Catatan Refleksi

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

E

CATATAN
REFLEKSI
(MINGGU 1)

CATATAN REFLEKSI
( Perlu disediakan bagi setiap aktiviti yang dijalankan oleh pelajar)

1. Isu / Perkara yang difokus:

- Program Bacaan pada waktu pagi di dewan sekolah.


- Dilaksanakan pada hari Ahad, Isnin, Selasa dan Rabu
- Pelajar diberi bahan bacaan dalam 3 bahasa ( BM, BI, BT)
- Pelajar diberi 10 minit untuk membaca

2. Analisis isu / perkara yang difokus:

2.1 Kekuatan:

- Menyemai tabiat membaca


- Dapat mengasah pengetahuan dalam bidang bahasa
- Penguasaan perbendaharaan kata
- Mengetahui isu-isu semasa

2.2 Kelemahan:

- Ketidakcukupan masa
- Murid berasa bosan kerana membaca bahan bacaan yang sama
- Kelewatan pelajar ke sekolah menjejaskan pelaksanaan program ini

3. Cadangan penambahbaikan:

- Mempelbagaikan bahan bacaan


- Melaksanakan program ini selama 30 minit
- Mengambil tindakan terhadap pelajar yang lewat ke sekolah

(sila simpan dokumen ini di dalam portfolio anda)


(MINGGU 2)

CATATAN REFLEKSI
( Perlu disediakan bagi setiap aktiviti yang dijalankan oleh pelajar)

1. Isu / Perkara yang difokus:

Saya telah menganjurkan Pertandingan Memasak semasa aktiviti kokorikulum si bawah


persatuan Bahasa Inggeris. Tema masakan ialah ’ Pencuci Mulut Berkhasiat. Murid –
murid dikehendaki menyediakan pencuci mulut ini dalam kumpulan dan membentangkan
dalam Bahasa Inggeris. Muird dinilai berdasarkan pemilihan pencuci mulut, cara
membuat dan cara persembahan pencuci mulut.

2. Analisis isu / perkara yang difokus:

2.1 Kekuatan:

Sokongan sepenuh daripada semua guru yang terlibat amat memuaskan kerana
kerjasama mereka adalah punca utama kejayaan pertandingan ini. Mereka telah
memastikan pesanan tentang pertandingan ini disampaikan kepada dengan betul.
Oleh sebab memasak merupakan antara aktiviti yang menarik kehadiran murid-
murid penuh pada hari itu. Persediaan awal menyebabkan pertandingan berjalan
dengan lancar. Setiap kumpulan mematuhi peraturan, masa yang ditetapkan dan
keputusan guru pengadil.

2.2 Kelemahan:

Kelemahan pula, semua murid tidak terlibat dalam aktiviti pembersihan. Suasana
kelas manjadi sangat kotor dan bersampahan. Ia telah dibersihkan oleh guru- guru
serta beberapa murid.

3. Cadangan penambahbaikan:

Saya akan memastikan kebersihan dipatuhi oleh semua sewaktu aktiviti dijalankan dan
mengagihkan tugas kepada semua pelajar supaya semua dapat melibatkan diri dalam
aktiviti kebersihan.

(sila simpan dokumen ini di dalam portfolio anda)


(MINGGU 3)
CATATAN REFLEKSI
( Perlu disediakan bagi setiap aktiviti yang dijalankan oleh pelajar)

1. Isu / Perkara yang difokus:

Murid -murid telah menghadapi peperiksaan penggal pertama pada minggu ini. Murid-
murid telah membuat persediaan untuk menghadapi peperiksaan penggal pertama.
Murid -murid mengalami tekanan untuk menghadapi peperiksaan. Oleh itu, saya telah
membimbing murid untuk menghadapi peperiksaan dengan tenang.

2. Analisis isu / perkara yang difokus:

2.1 Kekuatan:

Guru bimbingan dan kaunseling telah memberi sokongan beliau untuk menjalankan
sesi bimbingan kepada murid. Saya juga telah dibantu oleh 2 rakan praktikum untuk
membimbing murid.

2.2 Kelemahan:

Sesetengah murid langsung tidak membuat ulangkaji untuk peperiksaan. Oleh itu,
kami berasa sukar untuk menenangkan murid - murid tersebut.

3. Cadangan penambahbaikan:

Guru -guru harus memastikan bahawa murid telah membuat ulangkaji dan sedia
menghadapi peperiksaan.

(sila simpan dokumen ini di dalam portfolio anda)

You might also like