Autentik 5

You might also like

Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 22

1.

0 PENGENALAN

Sistem pendidikan merupakan tunjang pembangunan sesebuah negara. Sistem ini amat
penting dalam melahirkan anak-anak bangsa yang mempunyai ilmu pengetahuan dan
kemahiran bagi memacu pertumbuhan ekonomi dan memakmurkan negara. Menurut Dato’
Sri Mohd Najib Bin Tun Haji Abdul Razak (2013) Perdana Menteri Malaysia ke-5 dalam
buku Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia menyatakan pendidikan memainkan peranan
sebagai pencetus kreativiti dan penjana inovasi kepada golongan muda untuk bersaing dalam
pasaran kerja sekaligus menjadi pengupaya perkembangan ekonomi keseluruhannya.

Proses pendidikan di negara kita merangkumi tiga aspek utama iaitu pengajaran,
pentaksiran dan pembelajaran. Ketiga-tiga aspek ini memainkan peranan penting dalam
mencapai hasil pembelajaran secara optimum. Menurut Afinde (2016) menyatakan
pentaksiran boleh dilihat sebagai penghubung di antara kurikulum, pengajaran dan
pembelajaran di dalam bilik darjah. Pentaksiran dapat membantu guru mengenalpasti
pencapaian hasil pembelajaran dalam proses pembelajaran dan pemudahcaraan. Menurut
McMillan (2007) pentaksiran digunakan untuk mengetahui tahap penerimaan murid
mengenai apa yang dipelajari serta merancang penambahbaikan dalam proses pengajaraan
guru. Justeru itu, pentaksiran membolehkan seseorang guru dalam mengenal pasti dan
mengesan pengetahuan sedia ada, kekuatan dan kelemahan tentang kefahaman murid serta
maklumat pengajaran guru bagi tujuan tindakan susulan.

1.1 DEFINISI PENTAKSIRAN AUTENTIK

Perkataan pentaksiran berasal daripada bahasa Latin iaitu ‘assidere’ yang membawa maksud
‘duduk di sebelah atau bersama’. Dalam konteks pentaksiran, guru duduk bersama murid
adalah untuk memahami apa yang difahami oleh murid ketika proses pengajaran. Data yang
dikumpul melalui pentaksiran menunjukkan tahap penguasaan murid terhadap sesuatu
pembelajaran dan pemudahcaraan (pdpc). Pada masa yang sama, data tersebut juga
mencerminkan keberkesanan kaedah pengajaran guru terhadap pdpc. Di samping itu,
pentaksiran juga dapat memainkan peranan penting dalam membantu murid untuk lebih
tanggungjawab terhadap pembelajaran mereka. Terdapat pelbagai jenis pentaksiran yang
digunakan dalam sistem pendidikan negara kita seperti pentaksiran formatif, pentaksiran
sumatif, pentaksiran autentik dan lain-lain.

Pentaksiran autentik merupakan salah satu kaedah yang digunakan dalam proses
pentaksiran untuk mengukuhkan pembelajaran murid serta meningkatkan keberkesanan

1
proses pengajaran guru. Menurut Pert (1990) menyatakan pentaksiran autentik sebagai satu
bentuk penilaian yang berdasarkan pencapaian sebenar yang dilakukan oleh murid-murid di
dalam bilik darjah. Manakala, Grace (1992) mendefinisikan pentaksiran autentik sebagai
suatu amalan yang membolehkan menilai kemajuan murid-murid secara realistik. Realistik
yang dimaksudkan adalah proses menilai murid secara langsung untuk memahami
kefahaman murid terhadap pelajaran.

Menurut Gulikers, Bastiaens dan Kirschner (2004) pentaksiran autentik merupakan


satu pentaksiran di mana murid-murid perlu menggunakan kecekapan atau gabungan
daripada pengetahuan, kemahiran dan sikap yang perlu diaplikasikan dalam sesuatu keadaan
profesional. Di samping itu, Khaira dan Yambo (2005) mendefinisikan pentaksiran autentik
sebagai satu kaedah pentaksiran yang melibatkan konteks kehidupan yang sebenar.
Tambahan pula, Mueller (2006) mencadangkan pentaksiran autentik ini harus mencontohi
cabaran kehidupan sebenar dalam meningkatkan keupayaan murid dalam melaksanakan
sesuatu tugasan.

Pentaksiran autentik ini tidak memberi tumpuan kepada ujian kertas dan pensel
seperti yang digunakan dalam pentaksiran tradisional. Malahnya, pentaksiran ini lebih
tertumpu kepada keupayaan murid untuk menghasilkan produk yang berkualiti. Menurut
Saptu & Said (2011) menyatakan pentaksiran autentik sebagai satu alternatif ke arah
kepelbagaian ujian pencapaian yang standard. Manakala, Logsdon (2011) menjelaskan
pentaksiran autentik ini dapat menampung ketidakupayaan pelajar dalam melaksanakan
sesuatu pentaksiran. Justeru itu, pentaksiran autentik ini adalah satu bentuk pentaksiran yang
kepelbagaian ujian yang dapat mengurangkan ketidakupayaan pelajar dalam mencapai
objektif pembelajaran dengan lebih baik.

Kesimpulannya, tugasan pentaksiran autentik ini haruslah berikait rapat dengan


konteks kehidupan sebenar. Pentaksiran autentik ini mampu menggalakkan murid
menggunakan pengetahuan yang mendalam dan kemahiran berfikir aras tinggi seperti
mengaplikasi, mensintesis, menilai dan mencipta bagi melaksanakan sesuatu tugasan yang
berkait rapat dengan kehidupan seharian. Pentaksiran ini juga turut menekankan kepada
beberapa aspek seperti kemahiran penyelesaian masalah, pemikiran kritikal, penaakulan dan
refleksi kendiri dalam menyiapkan tugasan pentaksiran. Antara contoh tugasan pentaksiran
autentik adalah portfolio, esei, pembentangan, amali dan lain-lain.

1.2 Latar Belakang (Keperluan Pentaksiran Autentik)

2
Pentaksiran autentik atau dikenali juga sebagai pentaksiran alternatif merupakan satu kaedah
mentaksir murid secara langsung semasa pelaksanaan sesuatu tugasan. Pentaksiran autentik
ini adalah berbeza daripada pentaksiran tradisional. Menurut Bailey (1998) pentaksiran
tradisional dikendalikan secara tidak langsung, tidak autentik, ‘one-shot’, ‘speed-based’ dan
rujukan norma. Pentaksiran tradisional adalah dikenali sebagai ujian peristiwa tunggal
(single-occasion-tests) dimana hanya dapat mengukur murid berdasarkan apa yang
dilakukan pada masa tersebut (Law & Eckes, 1995).

Selain itu, pentaksiran tradisional juga tidak dapat mengukur potensi murid secara
holistik. Hal ini kerana pentaksiran tradisional adalah berorientasikan peperiksaan dan gred.
Tambahan pula, kaedah pentaksiran seperti ujian bertulis dan ujian lisan juga menjadi punca
kelemahan bagi mengukur potensi murid secara menyeluruh. Hasil yang didapati melalui
pentaksiran tradisional sama ada markah mahupun gred adalah bukti yang dikumpul secara
tidak langsung. Oleh itu, bukti tersebut tidak akan menunjukkan kefahaman atau
perkembangan sebenar murid terhadap pelajaran.

Di samping itu, pentaksiran tradisional ini lebih tertumpu kepada teknik


penghafalan. Perkara ini juga selari dengan pendapat Dikli (2003), menjelaskan pentaksiran
tradisional hanya memberi tumpuan kepada kemampuan hafalan dan penekanan terhadap
tahap kemahiran kognitif yang lebih rendah. Law & Eckes (1995) juga berpendapat sama
seperti Dikli (2003), di mana dalam pentaksiran tradisional kebanyakkan ujian dijalankan
hanya mengukur kemahiran berfikir aras rendah. Tambahan pula, ujian juga tidak autentik
kerana ia tidak mengukur pengetahuan atau kemahiran murid dalam konteks mendekati
dunia sebenar. Manakala, pentaksiran autentik lebih berkait rapat dengan kehidupan sebenar.
Justeru itu, murid perlu menggunakan kemahiran berfikir aras tinggi seperti mengaplikasi,
mensintesis, menilai dan mencipta dalam melaksanakan sesuatu tugasan.

Umumnya, pentaksiran tradisional ini merujuk kepada ujian jenis objektif aneka
pilihan, pelengkap, betul atau salah, padanan dan sebagainya. Pentaksiran ini hanya
memerlukan satu pilihan jawapan berdasarkan pengetahuan yang diingati oleh murid.
Manakala, pentaksiran autentik adalah satu kaedah baru dalam sistem pendidikan untuk
mengukur seseorang murid secara holistik yang sejajar dengan matlamat Falsafah
Pendidikan Kebangsaan iaitu mewujudkan insan yang seimbang dan harmoni dari segi
intelek, rohani, emosi dan jasmani. Pentaksiran ini lebih tertumpu kepada pengaplikasian

3
pengetahuan dan kemahiran dalam melaksanakan sesuatu tugasan seperti persembahan,
projek dan sebagainya.

1.3 CIRI-CIRI PENTAKSIRAN AUTENTIK

Terdapat beberapa ciri dalam pentaksiran autentik ini. Antaranya termasuklah bersifat dua
hala, berorientasikan proses, bersifat autentik, bersistematik, bersifat ujian terbuka dan lain-
lain. Guru haruslah mengetahui ciri-ciri ini agar dapat mengendalikan pentaksiran autentik
secara bersistematik dan berkesan. Menurut Frey (2014) ciri-ciri pentaksiran autentik dapat
dikategorikan kepada tiga komponen utama, iaitu konteks pentaksiran, peranan pelajar dan
penskoran.

Rajah 1: Ciri-Ciri Pentaksiran Autentik

Dari perspektif konteks pentaksiran, sesuatu tugasan perlu berkait rapat dengan kehidupan
sebenar. Tugasan yang diberikan juga perlu berasaskan prestasi atau juga dikenali sebagai

4
‘performance-based’ dan ia perlu menggalakkan murid menggunakan kemahiran kognitif
yang kompleks dan aras tinggi dalam melaksanakan tugasan tersebut.

Melalui pentaksiran autentik, murid memainkan peranan penting dalam


mempertahankan jawapan, hasil tugasan atau produk. Menurut Reeves (2000) pula
pentaksiran autentik ini menggalakkan murid mempunyai kemahiran penyelesaian masalah
dan kemahiran berfikir aras tinggi dalam melaksanakan serta mempertahankan sesuatu
projek. Pentaksiran autentik ini berbentuk formatif yang berlaku secara berterusan untuk
mengesan tahap penguasaan dan kemajuan murid di dalam kelas. Pentaksiran formatif ini
memerlukan murid berkolaborasi dengan guru dan rakan-rakan sekelas dalam melaksanakan
sesuatu tugasan dengan jayanya.

Dari perspektif penskoran, murid harus mengetahui kriteria penskoran ataupun


melibatkan murid dalam proses pembinaan kriteria penskoran. Pelbagai kriteria penskoran
boleh digunakan dalam mentaksir sesuatu tugasan. Pentaksiran autentik ini membolehkan
murid menguasai sesuatu hasil pembelajaran secara masteri. Newmann & Wehlage (1993)
juga berpendapat bahawa pentaksiran autentik ini menggalakkan pembelajaran secara
mendalam. Guru juga memerlukan masa yang lebih bagi mentaksir sesuatu tugasan
berbanding pentaksiran tradisional. Pentaksiran ini juga menggalakkan murid untuk
melaksanakan pentaksiran secara kendiri.

Menurut O’Malley dan Pierce (1996) mengkategorikan pentaksiran autentik kepada


tiga kaedah pentaksiran iaitu ‘perfomance assesment’, portfolio dan pentaksiran kendiri iaitu
‘self assesment’. Antara contoh pentaksiran autentik adalah;

 Bercerita / Teks Menceritakan Semula


 Esei
 Penyiasatan
 Projek
 Pameran
 Demonstrasi
 Pemerhatian Guru
 Pembentangan
 Portfolio

1.4 KEPENTINGAN PENTAKSIRAN AUTENTIK

5
1.4.1 Pentaksiran Secara Langsung

Secara amnya, pentaksiran tradisional akan mengukur kefahaman murid tentang sesuatu
pembelajaran. Tetapi, kita masih belum mengetahui lagi sama ada kefahaman tersebut
membolehkan murid mengaplikasikan dalam kehidupan sebenar atau sebaliknya.
Sehubungan dengan itu, pentaksiran autentik ini penting untuk membolehkan seseorang guru
mengetahui kefahaman sebenar murid dalam mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran
dalam konteks kehidupan sebenar. Sebagai contohnya, guru tidak dapat menilai kefahaman
murid tentang kemahiran bercerita secara menyeluruh dengan ujian aneka pilihan. Justeru itu,
guru perlu menggunakan pentaksiran autentik seperti persembahan untuk mengukur tahap
perkembangan murid secara menyeluruh dan realistik serta lebih bermakna. Maka,
pentaksiran autentik dapat menyediakan maklumat yang mendalam mengenai perkembangan
seseorang murid dalam pelajaran.

1.4.2 Matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan

Sistem pendidikan di Malaysia dilaksanakan berpandukan Falsafah Pendidikan Kebangsaan


(FPK). Antara salah satu matlamat FPK adalah:

“memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk


mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis”.

Sistem pendidikan memerlukan proses pembelajaran yang dapat meningkatkan kebolehan


dan keupayaan murid secara menyeluruh. Oleh itu, pentaksiran yang dikendalikan harus
dapat mentaksir seseorang murid secara holistik. Jadi, pentaksiran autentik bersifat holistik
yang selari dengan keperluan FPK harus digunakan dalam proses pembelajaran dan
pemudahcaraan. Lanjutan daripada pentaksiran ini mampu mewujudkan insan yang seimbang
dan harmonis dalam menghadapi cabaran-cabaran kehidupan sebenar.

1.4.3 Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025) telah menyenaraikan beberapa ciri


yang perlu ada pada seseorang murid. Ciri-ciri yang terdapat dalam PPPM adalah
pengetahuan, kemahiran berfikir, kemahiran memimpin, kemahiran dwibahasa, etika dan
kerohanian dan identiti nasional. Ciri-ciri ini tidak dapat diwujudkan pada diri seseorang
murid melalui pentaksiran tradisional sahaja. Justeru itu, pentaksiran autentik perlu dilakukan
dalam mewujudkan serta membangunkan ciri-ciri ini pada seseorang murid. Ciri-ciri ini
hanya boleh dinilai secara mendalam dan terperinci melalui pentaksiran autentik. Sebagai

6
contohnya, kemahiran kepimpinan murid boleh ditaksir lebih mendalam melalui memberi
tugasan secara berkumpulan.

1.4.4 Kurikulum

Kurikulum sekolah di Malaysia juga menjadi penyumbang utama dalam pelaksanaan


pentaksiran autentik. Matlamat dan objektif kurikulum lebih menekankan kepada kemahiran
berfikir aras tinggi seperti mensintesis, menilai dan mencipta. Kemahiran-kemahiran ini tidak
dapat ditaksir melalui pentaksiran tradisional. Hal ini demikian kerana pentaksiran tradisional
lebih tertumpu kepada pengetahuan fakta dan kemahiran konseptual murid. Salah satu
kelemahan pentaksiran ini adalah pengukuran terhadap kemahiran-kemahiran seperti
penyelesaian masalah, penaakulan, pemikiran kritikal, kebolehan bekerjasama dan
ketanggungjawaban adalah kurang tepat dan mempunyai darjah kesahan serta
kebolehpercayaan adalah rendah. Justeru itu, pentaksiran autentik dilaksanakan untuk
mendapatkan maklumat mengenai perkembangan murid yang mempunyai nilai kesahan dan
kebolehpercayaan yang tinggi.

1.4.5 Teori Konstruktivis

Teori konstruktivis merupakan salah satu teori yang popular digunakan sebagai panduan
dalam mengendalikan proses pengajaran. Teori konstruktivis ini selari dengan ciri-ciri
pentaksiran autentik. Prinsip asas teori ini adalah pengetahuan dibina oleh para murid, setiap
murid memiliki idea dan pengetahuan asas, proses pembinaan pengetahuan melibatkan aspek
sosial, dan guru sebagai fasilitator dalam pembinaan pengetahuan murid (Shahida, 2015).
Teori ini juga membolehkan guru memahami proses pembelajaran yang berlaku dalam diri
murid dan memahami faktor yang mempengaruhi proses pembelajaran murid (Arif, 1987).
Lantaran itu, pentaksiran autentik ini penting digunakan untuk membolehkan murid membina
pengetahuan dengan melibatkan diri secara aktif dalam tugasan yang berunsurkan kehidupan
sebenar.

1.5 PROSEDUR PENGGUBALAN PENTAKSIRAN AUTENTIK

Pentaksiran autentik merupakan satu bentuk pengukuran dimana mentaksir murid ketika
menjalankan tugasan sama ada di dalam bilik darjah mahupun luar bilik darjah. Pentaksiran
autentik juga berasaskan proses yang dapat membantu meningkatkan keyakinan murid.
Terdapat satu bentuk proses penggubalan yang membantu pentaksiran ini dapat dikendalikan
secara sistematik.

7
Tindakan Susulan / Standard
Aktiviti TIDAK YA Pembelajaran Baru

Rajah 2: Proses Penggubalan Pentaksiran Autentik

8
2.0 Mereka Bentuk Pentaksiran Autentik

Mata Pelajaran : Pendidikan Seni Visual


Tahun :5
Modul 4 : Mengenal Kraf Tradisional
Aktiviti : Alat Pertahanan Diri
Tema : Objek Buatan Manusia
STANDARD KANDUNGAN :
4.1 PERSEPSI ESTETIK
Membuat persepsi dan menggunakan bahasa seni visual yang ada pada model alat
pertahanan diri.
4.2 APLIKASI SENI
Mengaplikasi bahasa seni visual dan media dalam penghasilan model alat pertahanan diri.
4.3 EKSPRESI KREATIF
Penzahiran idea melalui pelbagai sumber, kajian, dan teknologi dalam penghasilan model
alat pertahanan diri.
4.4 APRESIASI SENI
Apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan berpandukan bahasa seni visual, sejarah seni
dan budaya.
Standard Pembelajaran:
Murid dapat mengenal, memahami, dan menyatakan bahasa seni visual yang ada pada
model alat pertahanan diri.
4.1.1 Unsur Seni
4.1.1.1 Garisan - beralun atau lurus atau melengkung
4.1.1.2 Jalinan - sentuh atau tampak
4.1.1.3 Bentuk - konkrit
4.2.1 Prinsip Rekaan
4.1.2.1 Imbangan - tidak simetri
4.1.2.2 Penegasan - bentuk
Murid dapat mengaplikasikan pengetahuan bahasa seni visual, media serta proses dan
teknik dalam penghasilan model alat pertahanan diri.
4.2.1 Mengenal dan menyatakan jenis-jenis media. Cadangan media:
4.2.1.1 Alat - gunting atau alatan lain yang sesuai.
4.2.1.2 Bahan - mounting board atau kad manila atau kertas lukisan, gam, cat air atau
cat poster atau bahan lain yang sesuai.
4.2.2 Mengetahui penggunaan media serta proses dan teknik dalam penghasilan karya.

9
Murid dapat menzahirkan idea melalui pelbagai sumber kajian dan teknololgi dengan
mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman bahasa seni visual, media serta proses dan
teknik dalam penghasilan model alat pertahanan diri yang kreatif.
4.3.1 Memilih dan memanipulasi bahan secara kreatif
4.3.2 Menggunakan bahasa seni visual dalam penghasilan karya
4.3.3 Mengaplikasikan proses dan teknik yang sesuai dalam penghasilan model alat
pertahanan diri.

Murid dapat membuat apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan berpandukan bahasa seni
visual serta menghubung kait seni dengan disiplin ilmu yang lain, kehidupan, sejarah seni
dan budaya.
4.4.1 Mempamerkan karya yang dihasilkan
4.4.2 Membuat ulasan karya sendiri dan rakan secara lisan
4.4.3 Menyatakan fungsi alat pertahanan diri
Objektif Pembelajaran :
1. Menghasilkan model alat pertahanan diri dengan menekankan bahasa seni visual.
2. Mengaplikasikan media dan proses serta teknik secara kreatif.
3. Membuat apresiasi terhadap karya.
Tugasan :
Arahan kepada Murid
Anda sebagai pereka keris diminta menghasilkan model keris untuk dipamerkan di Balai
Seni Lukis Negara. Anda perlu menggunakan alat dan bahan yang disenaraikan untuk
menghasilkan model keris. Ukurannya adalah 7 cm x 40 cm.
Alat dan Bahan:
 Kad Board
 Gunting
 Gam (UHU)
 Manik (Berwarna-warni)
 Riben

Pengenalan kepada Keris

Keris dikenali sebagai alat pertahanan diri pada zaman dahulu. Kebiasaannya, alat ini
digunakan untuk mempertahankan diri daripada serangan musuh, binatang liar dan lain-lain.
Di samping itu, alat ini juga digunakan dalam majlis-majlis sebagai lambang keberanian
Pahlawan Melayu. Dalam konteks kurikulum, menghasilkan model keris adalah salah satu
10
aktiviti yang membolehkan murid-murid mengenal kraf tradisional. Pada masa yang sama,
murid dapat menghargai tokoh seni dan budaya tanah air khususnya keris.

2.2 MEREKA BENTUK TUGASAN PENTAKSIRAN

2.2.1 Menentukan Standard Kandungan, Standard Pembelajaran dan Objektif


Pembelajaran

Modul yang dipilih adalah Modul Mengenal Kraf Tradisional. Aktiviti yang dipilih adalah
menghasilkan model alat pertahanan diri. Standard kandungan yang dipilih adalah 4.1, 4.2,
4.3 dan 4.4. Manakala, standard pembelajaran adalah 4.1.1 (4.1.1.1, 4.1.1.2 dan 4.1.1.3),
4.1.2 (4.1.2.1 dan 4.1.2.2), 4.2.2, 4.2.3, 4.3.1, 4.3.2, 4.3.3, 4.4.1 dan 4.4.2. Melalui standard
pembelajaran ini, murid dikehendaki menghasilkan model alat pertahanan diri dengan
menekankan bahasa seni visual.

2.2.2 Menentukan Tugasan Pentaksiran

Dalam pentaksiran ini, guru menggunakan tugasan pentaksiran prosedur dan produk. Dalam
prosedur, guru dapat mentaksir murid semasa tugasan itu dilakukan oleh murid. Perkara ini
membantu guru mengenalpasti alat, bahan dan teknik yang digunakan oleh murid dalam
penghasilan karya seni. Di samping itu, pentaksiran produk juga dititik beratkan untuk
mentaksir nilai-nilai estetika yang terdapat pada model alat pertahanan diri.

2.2.3 Menentukan Kriteria Tugasan

Murid perlu menghasilkan model keris dalam tugasan pentaksiran autentik ini. Keris
merupakan alat pertahanan diri masyarakat melayu yang digunakan pada zaman dahulu.
Keris juga alat yang mudah dikenali oleh murid-murid. Tambahan pula, buku Panduan
Pengajaran Pendidikan Seni Visual Tahun 5 mencadangkan alat pertahanan diri bagi aktiviti
tersebut ialah keris. Maka, guru memberikan tugasan dimana murid perlu menghasilkan
model keris dengan mengaplikasikan bahasa seni visual. Murid juga perlu menggunakan alat
dan bahan serta teknik yang sesuai dalam penghasilan model keris. Gambar di bawah
menujukkan contoh tugasan yang dipilih.

11
Gambar 1: Contoh Tugasan Keris

2.2.4 Memilih Kaedah Penskoran

Dalam pentaksiran ini, kaedah penskoran yang dipilih adalah penskoran analitik. Antara
rasional penskoran analitik dipilih adalah untuk mentaksir tugasan murid secara terperinci.
Kaedah ini juga mampu menyediakan maklumat terperinci tentang pencapaian murid dalam
penghasilan keris

2.3 Mereka Bentuk Rubrik Penskoran

Rubrik merupakan alat penilaian yang digunakan untuk mentaksir sesuatu tugasan. Menurut
Pickford & Brown (2007) rubrik sebagai alat pemarkahan yang sesuai digunakan untuk
mengukur tugasan berbentuk autentik sama ada proses kerja mahupun hasil kerja murid.
Rubrik merupakan mekanisme komprehensif yang membolehkan murid untuk memenuhi
standard yang telah ditetapkan oleh guru (Abdullah dan Shukor, 2012). Rubrik adalah satu
panduan pemarkahan yang mengandungi kriteria dan digunakan untuk mentaksir dan
menentukan kualiti sesuatu tugasan mengikut piawai yang ditetapkan (Arter dan Tighe 2001).

Dalam pentaksiran ini, model pembinaan rubrik yang diutarakan oleh Steven dan
Levi (2013) digunakan untuk mereka bentuk rubrik seperti yang digambarkan pada Rajah 3.
Model ini menyenaraikan empat ciri iaitu refleksi, menyenaraikan, mengelaskan dan melabel
dan mengaplikasi dalam mereka bentuk rubrik tugasan. Dalam proses refleksi, guru perlu
menentukan objektif pengajaran yang selari dengan pentaksiran. Hal ini bermaksud tugasan

12
yang diberikan mampu mencapai objektif pembelajaran. Seterusnya, proses menyenaraikan
pula adalah menentukan kriteria penilaian yang dijadikan sebagai kriteria rubrik. Kriteria ini
boleh dibentuk melalui kaedah sumbang saran, pengalaman guru, sorotan kajian dan adaptasi
daripada rubrik yang sedia ada (Arter & Mc Tighe 2001). Kemudian itu, proses mengelaskan
dan melabel merupakan proses melabelkan jangkaan prestasi ke atas pelajar pada setiap tahap
prestasi bagi setiap kriteria. Akhir sekali, proses mengaplikasi adalah proses pengumpulan
maklumat berdasarkan kriteria rubrik bagi sesuatu tugasan. Perkara ini bermaksud rubrik
dijadikan sebagai panduan untuk pemarkahan.

Rajah 3: Model Pembinaan Rubrik

Dalam proses refleksi, guru telah menentukan objektif pengajaran dapat diukur
melalui tugasan pentaksiran yang dipilih iaitu menghasilkan model keris adalah selari dengan
standard pembelajaran iaitu menghasilkan model alat pertahanan diri dengan menekankan
bahasa seni visual. Dalam proses menyenaraikan, guru telah menyenaraikan kriteria-kriteria
penilaian seperti pemilihan alat dan bahan, perwujudan idea, gubahan, ketepatan dan
kemasan. Seterusnya, dalam proses mengelaskan dan melabel, guru telah menggunakan tiga
tahap prestasi dengan menggunakan angka. Dalam proses ini juga guru telah menjelaskan
jangkaan ke atas murid pada setiap tahap prestasi bagi setiap kriteria. Akhir sekali, guru
menggunakan rubrik tersebut dalam mentaksir tugasan murid.

RUBRIK PEMARKAHAN PSV (KERIS)

13
Gambar 2: Rubrik Pemarkahan Keris (1)

14
Gambar 3: Rubrik Pemarkahan Keris (2)

15
3.0 PELAKSANAAN PENTAKSIRAN AUTENTIK

Sebelum PDPC

Rajah 4: Langkah Pelaksanaan Pentaksiran Autentik Sebelum PDPC

Semasa PDPC

Langkah 1 (Persepsi Estetik)

1) Seorang murid yang telah dipilih, melakonkan watak yang diberi oleh guru.
2) Guru mengemukakan soalan mengenai watak tersebut kepada para murid.
3) Guru mengaitkan jawapan murid dengan pertandingan ‘Creative Mind Thinkers’ lalu
memperkenalkan tajuk pelajaran.

Langkah 2 (Aplikasi Seni)

1) Guru menayangkan persembahan powerpoint.


2) Murid dapat mengetahui definisi keris, contoh-contoh keris dan bahagian keris melalui
persembahan tersebut.
3) Murid melihat contoh hasil karya pada papan putih.

16
4) Murid mengenali alat dan bahan yang diperlukan melalui kertas mahjong.
5) Guru menggunakan pinggan untuk membentuk peta buih tentang proses penghasilan.
6) Murid diterangkan langkah penghasilan keris secara terperinci.

Langkah 3 (Ekspresi Kreatif)

1) Murid mula menghasilkan karya.


I. Murid memastikan alat dan bahan ada dalam keadaan sedia.
II. Murid melukis bentuk keris dengan kaedah menekap secara berpasangan.
III. Murid menggunting bentuk keris dengan betul.
IV. Murid melukis corak pada keris dengan menggunakan warna krayon.
V. Murid menghias keris dengan menampal manik mengikut kreativiti.
VI. Murid membuat kemasan pada karya.

Langkah 4 (Apresiasi Seni)

1) Murid membuat persiapan untuk sesi apresiasi seni.


2) Murid membuat pembentangan tentang apresiasi seni berdasarkan bahasa seni visual.

Selepas PDPC:

1) Murid diadakan sesi soal jawab bersama guru.


2) Setelah pentaksiran diadakan, murid diberikan maklum balas tentang kekuatan dan
kelemahan serta langkah-langkah penambahbaikan yang perlu dilaksanakan terhadap
tugasan pentaksiran tersebut.

4.0 PROSES PENSKORAN PENTAKSIRAN AUTENTIK

Penskoran merupakan proses memberi skor kepada jawapan atau tugasan yang dilaksanakan
oleh murid. Kebiasaannya skor berbentuk angka. Penskoran terbahagi kepada dua jenis iaitu
holistik dan analitik. Dalam tugasan pentaksiran ini, guru telah memilih penskoran analitik
untuk menilai tugasan murid.

Penskoran analitik merupakan kaedah memberi markah secara terperinci berbanding


penskoran holistik. Hal ini bermakna penskoran ini akan meliputi penguasaan isi kandungan,
pengelolaan dan proses yang lebih spesifik. Dalam penskoran analitik, fakta dan hujah atau
penjelasan yang berkualiti akan dipertimbangkan dalam proses pemberian markah. Di
samping itu, penskoran analitik adalah lebih objektif berbanding penskoran holistik. Hal ini

17
demikian kerana skema yang digunakan dalam penskoran analitik adalah lebih terperinci dan
spesifik berbanding dengan holistik.

Penskoran rubrik juga digunakan oleh guru dalam mentaksir tugasan murid. Rubrik
yang dibina oleh guru dijadikan sebagai panduan untuk menganalisis serta menilai proses dan
hasil yang dilakukan oleh murid. Rubrik ini mampu menyediakan maklumat yang terperinci
seperti kekuatan dan kelemahan serta langkah penambahbaikan kepada murid. Perkara ini
membantu murid meningkatkan pencapaian mereka. Justeru itu, guru menggunakan
penskoran analitik dengan menggunakan rubrik untuk mentaksir tugasan murid secara
terperinci.

Antara langkah adalah:

a) Guru telah menyediakan rubrik penskoran yang terperinci untuk mentaksir tugasan
murid.
b) Dua orang guru daripada panitia PSV dilantik sebagai pentaksir untuk mentaksir
tugasan murid.
c) Dua orang guru tersebut diberikan taklimat mengenai kriteria rubrik yang digunakan
untuk mentaksir tugasan murid.
d) Murid diberi peluang untuk memberikan hujah terhadap fakta yang diberikan.
e) Guru-guru mentaksir tugasan murid secara analitik.
f) Guru-guru memberi markah yang telah dipertimbangkan dalam ruang yang
disediakan dalam rubrik.
g) Guru-guru memberikan maklum balas tentang kekuatan, kelemahan dan langkah
penambahbaikan kepada murid-murid.

18
5.0 ANALISIS SWOT

Kekuatan Kelemahan

Tugasan yang diberikan kepada murid Alat dan bahan tidak mencukupi untuk
menepati kehendak tugasan (Pentaksiran semua murid seperti ‘kad board’, manik
Autentik) iaitu berkait rapat dengan dan sebagainya.
kehidupan sebenar.
Tugasan yang diberikan dapat
menggalakkan pemikiran aras tinggi
seperti menilai dan mencipta.
Pentaksiran murid dapat dilakukan
secara sistematik.
Murid dapat ditaksir secara terperinci
dengan menggunakan rubrik.
Proses pengajaran dapat dilaksanakan
secara berpusatkan murid.
Perbincangan bersama ahli panitia PSV
dapat memperkembangkan pengetahuan
dalam bidang seni.
Peluang Ancaman

Kerjasama daripada ibu bapa dalam Wabak COVID-19


menangani isu alat dan bahan yang
diperlukan untuk menghasilkan model
keris.
Kerjasama daripada ahli panitia PSV
dapat membantu dalam membuat
pentaksiran.

Jadual 1: Analisis SWOT

19
6.0 RUMUSAN

Tuntasnya, pentaksiran autentik merupakan satu kaedah pentaksiran yang bertentangan


dengan pentaksiran tradisional. Hal ini demikian kerana pentaksiran ini memberi penekanan
kepada tugasan yang berkait rapat dengan konteks kehidupan seharian bukannya tertumpu
kepada kertas ujian dan pensel. Sebagai contohnya, esei, persembahan, pameran, eksperimen,
portfolio dan lain-lain. Pentaksiran ini juga mampu menggalakkan pemikiran aras tinggi
dalam kalangan murid. Perkara ini dapat dilihat melalui pengaplikasian pengetahuan oleh
murid dalam melaksanakan tugasan. Kebiasaannya, murid akan melibatkan diri secara aktif
dalam melaksanakan sesuatu tugasan dalam pentaksiran autentik ini. Murid akan
berkolaborasi dengan guru dan rakan lain dalam melaksanakan tugasan pentaksiran autentik
ini.

Pentaksiran autentik ini juga dikenali sebagai pentaksiran langsung. Pentaksiran


langsung ini membantu guru mentaksir murid secara langsung untuk mendapatkan eviden
yang lebih tepat. Pentaksiran autentik ini memberi peluang kepada murid untuk memperbaiki
dan melakukan penambahbaikan untuk mendapat pencapaian yang cemerlang pada masa
hadapan. Pentaksiran ini juga dapat merangsang murid menggunakan pengetahuan,
kemahiran dan keupayaan dalam melaksanakan sesuatu tugasan.

Pentaksiran autentik ini wajar digunakan dalam sistem pendidikan di Malaysia untuk
mencapai matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu melahirkan insan yang seimbang
dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Di samping itu, pentaksiran
autentik juga dapat membantu melahirkan murid yang mempunyai ciri-ciri yang disenaraikan
dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025). Kita sudah sedia maklum
bahawa setiap individu adalah unik dari segi kecerdasan pelbagai. Penggunaan pentaksiran
autentik ini mampu mentaksir murid yang terdiri daripada pelbagai kecerdasan dalam
melaksanakan sesuatu tugasan.

Kesimpulannya, guru haruslah mempunyai pengetahuan dan kemahiran yang


mendalam dalam mengendalikan pentaksiran autentik sama ada di dalam bilik darjah
mahupun di luar bilik darjah. Guru memainkan peranan yang penting sebagai fasilitator
dalam pentaksiran autentik ini. Perkara ini membantu guru dalam melaksanakan pdpc yang
berpusatkan murid dan pembelajaran abad ke-21.

20
7.0 RUJUKAN

Abdullah,E.&Shukor,A.A.A.2012.Pentaksiran Prestasi dan Pentaksiran Rujujan Standard


dalam Bilik Darjah.Universiti Pendidikan Sultan Idris Tanjong Malim

Arif Sukardi. (1987). Prinsip-prinsip (teori) pembelajaran. Kuala Lumpur: Fajar Bakti Sdn.
Bhd.

Arter, J. & McTighe, J. 2001.Scoring Rubric in the Classroom: Using Performance Criteria
for Assessing and Improving Student Performance Corwin Press, INC.

Frey, B. B. (2013). Modern classroom assessment. SAGE Publications.

Grace, C. (1992). The portfolio and its use: Developmentally appropriate assessment of
young children. EDO-PS-92-11. Didapatkan semula pada 21 Mei 2002 daripada
http://ceep.crc. uiuc.edu/eecearchive/digests/1992/grace92.html

Gulikers, J., Bastiaens, T., & Kirschner, P. (2004). A five-dimensional framework for
authentic assessment. Educational Technology Research and Development, 52 (3), 67-
85.

Khaira, H.G. & Yambo, D. (2005). The practicality of authentic assessment. Paper presented
at The First International Conference on Enhancing Teaching and Learning Through
Assessment. The Hong Kong Polytechnic University, June.

McMillan, J. H. (2007). Classroom assessment: Principles and practice for effective


standards-based instruction. (4th ed.). Boston, MA: Allyn & Bacon.

Mueller, J. (2006). Authentic assessment toolbox. Retrieved on 25 June from the website:
http://jonathan.mueller.faculty.noctrl.edu/toolbox/whatisit.htm#looklike

Newmann, F.M., & Wehlage, G. (1993). Five standards of authentic instruction. Educational
Leadership, 50(7), 8-12.

O’Malley, J. M., & Pierce, L. V.


(1996). Authentic
O’Malley, J. M., & Pierce, L. V. (1996). Authentic assessment for English language learners:
practical approaches for teachers. Massachusetts: Addison Wesley Publishing Company

21
Pett, J. (1990). What is authentic evaluation? Common questions and answers. Fair Test
Examiner, 4, 8-9.

Pickford, R. & Brown, S. 2007.Assessing Skills and Practice. London and New York:
Routledge Taylor and Francis Group

Reeves, T.C. (2000). Alternative assessment approaches for online learning environments in
higher education. Journal of Educational Computing Research, 23(1), 101-111.

Steven,D.D.&Levi,A.J.2013.Introduction to Rubricshlm.2nd Editio. Stylus Publishing.

Syahida Nadia Zakaria (2015). Kesan Pendekatan Konstruktivisme Dan Pendekatan


Tradisional Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Komponen Sastera Bahasa Melayu.
Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu. Vol.5, Bil.2 (Nov. 2015): 12-21.
http://journalarticle.ukm.my/9857/1/93-184-1-SM.pdf

22

You might also like