Skema Jawapan Peperiksaan Percubaan

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 8

SKEMA JAWAPAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN SEMESTER 1

PENGAJIAN AM KERTAS 900/1 STPM 2020


SMJK JIT SIN (SKK)

Bahagian A

1 A B C D 6 A B C D 11 A B C D
2 A B C D 7 A B C D 12 A B C D
3 A B C D 8 A B C D 13 A B C D
4 A B C D 9 A B C D 14 A B C D
5 A B C D 10 A B C D 15 A B C D

Bahagian B
1 Nyatakan 4 perkara pindaan Perlembagaan Persekutuan yg memerlukan sokongan majoriti
2/3 ahli Majlis Parlimen dan persetujuan Majlis Raja-Raja ( 4 )
a) Kedudukan istimewa orang-orang Melayu dan bumiputera Sabah dan Sarawak
b) Kedudukan agama Islam sebagai agama rasmi Persekutuan
c) Kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan
d) Kepentingan sah kaum-kaum lain
e) Pengubahan sempadan negeri
f) Hak dan kedaulatan Raja-raja
g) Kewarganegaraan
h) Keistimewaan Parlimen
2 Nyatakan 3 syarat pelantikan Perdana Menteri ( 3 )
a) Warganegara secara kuatkuasa undang-undang
b) Ahli Dewan Rakyat
c) Mendapat kepercayaan daripada majoriti Ahli Dewan Rakyat
d) Mendapat perkenan YDPA
3 Jelaskan 2 perbezaan antara Majlis Perbandaran dengan Majlis Daerah ( 4)
a) Dari segi jumlah penduduk, Majlis Perbandaran mengurus penduduk melebihi 150,000
orang manakala Majlis Daerah mengurus kurang daripada 150,000 orang penduduk
b) Dari segi jumlah kutipan hasil, jumlah kutipan hasil Majlis Perbandaran adalah
melebihi RM20 juta setahun manakala jumlah kutipan hasil Majlis Daerah adalah
kurang daripada RM20 juta setahun
c) Dari segi keagggotaan, Ahli Majlis Perbandaran adalah antara 8 hingga 24 orang
manakala Ahli Majlis Daerah adalah antara 8 hingga 12 orang
4 Nyatakan 4 kesan sekiranya sistem penyampaian khidmat awam adalah lemah ( 4 )
a) akan menyebabkan kos operasi yang tinggi dan mahal
b) akan mewujudkan budaya kerja negatif yang berleluasa dalam kalangan penjawat
awam
c) akan menimbulkan tekanan dan banyak aduan dalam masyarakat
d) akan merosakkan hubungan dan kepercayaan antara kerajaan dengan pihak peniaga /
pedagang dan komuniti
e) akan menyebabkan usaha pembangunan negeri dan negara terjejas
f) akan menjejaskan reputasi perkhidmatan awam dan kerajaan
g) akan menyebabkan para pelabur asing kurang yakin sehingga menjejaskan kemasukan
pelaburan asing

1
Bahagian C

20. e-Kerajaan telah dilaksanakan. Namun pelaksanaan e-Kerajaan tidak mudah dan terpaksa
mengharungi jalan yang berliku. Bincangkan.

A.Kepentingan
Bil. Idea Huraian
1 Mengurangkan  Cukai pendapatan merupakan antara perolehan utama
kesilapan manusia perbendaharaan kerajaan
 Rakyat perlu mentaksir dan membayar cukai pendapatan
 e-Filling Lembaga Hasil Dalam Negeri dapat mengurangkan
kesilapan pentaksiran
 Pentaksiran dan pembayaran dilakukan secara automatik oleh
sistem secara atas talian
2 Memudahkan  Kementerian Pendidikan Malaysia telah menyediakan portal atau
penyebaran dan laman web kementerian.
pengaksesan  Contoh ialah https://www.moe.gov.my
maklumat  Pelbagai informasi rasmi kementerian terpapar menerusi portal
rasmi KPM
 Maklumat di hujung jari. Masyarakat awam dapat mengakses
maklumat dengan mudah pada bila2 masa dan di mana jua berada.
Carian maklumat menjadi mudah dan cepat
3. Mengelakkan kes2  Jenayah penipuan siber semakin menjadi2. Ramai menjadi
penipuan mangsa.
 Kes sering melibatkan urusan perbankan.
 Rakyat dapat memastikan kesahan maklumat dengan melayari
laman web rasmi Bank Negara Malaysia di alamat
www.bnm.gov.my
 Dengan itu, kes2 penipuan perbankan dapat dikurangkan.
 Kerugian dan kehilangan wang ringgit dapat diminimumkan
4. Meningkatkan  Abad ke-21 merupakan era siber teknologi ICT
kemahiran ICT  Pelbagai aplikasi dan sistem perkhidmatan atas talian telah
dibangunkan
 Urusan kerajaan telah didigitalkan. Peluang rakyat mempelajari
dan menggunakan aplikasi dan sistem tersebut
 Kadar celik dan kemahiran ICT dalam kalangan rakyat ditingkatkan.
5 Mempermudah  Cadangan kenaikan cukai taksiran Kerajaan Tempatan
urusan dengan menimbulkan protes awam
kerajaan  Petisyen elektronik diperkenalkan. Petisyen dibuat atas talian
menerusi telefon bimbit pintar
 Masyarakat awam hanya dikehendaki mengisi butiran diri dan
nombor rujukan surat pemberitahuan
 Butiran yang siap diisi kemudian dihantar atas talian kepada pihak
berkuasa tempatan.
6 Mengurangkan  Karenah birokrasi wujud apabila urusan awam dijalankan secara
karenah birokrasi manual melibatkan masyarakat dengan pegawai awam
 Masyarakat awam terpaksa berhadapan dengan karenah pegawai
2
awam
 Urusan tertangguh-tangguh serta menjadi rumit dan lambat.
 Pendigitalan urusan awam menerusi e-Kerajaan dapat menangani
masalah ini. Aduan awam dapat dikurangkan.
7. Meningkatkan  Kerajaan melaksanakan pelbagai projek awam demi kepentingan
ketelusan awam
 Kementerian Kewangan Malaysia telah memperkenalkan urusan
tender atas talian
 Tender atas talian secara terbuka dijalankan menggantikan tender
terus
 Urusan dan perolehan tender menjadi lebih telus. Ketirisan dan
penyelewengan dikurangkan.
8 Meningkatkan  Pelbagai peraturan lalu lintas telah dilanggar lantaran bilangan
mutu dan saman trafik meningkat.
kecekapan  Masyarakat tidak perlu berbaris di kaunter JPJ atau balai polis
perkhidmatan untuk menyemak atau membayar saman
awam  Perkhidmatan semakan dan bayaran saman trafik dapat dilakukan
secara atas talian atau SMS
 Penambahbaikan mutu dan kecekapan perkhidmatan menjimatkan
masa, kos dan tenaga serta memudahkan rakyat
9 Menjimatkan kos  Bilangan kakitangan awam telah mencecah 1.7 juta orang.
pentadbiran awam Bebanan berat terhadap perbendaharaan negara.
 e-Kerajaan mengurangkan kadar guna tenaga manusia. Enrolmen
kakitangan awam dapat dibekukan.
 Selain itu, kadar guna kertas juga dapat dikurangkan
 Dengan itu, perbelanjaan pengurusan dan kos pentadbiran awam
dapat dijimatkan. Perbendaharaan negara diperkukuh
10. Mengurangkan  Kualiti penyampaian sektor awam (KPSA) gagal menepati jangkaan
rungutan awam masyarakat
 Timbul rungutan dan ketidakpuasan hati masyarakat umum
 e-Kerajaan meningkatkan KPSA. Urusan dengan agensi awam telah
menjadi mudah, cepat dan cekap
 Karenah birokrasi dikurangkan. Rungutan awam dikurangkan.
Persepsi negatif awam terhadap KPSA diubah.

B.Kesukaran
Bil. Idea Huraian
11. Gangguan  Urusan e-Kerajaan dijalankan secara elektronik dan atas talian
perkhidmatan menerusi portal atau laman web rasmi
 Urusan sering mengalami gangguan sehingga menyukarkan
masyarakat sukar mengakses dan berurusan
 Antaranya ialah gangguan server; gangguan elektrik; serangan
virus; penggodaman; kesibukan & kesesakan talian; ketidakstabilan
sistem dsb
 Gangguan menyebabkan urusan tergendala dan terhalang.
Keyakinan masyarakat terhadap urusan e-Kerajaan terjejas.
12. Kurang kemahiran  Urusan e-Kerajaan berbentuk perkhidmatan atas talian
3
ICT  Namun ramai rakyat Malaysia tidak mahir ICT
 Kadar celik ICT masih rendah khususnya dalam kalangan warga tua
dan penduduk luar bandar
 Fobia menggunakan peranti dan gajet elektronik seperti telefon
bimbit dan komputer berinternet untuk berurusan dengan
kerajaan
13. Kurang  Urusan e-Kerajaan perlu peranti dan gajet elektronik moden
kemampuan  Contoh ialah telefon bimbit pintar dan komputer berinternet
kewangan  Ramai rakyat kurang mampu membeli dan memiliki peranti dan
gajet elektronik moden
 Mereka juga kurang mampu membayar bil langganan talian.
Urusan atas talian dengan agensi kerajaan terhalang.
14. Kemudahan  Urusan e-Kerajaan memerlukan kemudahan infostruktur dan
infostruktur dan capaian internet yang pantas
capaian internet  Namun kemudahan infostrukutr dan capaian internet tidak
tidak menyeluruh menyeluruh
 Sesetengah kawasan masih tidak dihubungjalin dengan rangkaian
jalur lebar atau kepantasan jalur lebar masih rendah
 Keadaan ini menghalang urusan atas talian dengan kerajaan
15. Sikap buruk  Sesetengah masyarakat lebih selesa dengan perkhidmatan secara
masyarakat manual
 Mereka enggan menerima transformasi dan penambahbaikan
terhadap perkhidmatan awam yang sedia ada
 Bersikap menolak dan enggan mempelajari teknik moden
berurusan dengan kerajaan secara atas talian
 Urusan terpaksa dilakukan melalui bantuan pihak ketiga. Keadaan
ini menghalang usaha kerajaan memperkenalkan dan
menggalakkan rakyat guna perkhidmatan atas talian
16. Kelemahan  Wujud pelbagai kelemahan pada aplikasi dan sistem urusan e-
aplikasi dan kerajaan
sistem e-Kerajaan  Sistem tidak stabil dan tidak mempunyai sistem antivirus yang
utuh. Kesannya, sistem senang digodam. Urusan sering mengalami
gangguan dan tergendaha.
 Sistem juga tidak bersepadu dan terpisah-pisah. Keadaan ini
menyukarkan masyarakat pengguna
 Maklumat yang ada dalam sistem tidak dikemas kini.

21. Kes buli dsebabkan kepincangan pihak sekolah. Langkah-langkah tertentu perlu diambil
oleh pelbagai pihak untuk membendung masalah ini. Bincangkan.

A.Kepincangan sekolah dan kes buli


Bil. Idea Huraian
1 Kegagalan Unit  Masalah buli di sekolah semakin serius. Pembuli sendiri
Kaunseling merupakan mangsa kes buli pada masa lalu.
menangani masalah  Pembuli mengalami trauma jiwa. Menaruh dendam.
psikologi pembuli  Membuli mangsa lain untuk menonjolkan keegoan diri & melepas
dendam.
4
 Unit Kaunseling gagal mengenalpasti golongan pelajar ini. Bantuan
kaunseling tidak diberikan untuk menangani masalah psikologi ini.
2. Kecuaian guru  Guru warden cuai melaksanakan tugas sebagai warden asrama.
warden  Bersikap lepas tangan. Tidak ambil peduli terhadap aduan mangsa.
 Tiada siasatan dan tindakan tegas diambil terhadap pembuli
 Pembuli mengambil kesempatan terus melakukan pembulian di
asrama.
3. Kelemahan  Kelemahan pengurusan disiplin dan penguatkuasaan peraturan
pengurusan disiplin sekolah
sekolah  Kes disiplin seperti buli dan peras ugut menjadi2 dan tidak
terkawal
 Kes ditutup demi menjaga imej sekolah. Waris tidak dimaklumkan
kes.
 Laporan polis tidak dibuat. Tiada tindakan disiplin diambil
terhadap pembuli.
 Masalah buli menjadi budaya songsang di sekolah.
4. Kegagalan pegawai  Setiap sekolah telah ditempatkan seorang anggota polis penjaga
polis penjaga sekolah
sekolah  Pegawai berkenaan tidak melaksanakan tanggungjawab dengan
baik. Tidak ambil peduli atau ambil tahu masalah disiplin di
sekolah
 Tiada usaha gigih membantu pihak sekolah menangani kes disiplin
seperti aktiviti kongsi gelap, kes peras ugut atau masalah
gansterisme di sekolah
 Berlaku kes buli terhadap pelajar yang enggan menyertai
kumpulan kongsi gelap atau membayar wang perlindungan
5. Kegagalan pihak  Pengurusan disiplin dan keselamatan pelajar di sekolah
sekolah menjalin tanggungkawab bersama antara pihak sekolah dengan pihak-pihak
rapat dengan pihak- berkepentingan lain
pihak  Antaranya ialah ibu bapa, penjaga/waris pelajar, persatuan bekas
berkepentingan lain murid, polis, komuniti setempat dsb
 Tiada jalinan rapat dan kerjasama padu antara pihak sekolah
dengan pihak2 berkenaan
 Kes disiplin di luar kawalan. Pelajar dibuli. Berlaku kecederaan atau
kematian. Keselamatan pelajar terancam.
6. Kekurangan guru  Kebanyakan sekolah menghadapi masalah kekurangan guru
disiplin serta guru disiplin serta guru B & K
Bimbingan dan  Nisbah guru disiplin serta guru B&K tidak serasi dengan waran
Kaunseling sekolah
 Kesannya, masalah disiplin dan masalah psikologi dalam kalangan
pelajar tidak dapat diuruskan dengan baik
 Berlaku kes buli yang tragis disebabkan masalah disiplin dan
masalah psikologi.

B.Pihak-pihak menangani kes buli di sekolah

5
Bil. Idea Huraian
7 Pihak sekolah  Pihak sekolah perlu menguatkuasakan peraturan sekolah dengan
tegas bagi mewujudkan sekolah yang berdisiplin
 Unit Disiplin serta Unit B & K perlu memainkan peranan penting
 Pelajar yang bermasalah disiplin dan bermasalah psikologi perlu
dikenalpasti
 Tindakan disiplin serta sesi kaunseling diberikan bagi menangani
masalah disiplin dan masalah psikologi agar kes buli terkawal
8 Pihak ibu bapa /  Pihak ibu bapa/waris harus melaksanakan tanggungjawab
waris keibubapaan dengan baik
 Masalah disiplin anak di sekolah tidak harus dilepas kepada pihak
sekolah semata2
 Pihak ibu bapa/waris perlu mendidik anak dengan nilai2
keagamaan dan moraliti yang baik. Mereka harus menjadi teladan
kepada anak.
 Pihak ibu bapa/waris perlu mengambil berat, ambil peduli dan
memantau kelakuan anak di rumah dan sekolah
9. Pihak PIBG  Kes buli dapat ditangani melalui kerjasama antara pihak PIBG
dengan pihak sekolah
 Pihak PIBG sebagai antara pihak berkepentingan sekolah perlu
peka dan mengambil tindakan proaktif membantu pihak sekolah
 Pihak PIBG harus sentiasa memberi bantuan kewangan, sokongan
moral dan kerjasama padu kepada pihak sekolah
 Dengan itu, pihak sekolah dapat menganjurkan pelbagai program
kesedaran dan pencegahan bagi menangani kes buli di sekolah
10 Pihak masyarakat  Tanggungjawab menangani kes buli di sekolah turut melibatkan
masyarakat setempat di luar sekolah
 Masyarakat perlu ambil berat, ambil peduli dan prihatin terhadap
kes buli di sekolah
 Teguran harus diberikan kepada pelajar yang bermasalah disiplin
 Masyarakat juga harus melaporkan kes buli kepada pihak sekolah
atau pihak polis agar masalah sosial ini dapat ditangani dengan
baik
11 Pihak polis  Pihak polis harus membantu sekolah dengan menempatkan
pegawai polis penjaga sekolah di setiap sekolah
 Sekolah dan pelajar akan menjadi anak angkat kepada pegawai
tersebut
 Pegawai berkenaan perlu kerap mengunjungi pihak sekolah dan
memberikan bantuan yang sewajarnya
 Contoh ialah memberi ceramah pencegahan kes buli sempena
kempen kesedaran dan pencegahan kes buli di sekolah
12 Pihak  Pihak berkuasa pendidikan juga patut membantu pihak sekolah
PPD/JPN/KPM dalam menangani kes buli di sekolah
 Pihak PPD/JPN/KPM misalnya boleh menganjurkan kempen
kesedaran dan pencegahan kes buli di sekolah seiring dengan
Strategi Lautan Biru Nasional (NBOS)
 Pegawai pendidikan di PPD/JPN/KPM juga harus memantau
6
masalah disiplin di sekolah
 Kes2 buli yang dilaporkan oleh pihak sekolah perlu diberi perhatian
khusus. Tindakan susulan diambil bagi menanganinya.
13. Pihak media  Pihak media massa tidak kira media perdana atau media alternatif
massa harus memainkan peranan penting
 Pihak media media boleh membuat liputan meluas terhadap kes
buli di sekolah
 Liputan meluas media massa dapat menarik perhatian kerajaan
dan masyarakat terhadap kes
 Liputan meluas media massa juga dapat meningkatkan kesedaran
masyarakat untuk menangani kes ini bersama2 pihak lain
14. Pihak NGO  Kes buli di sekolah semakin menjadi2. Mangsa telah mengalami
kecederaan dan kematian
 Pihak NGO seperti Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF)
boleh memainkan peranan penting
 Pihak NGO boleh menganjurkan aktiviti2 pencegahan kes buli di
sekolah
 Antaranya ialah ceramah; pengedaran risalah dan poster serta
pameran untuk mendidik pelajar agar peka dan bijak menghadapi
kes
*Wajib tulis perkataan ‘pihak’ di bahagian B

22. Jerebu telah menyelubungi Malaysia dan negara-negara jiran. Bacaan Indeks Pencemar
Udara (API) telah mencapai tahap memudaratkan kesihatan. Sekolah-sekolah terpaksa
ditutup kerana keadaan jerebu semakin parah. Bincangkan.
Bil. Idea Huraian
1. Kemarau dan  Sekitar bulan Ogos-September merupakan musim kemarau di
kebakaran hutan. Indonesia
 Kejadian kebakaran hutan semakin menjadi2 disebabkan faktor
cuaca panas dan kering.
 Api kebakaran hutan telah memusnahkan hutan belantara.
 Asap daripada kebakaran hutan telah menyebabkan jerebu
melanda negara2 jiran lain.
2. pembakaran  Indonesia merupakan antara negara perladangan kelapa sawit
hutan utama di dunia
 Syarikat2 perladangan telah membuka hutan belantara untuk
dijadikan ladang kelapa sawit
 Pokok2 yang ditebang dan dibersihkan akan dibakar bagi
menjimatkan kos
 Pembakaran hutan berlaku. Api pembakaran menyebabkan jerebu
melanda negara2 jiran.
3. aktiviti  Aktiviti ini merujuk kepada kegiatan melakukan pembakaran
pembakaran secara terbuka oleh individu/pihak tertentu
terbuka  Dilakukan oleh isirumah yang membakar sampah atau pesawah
yang membakar sawah
 Aktiviti ini melanggar undang2 alam sekitar seperti Akta Kualiti
Alam Sekeliling 1974
7
 Aktiviti pembakaran terbuka ketika jerebu melanda memburukkan
keadaan
4. pencemaran  Pencemaran udara turut menyebabkan jerebu berlaku
udara  Contoh ialah pelepasan asap oleh kenderaan bermotor dan kilang2
 Asap daripada sumber2 pencemaran udara ini telah membentuk
jerebu
 Bacaan API semakin parah dan menjejaskan kesihatan para
penduduk
5. amalan pertanian  Sawah dibakar selepas musim menuai untuk memulakan musim
tradisi penanaman baharu
 Amalan pertanian pindah menyaksikan tanah dibakar untuk
menyuburkan tanah
 Pembakaran tanah pertanian merupakan tradisi petani2
 Aktiviti ini telah menjadi amalan tahunan dan turun-temurun.
Kesannya, jerebu berlaku.
6. kelemahan  Syarikat2 perladangan besar melakukan aktviti pembakaran hutan
penguatkuasaan membuka ladang baharu
undang2  Aktiviti ini memang melanggar undang2 perhutanan dan alam
sekeliling
 Namun amalan rasuah dan kelemahan integriti anggota
penguatkuasa menghalang penguatkuasaan undang2
 Jenayah alam sekitar ini dibiarkan berlaku. Kesannya, jerebu
melanda negara2 jiran.
7. kegagalan operasi  Kejadian kebakaran dan pembakaran hutan melibatkan keluasan
memadamkan api hutan yang besar
 Indonesia menghadapi masalah kekurangan anggota bomba dan
lojistik memadamkan api
 Kaedah moden seperti operasi pemadaman menggunakan
pesawat atau pembenihan awan tidak diguna
 Kegagalan operasi juga disebabkan cuaca panas dan tiupan angin.
Jerebu menjadi parah
8. kegagalan  Jerebu merupakan masalah serantau yang melibatkan negara
kerjasama serantau
serantau  Kerjasama serantau diperlukan. Namun, kerjasama serantau yang
diharap2kan gagal dicapai.
 Kegagalan disebabkan negara pencetus jerebu enggan terima
bantuan negara2 serantau lain
 Negara2 serantau juga tidak komited dan tidak serius menjayakan
kerjasama tersebut.

You might also like