Minit Mesyuarat Pra SK Ulu Lemanak

You might also like

Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 4

MINIT MESYUARAT AJK PEMILIHAN KEMASUKAN MURID PRASEKOLAH

SESI 2021
SEKOLAH KEBANGSAAN ULU LEMANAK
95900 LUBOK ANTU, SARAWAK

PENGERUSI : EN. CHANKING ANAK JAWA


NAIB PENGERUSI : CIK TRACY LAING
SETIAUSAHA : EN. MOHD FAISAL BIN JALIL
PEN. SETIAUSAHA : EN. AHMAD FAQIH BIN PAUZI
BENDAHARI : PUAN STEPHANIE ANAK ATONG

TARIKH : 15 JULAI 2020


HARI : ISNIN
TEMPAT : PRASEKOLAH GEMILANG
MASA : 11.45 PAGI

Agenda 1: Ucapan Aluan

1.1 Setiauasaha memulakan mesyuarat pemilihan murid prasekolah dengan


mengalu-alukan kehadiran ahli mesyuarat pemilihan kali ini.
1.2 Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang hadir dan
mengucapkan tahniah kepada Jawatankuasa pemilihan kerana dapat
merancang dan menjayakan mesyuarat ini.
1.3 Pengerusi menjelaskan tujuan mesyuarat pemilhan diadakan adalah untuk
memutuskan senarai nama murid yang akan dipilih memasuki kelas Prasekolah
bagi sesi 2021.
1.4 Pengerusi memaklumkan Prasekolah Gemilang mempunyai kapasiti untuk 25
orang.
1.5 Beliau juga telah membacakan syarat –syarat layak memohon
kemasukanprasekolah KPM ke sekolah.
1.6 Pengerusi juga memaklumkan kepada ahli mesyuarat bahawa bilangan
permohonan yang diterima dan permohonan secara online seramai 3 orang.
Tindakan : Makluman
Agenda : 2 Kriteria Murid Yang Layak Dipilih ke Prasekolah

2.1 Pengerusi turut menjelaskan syarat-syarat dan kaedah pemarkahan merit yang
terkini yang mana mempunyai sedikit perubahan berbanding tahun-tahun
sebelumnya.
2.2 Pengerusi juga menerangkan syarat utama pemilihan murid prasekolah mengikut
garis panduan pemilihan prasekolah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM).
Syarat utama pemilihan adalah warganegara Malaysia. Bukan warganegara
tidak layak untuk dipilih masuk ke kelas prasekolah.
2.3 Murid yang layak dipilih adalah mereka yang lahir pada 02.01.2015 - 01.01.2016
(6 tahun) .6 tahun juga diberi keutamaan dahulu berbanding dengan murid umur
5 tahun.
2.4 Beliau turut menjelaskan murid yang mendapat merit tertinggi akan diberi
keutamaan masuk ke kelas prasekolah.
2.5 Ibu bapa berpendapatan rendah mempunyai peluang yang lebih tinggi untuk
memasuki prasekolah KPM.
Tindakan:Guru Prasekolah

Agenda:3 Pemilihan Murid Prasekolah

3.1 Pengerusi membentangkan senarai nama permohonan murid bagi sesi 2020.
Seramai 3 orang murid berumur 6 tahun yang layak dipilih masuk ke kelas
prasekolah. Majlis sebulat suara menerima permohonan tersebut.
3.2 Pengerusi turut membentangkan kesemua bilangan murid 6 tahun yang sedang
mengikuti kelas pembelajaran pada tahun ini 2020 akan masuk ke Tahun 1
pada tahun akan datang 2021. Tambahan pula, memerlukan 20 murid
prasekolah bagi menampung bilangan kekosongan.
3.3 Pengerusi telah bentangkan lampiran murid-murid yang berjaya diterima. Semua
murid yang memmohon untuk memasuki Prasekolah SK Nanga Ulu Lemanak
diterima kerana jumlah hanya 3 murid sahaja.
SENARAI NAMA MURID PRASEKOLAH YANG TELAH MEMOHON
SECARA ONLINE DAN MANUAL BAGI TAHUN 2021

BIL NAMA MURID TARIKH JUMLAH BERJAYA/ CATATAN


LAHIR WAJARAN TIDAK BERJAYA
1) 100 BERJAYA 5 TAHUN
ADRIELL LEONATHAN ANAK NYALON 21/02/2015
2) 75 BERJAYA 5 TAHUN
ESTEFANIA NATALLIA ANAK EMPASA 27/12/201
3) 75 BERJAYA 5 TAHUN
MONISHA MARIA ANAK PHILIP 15/11/2015

Agenda 4: Hal-hal lain

4.1 Pengerusi telah berkata supaya ahli mesyuarat dapat memperjelaskan kepada
penjaga berkenaan hal yang melibatkan prasekolah. Sebarang permasalahan
dan kemusykilan harus merujuk kepada pentadbir atau guru prasekolah itu
sendiri bagi mengelak daripada berlakunya kekeliruan dari penjaga atau pihak
tertentu.
4.2 Pengerusi juga telah meminta guru- guru penolong kanan untuk sebarkan
maklumat kepada ibu bapa supaya mengisi tempat kosong mengikut kapasiti
kelas seramai 22 orang murid lagi.
4.3 Pengerusi turut mengatakan isu permohonan prasekolah akan dibawa ke
mesyuarat PIBG .
4.4 Pengerusi merakamkan ucapan terima Kasih kepada AJK mesyuarat atas
kelancaran mesyuarat pemilihan yang telah berlangsung. Beliau mengharapkan
supaya ahli mesyuarat dapat memantapkan lagi hal-hal berkaitan prasekolah.
4.5 Beliau juga berharap agar kecemerlangan anak-anak prasekolah dapat
dipertingkatkan dan hubungan baik AJK dapat diteruskan lagi pada masa akan
datang.

Tindakan : Makluman

Agenda 5: Ucapan Penangguhan

5.1 Mesyuarat ditangguhkan pada jam 2.30 petang.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

…………………………………… ……………………………………….
(Ahmad Faqih bin Pauzi) (Chanking anak Jawa)
Guru Prasekolah Gemilang Guru Besar
SK Ulu Lemanak. SK Ulu Lemanak.

You might also like