Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

Maksud nombor

Maksud perkataan ini:

[nom.bor] | ‫نومبور‬

Definisi : tanda yg menyatakan bilangan, angka; ~ asas nombor dr 0 hingga 9; ~ atom


(Kim) nombor yg menunjukkan bilangan proton di dlm nukleus atom atau bilangan
elektron yg mengelilingi nukleus atom neutral; ~ Avogadro (Kim) bilangan molekul,
atom, ion, atau elektron dlm satu mol bahan; ~ bercampur nombor yg mengandungi
nombor penuh dgn angka pecahan; ~ bulat = ~ penuh nombor yg tidak ada angka
pecahan; ~ ganjil nombor yg berlebih apabila dibahagi dgn dua; ~ genap nombor yg
tidak berlebih apabila dibahagi dgn dua; ~ induk = ~ pokok Id bilangan daftar dlm buku
daftar; ~ lepas Id eceran (surat khabar, majalah); ~ neutron (Kim) bilangan neutron dlm
sesuatu nukleus atom; ~ pendaftaran satu siri huruf dan nombor yg terdaftar dgn pihak
yg berwajib, mis bagi kereta dan syarikat; ~ pengenalan diri nombor rahsia yg diper-
untukkan kpd seseorang pemegang akaun, biasanya digunakan dgn kad bank utk me-
ngeluarkan wang tunai melalui ATM: ~ pengoksidaan (Kim) bilangan elektron yg perlu
ditambah kpd kation atau disingkirkan drpd anion utk memperoleh atom neutral; ~
perduaan (Mat) nombor yg menggunakan sistem pernomboran berdasarkan dua angka
asas, iaitu 0 dan 1; ~ perenambelasan (Mat) nombor dlm sistem angka yg berdasarkan
enam belas angka asas, iaitu 0 hingga 9 dan A hingga F; ~ perlapanan (Mat) nombor dlm
sistem angka yg berdasarkan lapan angka asas, iaitu 0 hingga 7; ~ plat nombor
pendaftaran pd kenderaan bermotor; ~ satu a) angka satu; b) = ~ wahid bp yg terbaik
atau terdahulu; ~ siri nombor yg menandakan satu-satu item atau butiran dlm sesuatu
siri, mis pd wang kertas; ~ tunggal nombor yg hanya boleh dibahagi oleh nombor itu
sendiri dan nombor satu (tanpa berlebih); bernombor mempunyai nombor atau telah
dinomborkan; menombori memberi bernombor, memberikan nombor (bilangan) kpd;
penomboran perihal (perbuatan dsb) menombori (sesuatu): ~ bab dibuat berdasarkan
jenis dan kategori buku. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

Nombor (Tulisan Jawi: ‫ )نومبور‬ialah satu entiti abstrak yang mewakili hitungan


atau ukuran. Simbol untuk nombor dipanggil angka. Dalam penggunaan biasa, angka sering
digunakan sebagai label (penomboran rumah), penunjuk susunan (nombor bersiri), dan kod
(ISBN). Dalam bidang matematik, takrif nombor telah diperluas untuk merangkumi keabstrakan
seperti pecahan, nisbah, serta nombor-nombor negatif, transenden, dan kompleks.
Operasi-operasi aritmetik untuk nombor,
seperti penambahan, penolakan, pendaraban dan pembahagian, dibuat lebih umum dalam
cabang matematik yang dikenali sebagai algebra niskala. Algebra niskala ialah kajian tentang
sistem-sistem nombor abstrak, seperti kumpulan, gelanggang dan medan.

You might also like