Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 1

KOLEKSI SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BM SPM 2019

KERTAS 2 NOVEL

SONGKET BERBENANG EMAS


Novel yang saya kaji di Tingkatan 5 ialah novel Songket Berbenang Emas
karya Khairuddin Ayip. Tema novel ini adalah tentang kegigihan seorang gadis
dalam menempuhi berbagai-bagai cabaran dan dugaan hidup.
Bukti yang pertama ialah kegigihan cucu berhadapan dengan sikap
buruk sangka neneknya. Dahlia gigih berhadapan dengan sikap buruk sangka
nenek terhadap dirinya. Nek Kiah menuduh Dahlia pembawa sial dan perempuan
murahan kerana membawa lelaki pulang. Apabila Nek Kiah jatuh sakit, Dahlia dan
adik-adiknya menjaga Nek Kiah di hospital secara bergilir-gilir.
Bukti yang kedua ialah kegigihan anak menghadapi masalah kesihatan
ibunya. Dahlia gigih menghadapi masalah kesihatan ibunya, Saleha yang
bersikap kurang siuman dan terpaksa dihantar ke Hospital Batu Pahat dan
Hospital Permai di Johor Bahru untuk rawatan pemulihan. Ibu Dahlia sering
bercakap sendirian dan sesekali ketawa di kebun getah dan merayau-rayau tidak
tentu arah apabila menjelang senja. Masalah kesihatan ibunya ini menyebabkan
Dahlia perlu memikul tanggungjawab untuk menjaga adik-adiknya.

TIRANI
Novel yang saya kaji di Tingkatan 5 ialah novel Tirani karya Beb Sabariah.
Tema novel ini ialah kecantikan fizikal bersifat sementara tetapi ilmu yang
dimiliki seseorang dapat melindungi kelemahan diri.
Bukti yang pertama ialah kecantikan fizikal menyebabkan seseorang itu
menjalani pembedahan. Waheeda yang mahu kelihatan cantik sanggup
menjalani pembedahan kosmetik selepas diserang oleh seekor monyet Belanda.
Waheeda telah dicederakan oleh monyet Belanda pada bahagian muka dan
hidungnya menyebabkan Dr. Zakaria menjahit luka pada kulit pipi dan hidung
Waheeda.
Bukti yang kedua ialah kecantikan fizikal menyebabkan isteri diceraikan
oleh suaminya. Kecantikan wajah yang dimiliki oleh Waheeda menyebabkan
Waheeda banyak kenalan lelaki sehinggakan Zahid menuduh Waheeda
mempunyai hubungan dengan Dawood selepas menemukan mereka di dalam
bilik chalet Tajau Emas. Zahid cemburu apabila melihat kemesraan Waheeda
dengan semua pelanggan di chalet tersebut. Sikap cemburu Zahid ini
menyebabkan Waheeda diceraikan olehnya.

MUKA SURAT 303 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)

You might also like