Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Sekolah Kebangsaan Ulu Lemanak


D/A Pejabat Pendidikan Daerah
Daerah Lubok Antu Tel : Tiada
Faks : Tiada
95900 Lubok Antu Emel : skululemanak@gmail.com

Ruj. Kami : JPS(W)/SKUL(Perj)/153/08/05/09( )


Tarikh : 10.08.2020

Pengarah Jabatan Bekalan Air Luar Bandar (JBALB),


Tingkat 1 dan Mezzanine Bangunan ST3,
No.55, Jalan Simpang Tiga
93350 Kuching
Sarawak.

Tuan,

MEMOHON SUMBER AIR GRAVITI BAGI SEKOLAH KEBANGSAAN ULU LEMANAK

Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk. Pihak kami telah menghantar surat pertama bertarikh 13
September 2018 namun tidak mendapat maklum balas dan Tindakan daripada pihak tuan. Buat masa ini bekalan air
kami adalah sangat kritikal. Sekolah Kebangsaan Ulu Lemanak sangat memerlukan sumber bekalan air bersih untuk
kegunaan murid-murid dan staf sekolah.

2. Adalah dimaklumkan bahawa buat masa ini, pihak sekolah menggunakan bekalan air tidak terawat dari
anak sungai berhampiran. Musim kemarau yang berpanjangan (2bulan) menyebabkan air sungai kering dan tidak
dapat menampung kegunaan semua warga sekolah. Situasi menyebabkan banyak kesulitan yang dialami untuk
kegiatan seharian.

3. Murid-murid terpaksa bergantung kepada Sungai Lemanak untuk mandi. Air sungai yang keruh disebabkan
oleh pembalakan menyebabkan kami terpaksa bergantung kepada air hujan untuk proses masakan dan minuman.
Tahap kesihatan murid tidak terjamin disebabkan oleh keadaan ini.

4. Kami memerlukan sumber air alternatif seperti Sumber Air Graviti yang terawat untuk kegunaan warga
sekolah. Bererapa buah sekolah di daerah Lubok Antu telah menerima kemudahan tersebut sejak beberapa tahun
lepas lagi. Kami berharap kemudahan Sumber Air Graviti yang diselenggara secara berkala oleh syarikat dapat di
wujudkan di SK Ulu Lemanak.

5. Di sini disertakan lampiran yang menunjukkan kesusahan dan kesulitan yang dialami oleh warga SK Ulu
Lemanak semasa musim kemarau ini. Adalah berbesar hati jika dengan wujudnya sumber air alternatif ini akan
menyelesaikan masalah air kami di SK Ulu Lemanak. Kerjasama daripada pihak tuan terlebih dahulu diucapkan
terima kasih.

Sekian, terima kasih.

“SEHATI SEJIWA”
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,

[ CHANKING ANAK JAWA ]

Menjulang Pendidikan Negeri Sarawak Fly Kenyalang Fly, Fly High

You might also like