Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 12

SULIT 018

SAINS
2007
1 ¼ jam

JABATAN PENDIDIKAN KHAS

PROGRAM KECEMERLANGAN AKADEMIK 2007

SAINS

Satu jam lima belas minit

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

1. Kertas soalan ini mengandungi dua bahagian.Bahagian A dan Bahagian B.


2. Rajah yang mengiringi soalan dimaksudkan untuk memberi maklumat yang
berguna bagi menjawab soalan.Rajah tidak semestinya dilukis mengikut skala
, kecuali dinyatakan sebaliknya.
3. Bahagian A ada 30 soalan.Jawab semua soalan.
4. Jawab dengan menghitamkan ruangan pada Kertas Jawapan Bahagian A.
5. Cara menjawab adalah seperti di bawah ini.

Contoh soalan.

Antara berikut yang manakah benda hidup ?

A Kerusi
B Kereta
C Ayam
D Bola

Jawapan yang betul bagi contoh soalan ialah Ayam dan hurufnya ialah C .
Lihat contoh pada Kertas Jawapan Bahagian A yang diberi.Ruangan bagi
huruf C telah dihitamkan.
6. Bagi satu soalan hitamkan satu ruangan sahaja.
7. Jika kamu hendak menukar jawapan , padamkan tanda yang telah dibuat
hingga habis.Kemudian hitamkan jawapan yang baru.
8. Bahagian B ada 5 soalan.Jawab semua soalan.
9. Jawab dengan menulis jawapan kamu dalam ruangan yang disediakan .

Kertas soalan ini mengandungi 12 halaman bercetak di Bahagian A


dan 6 halaman bercetak di Bahagian B.
[ Lihat sebelah
SULIT
SULIT 2 018

Bahagian A

( 30 markah )

Jawab semua soalan.

Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan , iaitu A , B , C dan D. Pilih jawapan
yang betul . Kemudian , pada kertas jawapan kamu , hitamkan ruangan yang mempunyai
huruf yang sama dengan pilihan jawapan yang telah kamu pilih itu .

Masa yang dicadangkan untuk bahagian ini ialah 45 minit . Sekiranya kamu tidak dapat
menjawab sesuatu soalan , teruskan menjawab soalan berikutnya.

1. Rajah di bawah menunjukkan sejenis tumbuhan.

Antara tumbuhan berikut, yang manakah membiak dengan cara yang sama dengan
tumbuhan di atas?
A keledek
B setawar
C ubi kayu
D cendawan

2. Sekumpulan murid menjalankan penyiasatan mengkaji keperluan air oleh tumbuhan


untuk hidup.
Antara langkah-langkah berikut yang manakah perlu dilakukan dalam penyiasatan
itu?
I menyediakan dua pokok yang sama jenis dalam bekas yang berlainan
II menyapu minyak gris pada salah satu pokok
III menyiram salah satu daripada pokok tersebut
IV memerhati keadaan kedua-dua pokok selepas satu minggu

A I dan III sahaja


B II dan IV sahaja
C I, II dan III sahaja
D I, III dan IV sahaja

018 SULIT
SULIT 3 018

3. Rajah menunjukkan satu penyiasatan yang dijalankan oleh sekumpulan pelajar.

Gelembung udara

Air
suam Daun segar

Apakah inferens yang dapat dibuat?

A Daun menjalani proses pertumbuhan.


B Daun mengecut membebaskan udara.
C Daun membebaskan udara semasa bernafas.
D Daun bertindak dengan air membebaskan udara.

4. Gambarajah menunjukkan satu permerhatian yang dibuat oleh seorang murid.

Cahaya Cahaya
matahari matahari

Hari pertama Hari ketujuh


Ini membuktikan bahawa tumbuhan

A memerlukan cahaya.
B memerlukan air untuk hidup.
C bergerakbalas terhadap rangsangan cahaya..
D bergerakbalas terhadap rangsangan air dan cahaya.

5. Anta

A Diukur dalam unit cm3.


B Besarnya suatu kawasan.
C Luas suatu kawasan yang diliputinya.
D Luas segi empat diukur dengan menambah panjang dan lebar sempadan.

018 SULIT
SULIT 4 018

[Lihat sebelah

6. Rajah di bawah menunjukkan bongkah X dan kotak lohong Y.

8 cm
8 cm

2cm 8 cm
2 cm m
2cm

X Y

Berapakah bilangan bongkah X diperlukan untuk memenuhi kotak Y?


A 4
B 16
C 64
D 128

7. Rajah menunjukkan sejenis peralatan elektrik.

Bahagian yang bertanda S diperbuat daripada plastik dengan tujuan


A tahan lama
B kelihatan cantik
C mengelak karat
D mengelakkan rasa panas

018 SULIT
SULIT 5 018

8. Rajah menunjukkan satu situasi pada waktu siang hari.


Selepas beberapa jam , pakaian didapati kering.

Apakah kesimpulan yang boleh dibuat ?

A Haba Matahari mengeringkan pakaian.


B Matahari mengeluarkan cahaya.
C Matahari lebih besar daripada Bumi.
D Jarak Bumi dari Matahari adalah dekat.

9. Siratan makanan bermaksud

A gabungan beberapa rantai makanan.


B cara hidupan mendapatkan makanan .
C sebahagian daripada rantai makanan.
D faktor penting untuk mengekalkan keseimbangan alam.

10 Maklumat di bawah menerangkan ciri sejenis sumber tenaga.

 Diguna dalam jam tangan dan kalkulator


 Bersih dan tidak mencemarkan udara
 Menukar tenaga cahaya matahari kepada tenaga elektrik

Apakah sumber tenaga itu?

A Dinamo
B Sel suria
C Sel kering
D Akumulator

018 SULIT
SULIT 6 018

11. Jadual di bawah menunjukkan keputusan satu eksprerimen untuk mengkaji kesan
pengaliran arus elektrik.

Bilangan gelung dawai nikrom Suhu air selepas 5 minit / 0C


10 45
15 55
20 65

Apakah rumusan yang dapat dibuat berdasarkan eksperimen di atas ?

A Suhu air meningkat apabila dipanaskan.


B Dawai nikrom membebaskan haba.
C Bilangan gelung dawai nikrom mempengaruhi suhu air.
D Suhu air meningkat apabila bilangan gelung dawai nikrom bertambah.

12. Semasa mencuci pinggan mangkuk, Daniel menghadapi kesukaran untuk


memisahkan dua biji gelas kaca yang melekat di antara satu sama lain.
Apakah tindakan yang perlu diambil untuk memisahkan gelas-gelas tersebut?

A Merendam kedua-dua biji gelas ke dalam air sejuk


B Merendam kedua-dua biji gelas ke dalam air panas.
C Menjemur kedua-dua biji gelas di bawah cahaya matahari.
D Merendam bahagian bawah gelas yang pertama ke dalam air panas.

13. Lihat Sebelah


Gambarajah di bawah menunjukkan satu pemerhatian yang dibuat oleh seorang
murid.

air

Duit syiling Imej duit syiling

Imej duit syiling terjadi kerana cahaya

A dibiaskan.
B disebarkan
C dipantulkan.
D bergerak lurus.
14. Gambarajah di bawah menunjukkan satu penyiasatan yang dijalankan oleh
sekumpulan pelajar mengkaji pembentukan bayang-bayang.

018 SULIT
SULIT 7 018

Lampu
suluh
Bunga Buku Skrin

Antara berikut, yang manakah bentuk bayang-bayang yang dapat dilihat pada skrin?

A C

B D

15. Antara kejadian berikut, yang manakah melibatkan proses kondensasi?


A Pendidihan air.
B Pembekuan air.
C Pembentukan itisan air daripada wap.
D Pembentukan stim daripada air panas.

16. Rajah menunjukkan bahan X.

Bahan X

Apabila bahan X diuji dengan kertas litmus biru, apakah keputusan yang diperoleh?
A Tiada perubahan warna.
B Berubah kepada warna putih.
C Berubah kepada warna merah.
D Berubah kepada warna kuning.

17 Antara cara berikut, yang manakah paling sesuai untuk mencegah pengeratan pada
gergaji kayu.

018 SULIT
SULIT 8 018

A Dicat
B Sapu minyak
C Sadur dengan timah
D Dibungkus dengan kertas suart khabar

18. Gambarajah di bawah menunjukkan kedudukan Matahari, Bumi dan Bulan.

Bulan

Matahari

Bumi

Antara berikut yang manakah benar?

A Bulan hanya beredar mengelilingi Bumi sahaja.


B Bumi hanya beredar mengelilingi Bulan sahaja.
C Matahari beredar mengelilingi Bumi dan Bulan.
D Bulan beredar mengelilingi Bumi pada masa yang sama Bumi dan
Bulan beredar mengelilingi Matahari.

19. Yang manakah di antara berikut merupakan urutan fasa bulan yang betul.

A Bulan purnama, bulan sabit, anak bulan, bulan separa.


B Anak bulan, bulan sabit, bulan separa, bulan purnama.
C Bulan sabit, anak bulan, bulan purnama, bulan separa.
D Anak bulan, bulan sabit, bulan purnama, bulan separa.

20. Adam diminta untuk mereka bentuk model sebuah bangunan pencakar langit yang
kukuh dan stabil.

018 SULIT
SULIT 9 018

Antara bentuk asas berikut, yang manakah diberi keutamaan dalam reka bentuk
binaan tersebut?
A Sfera
B Silinder
C Piramid
D Segi tiga

21. Antara pernyataan berikut yang manakah benar mengenai persaingan?

I Persaingan sangat merugikan


II Organisma yang kalah di dalam persaingan akan berkurang.
III Tumbuhan bersaing untuk mendapatkan cahaya , air dan ruang.
IV Persaingan dapat mengekalkan keseimbangan alam
A I dan IV sahaja.
B II dan IV sahaja
C I, II dan III sahaja
D II, III dan IV sahaja

22. Carta palang di bawah menunjukkan jarak yang dilalui oleh lima buah kenderaan J,
K, L, M dan N yang sama jenis selepas 30 minit.

Jarak/km

Kenderaan

Antara pernyataan berikut , yang manakah benar?


A J dipandu lebih laju daripada K dan N.
B N dipandu sama laju dengan K tetapi lebih laju daripada J.
C M dipandu lebih laju daripada J tetapi perlahan daripada K.
D K dipandu lebih laju daripada J tetapi perlahan daripada L.

23. Maklumat di bawah menunjukkan langkah-langkah proses penjerukan.

018 SULIT
SULIT 10 018

P - Masukkan larutan gula bercampur cuka


bersama buah ke dalam bekas
Q - Potong buah dan basuh
R - Gaul buah dengan garam
S - Gula dan cuka dimasak menjadi larutan pekat

Antara susunan berikut, yang manakah benar ?


A Q R P S
B Q S R P
C Q S P R
D Q R S P

24. Rajah di bawah menunjukkan keadaan di sebuah taman perumahan.

Apakah yang akan berlaku jika keadaan ini dibiarkan berterusan?


A Penyakit berjangkit merebak dan berlaku pencemaran alam .
B Pembiakan bakteria dan tikus berkurang.
C Penyakit bawaan lalat dapat dikawal.
D Kualiti masyarakat meningkat.

018 SULIT
SULIT 11 018

25 Gambarajah di bawah menunjukkan kedudukan Matahari, Bulan dan Bumi pada


waktu siang.

Matahari Bulan Bumi

Antara fenomena berikut, yang manakah akan berlaku sekiranya Bumi dan Bulan
bertukar kedudukan?
A Bulan purnama
B Gerhana Bulan
C Gerhana Matahari
D Kejadian siang dan malam.

26 Antara susunan planet berikut yang manakah benar mengikut kedudukan


semakin jauh daripada Matahari,
A Musytari, Marikh, Utarid, Bumi
B Utarid, Bumi, Marikh, Musytari
C Bumi, Utarid, Marikh Musytari
D Marikh, Bumi, Musytari,Utarid

27. Maklumat di bawah menerangkan tentang suatu jenis buruj.

 Sentiasa menunjuk ke arah selatan


 Coraknya seperti layang-layang
 Boleh dilihat antara Mei hingga Julai

A Pari
B Biduk
C Skorpio
D Belantik

018 SULIT
SULIT 12 018

28. Antara pasangan alat dan mesin ringkas berikut, yang manakah benar?

Pisau Tangga Gunting


A Baji Tuas Satah condong
B Takal Tuas Skru
C Baji Satah condong Tuas
D Skru Gear Takal

29. Rajah di bawah menunjukkan dua orang pekerja sedang membina sebuah rumah.

Kombinasi mesin ringkas yang manakah digunakan oleh pekerja-pekerja itu?


A Baji dan tuas
B Baji dan roda dan ganda
C Skru dan roda dan ganda
D Baji, tuas dan roda dan ganda

30. Antara rekaan teknologi berikut, yang manakah dapat membantu seorang pelajar
memperolehi maklumat dan berita yang lengkap dan terkini?
A Telefon
B Kamera
C Internet
D Radio

KERTAS SOALAN TAMAT

018 SULIT

You might also like