Minit Mesyuarat Ke-3 (FIRMA GUAMAN TETUAN FAIZ) - Khairudin Anis Aini

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

FIRMA GUAMAN TETUAN FAIZ & KASYAF

MINIT MESYUARAT KALI KETIGA

Tarikh/Hari : 15 Mac 2017/ Rabu


Masa : 3.00 pm
Tempat : Aras 4, Bilik Mesyuarat Al-Mubarrid,
Menara Celpad, Gombak, Selangor

Kehadiran:

Hadir:

1. Dato’ Kamarul Zaman Bin Zainal Abidin (Pengerusi)


2. En. Faiz Naqib amirul Bin Ramli
3. En. Ahmad Khairuddin Bin Khalid
4. Cik Naeilah Binti Nikrul Tarmizi
5. Pn. Aznie Siti Normastura Binti Noorazman
6. En. Muhammad Baihaqi Bin Mohd Zulkepli
7. Tn. Hj. Anuar Kasyaf Bin Md Yusof
8. Cik Razqeeyanur Sarini Binti Salzali
9. Cik Nur Anisatul Ashikin Binti Abdul Rauf (Pencatat)
10. Cik Aini Adilah Binti Muhammad Faizal (Pencatat)

Tidak Hadir

1. Pn. Siti Baidura Binti Kasiran – menghadiri perbicaraan di mahkamah


1.0 Ucapan Pengerusi
1.1 Mesyuarat dimulakan dengan bacaan surah al-Fatihah.
1.2 Pengerusi mengucapkan terima kasih di atas kehadiran semua ahli.
1.3 Pengerusi juga menyampaikan ucapan tahniah kepada Tuan Haji Anuar Kasyaf Bin
Md Yusof yang baru menunaikan ibadah haji dan Pn Aznie Siti Normastura Binti
Noorazam atas perkahwinan beliau.
Tindakan: Makluman

2.0 Pembentangan dan Pengesahan Minit Mesyuarat yang Lalu


2.1 Minit Mesyuarat kali kedua dibentangkan dan disahkan dengan pindaan yang
berikut:
2.1.1 Perkara 3.1.2, nama ‘Dato’ Kamaruzzaman’ dipinda kepada ‘Dato’
Kamarul Zaman Bin Zainal Abidin’

Pencadang - Cik Razqeeyanur Sarini Binti Salzali


Penyokong - Tn. Hj. Anuar Kasyaf Bin Md Yusof
Tindakan: Makluman

3.0 PERKARA BERBANGKIT


3.1 Latihan dalam Kamar
3.1.1 Pengerusi memaklumkan bahawa rekod permohonan Latihan dalam
Kamar (Chambering) ke firma semakin berkurangan.
3.1.2 Mesyuarat dimaklumkan punca kekurangan tersebut disebabkan oleh
lokasi firma yang sukar diakses dengan pengangkutan awam dan
tawaran elaun kepada pemohon yang sangat sedikit (RM 1,800.00)
berbanding tawaran firma-firma lain (RM 2,000.00 – RM 2,500.00).
Tindakan: Jabatan Sumber Manusia

4.0 PERKARA-PERKARA BAHARU


4.1 Penstukturan semula elaun peguam
4.1.1 Pengerusi memaklumkan ahli mesyuarat bahawa firma sedang
mengalami masalah kewangan. Oleh itu, pihak pengurusan firma
memutuskan penstrukturan semulan gaji peguam.
4.1.2 Butiran penstukturan semula elaun peguam adalah seperti yang
berikut:
4.1.2.1 Potongan 30% elaun kediaman
4.1.2.2 Potongan 25% elaun pengangkutan
Tindakan: Jabatan Sumber Manusia

4.2 Kes Majlis Perbandaran Kajang melawan Fakrul Rizal


4.2.1 Pengerusi memaklumkan bahawa pihak defendan telah mengaku
bersalah atas kesalahan gagal membayar yuran tempat letak kereta di
dalam kawasan Majlis Perbandaran Kajang.

4.2.2 Ahli mesyuarat memutuskan supaya pihak defendan dibela. Hal ini
kerana, sebagai pengamal undang-undang, firma sepatutnya
memahami bahawa setiap orang berhak mendapat pembelaan daripada
peguam yang bertauliah.
Tindakan: Cik Razqeeyanur

5.0 Hal-Hal Lain


5.1 Pengerusi meminta En. Faiz Naqib Amirul Bin Ramli umtuk mempertimbangkan
peletakan jawatan beliau berhubung dengan keputusan beliau untuk menyambung
pengajian ke peringkat Sarjana di luar negara.

5.2 Tuan Haji Anuar Kasyaf Bin Md Yusof memaklumkan kepada ahli mesyuarat
bahawa beliau akan bercuti selama dua minggu bermula 27 Mac 2017 bagi
menunaikan ibadah umrah.
Tindakan: Makluman

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 3.58 petang dengan bacaan Tasbih KafFarah dan surah
Al-Asr

Disediakan oleh, Disemak oleh,


_____________________________________
CIK NUR ANISATUL ASHIKIN BT ABD RAUF DATO’ KAMARUL ZAMAN BIN
ZAINAL ABIDIN
Setiausaha Pengerusi

You might also like