Perhubungan Awam

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 7

SCCA 2073 FOODPANDA CASE

UNIT PENDIDIKAN JARAK JAUH


PUSAT PENDIDIKAN PROFESIONAL DAN LANJUTAN (PACE)
UNIVERSITY UTARA MALAYSIA

SCCA 2073
PERHUBUNGAN AWAM

TUGASAN KUMPULAN :

FOODPANDA CASE

DISEDIAKAN UNTUK :

PUAN HAZMILAH HASSAN

DISEDIAKAN OLEH :

FADZILAH MUNIRAH BINTI ABU HASSAN - 266898

MEERAKUMARY A/P SUBRAMANIAM - 265992

JANE ANGELIA A/P GEORGE - 265946


SCCA 2073 FOODPANDA CASE

TABLE OF CONTENT

PENGENALAN ORGANISASI………………………………………………… 1-2

ISU/MASALAH………………………………………………………………… 2-3

ANALISIS KRITIKAL…………………………………………………………. 3-4

KESIMPULAN……………………………………………………………………. 4

RUJUKAN……………………………………………………………………….. 5
SCCA 2073 FOODPANDA CASE

PENGENALAN ORGANISASI (FOODPANDA)

Foodpanda (dijenamakan sebagai foodpanda) ialah sebuah pasaran


penghantaran makanan mudah alih dari Jerman yang beribu pusat di Berlin, Jerman,
berurusan di 10 buah negara dan wilayah.Perkhidmatan ini membenarkan pengguna
untuk memesan dah menempah makanan dari restoran dan kedai makan tempatan
melalui aplikasi telefon juga dari laman sesawang. Syarikat tersebut telah berkongsi
khidmat dengan 27,095 restoran di 193 buah bandar dan mempunyai lebih daripada
15,733 penghantar pesanan. Firma tersebut telah diperoleh Delivery Hero pada awal
bulan Disember 2016. Perniagaan Foodpanda di India diperolehi sebuah syarikat
pengagregat teksi India bernama Ola pada 29 Disember 2017 dengan sejumlah wang
yang tidak didedahkan.

Kumpulan Foodpanda diasaskan oleh Ralf Wenzel, Rohit Chadda, Ben Bauer,
Felix Plog pada tahun 2012. Perniagaan Foodpanda di Singapura dilancarkan oleh
Lukas Nagel dan Rico Wyder. Dalam bulan Februari 2014, Foodpanda mendapat
saingan di Pakistan dengan syarikat Eat Oye. Pada November 2016 Foodpanda
menjual perniagaan Delivery Club di Rusia kepada mail.ru dengan jumlah sebanyak
$100 juta. Pada Disember 2016, kumpulan Foodpanda diperolehi pesaing Jerman
Delivery Hero. Perniagaan Foodpanda di India diperolehi Ola dengan tawaran semua
saham pada 11 Disember 2017.

Pada 1 November 2017, Foodpanda jenama semula daripada warna jingga ke


merah jambu dengan logo yang dikemas kini di serata dunia. Penjenamaan ini berlaku
selepas pemerolehan oleh syarikat teknologi besar Delivery Hero pada Disember
2016, menukarkan warna jenama mereka daripada jingga kepada merah jambu.
Walaupun logo panda mereka dikekalkan di wajah jenama, ia diubah suai dengan
penampilan yang lebih bulat dan lebih "moden". Menurut syarikat tersebut, logo
baharu ini bertujuan untuk jadi lebih mudah diingati orang ramai. Tambahan pula,
gaya fon (font) Foodpanda juga ditukarkan kepada fon yang lebih sezaman dan
kontemporari, sehaluan dengan impian baharu mereka. Merah jambu juga warna
istimewa syarikat beradik, foodora.

Penjenamaan semula ini akan dilaksanakan serata dunia di 190 bandar


merangkumi 11 buah negara (kecuali India di mana perniagaan mereka dijual kepada
Ola Cabs) termasuklah Singapura, Malaysia, Hong Kong, Filipina, Taiwan dan
Thailand. Tambahan dengan identiti baharu ini, syarikat tersebut juga melancarkan
aplikasi baharu dan bahagian depan dengan nilai tambahan kepada pelanggan, juga
termasuk antara muka yang lebih mesra pengguna atau ciri-ciri seperti penjejak
pesanan dan masa penghantaran dinamik. Dan sebahagian dengan wajah baharunya,
syarikat tersebut harus mengemaskinikan aplikasi, laman sesawang, dan platform
digital yang lain mereka, sebelum maju ke lebih daripada 1,500 restoran perkongsian
di Singapura untuk menukarkan semua cagaran restoran jingga mereka.

Foodpanda memproses dan menghantar pesanan terus ke restoran kongsi, yang


kemudiannya menghantarkan pesanan tersebut kepada pelanggan. Khidmat ini boleh
digunakan melalui laman sesawang dan aplikasi mudah alih.Pelanggan pesan
makanan dengan memasukkan poskod mereka pada laman tersebut dan layar mencari
makanan daripada pelbagai restoran. Pelanggan juga dapat tokok tambahkan pesanan
lain daripada restoran sebelum memasukkan alamat dan terus keluar ke pembayaran.

SCCA 2073 1 FOODPANDA CASE


SCCA 2073 FOODPANDA CASE

Restoran-restoran menerima dan hantarkan pesanan kepada pelanggan. Foodpanda


kirimkan sepucuk SMS untuk mengesahkan pesanan dan anggaran waktu ketibaan.

ISU/MASALAH

Skim baharu yang berkuat kuasa mulai 30 September 2019 kepada semua
penunggangnya di luar Lembah Klang mendapat reaksi yang kurang menyenangkan
daripada rider yang menuntut supaya skim pembayaran lama yang dikira mengikut
jam dikekalkan. Bagaimanapun, tegas Pengarah Urusan Foodpanda Malaysia,
Sayantan Das, skim baharu yang diperkenalkan syarikat tersebut adalah yang terbaik,
malah mampu memberi peluang kepada rider untuk memperoleh pendapatan lebih 50
peratus berbanding sistem lama. Skim baharu yang berkuat kuasa mulai 30 September
2019 kepada semua penunggangnya di luar Lembah Klang mendapat reaksi yang
kurang menyenangkan daripada rider yang menuntut supaya skim pembayaran lama
yang dikira mengikut jam dikekalkan.

Bagaimanapun, tegas Pengarah Urusan Foodpanda Malaysia, Sayantan Das,


skim baharu yang diperkenalkan syarikat tersebut adalah yang terbaik, malah mampu
memberi peluang kepada rider untuk memperoleh pendapatan lebih 50 peratus
berbanding sistem lama. Difahamkan, skim bayaran baru yang diperkenalkan itu tidak
adil kerana didakwa akan mengurangkan pendapatan mereka, meskipun syarikat itu
menafikannya. Nasib yang dihadapi mereka itu bagaimanapun telah membuatkan
orang ramai turut ingin tahu mengenai perkembangan tuntutan pekerja syarikat
tersebut, hingga ada yang secara terbuka menzahirkan sokongan dan simpati kepada
mereka. Mungkin ramai di antara kita tertanya-tanya apakah punca yang
menyebabkan penunggang-penunggang ini mogok?Menurut seorang individu di
Facebook, Khairul Azri mengatakan pada awalnya Food Panda membayar pekerja
mereka dengan gaji RM5/jam pada hari biasa dan RM6/jam untuk hari minggu.

Selepas sudah tiga bulan bekerja, mereka akan menerima kenaikan gaji iaitu
sebanyak RM6/jam (hari biasa) dan RM7/jam (hari minggu). Manakala untuk enam
bulan pula akan dinaikkan kepada RM7.50/jam (hari biasa) dan RM8.50/jam (hari
minggu). Pekerja FoodPanda juga akan mendapat bonus yang mana berjumlah
RM3/pesanan tanpa mengira tempoh masa sudah berkhidmat dengan Food Panda.
Namun pada Mac 2019, Food Panda telah memperkenalkan sistem baharu iaitu, Batch
yang dibahagikan kepada empat kelompok. Berbeza dengan skim pembayaran baru,
pekerja akan mendapat kadar upah dan bonus diperkenalkan. Misalnya, sebelum
kadar upah adalah RM5, kini dinaikkan kepada RM7.

Selain itu, insentif dengan bonus RM100 juga akan diberi selepas mereka
menyelesaikan 60 jam waktu bekerja selama seminggu. Boleh dikatakan, dengan
sistem baru ini mereka boleh dapat pendapatan sehingga RM630 setiap minggu di
samping menerima tambahan RM1 bagi setiap pesanan antara pukul 11 malam hingga
9 pagi setiap hari. Selain menerima bonus tambahan antara 30 September dan 6
Oktober apabila mereka menyelesaikan penghantaran minimum 80 pesanan semasa
tempoh tersebut.Namun, ianya tetap dibantah penunggang Food Panda yang mengadu
bahawa mereka terpaksa menunggu dalam tempoh masa dua hingga ke tiga jam tanpa
menerima sebarang pesanan makanan.

SCCA 2073 2 FOODPANDA CASE


SCCA 2073 FOODPANDA CASE

Situasi itu akan menyebabkan mereka tidak boleh mendapatkan bayaran


penghantaran yang berkemungkinan juga akan dikurangkan sekaligus mengurangkan
sumber pendapatan mereka. Senang cerita, jika sebelum ini penunggang mampu
memperoleh pendapatan sehingga RM1,200 seminggu. Namun, apabila sistem baharu
ini diperkenalkan, pendapatan purata penunggang didakwa akan berkurangan yang
sama sekali beri kesan besar kepada mereka. 

Dapat juga Perhatian Syed Saddiq Syed Abdul Rahman. Boleh dikatakan ramai
penunggang tidak berpuas hati dengan pelaksanaan sistem baru itu. Sudahlah tidak
berbincang terlebih dahulu, kemudian tiba-tiba dapat tahu dah tukar sistem
pembayaran pula. Kemelut yang dihadapi mereka mendapat perhatian Menteri Belia
dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang mahu mengajak mereka berdialog
untuk mendapatkan pembelaan yang sewajarnya. Malah, beliau juga akan
membangkitkan isu tersebut di dalam mesyuarat jemaah Menteri, Rabu ini. Jika
bukan Syed Saddiq, siapa lagi yang akan turun padang untuk menyelesaikan masalah
ini yang mana kebanyakan pekerja-pekerja Food Panda terdiri dari anak muda yang
bekerja siang dan malam untuk mencari sumber pendapatan.

Biarpun syarikat perkhidmatan tersebut memberi jaminan bahawa skim itu akan
memberi manfaat kepada semua penunggangnya di luar Lembah Klang namun ada
perlunya untuk menyemak semula sistem tersebut secara menyeluruh seperti yang
diharapkan penunggang. Memang tidak dinafikan kebanyakan perkhidmatan atas
talian sebegini akan gunakan keringat pekerja untuk mengaut keuntungan yang
maksimum. Janganlah jadi syarikat yang mula mula bagi upah yang lumayan
kemudian setelah beberapa ketika mereka, mula cekik darah. Apa-apa pun dalam isu
ini, perlu ada penyelesaian yang seimbang oleh kedua-dua belah pihak agar segala
masalah dapat diselesaikan dengan cara situasi menang-menang.

ANALISIS KRITIKAL

Kabinet, yang mendengar isu mogok oleh penghantar makanan Foodpanda, pada
mesyuarat mingguannya pada Rabu, membuat keputusan untuk menubuhkan sebuah
jawatankuasa yang akan dianggotai oleh tiga kementerian untuk mengkaji lebih
mendalam mengenai perkara itu. Menteri Sumber Manusia, M. Kula Segaran berkata,
ketiga-tiga kementerian berkenaan ialah Kementerian Sumber Manusia, Kementerian
Belia dan Sukan serta Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal
Pengguna.

Kementeriannya juga telah bertemu dengan wakil dari Foodpanda Malaysia iaitu
pengarah urusannya Sayantan Das dan ketua pemasaran Fabian Emanuel berhubung
isu penghantar makanan Foodpanda melancarkan mogok. Foodpanda mengesahkan
bahawa syarikat itu akan memantau skim gaji baharu yang telah dilaksanakan di
beberapa negeri sebelum memutuskan sama ada boleh kembali ke skim lama," kata
beliau. Menurut Kula Segaran, wakil-wakil itu menyebut bahawa di semua negeri
selain dari Johor, penghantar makanan menerima skim gaji baharu yang berfungsi
pada model kecekapan - lebih banyak penghantaran, lebih banyak pendapatan
diterima penghantar makanan.

Beliau berkata, Kerajaan menggesa syarikat itu untuk kembali ke skim gaji lama
yang memenuhi kehendak semua penghantar makanan. Lebih 200 penghantar

SCCA 2073 3 FOODPANDA CASE


SCCA 2073 FOODPANDA CASE

makanan melancarkan mogok di ibu pejabat syarikat di Kuala Lumpur, mendesak


syarikat itu kembali semula ke skim bayaran asal dan mengancam untuk melancarkan
protes di negeri-negeri lain sekiranya syarikat itu enggan menangani keluhan mereka.

Jabatan Perhubungan Perusahaan Malaysia (JPPM) dan Jabatan Tenaga Kerja


(JTK) menjalankan siasatan berhubung kemelut isu gaji dihadapi pekerja syarikat
penghantaran makanan dalam talian, foodpanda. Kementerian Sumber Manusia
memaklumkan wakil JPPM dan JTK akan menemui pihak pengurusan syarikat bagi
membincangkan perkara tersebut. Kementerian sudah mengambil maklum isu yang
tersebar antara rider iaitu pekerja penghantaran foodpanda dan pihak pengurusan
syarikat terbabit serta dalam proses siasatan perkara itu. Laporan awal diterima
sebagai ia berpunca daripada pekerja penghantaran foodpanda yang tidak berpuas hati
dengan tindakan syarikat menukar skim fi perkhidmatan yang didakwa mengurangkan
pendapatan mereka. Pengarah JPPM Kuala Lumpur dan Pengawai JTK menemui
pihak pengurusan syarikat tersebut untuk membincangkan hal tersebut.

Syarikat perkhidmatan penghantaran makanan Foodpanda Malaysia


membayangkan mereka tiada masalah dengan mogok penunggang terhadap skim
pembayaran baru mereka. Menurut Pengarah urusan syarikat iaitu, Sayantan Das
berkata penghantar yang tidak mahu bekerja perlu memberikan atau menukarkan syif
mereka kepada penghantar lain agar tidak menjejaskan pendapatan mereka. “Jika
awak (penghantar) tidak mahu kerja, tolong berikan atau tukar awak punya syif pada
penghantar lain sebab awak menjejaskan kehidupan mereka,” katanya dalam sesi
taklimat Foodpanda di sebuah hotel di Kuala Lumpur.Sayantan disoal mengenai
mogok penunggang yang log masuk ke aplikasi Foodpanda namun tidak mahu
menjalankan sebarang penghantaran makanan kepada pelanggan.

Selain itu, Sayantan Das juga memberitahu bahawa mereka patut mencuba
sistem pembayaran baru ini. Sebelum ini, penghantar makanan Foodpanda dibayar
RM4 sejam dengan tambahan RM3 hingga RM5 setiap pesanan berdasarkan prestasi
penunggang. Skim bayaran baharu rider Foodpanda ialah bayaran setiap pesanan
dinaikkan antara RM4.50 hingga RM7.00, lebih fleksi untuk rider memilih bila dan di
mana mereka mahu bekerja, di mana penghantar diberi senarai ‘zon panas’ atau ‘zon
berpotensi tinggi’, penghantar akan diberi insentif sebanyak RM150 apabila berjaya
menghabiskan waktu bekerja selama 40 jam seminggu. Bayaran tambahan RM1 bagi
setiap tempahan yang dihantar bagi tempoh 11 malam sehingga 9 pagi setiap hari.
Penghantar juga akan mendapat bonus tambahan RM50 apabila melengkapkan
minimum 80 pesanan setiap minggu. Bonus akan meningkat sehingga RM120 seiring
peningkatan pesanan. 

Sebagai contoh, seorang penghantar makanan yang bekerja 8 jam sehari dengan
anggaran mendapat tiga pesanan setiap jam (RM7 setiap pesanan), akan memperoleh
pendapatan berjumlah RM168. Sekiranya penghantar tersebut bekerja selama lima
hari seminggu, dia akan memperoleh RM840 bagi minggu tersebut dan dicampur
dengan RM80 bonus tambahan kerana mendapat 120 pesanan. Sehari maksima 24
pesanan (1 pesanan bersamaan RM7) = RM168 sehari. Seminggu maksima 120
pesanan x RM7 = RM840 + RM80 bonus tambahan untuk seminggu. Ini bermakna,
penghantar mampu memperoleh pendapatan bulanan sehingga RM3,680 sekiranya
prestasi mereka konsisten. “Skim baharu ini menggunakan model yang efisien, di
mana rider yang membuat penghantaran lebih akan memperoleh lebih pendapatan,”

SCCA 2073 4 FOODPANDA CASE


SCCA 2073 FOODPANDA CASE

kata Sayantan Das sambil menambah skim seumpama ini turut digunakan di negara
lain. Foodpanda kini mempunyai lebih 13,000 penghantar makanan bebas di seluruh
negara.

KESIMPULAN

Skim pembayaran baharu Foodpanda hanya mendapat tentangan satu peratus


daripada jumlah rider. Jadi skim ini tidaklah ditolak secara keseluruhan oleh rider
Foodpanda. Ini meyakinkan lagi Pengarah Urusan Foodpanda dalam meneruskan
skim baharu yang digunakan sekarang.

Di bawah skim baharu dilaksanakan di luar Lembah Klang yang merangkumi


30 peratus daripada 13,000 rider di seluruh negara, kadar sejam telah
dimansuhkan tetapi bayaran bagi setiap pesanan telah dinaikkan antara RM4.50
kepada RM7 sejam, berbanding RM3 kepada RM5 sebelum ini. Rider juga akan
menerima tambahan RM1 setiap pesanan untuk semua pesanan antara 11 malam dan
9 pagi setiap hari, dan insentif RM100 apabila menamatkan 60 jam kerja seminggu.
Di Kuala Lumpur, rider masih mendapat gaji asas RM4 setiap jam dan antara RM3
dan RM5 setiap pesanan. Bayaran bagi setiap pesanan berbeza mengikut 
“batch” (tahap prestasi)  setiap rider.

Malah skim bayaran baharu ini dapat memberi keuntungan dan hak sama rata diantara
syarikat Foodpanda dan pekerja penghantar Foodpanda itu sendiri.

RUJUKAN

1) https://www.cemsmagazine.org/case-study-food-panda

2) https://www.thestar.com.my/tech/tech-news/2019/10/08/users-boycotting
-foodpanda-after-company-maintains-new-payment-scheme-that-upset-rides

3) Free Malaysia today

4) https://www.malaymail.com/news/malaysia/2019/10/02/youth-minister-moo
ts-new-law-for-gig-economy-workers-after-foodpanda-riders/1796291

5) https://magazine.foodpanda.my/about-foodpanda-magazine-my/

SCCA 2073 5 FOODPANDA CASE

You might also like