Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 6

Nombor kad pengenalan: ...................................... Nama : .....................................................................

900/2 STPM 2020


Sila koyakkan di sepanjang garis putus-putus ini.

PENGAJIAN AM
KERTAS 2
(1 jam 30 minit)

KOLEJ TINGKATAN ENAM TUN FATIMAH


MELAKA

PEPERIKSAAN PERCUBAAN
SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA 2016

Arahan kepada calon:


Untuk kegunaan
JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA ANDA pemeriksa
DIBENARKAN BERBUAT DEMIKIAN.
Bahagian A
Kertas ini mengandungi tiga bahagian, iaitu Bahagian A, 1
Bahagian B, dan Bahagian C.
Calon dikehendaki menjawab semua soalan dalam Bahagian A 2
dan satu soalan dalam Bahagian B dan Bahagian C. 3
Calon dikehendaki menjawab soalan dalam Bahagian A pada 4
ruang yang disediakan.
Bahagian B
Gunakan helaian jawapan bagi menjawab soalan dalam
Bahagian B dan C. Mulakan setiap jawapan anda pada helaian
kertas yang baharu dan susun jawapan mengikut tertib berangka. Bahagian C
Ikat helaian jawapan anda bersama dengan kertas soalan ini.
Sekiranya bahan yang perlu diperiksa dibuat pada kertas graf
pada helaian halaman , helaian berkenaan hendaklah Jumlah
dipisahkan daripada kertas soalan dan diserahkan bersama dengan
kertas jawapan anda.
Markah untuk tiap-tiap bahagian soalan dan soalan diberikan
dalam tanda kurung [ ].

Kertas soalan ini terdiri daripada 6 halaman bercetak dan halaman kosong

STPM 900/2

1
BAHAGIAN A
[15 markah]
Jawab semua soalan.
1. Nyatakan tiga matlamat yang negara ingin capai melalui Rukun Negara. [3]

i)__________________________________________________________________

___________________________________________________________________

ii)_________________________________________________________________

___________________________________________________________________

iii)________________________________________________________________
___________________________________________________________________

2. Nyatakan tiga strategi untuk menlaksanakan Wawasan 2020 bagi mencapai


status negara maju ? [3]

i)__________________________________________________________________

___________________________________________________________________

ii)_________________________________________________________________

___________________________________________________________________

iii)________________________________________________________________
___________________________________________________________________

2
3a) Apakah tiga perkara yang perlu dipertimbangkan oleh kerajaan dalam merancang rancangan
pembangunan negara ? [3 ]

i)__________________________________________________________________________

ii)__________________________________________________________________________

iii)__________________________________________________________________________

3b)
Dasar Pertanian Ketiga ( 1998-2010 ) digubal untuk mengatasi kelemahan yang terdapat dalam
Dasar Pertanian Kedua dan juga menangani krisis mata wang dan kemerosotan ekonomi yang
dihadapi oleh negara.

Nyatakan dua objektif pelaksanaan Dasar Pertanian Ketiga ( 1998-2010 ) [2 ]


i)_______________________________________________________________________________

ii)________________________________________________________________________________

4.Nyatakan dua teras dan jelaskan strategi teras-teras tersebut dalam Dasar Bioteknologi Negara [ 4]

i)_______________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________________
________________________________________________________________________________
________________________________________________________________________________

ii)______________________________________________________________________________
_______________________________________________________________________________
________________________________________________________________________________
_______________________________________________________________________________

3
Bahagian B [20 markah]

Jawab satu soalan sahaja dalam bahagian ini. Jawapan hendaklah dibuat pada kertas graf.

5. Berdasarkan maklumat dalam petikan di bawah , sediakan sebuah graf yang sesuai untuk menunjukkan
kedudukan doktor di Malaysia antara sektor awam dengan swasta mengikut kategori bagi tahun 2010 , tahun
2015 dan tahun jangkaan 2020
Pada tahun 2010 , seramai 6740 orang doktor berkhidmat di Malaysia . Daripada jumlah ini, seramai 2970
orang berkhidmat di sektor awam dan bakinya sebanyak 3770 orang doktor berkhidmat di sektor swasta .
Menjelang tahun 2020 , jumlah doktor di negara ini dijangka akan meningkat menjadi 12 550 orang dengan
61.51 peratus berkhidmat di sektor swasta .
Pada tahun 2010 , daripada 2970 orang doktor di sektor awam , 2500 orang doktor ialah warganegara .
Seramai 380 orang doktor merupakan penduduk tetap dan bakinya seramai 90 orang doktor ialah bukan
warganegara . Di sektor swasta pula , bilangan doktor bagi setiap kategori jauh lebih besar berbanding sektor
awam . Doktor warganegara ialah seramai 3100 orang dan doktor penduduk tetap pula ialah seramai 520 orang
doktor .Bilangan doktor kategori bukan warganegara pula lebih 60 orang berbanding bilangan doktor di sektor
awam .
Menjelang tahun 2015 , jumlah doktor di negara ini bertambah seramai 910 orang berbanding tahun 2010 .Di
sektor awam , bilangan doktor meningkat 360 orang berbanding tahun 2010 dan sektor swasta pula bertambah
seramai 550 orang menjadi 4320 orang doktor.Bilangan doktor kategori warganegara mengatasi kategori lain
dengan angka 2800 orang atau 84.1 peratus Bilangan doktor kategori penduduk tetap meningkat 30 orang
berbanding tahun 2010 .Akhir sekali bilangan doktor dalam kategori bukan warganegara terus meningkat
kepada 120 orang .
Kedudukan doktor di sektor swasta pada tahun 2015 terus bertambah dengan ketara . Bilangan doktor dalam
kategori warganegara mewakili 82.18 peratus daripada sejumlah 4320 orang doktor di sektor swasta . Bilangan
doktor dalam kategori penduduk tetap bertambah menjadi 560 orang . Bilangan doktor dalam kategori bukan
warganegara mencatat pertambahan ketara dengan kadar peningkatan sebanyak 75 peratus . Kadar peningkatan
ketara membolehkan bilangan doktor dalam kategori ini meningkat kepada 210 orang .
Pertambahan bilangan doktor dalam kategori penduduk tetap dan bukan warganegara menunjukkan kerajaan
Malaysia mengamalkan dasar liberal dalam pengambilan para doktor di negara ini . Selain itu , peningkatan
ketara dalam bilangan doktor dalam sektor swasta turut menunjukkan perkembangan sihat dalam perkhidmatan
perubatan swasta di negara ini . Malahan , ini turut membuktikan bahawa peningkatan taraf hidup penduduk di
negara ini semakin baik .
Perkembangan ini menyebabkan kerajaan Malaysia menjangkakan jumlah doktor di negara ini akan mencatat
peningkatan ketara menjelang tahun 2020 , di mana jumlah doktor di negara ini adijangka akan meningkat lebih
64.1 peratus berbanding tahun 2015 . Di sektor awam, bilangan doktor kategori warganegara dijangka
meningkat kepada 3100 orang , manakala dalam kategori penduduk tetap pula , doktor dijangka menjadi 440
orang . Dalam kategori bukan warganegara , bilangan doktor dijangka meningkat seramai 100 orang berbanding
tahun 2015 .Dalam sektor sawta pula , bilangan doktor kategori warganegara dijangka meningkat seramai 550
orang berbanding tahun 2015 . Bagi kategori penduduk tetap dan bukan warganegara pula , masing-masing
dijangka seramai 610 orang dan 270 orang .

4
( Sumber : Dipetik dan diubahsuaikan daripada Perangkaan Sosial Malaysia , 2020 )

6. Berdasarkan maklumat dalam petikan di bawah , sediakan carta yang sesuai untuk menunjukkan sumber-
sumber pinjaman dalam negara serta haluan pinjaman mengikut sektor oleh sistem bank Malaysia pada tahun
2015 .
Sektor bank amat penting dalam pembangunan negara kita . Malahan , bank-bank tempatan menjadi
sumber kewangan dan pembiaya utama kepada projek pembangunan dalam pelbagai sektor . Jumlah pinjaman
oleh sistem bank negara sentiasa meningkat . Antara tahun 2010 hingga tahun 2015 , amaun pinjaman oleh
bank-bank tempatan telah meningkat lebih 124 peratus menjadi RM 260 852 juta pada tahun 2015 . Sumber-
sumber pinjaman dalam sistem bank tempatan terdiri daripada bank-bank kormesil , syarikat-syarikat kewangan
dan bank-bank pedagang .
Antara tiga sumber dalam sistem bank tempatan, bank-bank komersil mengeluarkan jumlah pinjaman
terbesar , iaitu lebih 69.8 peratus berbanding syarikat-syarikat kewangan yang menawarkan kurang 25 peratus
daripada jumlah pinjaman pada tahun 2015 . Amaun pinjaman bank-bank pedagang pula bernilai RM 14 144
juta atau kurang sebanyak RM 167 935 juta berbanding pinjaman oleh bank-bank kormesil yang mencecah
angka RM 182 079 juta . Sementara itu , pinjaman syarikat-syarikat kewangan pula lebih RM 50 485 juta
berbanding pinjaman oleh bank-bank pedagang pada tahun 2015 .
Antara haluan pinjaman utama ialah sektor pembuatan . Sektor pembuatan mendapat amaun pinajaman
terbesar , iaitu sebanyak RM 48 752 juta . Pinjaman kepada sektor perdagangan am pula bernilai RM 21 400
juta . Ini diikuti oleh sektor pembinaan dan hartanah yang memperoleh amaun pinjaman kedua terbanyak , iaitu
sejumlah RM 40 201 juta . Saiz pinjaman kepada sektor pembuatan dan pembinaan serta hartanah merangkumi
34.1 peratus daripada jumlah pinjaman tahun 2015 .
Seterusnya sektor perumahan serta sektor kewangan , insurans dan perkhidmatan perniagaan pula mendapat
pinjaman lebih RM 30 000 juta . Sektor perumahan memperoleh pinjaman sebanyak RM 33 092 juta dan sektor
kewangan , insurans dan perkhidmatan perniagaan pula diberi sebanyak RM 31 815 juta . Saiz pinjaman kepada
kedua-dua sektor ini pula merangkumi 24.9 peratus daripada jumlah pinjaman pada tahun 2015 . Satu sektor
lagi yang turut diberi pinjaman oleh bank-bank tempatan ialah sektor pembelian saham yang bernilai RM 13
350 juta .
Selaras pertambahan budaya kad kredit dan pelbagai program pinjaman peribadi , pinjaman bank-bank
tempatan bagi sektor kredit kepenggunaan mencatat angka yang besar . Sektor ini mendapat pinjaman sejumlah
RM 30 198 juta pada tahun 2015 . Akhir sekali , pinjaman kepada sektor-sektor lain yang terdiri daripada
bidang perlombongan , pengangkutan dan penyimpanan serta perkhidmatan-perkhidmatan lain .
Memandangkan sektor-sektor lain terdiri daripada beberapa sektor penting saiz pinjaman kepada sektor-sektor
lain juga agak ketara , iaitu sebanyak RM 42 044 juta . Saiz pinjaman yang besar kepada sektor-sektor utama di
atas jelas menunjukkan peranan sektor-sektor tadi dalam menjamin pertumbuhan ekonomi negara .
( Sumber : Dipetik dan diubahsuai daripada Laporan Bank Negara,2016)

5
BAHAGIAN C: ( 25 Markah )
Pilih salah satu daripada tajuk di bawah dan tuliskan satu esei yang panjangnya di antara 300 – 350
patah perkataan.

7. Penghayatan dan pengamalan Rukun Negara dalam kalangan masyarakat dapat mengatasi krisis
dan persengkataan yang melanda masyarakat Malaysia hari ini. Bincangkan

8. E-dagang banyak memberi faedah kepada rakyat dan negara . Walau bagaimanapun pedagang dan
usahawan tempatan perlu bersedia menghadapi cabaran yang kompetitif ini . Jelaskan

Disediakan oleh :- Disemak dan disahkan oleh:-

………………………… ……………………………….
( En.WEE JUANN NAM )
6

You might also like