Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 8

rempah-ratus dalam bahasa Inggeris: spices

Definisi :

Rempah ialah bahan perisa makanan yang terdiri daripada bermacam-macam campuran seperti kulit
kayu jati,kayu balak,kulit kayu manis, cengkih, buah pelaga, jintan manis, dan lain-lain. Manakala
maksud rempah-ratus ialah mana-mana daripada beberapa jenis bahan sayuran yang digunakan
untuk merencah masakan ataupun makanan.

Dalam tatabahasa Bahasa Melayu, perkataan rempah-ratus merupakan kata ganda berentak bebas,
iaitu yang terbentuk berdasarkan rentak bunyi, tetapi tidak melibatkan ciri-ciri persamaan bunyi.

https://makna.online/rempah-ratus/

PENGENALAN REMPAH RATUS

Rempah ratus telah di definisikan sebagai mana-mana daripada beberapa jenis bahan sayuran yang
digunakan untuk merencah masakan atau pun makanan. Definisi ini telah diambil dari kamus
Webster’s New Twentieth Century.

Lazimnya rempah ratus ini dikeringkan terlebih dahulu sebelum digunakan supaya boleh disimpan
lama dan tidak berkulat atau rosak. Ia mempunyai aroma dan rasa serta perisa yang tersendiri dalam
pembuatan makanan agar rasa sedap apabila dimakan.
https://rempahratuswannura.wordpress.com/2010/07/30/pengenalan-rempah-ratus/

https://www.cikguzamrud.com/latar-belakang-dan-contoh-rempah-ratus-di-malaysia/

Rempah ratus di definisikan sebagai mana-mana daripada beberapa jenis bahan sayuran yang
digunakan untuk membuat makanan atau pun masakan.

Sejak dahulu di Tanah Melayu, terdapat pelbagai banyak macam rempah. Pedagang dan orang luar
negara yang berhijrah ke Tanah Melayu memperniagakan barangan mereka dengan rempah Melayu.
Pada abad ke 14, warga Indonesia berhijrah ke Tanah Melayu kerana ingin meluaskan perniagaan
mereka ke pasaran antarabangsa. Mereka yang datang daripada pelbagai daerah di Indonesia
membawa barangan yang berbeza-beza untuk diperniagakan. Sebagai contoh, masyarakat dari
Sumatera membawa barangan seperti emas dan rempah, dari Pulau Jawa membawa bahan
makanan, dari Maluku membawa bunga cengkih dan dari Pulau Banda membawa buah pala.

Sejarah perkembangan rempah ratus dengan perkembangan manusia dimana manusia telah
menggunakan tumbuhan dalam kehidupan harian sejak dari zaman dahulu lagi. Tidak ada komoditi
lain yang memainkan peranan utama dalam pembangunan peradaban modern selain rempah ratus.
Rempah ratus digunakan sebagai bahan pengawet yang dapat membunuh pertumbuhan bakteria.
Kebanyakan rempah ini juga digunakan untuk tujuan lain seperti perubatan, kosmetik, pewangi atau
dimakan sebagai sayuran.Kegunaan utama rempah ratus ialah untuk perisa makanan. Rempah ratus
digunakan sebagai bahan masakan dalam pelbagai hidangan melayu. Ciri utama masakan tradisional
melayu ialah penggunaan rempah ratus yg banyak.

http://bmzsazsa.blogspot.com/2012/02/rempah-ratus-bahagian-i.html
Kayu Manis - Cinnamon

Kulit kayu manis dari segi saintifiknya dikenali dengan nama Cinnamomum zeylanicum dan berasal
dari keluarga Lauracea. Ia juga dikenali sebagai : Jou Kuei, Yuk Gwai, Illavangam.Didalam masakan
ianya banyak digunakan sebagai penumis untuk kari,rendang dan sebagainya

Didalam perubatan ianya berfungsi memanas dan mengering, dari itu sesuai diamalkan bagi
megubati selesema serta melancarkan pengaliran darah. Ia dikunyah bagi mengeringkan hingus.
Amalan membancuh susu yang dicampur dengan sedikit serbuk kulit kayu manis juga berkesan
untuk meredakan sakit itu. Kesannya lebih lembut daripada halia tetapi tindakannya lebih keras.
Kedua-dua herba itu seringkali direbus bersama-sama bagi menghasilkan minuman yang melegakan
bagi mengatasi masalah lenguh-lenguh badan, terutamanya dibahagian kaki, tangan, lutut dan
pinggang berpunca daripada kesejukkan. Air rebusan kulit kayu manis dan halia juga sesuai
diamalkan oleh kaum wanita yang sering mengalami senggugut atau kesakitan

dibahagian ari-ari dan kaki. Disamping itu ia juga boleh digunakan untuk berkumur untuk mengubati
sakit gusi dan juga menghilangkan masalah pernafasan berbau

Ketumbar - Coriander

Daun Ketumbar dikenali di barat sebagai Cilantro. Kadang-kadang ia juga dipanggil Chinese Parsley.
Daun dan biji Ketumbar menyumbang kebaikan yang hampir serupa dari segi perubatan terutama
dalam membantu meredakan ketidakhadaman dan mencegah infeksi pada luka.

Biji Ketumbar telah ditemui dalam kubur Firaun di Mesir. Ia dipercayai digunakan bagi mencegah
ketidakhadaman oleh simati ketika berada dalam alam baru. Beberapa hasil kajian memang didapati
menyokong kegunaan ketumbar untuk meredakan sakit perut yang dialami samada oleh orang
dewasa atau kanak-kanak. Selain itu ketumbar boleh digunakan untuk mereka yang mengalami
perut berangin dan diarea.

Orang Rom purba dikatakan telah menggunakan daun dan biji ketumbar untuk mengawet daging.
Oleh itu ia boleh digunakan untuk mencegah atau meredakan infeksi pada luka. Ini kerana ketumbar
memiliki beberapa jenis fitokimia yang berupaya membunuh bakteria dan virus. Untuk mencegah
infeksi, cuci luka kecil dengan cuka epal yang dicairkan dengan air, kemudian pupuk serbuk biji
ketumbar pada tempat berkenaan.

Kegunaan Terapeutik:

Kegunaan tradisional : masalah penghadaman, hidung tersumbat, perut berangin, infeksi luka,
kencing manis, darah tinggi, arthritis.

Daun dan biji ketumbar memiliki kesan anti-keradangan. Mereka yang mengalami arthritis biasanya
mengalami rasa sakit yang berpunca dari keradangan. Daun dan biji ketumbar boleh diambil bagi
meredakan keradangan tersebut.

Jika anda mula mengalami tanda-tanda demam sejuk atau demam selsema seperti badan seram
sejuk dan hidung tersumbat, anda boleh cuba mengambil teh herba terdiri dari gabungan biji
ketumbar dan jintan manis. Ini kerana ketumbar mempunyai sifat antibakteria dan antivirus . Jintan
manis juga memiliki sifat yang serupa dan ditambah dengan afinitinya pada paru-paru. Walau
bagaimana pun, kedua-dua jenis herba ini tidak sesuai diambil ketika anda mengalami tahap kedua
demam sejuk/selsema yang disertai simtom-simtom seperti suhu badan meningkat, batuk, sakit
sendi dan tubuh.

Buah Pelaga-Cardamon

Buah Pelaga atau "Cardamom" mempunyai rasa dan aroma yang harum dan segar. Selain daripada
penggunaannya dalam resepi masakan, masyarakat Arab di Timur Tengah menggunakan serbuk
Pelaga sebagai penambah perisa di dalam minuman kegemaran mereka seperti kopi, teh dan sirap.
Pelaga merupakan rempah yang paling bernilai di dunia selepas Za’faran. Selain dari menambahkan
rasa di dalam masakan atau minuman kegemaran. Pelaga secara tradisi digunakan untuk pelbagai
tujuan perubatan seperti :

Membantu penyembuhan ‘halitosis’ (nafas berbau) serta menguatkan gusi.Sangat bermanfaat bagi
mereka yang mengidap penyakit asma, bronchitis dan pelbagai penyakit yang berkaitan dengan
alahan pernafasan.Merangsang pencernaan dan bermanfaat bagi mereka yang menderita kembung
perut dan angin.Membantu membersihkan badan dengan adanya ciri nyah toksik
didalamnya.Membantu melegakan asid di dalam perut.
Jintan Manis-Fennel

Jintan manis merupakan sejenis rempah yang selalu digunakna didalam masakan seprti kari, rendang
dan lain lain. Nama sains jintan manis adalah Pimpinella anisum.

Jintan manis banyak khasiatnya. Ia dapat melegakan kesakitan dalam badan, melancarkan aliran
keluar haid, membanyakkan susu dan membuang gas dalam usus. Ia juga boleh digunakan dalam
bentuk serbuk dan disapu di sekeliling mata bagi menguatkan pandangan mata.Selain itu juga,jintan
manis ini dapat membuang lemak di pangkal peha dengan cara rebus jintan manis dengan 5 cawan
air sehingga mendidih,selepas itu biarkan sejuk.Amalkan meminum air rebusan jintan manis ini pagi
dan petang selama empat minggu.

Jintan Putih-Cumin

Jintan putih adalah rempah yang aromatik dengan rasa pahit dan bau yang suam, disebabkan oleh
kandungan minyaknya yang banyak. Name Saintifiknya Cuminum cyminum dan nama Inggerisnya
Cumin, Jintan putih adalah buah kering kecil dari pokok yang berasal dari keluarga pasli. Dalam
masakan Melayu, ia sering diguna bersama jintan manis.

Jintan putih digunakan dalam masakan yang mempunyai kandungan rempah yang banyak. Ia
merupakan salah satu bahan di dalam serbuk kari dan serbuk campuran rempah lain. Ia digunakan
dalam masakan stew dan panggang – terutamanya masakan kambing dan ayam. Ia menambah rasa
ke dalam masakan nasi biasa, kekacang dan kek. Untuk mendapatkan rasa dan aroma sepenuhnya,
panggang jintan putih secara perlahan dan sekejap sebelum mencampurkannya ke dalam resipi.

Bunga Cengkih-Clove
Cengkih (bahasa Inggeris: Clove, nama saintifik: Syzygium aromaticum; Eugenia aromatica)
merupakan sejenis tumbuhan yang bunganya digunakan sebagai rempah sejak zaman dahulu lagi. Ia
terdapat dengan banyaknya di Zanzibar, Madagascar dan Indonesia. Rempah cengkih merupakan
kuntum bunga pokok cengkih yang dikeringkan.

Pokok Cengkih di Lindungan (Protectorate) Zanzibar, yang merupakan asas ekonomi pulau tersebut,
dan merupakan sembilan per sepuluh bekalan dunia, kini diancam penyakit mati mengejut. Pada
tahun 1950, ia kini dianggarkan sekurang-kurangnya separuh pokok cengkih di Pulau Zanzibar
telahpun mati akibat penyakit mati mengejut, dan di pulau Pemba terdapat sekurang-kurangnya dua
ribu wabak. Pokok tersebut kini semakin merebak semakin luas sejak tarikh tersebut

Bunga cengkih mengeluarkan aroma, digunakan sebagai rempah dalam beberapa jenis masakan dan
ia boleh juga dimakan bersama daun sirih bagi menambah rasa manis dan lebih enak. Minyak
cengkih digunakan dalam perusahaan membuat ubat-ubatan dan minyak wangi. Di sesetengah
negara seperti Indonesia, cengkih dicampurkan dengan tembakau dalam rokok.

https://www.alaf21.com.my/info-Artikel/462/Mengenali-Rempah-Ratus

https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2019/08/14/jintan-manis-dan-fungsinya-
yang-bukan-sekadar-rempah-dapur/

https://www.rasa.my/menu-berasaskan-kulit-kayu-manis/

Manfaat dan khasiat kulit kayu manis

1 . Tinggi Antioksidan

Kayu manis dibungkus dengan pelbagai antioksidan pelindung yang mengurangkan kerosakan radikal
bebas dan memperlahankan proses penuaan.

Terbukti lebih tinggi dalam antioksidan daripada rempah lain yang lain, termasuk bawang putih ,
thyme, rosemary dan oregano.

Antioksidan yang berbeza yang terdapat di kayu manis membantu meneutralkan radikal bebas
berbahaya di dalam badan dan mencegah tekanan oksidatif.

2. Melegakan Keradangan

Antioksidan dalam kayu manis boleh membantu melegakan keradangan, yang boleh membantu
mengurangkan risiko penyakit jantung, penurunan kognitif dan lain-lain.
Kajian menunjukkan bahawa kayu manis membantu mengurangkan kesakitan otot, mengurangkan
kesakitan haid , mengurangkan keparahan reaksi alergi dan membantu melegakan gejala kesakitan
yang berkaitan dengan usia yang lain.

3. Melindungi pesakit jantung

Mempunyai keupayaan untuk mengubati dan meningkatkan kesihatan pesakit jantung dan strok.

Boleh mengurangkan faktor sakit jantung iaitu menurunkan paras kolestrol, tahap trigliserida tinggi
dan tekanan darah tinggi.

Kayu manis juga meningkatkan peredaran dam memperbaiki tisu jantung dan bagus untuk
mengembalikan sel tisu jantung membantu memerangi serangan jantung dan terkena strok.

4. Menstabilkan gula darah

Kayu manis sangat terkenal dengan kesan anti-diabetes dan salah satu makanan yang sesuai untuk
pesakit kencing manis.

Ia boleh mengurangkan tahap gula dalam darah dan meningkatkan sensitiviti terhadap hormon
insulin yang membantu perjalanan gula dalam darah ke tisu untuk menjaga kadar gula darah
seimbang.

Kayu manis untuk penyakit kencing manis boleh membantu menyekat aktiviti beberapa enzim
pencernaan untuk melambatkan penyerapan gula di dalam aliran darah selepas makan karbohidrat
tinggi.

5. Mengekalkan Fungsi Otak

Ia boleh meningkatkan fungsi otak dan boleh membantu mempertahankan terhadap perkembangan
gangguan saraf seperti penyakit Parkinson dan Alzheimer.

Mengurangkan risiko keradangan dan kerosakan sel dalam model haiwan, yang dapat membantu
memelihara fungsi otak dan mencegah penurunan kognitif.

6. Boleh Membantu Menurun Risiko Kanser

Kayu manis kini sedang disiasat sebagai makanan yang melawan kanser semulajadi kerana
kebolehan antioksidannya yang kuat dan boleh menjadi suplemen yang berguna bagi mereka yang
mempunyai risiko kanser yang lebih tinggi.

7. Membantu melebatkan rambut

Untuk meningkatkan pertumbuhan rambut dan meningkatkan peredaran kulit kepala.

Sapukan serbuk kulit kayu manis ini sekali dalam seminggu untuk pertumbuhan rambut yang lebih
baik dan rambut gugur akan berkurangan.
8. Mengoptimumkan kebersihan mulut

Memberi manfaat kebersihan mulut dan boleh melindungi terhadap beberapa bakteria tertentu
yang menyebabkan nafas berbau , kerosakan gigi , rongga dan jangkitan mulut.

Digunakan sebagai bahan perasa semulajadi dalam mengunyah gusi kerana rasa yang menyegarkan.

Kayu manis juga telah digunakan secara tradisional sebagai serbuk gigi dan ubat alami untuk sakit
gigi , masalah pergigian dan mulut.

9. Mencegah Candida

Berkesan dalam merawat dan mencegah pertumbuhan Candida dalam saluran penghadaman.

Manfaat kesihatan kayu manis yang lain adalah membantu mengawal paras gula darah ; diet tinggi
dalam karbur halus boleh meningkatkan jumlah gula dalam saluran pencernaan dan mungkin
dikaitkan dengan peningkatan risiko Candida.

10. Manfaat Kesihatan Kulit

Manfaat kayu manis yang berpotensi untuk kulit berakar dalam sifat antibiotik yang boleh
membantu melindungi kulit daripada kerengsaan, ruam, reaksi alahan dan jangkitan.

Meningkatkan kesihatan kulit dan lebih bermanfaat untuk jerawat , rosacea dan alergi kulit.

Menerapkan minyak pati kayu manis terus ke kulit boleh membantu mengurangkan keradangan,
bengkak, sakit dan kemerahan.

You might also like