Teks Ucapan Pengetua Sempena Sambutan Kemerdekaan 2014

You might also like

Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 4

SMK METHODIST (ACS)

JALAN SEKOLAH
34200 PARIT BUNTAR
PERAK DARUL RIDZUAN

SEMPENA
MAJLIS PELANCARAN BULAN
SAMBUTAN KEMERDEKAAN KALI
KE 57 DAN SAMBUTAN HARI
MALAYSIA

TEMA
”MALAYSIA...DI SINI LAHIRNYA
CINTA”
SELAMAT PAGI DAN SALAM KEMERDEKAAN KEPADA SEMUA
WARGA SMK METHODIST, PARIT BUNTAR
Terima kasih kepada pengerusi majlis,

Yang Berusaha, Tn Hj Rosli Ahmad Shairazi, Penolong Kanan Pentadbiran


En Saravanan a/l Muniandy, PK Kokurikulum
En Mohd Saleh bin Ramli, PK HEM
Guru-guru Kanan, guru-guru dan para murid yang saya kasihi sekalian.

Pada pagi yang ceria ini dan ditambah pula dengan cuaca yang sangat
baik , saya gembira kita dapat menzahirkan Majlis Pelancaran Bulan
Kemerdekaan kali ke 57 yang bertemakan ” MALAYSIA...DI SINI
LAHIRNYA CINTA
Walaupun majlis ini dibuat serba ringkas, harapan saya murid dapat
menghayati inti pati tema sambutan kemerdekaan kali ini dan bersama-sama
kita berganding bahu merealisasikan bulan kemerdekaan ini dengan menyertai
aktiviti-aktiviti yang akan dianjurkan oleh pihak sekolah.

Guru-guru dan murid-murid sekalian,

Kita semua sedia maklum bahawa Sambutan Bulan Kemerdekaan


merupakan acara tahunan bagi kalendar sekolah selaras dengan aspirasi negara
bagi membentuk rakyat Malaysia yang amat menghargai nilai kemerdekaan
bagi sesebuah negara. Manakala, sambutan Hari Malaysia pula, merupakan
sambutan rasmi negara dalam usaha kerajaan untuk mempertingkatkan lagi
semangat perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia di bumi yang bertuah ini.
Selain sebahagian besar daripada murid mungkin hanya menilai kedua-dua
sambutan tersebut sebagai cuti umum, hakikatnya jauh daripada itu, kedua-dua
perayaan yang pada tahun ini diraikan serentak khusus bagi menanam semangat
patriotik yang menebal dalam kalangan rakyat khususnya generasi muda. .

Kita bertuah kerana warga SMK Methodist (ACS) ini. baik guru-guru mahupun
murid-muridnya terdiri daripada pelbagai kaum. “Sudah terang lagi bersuluh”
elemen perpaduan telah lama terpahat kukuh di bumi SMK Methodist ini. Cuma
kita patut tingkatkan lagi usaha bagaimana untuk mengukuhkan lagi perpaduan
dalam kalangan kita kerana tanpa perpaduan tidak mungkin kemerdekaan ini
dapat diisi dengan sebaiknya. Sekarang, “tepuk dada tanya selera” segalanya
telah tersedia, terpulang kepada kita bagaimana untuk menjalankannya.

Guru-guru dan murid-murid sekalian,

Pelbagai program akan diatur sepanjang Bulan kemerdekaan, cuma


mungkin kita akan hadapi sedikit kekangan kerana TAKWIM sekolah juga diisi
dengan Peperiksaan Percubaan SPM yang akan bermula pada 22 hb ini dan
Percubaan PT3 yang akan bermula pada 2hb September. Mungkin kita tidak
dapat mengadakan sambutan Ambang Kemerdekaan kerana kekangan masa,
namun kita mungkin mengaturkan sambutan Hari Malaysia selepas tamat
Percubaan SPM nanti.
Harapan saya seluruh warga SMK Methodist (ACS) mengorak langkah sederap
bersama-sama membangunkan modal insan berlandaskan kejayaan generasi
terdahulu dalam memperjuangkan serta memperkukuh nilai kemerdekaan tanah
air kita ini. Atas jerih payah generasi dahululah maka kemerdekaan dan
pembangunan yang kita kecapi hari ini mampu seiring dengan negara-negara
lain dan semakin gah di persada dunia.
Akhir kata, dengan sukacitanya saya MERASMIKAN MAJLIS
PELANCARAN BULAN KEMERDEKAAN DAN HARI MALAYSIA
SMK MEHODIST BAGI TAHUN 2014

You might also like