Kertas Kerja Prog Aspirasi THN 2

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 5

SEKOLAH KEBANGSAAN SERI PERMAI

JALAN TENGAH BAYN BARU


11950 PULAU PINANG

KERTAS KERJA
PROGRAM KLINIK
TRANSFORM

ANJURAN

PANITIA SAINS
SEKOLAH KEBANGSAAN SERI PERMAI,
JALAN TENGAH 11950 BAYAN BARU,
PULAU PINANG

AHLI JAWATANKUASA KERJA


PROGRAM KLINIK TRANSFORM
PANITIA SAINS
TAHUN 2020

PENASIHAT : PN. HAJAH MAZNAH BT K. KADER SULTAN (GB)

PENGERUSI : PN. MORNI BT YUSOFF (PKP)

NAIB PENGERUSI : PN. NOR REZAN BT MUSTAFFA (PK HEM)


PN. AZANI BT ABDULLAH (PKKO)
PN. ZAUYIAH BT IBRAHIM (PKPETANG)

PENYELARAS : PN. RAJESWARY ARUMUGAM

SETIAUSAHA : PN.NORHANANI BT KAMARUDDIN

BENDAHARI : PN.NORSYALEELAWATI BT MANSOR MUTULILI

DOKUMENTASI : PN LIM BEE CHING


KERTAS KERJA
PROGRAM KLINIK TRANSFORM
TAHUN 2020

NAMA PROGRAM : KLINIK TRANSFORM


ANJURAN : PANITIA SAINS

PENDAHULUAN

Di dalam menghadapi cabaran globalisasi, pada tahun 2018 seramai 44 peratus pelajar Malaysia mengambil
bidang STEM berbanding 49 peratus pada tahun 2012 seperti yang dilaporkan info media KPM BPPDP BIL. (02)
2019, EDISI MAC-APRIL. Maka dengan itu, pendedahan terhadap subjek Sains ini amat penting dan harus
dilaksanakan bermula daripada sekolah rendah lagi. Namun, sikap masyarakat negara kita yang menganggap
bahawa subjek Sains sukar dan tidak mudah dipelajari harus dikikis. Oleh itu, pembelajaran Sains boleh
dilaksanakan dengan teknik pembelajaran yang betul dan mudah difahami mengikut aras kecerdasan yang
berbeza.

OBJEKTIF

 Menanamkan minat dalam kalangan murid terhadap mata pelajaran Sains


 Meningkatkan penguasaan murid dalam kemahiran proses sains.
 Meningkatkan motivasi murid supaya minat terhadap mata pelajaran Sains.
 Meningkatkan pencapaian akademik bagi mata pelajaran Sains dan seterusnya mencapai target yang
telah ditetapkan.

KUMPULAN SASARAN

Kumpulan sasaran bagi program ini adalah semua murid tahun 2 dan warga pendidik mata pelajaran
Sains

TARIKH PELAKSANAAN
Sepanjang tahun 2020

MASA PELAKSANAAN

Waktu Persekolahan

SUMBER

Tenaga - Warga SK Seri Permai


Kewangan - OS42

KOS
a. GIANT STAR : 92 X RM 10 = RM 920
b. SUPER STAR. : 137 X RM 10 = RM 1370
JUMLAH BESAR. : RM2290

STRATEGI PELAKSANAAN
1. Taklimat bersama pihak pentadbir dengan Ketua Panitia
2. Perjumpaan bersama dengan semua guru Sains Tahun 2
3. Pemilihan murid berdasarkan data terkumpul PBD 2019
4. Pelaksanaan ujian diagnostik.
5. Pengkelasan murid kepada 2 kumpulan intervensi terbeza bagi program Klinik Transform iaitu
kumpulan Giant Star TP 1-TP 3), Super Star (TP 4-TP 5) (Rujuk lampiran : Senarai nama
murid).
6. Setiap kumpulan akan dibimbing dengan menggunakan modul mengikut aras kecerdasan
masing-masing iaitu :
a. Giant Star – Memerhati, Mengelas dan Berkomunikasi
b. Super Star – Memerhati, Mengelas, Berkomunikasi dan Mengukur &
Menggunakan nombor.
7. Program ini dijalankan di dalam kelas sewaktu Pdp setiap hari mengikut modul yang
ditetapkan.
8. Sesi pengajaran juga dilaksanakan pada waktu rehat 1 dan 2 setiap hari selama 20 minit di
Bilik Sains
9. Pelaksanaan pentaksiran kemahiran selepas setiap topik yang diajar
10. Pelaksanaan Ujian Saringan 1 ( bulan Mac )
11. Pelaksanaan Ujian Saringan 2 ( bulan April )
12. Sesi Dialog Prestasi diadakan pada bulan Mac dan Mei
13. Perekodan oleh guru Sains
14. Penilaian dan pemantauan oleh Ketua Panitia dan pentadbir
15. Murid yang menguasai kemahiran akan mendapat penghargaan
16. Sesi Post mortem

PENUTUP

Adalah diharapkan program yang dirancang ini dapat dilaksanakan dengan lancar dan mendapat
sambutan yang lebih menggalakkan daripada murid-murid dan staf SKSP. Kerjasama daripada
semua pihak adalah amat diharapkan terutamanya guru-guru sebagai penggerak semua aktiviti dan
penggalak kepada murid-murid bagi menjayakan program ini. Harapan yang tinggi agar tercapainya
matlamat dan objektif yang disasarkan dalam program ini.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

……………………………………………… ……………………………………………

(PN. NORHANANI BT KAMARUDIN ) (PN. HAJAH MAZNAH BT K. KADER SULTAN)


Setiausaha Program Guru Besar Sek Keb Seri Permai

You might also like