Teks Ucapan Majlis Ramah Mesra Jaip-Chini

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

MAJLIS RAMAH MESRA PENGERUSI JAWATANKUASA HAL EHWAL AGAMA ISLAM, PELAJARAN DAN KESIHATAN NEGERI PAHANG BERSAMA

WARGA SAR/KAFA KAWASAN CHINI

BI ATUCARA DAN SKRIP CATATAN


L
KETIBAAN TETAMU KEHORMAT
1
Mengumumkan ketibaan Yang Berhormat Dato’ sri Syed Ibrahim bin Syed Ahmad dengan diiringi oleh dif-dif kehormat. Hadirin
diminta berdiri

NYANYIAN LAGU NEGARAKU DAN LAGU NEGERI PAHANG


2
Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku/Pahang
(selepas nyanyian)
Hadirin-dadirat dipersilakan duduk

BACAAN DOA
4
Bagi memberkati dan memuliakan majlis, marilah sama-sama kita menadah tangan bermunajat, memohon berkat agar majlis
mendapat rahmat. Untuk itu, dipersilakan Tuan Haji ……………………….., guru KAFA SAR Felda…….untuk memimpin
bacaan doa.

Terima kasih diucapkan kepada  Tuan Haji ……….. atas bacaan doa sebentar tadi.

UCAPAN ALU-ALUAN PENGERUSI


5
Yang Berhormat Dato’ sri Syed Ibrahim bin Syed Ahmad
Pengerusi Jawatankuasa hal Ehwal Agama Islam, Pelajaran dan Kesihatan Negeri Pahang.

Yang Hormat Tuan Haji Mohamad bin Abdul Rahman


Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pendidikan, Jabatan Agama Islam Pahang
Yang Hormat Tuan Haji Aris
Qadhi Daerah Pekan

Yang Hormat …….…..


Guru Besar SAR KAFA Chini…..

Barisan pengetua-pengetua

Seterusnya guru-guru dan warga kerja KAFA yang dikasihi sekalian.

Al-hamdulillah, marilah sama-sama kita melafazkan setinggi ucapan kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana dengan Izin Kasih-Nya
pada pagi Jumaat yang barakah ini kita dapat sama-sama berkumpul bagi melangsungkan Majlis Ramah Mesra BERSAMA
WARGA SAR/KAFA KAWASAN CHINI

Bagi seluruh warga Jabatan Agama Islam Pahang, kami mengalu-alukan kehadiran Yang Berhormat Dato’ sri Syed Ibrahim bin Syed
Ahmad, dif-dif kehormat serta para tetamu sekalian  ke majlis kita pada pagi ini.
UCAPAN GURU BESAR SAR/KAFA
7
Warga dewan yang dihormati

Tirai ucapan pada pagi hari ini dimulakan dengan ucapan daripada Yang Hormat …….…... , Guru Besar SAR/KAFA….Untuk
itu majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Yang Berusaha Tuan Haji ………untuk menyampaikan ucapan.

Terima kasih diucapkan kepada  tuan pengetua atas ucapan sebentar tadi.

UCAPAN KETUA PENOLONG PENGARAH BAHAGIAN PENDIDIKAN


10
Warga dewan yang budiman,

Agenda majlis diteruskan dengan ucapan dari Yang Hormat Tuan Haji Mohamad bin Abdul Rahman,
Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pendidikan, Jabatan Agama Islam Pahang untuk menyampaian ucapan.
Majlis mempersilakan

Majlis merakamkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada Tuan Haji Mohamad atas ucapan sebentar tadi.

UCAPAN KETUA PENOLONG PENGARAH BAHAGIAN PENDIDIKAN

Seterusnya marilah kita mendengar amanat berharga dari Yang Berhormat Dato’ sri Syed Ibrahim bin Syed Ahmad
Pengerusi Jawatankuasa hal Ehwal Agama Islam, Pelajaran dan Kesihatan Negeri Pahang.

Majlis dengan sukacitanya mempersilakan

Majlis merakamkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada Yang Berhormat Dato’ sri Syed Ibrahim atas ucapan sebentar tadi.

PENYAMPAIAN CENDERAHATI KEPADA YANG BERHORMAT DATO’ SRI SYED IBRAHIM


13

Sebagai tanda kenang-kenangan kepada buat Yang Berhormat Dato Sri Syed Ibrahim bin Syed Ahmad, majlis dengan ini
mempersilakan Hormat Tuan Haji Mohamad bin Abdul Rahman, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pendidikan, Jabatan
Agama Islam Pahang dengan diiringi oleh guru besar SAR/KAFA Chini…….Karim untuk menyampaikan cenderahati kenang-
kenangan  kepada Yang Berhormat Dato’.

Majlis merakamkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih buat Tuan Haji Mohamad dan Tuan Haji…..atas kesudian
menyampaikan cenderahati kenang-kenangan buat Yang Berhormat Dato Sri Syed Ibrahim
PENUTUP
14
Maka majlis kita telah sampai ke penghujungnya. Sekalung apresiasi sekali lagi diucapkan kepada Yang Berhormat  Dato Sri
Syed Ibrahim bin Syed Ahmad serta dif-dif kehormat atas kesudian hadir ke majlis yang bermakna ini.

Majlis dengan ini menjemput tetamu kehormat tetamu untuk menjamu selera di meja yang telah disediakan. Untuk semua hadirin
dan hadirat sekali, dipersilakan untuk mengambil makanan di dalam bungkusan yang telah disediakan.

Sekian terima kasih, wassalamualaikum Warahmatullah hiwabarakatuh..Siru ala barakatillah

You might also like