulu memahami dan menghayati falsafah dan matlamat
kurikulum, struktur dan organisasi kurikulum serta sukatan pelajarannya untuk memastikan suatu
kurikulum dapat dilaksanakan dengan jayanya.

Di samping itu, guru harus mempunyai pengetahuan tentang mata pelajaran


pengkhususannya serta mempunyai kemahiran mengajar termasuk menghubungkan
pengetahuan, kemahiran dan nilai di antara satu sama lain, mengendalikan pengajaran bagi
pelajar-pelajar pelbagai kebolehan, serta mempunyai ciri-ciri keguruan yang positif dan kreatif
untuk melaksanakan dan manjayakan kurikulum yang terbentuk.

Dalam pelaksanaan dan kejayaan kurikulum, guru harus mengetahui peranannya di


peringkat sekolah iaitu meliputi tugas-tugas seperti menganalisis objektif kurikulum dan isi
kandungannya, menentukan keperluan pelaksanaan seperti melengkapkan diri dengan kemahiran
mengajar dan penyediaan bahan- bahan pelajaran, merancang dan melaksanakan pengajaran
mengikut saranan kurikulum serta membuat penilaian untuk mengenal pasti kelemahan dengan
tujuan meningkatkan keberkesanan dalam pelaksanaan kurikulum dengan membuat
pengubahsuaian dalam rancangan mengajar.

Pada masa yang sama, guru juga boleh memilih bahan-bahan tambahan seperti buku
kerja yang sesuai untuk murid-muridnya, melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti kokurikulum
serta menyediakan alat bantu mengajar yang sesuai.

Setiap tugas dan peranan guru yang telah dinyatakan diatas adalah bertujuan untuk
memastikan pelaksanaan kurikulum oleh guru adalah seiring dengan kurikulum yang telah
disediakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dan seterusnya memperkembang potensi
pelajar dari aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial secara keseluruhan dan bersepadu.

2. Pelaksanaan pengurusan dan pentadbiran dengan penyelenggaraan prasarana supaya


kemudahan atau sumber pengajaran dan pembelajaran dapat digunakan secara licin dan
optimum, serta dalam keadaan yang baik dan selamat

Di dalam salah satu strategi untuk merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu
pembangunan insan, perubahan organisasi sekolah ke arah mewujudkan situasi yang sesuai
untuk melahirkan pelajar-pelajar mengikut tujuan dan cita FPK adalah dengan menyediakan
kemudahan dan sumber pengajaran dan pembelajaran supaya pelajar-pelajar mendapat peluang
untuk mengembangkan potensi mereka dari segi intelek, rohani, emosi, sosial dan jasmani,
secara menyeluruh dan seimbang. Sebagai contoh, sistem teknologi yang canggih seperti ICT
telah diperkenalkan bagi penyediaan sistem penyampaian yang berkesan. Manakalah penyediaan
bahan-bahan rujukan, bahan pengajaran dan pembelajaran disediakan agar aktiviti pengajaran
dan pembelajaran dapat dijalankan dengan lebih berkesan, seronok dan bermakna.

Organisasi sumber pengajaran-pembelajaran adalah amat penting untuk aktiviti


pembelajaran dalam bilik darjah. Sekiranya sumber pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik
darjah diorganisasikan dengan baik, teratur dan sistematik, keberkesanan interaksi murid dengan
bahan serta aktiviti pembelajaran akan dapat dipertingkatkan.
Oleh itu, untuk merealisasikan hasrat FPK dan FPG, seorang guru harus melaksanakan
peranannya sebagai seorang pengurus. Antara tugas guru sebagai pengurus ialah mengurus rutin
bilik darjah; mengurus murid-murid supaya menjalankan tugas mereka mengikut jadual bertugas
seperti membersihkan bilik darjah dan menyusun meja-kerusi; mengurus murid-murid supaya
mematuhi segala peraturan bilik darjah; mengurus keadaan fizikal bilik darjah supaya menjadi
lebih kondusif untuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran; dan mengurus bahan-bahan
pengajaran supaya dapat digunakan dengan lebih berkesan.

Kecekapan guru menjalankan tugas sebagai pengurus akan mewujudkan suasana


sosioemosi yang selesa, disiplin kelas yang baik dan keadaan bilik darjah yang kondusif dan
sesuai untuk meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Justeru dengan itu,
untuk menjadi pengurus bilik darjah yang berkesan, seorang guru perlu mengetahui dan
memahami elemen-elemen pengurusan bilik darjah serta berusaha untuk menguasai kemahiran-
kemahiran yang berkaitan dengan pengurusan bilik darjah.

3. Pelaksanaan perhubungan dengan masyarakat dengan mewujudkan perkongsian pintar (smart


partnership) di antara sekolah dengan masyarakat supaya melahirkan semangat kerjasama demi
dapat membantu pembangunan sekolah, baik dalam sumber kewangan mahupun tenaga yang
diperlukan

Mengikut Yang Berbahagia Dato Hj. Abdul Rafie Bin Mahat, Bekas Ketua Pengarah
Pendidikan Malaysia di dalam kertas kerjanya yang bertajuk “Pengukuhan dan Peningkatan
Kualiti Pendidikan Dan Profesionalisme Keguruan” menyatakan:

“Hubungan tiga dimensi iaitu sekolah, rumah dan komuniti perlu diberi penekanan.
Ketiga-tiga entiti ini perlu ada hubungan yang mantap dan akrab kerana kejayaan sistem
pendidikan negara bergantung kepada sejauh mana ketiga-tiga elemen ini dapat berfungsi, saling
melengkapi dan bantu membantu antara satu sama lain.

“Saranan beliau itu amat jelas menyatakan bahawa sesebuah institusi pendidikan tidak
boleh wujud bersendirian. Hubungan tiga dimensi yang disebut oleh beliau menerangkan bahawa
permuafakatan dan perkongsian bijak penting untuk membawa kejayaan kepada sesebuah sistem
pendidikan pada masa kini.
[Mohd, 2004] Dalam usaha mencapai cita-cita sekolah dan negara, konsep perkongsian
dalam pendidikan cuba mencapai matlamat supaya masyarakat dapat mengambil berat terhadap
anak-anak mereka di sekolah. Permuafakatan dan kerjasama sekaligus akan menunjukkan
keprihatinan mereka terhadap usaha membentuk dan mendidik generasi pada masa akan datang.
Matlamat yang berkaitan dengan konsep ini adalah:

(i) mewujudkan permuafakatan dan perkongsian pintar yang mantap dan akrab
antara pihak sekolah, rumah dan komuniti supaya sistem pendidikan mencapai
kejayaan;
(ii) penglibatan masyarakat amat penting dalam membentuk dan mendidik
generasi masa depan; dan
(iii) masyarakat dapat menjayakan hasrat murni ini melalui sumbangan idea,
tenaga, bahan atau peralatan serta wang ringgit. Namun suatu hakikat yang
tidak dapat dielakkan bahawa pelaksanaan konsep ini hanya akan berjaya jika
pihak sekolah yang memainkan peranan sebagai pencetus atau penggerak ke
arah permuafakatan dan perkongsian pintar.

[Epstein, 1995] Jika pendidik melihat murid-murid sebagai seorang anak, mereka
cenderung untuk melihat keluarga dan komuniti sebagai rakan kongsi dengan sekolah dalam
perkembangan dan pendidikan kanak-kanak. Rakan kongsi mengenalpasti minat dan
tanggungjawab yang sama terhadap kanak- kanak, dan mereka bekerjasama untuk mewujudkan
program serta peluang yang lebih baik kepada murid-murid ini. Apabila ibu bapa, guru-guru,
pelajar dan masyarakat lain melihat di antara satu sama lain sebagai rakan kongsi di dalam
pendidikan, wujud suatu komuniti yang mengambil berat.

Oleh itu, guru perlu melaksanakan perhubungan dengan masyarakat dengan mewujudkan
perkongsian pintar (smart partnership) di antara sekolah dengan masyarakat supaya melahirkan
semangat kerjasama demi dapat membantu pembangunan sekolah, baik dalam sumber kewangan
mahupun tenaga yang diperlukan.

Sebagai seorang pendidik, guru perlu mewujudkan hubungan komunikasi yang baik
dengan para ibu bapa. Guru mestilah menghormati para ibu bapa kepada murid-muridnya serta
berusaha mewujudkan hubungan mesra dan kerjasama yang erat di antara institusi pendidikan
dengan rumah tangga tanpa mengira kedudukan sosial dan ekonomi ibu bapa pelajar. Guru juga
perlu membina kepercayaan ibu bapa terhadap para guru dengan tidak memberikan maklumat
keadaan keluarga atau murid (yang diberikan oleh ibu bapa) kepada orang yang tidak berhak.

Selain itu, guru juga perlu menghormati masyarakat setempat dan memenuhi segala
tanggungjawab sebagai seorang warganegara dan sentiasa sanggup mengambil bahagian dalam
sebarang kegiatan masyarakat. Guru juga perlu menggalakkan kerjasama dan persefahaman di
antara guru dengan ibu bapa, institusi pendidikan dengan masyarakat. Masyarakat, terutamanya
ibu bapa pelajar, sepatutnya dijemput untuk menyertai sebarang aktiviti-aktiviti sekolah supaya
dapat meningkatkan kesedaran masyarkat, khasnya ibu bapa mengenai peranan mereka dalam
menjayakan hasrat FPK.

4.Melengkapkan diri dengan pengetahuan am dan pengetahuan dalam mata pelajaran, serta
pengetahuan ikhtisas keguruan.

Untuk menyampaikan pelajaran dengan yakin dan menyebarkan ilmu yang lengkap, guru
harus memperoleh ilmu pengetahuan yang luas serta mendalam tidak kira dalam mata pelajaran
yang diajar maupun pengetahuan am. Objektif ini hanya boleh dicapai apabila guru sentiasa
membaca buku ilmiah serta peka terhadap peristiwa-peristiwa yang berlaku di sekeliling melalui
suratkhabar, radio, televisyen dan internet.

Selain pengetahuan am dan pengetahuan dalam mata pelajaran, seorang guru juga perlu
melengkapkan diri dengan pengetahuan ikhtisas keguruan. Ikhtisas ialah suatu pekerjaan yang
biasanya memerlukan latihan dan pendidikan yang mendalam. Mengajar pula ialah sesuatu
pekerjaan yang melibatkan intelek dan tindakan yang cekap. Guru perlu sentiasa belajar, berfikir,
merancang dan menilai murid-muridnya. Di samping itu, beliau mesti mempunyai pengetahuan
yang luas, kemahiran dan kaedah penyampaian yang cekap serta mempunyai sahsiah yang elok
dan bersikap dedikasi dalam pekerjaan mengajar.

Pelbagai jenis ilmu pengetahuan seperti ilmu psikologi kanak-kanak, ilmu kaedah
mengajar, ilmu kurikulum, dan sebagainya dapat diperolehi dalam meningkatkan pengetahuan
ikhtisas keguruan. Selain membaca buku ilmiah, pengetahuan ini dapat diperolehi dengan
menyertai seminar pendidikan dan menghadiri Kursus Dalam Perkhidmatan. Pengetahuan ini
dapat meningkatkan prestasi guru dalam aktiviti pengajaran dan seterusnya menghasilkan
pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dalam memenuhi hasrat FPG dan FPK.

5.Menyemai dan memupuk nilai-nilai murni dan etika keguruan kepada diri dan pelajar selaras
dengan tuntutan FPG

Konsep nilai dalam konteks pendidikan adalah berkait dengan moral, prinsip atau
kelakuan orang, khasnya pelajar-pelajar di sekolah. Salah satu cara untuk membentuk nilai moral
yang baik, wajar dan diingini ialah melalui contoh teladan.

Guru perlu memainkan peranan sebagai ibu bapa kepada murid-muridnya dalam
membentuk sahsiah dan kelakuan mereka sesuai dengan nilai dan norma masyarakat. Tingkah
laku guru adalah contoh teladan kepada murid-murid. Oleh itu, guru haruslah mempunyai sifat-
sifat yang terpuji yang boleh menjadi teladan kepada murid-murid untuk dicontohi. Sebagai
contoh, guru haruslah sentiasa berpakaian kemas, berkelakuan baik, bersopan santun, berbudi
bahasa, sentiasa menepati masa, rajin dan mempunyai sikap positif terhadap tugas- tugasnya.
Sehubungan dengan ini, guruharuslah berusaha menyemai dan memupuk nilai-nilai murni dan
etika keguruan kepada diri sendiri terlebih dahulu.

6.Menyempurnakan tanggungjawab dan akauntabiliti sebagai insan guru yang sentiasa mencari
ilmu serta mengamalkannya bagi memenuhi tuntutan keperluan pendidikan dan masa depan

Mengikut Kamus Dwibahasa, perkataan “akauntabiliti” dihuraikan sebagai


bertanggungjawab kepada seseorang atau bertanggungjawab terhadap sesuatu. Di bawah konteks
keguruan, akauntabiliti boleh dirumuskan sebagai bertanggungjawab terhadap profesionalisme
keguruan.

Sebagai seorang pendidik, guru bertanggungjawab untuk sentiasa mencari ilmu serta
mengamalkannya bagi memenuhi tuntutan keperluan pendidikan dan masa depan. Ilmu
pengetahuan merupakan alat yang utama dan mengandungi nilai yang berharga kepada manusia
kerana ilmu dapat mengubah diri manusia daripada jahil kepada berpengetahuan, bebal kepada
cerdik, mundur kepada maju dan derita kepada bahagia. Seorang guru yang berilmu pengetahuan
bukan saja memperolehi pengetahuan, kebenaran dan keyakinan, tetapi sanggup untuk
menggunakan ilmunya demi menegakkan kebenaran dan keadilan serta memberi sumbangan
yang bermakna kepada keluarga, masyarakat dan negara.

Salah satu matlamat pendidikan mengikut FPK ialah melahirkan rakyat Malaysia yang
berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan
mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran
masyarakat dan negara. Oleh itu, guru yang mengamalkan ilmu akan sentiasa memberi
sumbangan yang bermakna bagi memastikan matlamat FPK dapat dicapai.

7.Mengamalkan pengajaran dan pembelajaran selaras dengan hasrat FPG, khasnya


mengembangkan individu dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik,
progresif dan berdisiplin

Selain daripada perkembangan potensi individu secara menyeluruh dan seimbang, proses
pendidikan Malaysia juga diharapkan dapat mencapai matlamat pendidikan untuk melahirkan
rakyat yang bersatu patu, demokratik, progresif dan berdisiplin. Dengan kata lain, melahirkan
rakyat yang memiliki sikap kenegaraan.

Sebagaimana yang telah diketahui, unsur-unsur kenegaraan telah tersisip dalam semua
mata pelajaran sama ada di bawah rancangan KBSR atau KBSM. Peranan guru pula ialah
menonjolkan sikap kenegaraan, khasnya cinta dan taat setia kepada negara, semasa menjalankan
aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam kelas.

[Mok, 2008] Peneguhan pembentukan sikap kenegaraan boleh dilaksanakan secara


langsung apabila guru mengajar dalam mata pelajaran seperti Pendidikan Moral, Sejarah, Bahasa
Melayu dan sebagainya, atau secara tidak langsung apabila murid-murid menjalankan aktiviti
kumpulan di mana murid-murid akan dilatih mengamalkan sikap-sikap seperti kerjasama,
tolong- menolong, hormat-menghormati, tanggungjawab dan toleransi.

Guru sebagai patriot memainkan peranan yang penting dalam membina satu budaya yang
berteraskan perpaduan. Oleh itu, guru harus menekankan unsur perpaduan (patuh kepada
ideologi Rukun Negara) dalam semua aktiviti pengajaran dan pembelajaran termasuk aktiviti
kokurikulum.
http://www.scribd.com/doc/34264238/Falsafah-Pendidikan-Kebangsaan-FPK

http://www.scribd.com/doc/16308656/1-Asas-Falsafah-Pendidikan-Kebangsaan

http://amaljaya.com/guru/pedagogi-kpli/

http://www.scribd.com/doc/40507625/Guru-FPK

You might also like