AMALAN FENG SHUI DALAM KALANGAN KAUM CINA DI PANGSAPURI GL GARDEN Ver 3

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 33

961129-07-5269

AMALAN FENG SHUI DALAM KALANGAN KAUM CINA DI


PANGSAPURI GL GARDEN, PAYA TERUBONG.

ABSTRAK

Kajian ini dijalankan untuk mengkaji amalan Feng Shui dalam kalangan kaum
Cina di Pangsapuri GL Garden, Paya Terubong. Objektif kajian ini ialah mengenalpasti
amalan Feng Shui yang diamalkan dalam kalangan kaum Cina dan mengkaji sejauh
mana amalan Feng Shui mempengaruhi kehidupan kaum Cina di Pangsapuri GL
Garden. Pangsapuri GL Garden dipilih sebagai lokasi kajian. Seramai 30 orang
penduduk dari Pangsapuri GL Garden menjadi responden dalam kajian ini. Kaedah
temu bual, soal selidik, kepustakaan dan dokumentasi telah digunakan. Daripada
dapatan kajian, penduduk kaum Cina di Pangsapuri GL Garden memang mengamalkan
amalan Feng Shui. Amalan Feng Shui amat mempengaruhi kehidupan penduduk kaum
Cina di Pangsapuri GL Garden. Daripada kajian ini, diharapkan bahawa masyarakat
kaum Cina terus mengamalkan adat resam ini supaya mengekalkan jati diri.

1
961129-07-5269

Penghargaan
Saya ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi terima kasih yang tidak
terhingga kepada guru Pengajian Am saya, Cikgu Kanmani a/p Silvaraja, yang
telahpun meluangkan masa beliau untuk menghulurkan bantuan dengan memberikan
tunjuk ajar dan nasihat kepada saya apabila saya dihadapi masalah menjalankan kerja
kursus.
Selain itu, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada ibu bapa saya,
Tan Hock Lye dan Teoh Bee Sim kerana memberikan sokongan kepada saya dan
membawa saya ke tempat kajian untuk mengumpulkan data.

Saya juga berterima kasih kepada rakan-rakan sekelas saya kerana berkongsi
pendapat yang berkaitan dengan kerja kursus ini.

Tidak melupakan sumbangan data daripada para responden daripada


pangsapuri GL Garden yang telah menjawab soal selidik saya. Saya juga berterima
kasih kepada informan yang rela ditemu duga oleh saya.

2
961129-07-5269

Senarai Kandungan
Muka surat

Abstrak 1

Penghargaan 2

Senarai kandungan 3

Pengenalan 4

Objektif kajian 6

Lokasi kajian 7

Kaedah kajian 11

Dapatan kajian dan perbincangan 12

Rumusan 25

Rujukan 30

Lampiran 31

3
961129-07-5269

1.0 Pengenalan
Istillah ‘sosial’ memberi makna sifat yang datang daripada rasa empati terhadap
kehidupan manusia sehingga memunculkan sifat tolong-menolong dan membantu,
daripada golongan yang kuat terhadap golongan yang lemah, supaya kebajikan setiap
anggota masyarakat dipelihara. Perkataan ‘budaya’ berasal daripada perkataan Bahasa
Sanskrit iaitu ‘buddhayah’. Perkataan ‘budaya’ bermaksud suatu cara hidup yang
berkembang dan dimiliki bersama oleh sebuah kelompok orang yang diwarisi dari
generasi ke generasi. Feng Shui merupakan satu amalan adat resam yang diamalkan
oleh banyak masyarakat Cina. Feng bermaksud ‘Angin’ dan Shui bermaksud ‘Air’.
Dalam budaya orang Cina, angin dan air dikaitkan dengan kesihatan dan nasib yang
baik. Oleh itu, Feng Shui bermaksud nasib dan kesihatan baik. Menurut kamus
Merriam-Webster, Feng Shui diiktirafkan sebagai sistem untuk menetapkan lokasi
bangunan dan objek di dalamnya supaya komplementari dengan tenaga rohani supaya
membawa kesihatan dan kebahagiaan. Menurut Kamus Dewan Edisi Ke-Empat, Istillah
‘Adat Resam’ bermaksud ‘adat kebiasaan’. Masyarakat orang Cina banyak
mengamalkan amalan Feng Shui, lalu menjalankan banyak langkah untuk membaiki
nasib dan kesihatan seseorang dan supaya tidak melawat ‘Feng Shui yang buruk’ ke
dalam kehidupan.
Rasional tajuk saya adalah kerana saya ingin mengetahui dengan lebih dalam
tentang adat resam yang dikaitkan dengan kaum sendiri, namun keluarga saya sendiri
tidak mengamalkan Feng Shui dengan begitu mendalam. Hal ini telah merangsang saya
untuk mengkaji perbezaan sejauh mana adat resam ini mempengaruhi masyarakat kaum
Cina daripada keturunan Cina yang berbeza-beza. Rasional saya menjalankan kajian ini
di Pangsapuri GL Garden adalah kerana berjarak pendek dari rumah saya, kebanyakan
penduduk adalah orang Cina, dan penduduk di sana mesra bergaul justeru lebih rela
menjawab soal selidik.
Amalan Feng Shui mengutamakan tenaga rohani yang dikenali sebagai Chi, Qi
atau Ki. Tenaga Qi dikatakan berada di segala tempat, termasuk badan, rumah dan luar
rumah. Qi boleh bersifat baik ataupun bersifat buruk, mengikuti konsep Yin & Yang.
Dalam Feng Shui, pengikut berusaha untuk menarik Qi yang baik ke dalam badan
supaya mengalir dengan baik. Qi yang buruk digelar sebagai Sha Qi dan Si Qi.
Antara konsep yang penting dalam menahan Qi baik ialah mengurangkan
kebocoran tenaga Qi daripada rumah, memastikan pengaliran tenaga Qi dan
memastikan bahawa tiada halangan pengaliran Qi. Amalan yang dikaitkan dengan
konsep ini ialah memastikan pintu hadapan rumah tidak dihadapi dengan dinding.
Selain itu, almari yang dipenuhi dianggap tidak baik untuk pengaliran tenaga Qi.
Konsep yang seterusnya ialah penjuru yang tajam. Penjuru yang tajam digelar
sebagai ‘anak panah beracun’. Penjuru yang tajam dianggap mengeluarkan tenaga Sha
Chi. Masyarakat Cina mengatakan bahawa terlalu banyak penjuru yang tajam yang
menujuk ke tempat penting akan membawa kemiskinan atau nasib buruk seperti
kehilangan kerja. Contoh ‘anak panah beracun’ ini ialah simpang tiga T, dinding yang
berpenjuru tajam, ‘jalan mati’ atau celah di dinding rumah dan gelagar di bawah
bumbung. Setiap penjuru tajam ini di luar rumah perlu dielakkan, melalui menjaga
posisi dan arah rumah dan bilik.
Sebelum memilih rumah, ada pengamal Feng Shui yang mengupah pakar untuk
mengetahui ‘Bagua’, iaitu ‘peta kuasa’. Menurut Bagua, seseorang dapat mengetahui

4
961129-07-5269

elemen semula jadi, yang bersesuaian dengan rumah. ‘Bagua’ membawa maksud literal
‘8 simbol’, kerana terdiri daripada 8 prinsip, iaitu Langit, Paya, Api, Kilat, Angin, Air,
Gunung dan Bumi. Elemen ini dikaitkan dengan satu arah kardinal dan aspek kehidupan
seperti kanak-kanak, perhubungan, kerjaya, penggembaraan, kemewahan, kreativiti,
kesihatan dan kemasyhuran. Terdapat banyak sistem Bagua yang berbeza-beza, seperti
Xiantian, Houtian dan ‘Bagua 8 Aspirasi’. Dalam Feng Shui, bagua akan memberitahu
seseorang tentang elemen, seperti Kayu, Api, Bumi, Logam dan Air.
Oleh sebab konsep Bagua, penggunaan warna juga penting sekali dalam
menghiasi rumah. Berdasarkan elemen yang dikaitkan dengan rumah, warna akan
digunakan dengan lebih kerap dalam hiasan rumah. Contohnya, merah digunakan untuk
api, biru untuk air, kuning air untuk bumi. Warna ini boleh dimasukkan ke dalam rumah
melalui seni, latar dinding, fotografi dan sebagainya.
Di samping itu, konsep Zodiac Cina amat berkait dengan amalan Feng Shui. 12
Zodiac Cina ialah Tikus, Lembu, Harimau, Arnab, Naga, Ular, Kuda, Kambing,
Monyet, Ayam Jantan, dan Anjing. Lebih-lebih lagi, setiap haiwan ini akan dikaitkan
dengan satu elemen, contohnya Tikus Logam, Kambing Api dan sebagainya. Setiap
tahun, zodiac akan bertukar mengikut kitaran. Dalam Feng Shui, amalan untuk setiap
individu adalah berkaitan dengan zodiac pada tahun dilahirkan. Namun, amalan ini
adalah untuk kelakuan diri sendiri, bukan dalam penghiasan rumah.
Antara konsep Feng Shui ialah Angin yang membawa Qi ke merata-rata tempat,
dan Air yang menahan Qi. Hal ini menjadi dasar untuk pembinaan akuarium di dalam
rumah pengamal Feng Shui untuk menahan dan mengalirkan Qi. Akuarium diletakkan
di tempat untuk menghalang Sha Qi, iaitu Qi yang buruk, seperti kawasan Tenggara
rumah. Akuarium boleh dipenuhi dengan objek yang dikaitkan dengan elemen seperti
air, batu sebagai Bumi, rangka akuarium sebagai Logam, tumbuh-tumbuhan sebagai
Kayu dan warna ikan yang merah, emas dan kuning sebagai Api.
Pengamal Feng Shui yang lebih peka terhadap perincian akan membeli kristal
dan permata Feng Shui untuk melengkapi rumah. Kristal-kristal seperti kuarza,
kecubung, jed dan Mata Harimau sering dibeli oleh pengamal feng shui yang lebih
kaya. Kesemua ini membantu dalam menahan Qi. Dalam penghiasan rumah, Kristal-
kristal akan diatur dalam kelompok di tempat yang kuat dengan elemen Bumi.
Akhir sekali, cermin dipelihara dengan terperinci kerana menahan elemen Air
dan mengalirkan tenaga. Cermin-cermin digalakkan untuk diletakkan di dapur dan di
ruang tamu. Kecembungan dan Kecekungan cermin juga diambil kira. Cermin juga ada
pantang larang seperti tidak boleh mencerminkan tingkap, tempat duduk tandas, katil,
api dalam dapur dan badan anggota keluarga yang ‘dipotong’ kepalanya.
Dengan itu, sudah tentu bahawa Feng Shui merupakan satu adat resam yang
mendalam sehingga menjadi sesuatu bidang tersendiri. Dengan menjalankan kajian ini,
dapat dipastikan sama ada Feng Shui masih diamalkan dengan begitu intensif dalam
kalangan penduduk Pangsapuri GL Garden, Paya Terubong.

5
961129-07-5269

2.0 Objektif Kajian


Kajian ini bertujuan untuk
2.1 Mengenalpasti amalan Feng Shui dalam kalangan kaum Cina
2.2 Mengkaji sejauh mana amalan Feng Shui mempengaruhi kehidupan kaum
Cina di Pangsapuri GL Garden.

6
961129-07-5269

3.0 Lokasi Kajian


3.1 Peta
Peta 1: Peta Negeri Pulau Pinang

SUMBER: GOOGLE MAP


Asal usul nama Pulau Pinang diambil daripada nama pokok pinang, iaitu Areca
Catechu. Sebelum dikenali Pulau Pinang, pulau ini juga dipanggil Tanjung Bidara.
Pinang ini ditanam dengan luas untuk memperoleh benihnya yang penting dari segi
ekonomi, iaitu buah pinang. Benih ini digunakan untuk merasa keasyikan dalam
penggunanya apabila dikunyah. Sebelum ini, Pulau Pinang merupakan salah satu pulau
di bawah negeri Kedah. Pada 11 Ogos 1786, Francis Light telah tiba di Pulau Pinang
dan memulakan jajahan British di Tanah Melayu. Semasa Perang Dunia 2, Pulau
Pinang telah jatuh ke tangan Jepun pada 19 Disember 1941. Pulau Pinang telah
menyertai Persekutuan Malaya pada tahun 1948, dan mencapai kemerdekaan bersama
Negeri-Negeri Melayu Bersekutu, Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu dan Negeri-
Negeri Selat pada tahun 1957 sebagai Persekutuan Malaysia. Pulau Pinang merupakan
salah satu lokasi pelancongan dunia yang amat popular, lebih lagi apabila ibu negeri
Georgetown yang diiktiraf sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO pada 7 July 2008.

7
961129-07-5269

Peta 2: Peta Daerah Timur Laut Pulau Pinang

SUMBER: GOOGLE MAP


Daerah Timur Laut Pulau Pinang terletak di bahagian pulau, dan di dalamnya
terletaknya ibu negeri Pulau Pinang, iaitu Georgetown. Daripada Banci 2010, populasi
penduduk ialah 508,181. Luas Daerah Timur Laut Pulau Pinang ialah 121 kilometer
persegi. Sempadan daerah dalam peta di atas diperoleh daripada laman web Daerah
Timur Laut Pulau Pinang.

8
961129-07-5269

Pelan 1: Lokasi Kajian Pangsapuri Gl Garden, Paya Terubong

SUMBER: GOOGLE MAP


Pelan 1 menunjukkan lokasi kajian. Lokasi yang dipilih ialah di Pangsapuri GL Garden,
Paya Terubong, Air Itam. Pangsapuri GL Garden merupakan tempat tinggal
kebanyakan orang Cina. Jarak antara Pangsapuri GL Garden dengan Georgetown ialah
10 kilometer. Masa yang digunakan untuk perjalanan ini dengan kereta ialah kira-kira
25 minit. Jarak lokasi kajian ini dengan kediaman pengkaji ialah 5.7 kilometer, Masa
yang diambil oleh pengkaji untuk ke lokasi kajian ialah 14 minit. Penduduk yang
mendiami Pangsapuri GL Garden ialah lebih didiami oleh penduduk yang berbangsa
Cina. Pangsapuri GL Garden terletak di 200 meter ke arah Barat daripada Sungai
Dondang dan dikelilingi oleh bukit-bukit seperti Bukit Bendera di Utara.

9
961129-07-5269

Foto 1: Kawasan Pangsapuri Gl Garden, Paya Terubong

Sumber: Kajian Lapangan 2015

10
961129-07-5269

4.0 Kaedah kajian


Bahagian ini akan membincangkan reka bentuk kajian, sampel kajian, instrumen kajiian
dan prosedur analisis data bagi memenuhi objektif kajian yang telah dikemukakan lebih
awal.

4.1 Reka Bentuk Kajian


Kajian ini berbentuk kajian tinjauan.Kajian tinjauan ialah kaedah mengumpul
maklumat dengan bertanyakan satu set soalan kepada satu sampel individu yang dipilih
daripada satu populasi yang hendak dikaji. (Sabitha Marican, 2009) Kajian ini adalah
untuk mengkaji amalan Feng Shui yang diamalkan oleh masyarakat Cina dan Mengkaji
sejauh mana amalan Feng Shui mempengaruhi kehidupan kaum Cina di Pangsapuri GL
Garden.

4.2 Sampel Kajian


Pemilihan sampel untuk kajian ini dilakukan secara rawak mudah yang melibatkan 30
orang penduduk kaum Cina daripada Pangsapuri GL Garden. Bilangan sampel ini
digunakan kerana kajian kuantitatif memerlukan bilangan sampel yang besar untuk
mewakili populasi yang dikaji. (R. Kuberan et al, 2014)

4.3 Instrumen Kajian


Kajian ini menggunakan instrument borang soal selidik dan borang temu bual

4.3.1 Soal Selidik


Instrumen soal selidik yang dbina menggunakan prinsip KISS (Keep it short and
simple) iaitu mengemukakan soalan yang ringkas dan mudah difahami. (R. Kuberan et
al, 2014) Borang soal selidik ini mengandungi dua bahagian serta 9 soalan berkaitan
amalan Feng Shui yang diamalkan oleh masyarakat kaum Cina di Pangsapuri GL
Garden dan sejauh mana amalan Feng Shui mempengaruhi kehidupan kaum Cina di
Pangsapuri GL Garden.. Soalan dalam borang soal selidik merupakan soalan tertutup
dan menggunakan skala Likert 5 poin.

4.3.2 Temu Bual


Pengkaji telah menyediakan 3 soalan yang berkaitan dengan amalan Feng Shui yang
diamalkan oleh penduduk kaum Cina di Pangsapuri GL Garden untuk mendapatkan
lebih maklumat lanjut daripada informan.

4.4 Cara Pengumpulan Data


Data dan maklumat untuk kajian ini dikumpulkan menggunakan pelbagai cara seperti
dokumentasi, soal selidik dan temu bual.

4.4.1 Dokumentasi
Kajian ini dimulakan dengan kajian terhadap bahan-bahan bertulis yang sudah
diterbitkan. Contohnya, sumber buku dan kamus didapati daripada lawatan ke
perpustakaan. Laman web Feng Shui dan keratan akhbar telah dicari sendiri. Sumber-

11
961129-07-5269

sumber ini telah memberikan banyak makulmat berkenaan amalan Feng Shui dalam
kalangan kaum Cina.
4.4.2 Kepustakaan
Pengkaji menggunakan kaedah kepustakaan untuk mendapatkan maklumat dan data.
Pengkaji mendapatkan bahan rujukan daripada Perpustakaan Awam Pulau Pinang
Cawangan Georgetown.

4.4.3 Soal Selidik


Kaedah soal selidik merupakan teknik untuk mendapatkan maklumat tentang amalan
Feng Shui yang diamalkan oleh masyarakat kaum Cina di Pangsapuri GL Garden.
Borang soal selidik diberikan kepada responden yang sudi bekerjasama. Responden
diberi masa lima minit untuk menjawab semua soalan. Kajian ini menggunakan skala
pemarkahan Likert lima mata yang mengandungi lima aras, iaitu 1 = Sangat tidak
setuju, 2 = tidak setuju, 3 = Setuju, 4 = Sangat setuju, dan 5 = Tidak pasti

4.4.4 Temu Bual


Kaedah temu bual berstruktur juga digunakan untuk mengkaji sejauh mana amalan
Feng Shui mempengaruhi kehidupan kaum Cina di Pangsapuri GL Garden. Pengkaji
telah menemu bual 3 orang penduduk di kawasan ini. Setip sesi temu bual mengambil
masa sepuluh minit.

12
961129-07-5269

5.0 Dapatan kajian dan perbincangan


Bahagian ini menerangkan keputusan analisis data berdasarkan tindak balas responden
bagi mengenalpasti amalan Feng Shui dalam kalangan kaum Cina dan mengkaji sejauh
mana amalan Feng Shui mempengaruhi kehidupan kaum Cina di Pangsapuri GL
Garden.
5.1 Demografi Responden

Jadual 1 menunjukkan pecahan responden daripada kalangan penduduk di kawasan


Pangsapuri GL Garden, Paya Terubong berdasarkan umur dan jantina.

Jadual 1: Latar Belakang Responden


Bil Faktor Kategori Kekerapan Peratusan
Lelaki 16 53.33%
1 Jantina
Perempuan 14 46.67%
Bawah 20 Tahun 6 20%
21 – 30 Tahun 8 26.67%
2 Umur 31 – 40 Tahun 4 13.33%
41 – 50 Tahun 5 16.67%
Lebih 50 Tahun 7 23.33%
Sumber: Kajian Lapangan 2015

13
961129-07-5269

Rajah 1 menunjukkan demografi responden berdasarkan jantina

Jantina

46.67%

53.33%

Lelaki Perempuan

Rajah 1: Demografi Responden Berdasarkan Jantina


Sumber: Kajian Lapangan 2015
Petunjuk:
Berdasarkan Jadual 1 dan Rajah 1 di atas menunjukkan demografi responden
berdasarkan jantina dalam kalangan Pangsapuri GL Garden, Paya Terubong. Daripada
30 orang yang disoal selidik, seramai 16 orang responden ialah lelaki bersamaan dengan
53.33%. Sementara itu, bagi jantina perempuan adalah seramai 20 orang responden
bersamaan 66.67%.

14
961129-07-5269

Rajah 2 menunjukkan demografi responden berdasarkan umur.

Umur

20%
23.33%

16.67%
26.67%

13.33%

Bawah 20 Tahun 21 – 30 Tahun 31 – 40 Tahun 41 – 50 Tahun Lebih 50 Tahun

Rajah 2: Demografi Responden Berdasarkan Umur


Sumber: Kajian Lapangan 2015
Petunjuk:
Jadual 1 dan Rajah 2 di atas menunjukkan demografi responden berdasarkan umur, iaitu
bawah 20 tahun, 21-30 tahun, 31-40 tahun, 41-50 tahun, dan lebih 50 tahun di
Pangsapuri GL Garden, Paya Terubong. Daripada 30 orang penduduk yang telah disoal
selidik, seramai 6 orang responden berumur bawah 20 tahun bersamaan 20%.Selain itu,
seramai 8 orang responden berumur 21-30 tahun bersamaan 26.67%. Di samping itu,
seramai 4 orang responden berumur 31-40 tahun bersamaan 13.33%. Seterusnya,
seramai 5 orang responden berumur 41-50 tahun bersamaan 16.67%. Akhir sekali,
seramai 7 orang responden berumur lebih 50 tahun bersamaan 23.33%.

15
961129-07-5269

5.2 Amalan Feng Shui dalam kalangan kaum Cina


5.2.1 Amalan Feng Shui
Jadual 2 menunjukkan amalan Feng Shui yang diamalkan oleh masyarakat kaum Cina
di Pangsapuri GL Garden, Paya Terubong.
Jadual 2: Analisis amalan Feng Shui yang diamalkan oleh masyarakat kaum
Cina di Pangsapuri GL Garden, Paya Terubong.
Sangat
Tidak Tidak Tidak Sangat
Amalan Feng Setuju Setuju Pasti Setuju Setuju
Bil
Shui
[1] [2] [3] [4] [5]
f % f % f % f % f %
Kerap
menyapu di
1 1 3.33 5 16.67 0 0 21 70 3 10
hadapan pintu
rumah
Menjaga posisi
2 0 0 4 13.33 0 0 22 73.33 4 13.33
cermin
Peka terhadap
3 0 0 4 13.33 0 0 20 66.67 6 20
Zodiac Cina
Menjaga warna
4 persekitaran 0 0 8 26.67 0 0 12 40 10 33.33
rumah
Memasang
5 langsir di pintu 0 0 5 16.67 0 0 22 73.33 3 10
dan tingkap
Mengikuti
6 kalendar Feng 1 3.33 21 70 0 0 7 23.33 1 3.33
Shui
Menjaga posisi
dan arah
7 1 3.33 13 43.33 0 0 15 50 1 3.33
rumah dan
bilik
Menyimpan
8 1 3.33 20 66.67 0 0 7 23.33 2 6.67
akuarium
Menyimpan
kristal dan
9 4 13.33 22 73.33 0 0 4 13.33 0 0
permata Feng
Shui
Sumber: Kajian Lapangan 2015

16
961129-07-5269

Rajah 3 menunjukkan peratusan responden mengikut Skala Likert terhadap amalan


Feng Shui yang diamalkan dalam kalangan kaum Cina.
100% 3.33 3.33 6.67 0
90% 10 13.33 20 10 13.33
80% 33.33 23.33 23.33
70% 50
60%
50% 70 73.33 73.33 73.33
66.67 40
40% 70 66.67
30%
20% 43.33
10% 16.67 26.67 16.67
3.33 13.33 13.33 3.33 3.33 3.33 13.33
0% 0 0 0 0

Sangat tidak setuju Tidak setuju Setuju Sangat setuju

Rajah 3: Peratusan Responden Terhadap Amalan Feng Shui yang diamalkan


dalam kalangan kaum Cina
Sumber: Kajian Lapangan 2015

Berdasarkan jadual 2 dan Rajah 3, didapati paling ramai responden setuju dengan dua
penyataan iaitu menjaga posisi cermin dan memasang langsir di pintu dan tingkap
iaitu seramai 22 orang bersamaan 73.33% memilih setuju. Di sebaliknya, didapati
paling ramai responden iaitu 22 orang bersamaan 73.33% memilih tidak setuju untuk
penyataan menyimpan kristal dan permata Feng Shui. Untuk kesemua responden,
tiada responden yang memilih ‘Tidak pasti’.

Seramai 1 orang responden bersamaan 3.33% memilih Sangat tidak berstuju


untuk pernyataan kerap menyapu di hadapan pintu rumah dan seramai 5 orang
responden bersamaan 16.67% memilih tidak bersetuju untuk pernyataan tersebut.
Walau bagaimanapun, 21 orang responden bersamaan 70% setuju dengan pernyataan
tersebut dan 3 orang responden bersamaan 10% sangat setuju dengan pernyataan
tersebut.

Bagi pernyataan menjaga posisi cermin, tiada responden yang memilih sangat
tidak setuju manakala 4 orang responden bersamaan 13.33% memilih tidak setuju.
Sebaliknya, 22 orang responden bersamaan 73.33% memilih setuju dan 4 orang
responden bersamaan 13.33% memilih sangat setuju.

Bagi pernyataan peka teradap Zodiac Cina, tiada responden yang sangat tidak
setuju. 4 orang responden bersamaan 13.33% tidak setuju, 20 orang responden
bersamaan 66.67% setuju dan 6 orang responden bersamaan 20% sangat setuju.

17
961129-07-5269

Bagi pernyataan menjaga warna persekitaran rumah, tiada responden yang


sangat tidak setuu manakala 8 orang responden bersamaan 26.67% menjawab tidak
setuju. 12 orang respoden bersamaan 40% setuju dan 10 orang responden bersamaan
33.33% sangat setuju.

Bagi pernyataan memasang langsir di pintu dan tingkap, tiada responden yang
memilih sangat tidak setuju. 5 orang responden bersamaan 16.67% memilih tidak
setuju. 22 orang responden bersamaan 73.33% memilih setuju dan 3 orang responden
bersamaan 10% memilih sangat setuju.

Bagi pernyataan mengikuti kalendar Feng Shui, 1 orang responden bersamaan


3.33% memilih sangat tidak setuju manakala 21 orang responden bersamaan 70%
memilih tidak bersetuju. Walau bagaimanapun, 7 orang responden bersamaan 23.33%
memilih setuju dan 1 orang responden bersamaan 3.33% memilih sangat setuju.

Bagi pernyataan menjaga posisi dan arah rumah dan bilik, 1 orang responden
bersamaan 3.33% sangat tidak setuju, 13 orang responden bersamaan 43.33%, 15 orang
responden bersamaan 50% setuju dan 1 orang reponden bersamaan 3.33% sangat
setuju.

Bagi pernyataan menyimpan akuarium, 1 orang responden bersamaan 3.33%


memilih sangat tidak setuju dan 20 orang responden bersamaan 66.67% memilih tidak
setuju. Sebaliknya, 7 orang responden bersamaan 23.33% memilih setuju dan 2 orang
responden bersamaan 6.67% memilih sangat setuju.

Bagi pernyataan menyimpan kristal dan permata Feng Shui, 4 orang responden
bersamaan 13.33% memilih sangat tidak bersetuju manakala 22 orang responden
bersamaan 73.33% memilih tidak bersetuju. Seramai 4 orang responden bersamaan
13.33% memilih setuju dan tiada responden memilih sangat setuju.

18
961129-07-5269

Rajah 4 menunjukkan peratusan setuju dan tidak setuju responden terhadap amalan
Feng Shui yang diamalkan dalam kalangan kaum Cina.
70.00%

60.00%

50.00%

40.00%

30.00%

20.00%

10.00%

0.00%
Tidak Setuju Setuju
Setuju (Setuju dan sangat setuju)
Tidak setuju (Sangat tidak setuju dan tidak setuju)

Rajah 4: Responden Terhadap Amalan Feng Shui yang diamalkan dalam


kalangan kaum Cina
Sumber: Kajian Lapangan 2015

Berdasarkan jadual 2 dan Rajah 4, hanya mempunyai 40.74% tidak setuju dengan
amalan Feng Shui yang disenaraikan. Angka ini ialah campuran peratusan bilangan
pemilihan sangat tidak setuju, iaitu 2.96% dan tidak setuju, iaitu 37.78%. Namun
demikian, mempunyai seramai 59.26% responden bersetuju dengan amalan Feng Shui
yang disenaraikan. Angka ini diperoleh daripada campuran peratusan bilangan
pemilihan setuju, iaitu 48.15% dan sangat setuju, iaitu 11.11%.

19
961129-07-5269

Amalan Feng Shui yang diamalkan dalam kalangan kaum Cina. [Dapatan
daripada kaedah temu bual]
Jadual 3 menunjukkan analisis amalan Feng Shui yang diamalkan dalam kalangan
kaum Cina daripada kaedah temu bual.
Jadual 3: Analisis amalan Feng Shui yang diamalkan dalam kalangan kaum
Cina
Bil Amalan Feng Shui Informan 1 Informan 2 Informan 3
yang diamalkan
dalam kalangan
kaum Cina
1 Apakah konsep Cina Zodiac Cina Penghiasan Pergerakan Chi
terutama yang mempunyai dalam rumah dan konsep
berkaitan dengan prioriti yang perlu mengikuti Yin/Yang
feng shui? tertinggi kerana tradisi Cina, seperti
menentukan barulah boleh keseimbangan
nasib untuk mendatangkan perlu dipelajari.
seluruh tahun Feng Shui yang Ini memastikan
dan amalan baik dan kita hidup
untuk tahun membawa sederhana.
tersebut. kebaikan hidup.
2 Apakah amalan Feng Menghiasi Meletakkan katil Rumah mesti
Shui yang paling bahagian rumah di tempat yang diletakkan di
penting untuk yang bersesuaian. kawasan yang
diamalkan? memandang Letak katil harmoni
arah berkaitan supaya kepala dengan ‘alam
dengan Zodiac bertunjuk ke arah sekitar’ iaitu
seseorang. yang berkaitan berdekatan
Objek hiasan dengan Nombor dengan sungai,
juga perlu Kua seseorang gunung dan
berdasarkan supaya sebagainya.
Zodiac membawa Feng
seseorang. Shui yang baik.
3 Apakah pantang Pastikan Seseorang mesti Jangan
larang berkaitan bahawa tiada memastikan membina
Feng Shui yang cermin di bilik bahawa cermin- rumah sejajar
diamalkan oleh tidur kerana cermin di rumah dengan benda
kebanyakan apabila tidak rendah yang tajam,
masyarakat kaum seseorang daripada mana- seperti penjuru
Cina? bangun daripada mana ahli bangunan-
tidur, dia akan keluarga, bangunan,
terkejut apabila umpama persimpangan
melihat diri ‘memotong’ jalan raya T
sendiri. Hal ini kepala mereka. dan penjuru
juga Elak meletakkan atap rumah di
menjejaskan cermin di bilik sebelah jalan
kesihatan tidur. raya.
jantung.
Sumber: Kajian Lapangan 2015

20
961129-07-5269

Berdasarkan Jadual 3 di atas, pengkaji telah menemu bual tiga orang penduduk yang
mendiami kawasan Pangsapuri GL Garden, Paya Terubong untuk mendapatkan
maklumat tentang amalan Feng Shui yang diamalkan dalam kalangan kaum Cina.
Ketiga-tiga penduduk tersebut dijadikan sebagai informan untuk membantu pengkaji
dalam menyiapkan temu bual ini.

Berkaitan dengan soalan 1, iaitu konsep Feng Shui terutama yang berkaitan
dengan Feng Shui, informan pertama menyatakan bahawa Zodiac Cina mempunyai
prioriti yang tertinggi kerana menentukan nasib untuk seluruh tahun dan amalan untuk
tahun tersebut manakala informan 2 menyatakan bahawa penghiasan dalam rumah
perlu mengikuti tradisi Cina, barulah boleh mendatangkan Feng Shui yang baik dan
membawa kebaikan hidup. Bagi informan ketiga pula, dia menyatakan bahawa
pergerakan Chi dan konsep Yin/Yang seperti keseimbangan perlu dipelajari. Ini
memastikan kita hidup sederhana.

Seterusnya, apabila ditanya soalan 2, iaitu tentang amalan Feng Shui yang
paling penting diamalkan, informan pertama menyatakan bahawa menghiasi bahagian
rumah yang memandang arah berkaitan dengan Zodiac seseorang. Objek hiasan juga
perlu berdasarkan Zodiac seseorang. Informan kedua pula menyatakan meletakkan katil
di tempat yang bersesuaian ialah amalan penting. Letak katil supaya kepala bertunjuk
ke arah yang berkaitan dengan Nombor Kua seseorang supaya membawa Feng Shui
yang baik. Menurut buku Feng Shui Fundamentals: Networking oleh Lilian Too,
Nombor Kua ialah nombor yang boleh ditetapkan untuk individu berdasarkan tahun
lahir dalam Kalendar Cina. Informan ketiga menyatakan bahawa rumah mesti
diletakkan di kawasan yang harmoni dengan ‘alam sekitar’ iaitu berdekatan dengan
sungai, gunung dan sebagainya.

Akhir sekali, informan-informan ditanya soalan 3, iaitu pantang larang Feng


Shui yang mana diamalkan oleh kebanyakan masyarakat kaum Cina. Informan pertama
menyatakan bahawa seseorang mest memastikan tiada cermin di bilik tidur kerana
apabila seseorang bangun daripada tidur, dia akan terkejut apabila melihat diri sendiri.
Hal ini juga menjejaskan kesihatan jantung. Informan kedua pula menyatakan
seseorang mesti memastikan bahawa cermin-cermin di rumah tidak rendah daripada
mana-mana ahli keluarga, umpama ‘memotong’ kepala mereka. Dia juga menyatakan
supaya elak meletakkan cermin di bilik tidur. Informan ketiga menyatakan bahawa
rumah tidak boleh dibina sejajar dengan benda yang tajam, seperti penjuru bangunan-
bangunan, persimpangan jalan raya T dan penjuru atap rumah di sebelah jalan raya.

21
961129-07-5269

5.3 Mengkaji sejauh mana amalan Feng Shui mempengaruhi kehidupan kaum
Cina di Pangsapuri GL Garden.
5.3.1 Sejauh Mana Amalan Feng Mempengaruhi Kehidupan Kaum Cina di
Pangsapuri GL Garden
Jadual 4 menunjukkan analisis sejauh mana amalan Feng Shui mempengaruhi
kehidupan kaum Cina di Pangsapuri GL Garden daripada kaedah temu bual.
Jadual 4: Sejauh Mana Amalan Feng Mempengaruhi Kehidupan Kaum Cina di
Pangsapuri GL Garden
Sejauh Mana Sangat Tida
Amalan Feng Tidak Tidak k Sangat
Mempengaruhi Setuju Setuju Pasti Setuju Setuju
Bil
Kehidupan Kaum
[1] [2] [3] [4] [5]
Cina di Pangsapuri
GL Garden f % f % f % f % f %
Keperluan untuk
1 kejayaan dalam 2 6.67 11 36.67 0 0 17 56.67 0 0
kehidupan.
Bertujuan untuk
2 mendapatkan 2 6.67 8 26.67 0 0 20 66.67 0 0
kemewahan hidup.
Bertujuan untuk
mengekalkan
3 0 0 16 53.33 0 0 13 43.33 1 3.33
kesihatan yang
baik.
Mengeluarkan
wang untuk
4 4 13.33 21 70 0 0 5 16.67 0 0
membaiki Feng
Shui.
Feng Shui tempat
tinggal merupakan
salah satu faktor
5 3 10 11 36.67 0 0 16 53.33 0 0
sebelum berpindah
rumah ke tempat
tersebut.
Perlu diberikan
perhatian semasa
6 0 0 8 26.67 0 0 22 73.33 0 0
musim Tahun
Baru Cina
Sumber: Kajian Lapangan 2015

22
961129-07-5269

Rajah 5 menunjukkan peratusan responden mengikut Skala Likert terhadap sejauh


mana amalan Feng Shui mempengaruhi kehidupan kaum Cina di Pangsapuri GL
Garden.
80 73.33
70
70 66.67
60 56.67 53.33 53.33
50 43.33
36.67 36.67
40
26.67 26.67
30
20 13.33 16.67
10
6.67 6.67
10 0 0 3.33 0 0 0
0 0
0
Keperluan untuk Bertujuan untuk Bertujuan untuk Mengeluarkan Feng Shui Perlu diberikan
kejayaan dalam mendapatkan mengekalkan wang untuk tempat tinggal perhatian
kehidupan. kemewahan kesihatan yang membaiki Feng merupakan semasa musim
hidup. baik. Shui. salah satu faktor Tahun Baru Cina
sebelum
berpindah
rumah ke
tempat tersebut.

Sangat Tidak Setuju Tidak Setuju Setuju Sangat Setuju

Rajah 5: Peratusan Responden Terhadap Sejauh Mana Amalan Feng


Mempengaruhi Kehidupan Kaum Cina di Pangsapuri GL Garden
Sumber: Kajian Lapangan 2015

Berdasarkan Jadual 4 dan Rajah 5, didapati paling ramai responden setuju


dengan pernyataan bahawa Feng Shui perlu diberikan perhatian semasa musim Tahun
Baru Cina iaitu seramai 22 orang bersamaan 73.33%. Sebaliknya, pernyataan yang
paling ramai responden tidak setuju ialah mengeluarkan wang untuk membaiki Feng
Shui iaitu 21 orang responden bersamaan 70%. Untuk setiap pernyataan, tiada
responden yang memilih tidak pasti.

Seramai 2 orang responden bersamaan 6.67% memilih sangat tidak setuju untuk
pernyataan ‘Feng Shui merupakan keperluan untuk kejayaan dalam kehidupan’
manakala Seramai 11 orang responden bersamaan 36.67% memilih tidak setuju.
Sebaliknya, 17 orang responden bersamaan 56.67% memilih Setuju. Tiada responden
yang memilih sangat setuju.

Bagi pernyataan bertujuan untuk mendapatkan kemewahan hidup, seramai 2


orang responden bersamaan 6.67% memilih Sangat tidak setuju manakala 8 orang
responden bersamaan 26.67% memilih tidak setuju. Walau bagaimanapun, 20 orang
responden bersamaan 66.67% memilih setuju. Tiada responden memilik sangat tidak
setuju.

Bagi pernyataan bertujuan untuk mengekalkan kesihatan yang baik, tiada


responden yang memilih sangat tidak setuju namun 16 orang responden bersamaan

23
961129-07-5269

53.33% telah memilih tidak setuju. Sebaliknya, 13 orang responden bersamaan 43.33%
memilih setuju dan seorang responden bersamaan 3.33% memilih sangat tidak setuju.

4 orang responden bersamaan 13.33% sangat tidak setuju dengan pernyataan


mengeluarkan wang untuk membaiki Feng Shui dan 21 orang responden bersamaan
70% memilih tidak setuju. Namun demikian, 5 orang responden bersamaan 16.67%
memilih setuju dan tiada responden yang memilih sangat setuju.

Untuk pernyataan Feng Shui tempat tinggal merupakan salah satu faktor
sebelum berpindah rumah ke tempat tersebut, 3 orang responden bersamaan 10%
memilih pernyataan sangat tidak setuju manakala 11 orang responden bersamaan
36.67% memilih tidak setuju. 16 orang responden bersamaan 53.33% memilih setuju
dan tiada reponden yang memilih sangat setuju.

Bagi pernyataan bahawa Feng Shui perlu diberikan perhatian semasa musim
Tahun Baru Cina, tiada responden yang memilih sangat tidak setuju dan sangat setuju.
8 orang responden bersamaan 26.67% memilih tidak setuju dan 22 orang responden
bersamaan 73.33% memilih setuju.

Rajah 6 menunjukkan peratusan setuju dan tidak setuju responden terhadap sejauh
mana amalan Feng Shui mempengaruhi kehidupan kaum Cina di Pangsapuri GL
Garden.
60.00%

50.00%

40.00%

30.00%

20.00%

10.00%

0.00%
Tidak Setuju Setuju

Tidak Setuju Setuju

Rajah 6: Responden Terhadap Sejauh Mana Amalan Feng Mempengaruhi


Kehidupan Kaum Cina di Pangsapuri GL Garden
Sumber: Kajian Lapangan 2015

Berdasarkan Jadual 4 dan Rajah 6, 47.77% responden tidak setuju dengan pernyataan
yang dinyatakan, iaitu 6.10% responden sangat tidak setuju dan 41.67% responden
tidak setuju. Namun demikian, 52.22% responden yang bersetuju terhadap pernyataan
tersebut, iaitu 51.67% responden setuju dan 0.55% responden sangat setuju.

24
961129-07-5269

6.0 Rumusan dan kesimpulan


Kajian ini telah mengumpulkan data yang cukup untuk mencapai objektif kajian. Dalam
bahagian ini, hasil dapatan kajian akan dirumuskan.
6.1 Amalan Feng Shui yang diamalkan dalam kalangan kaum Cina
Kajian ini telah mengumpulkan data tentang amalan Feng Shui. Amalan Feng
Shui yang diamalkan dalam kalangan kaum Cina ialah Kerap menyapu di hadapan pintu
rumah menjaga posisi cermin, peka terhadap Zodiac Cina, menjaga warna persekitaran
rumah, memasang langsir di pintu dan tingkap, mengikuti kalendar Feng Shui, menjaga
posisi dan arah rumah dan bilik, menyimpan akuarium, menyimpan kristal dan permata
Feng Shui.

Berdasarkan kajian yang telah dijalankan, contoh amalan Feng Shui yang
dijalankan ialah kerap menyapu di hadapan pintu rumah. Hal ini kerana amalan ini di
samping merupakan amalan Feng Shui, juga merupakan amalan kaum Cina, jadi
mereka akan mengamalkan amalan ini untuk membaiki Feng Shui dan mengamalkan
amalan turun-temurun sekaligus. Masyarakat Cina yang mengamalkan amalan ini
untuk tujuan Feng Shui adalah untuk memastikan jalan masuk tenaga Chi ialah bersih
dan tidak berhalangan.

Selain itu, untuk amalan menjaga posisi cermin, merupakan salah satu amalan
yang paling disetujui oleh penduduk kerana mempunyai banyak simbol dan metafora.
Menurut buku The Feng Shui Handbook oleh Derek Walters, cermin kerap digunakan
untuk menjadikan bilik lihat lebih besar jika saiz atau bentuk rumah tidak sesuai. Secara
simbolik, cermin boleh meningkatkan Feng Shui sekali ganda.

Tambahan pula, peka terhadap Zodiac Cina merupakan amalan Feng Shui yang
disetujui oleh ramai penduduk Pangsapuri GL Garden. Dalam surat khabar pada
minggu Tahun Baru Cina, terdapat banyak maklumat tentang nasib dan nasihat untuk
orang yang dilahirkan pada hari Zodiac tertentu. Untuk mendapatkan Feng Shui yang
baik, orang Cina akan menghiasi rumah berdasarkan Zodiac yang dimiliki olehnya dan
menjaga aspek hidup tertentu pada tahun tertentu.

Menjaga warna persekitaran rumah merupakan amalan yang amat ketara dalam
kalangan masyarakat di Pangsapuri GL Garden, Paya Terubong. Ada penduduk yang
mewarnai dinding supaya komplementari dengan Feng Shui, iaitu berdasarkan Zodiac
Cina mereka supaya dapat membawa Feng Shui yang baik. Sebaliknya, ada juga
penduduk yang mewarnai dinding supaya putih sahaja agar dapat mempunyai keadaan
yang tenang dan meningkatkan kuasa tenaga Chi, yang juga merupakan amalan Feng
Shui.

Di samping itu, amalan memasang langsir di pintu dan tingkap merupakan


amalan yang amat disetujui oleh penduduk Pangsapuri GL Garden, Paya Terubong.
Memasang langsir merupakan sesuatu amalan yang murah dan senang untuk dilakukan.
Feng Shui ialah adat resam untuk membawa kesihatan dalam kehidupan. Dengan
mengeluarkan habuk, dipercayai bahawa kesihatan akan meningkat. Dalam konteks

25
961129-07-5269

pergerakan Chi, langsir akan menghalang pengaliran tenaga buruk, iaitu Shar Chi
sambil membawa tenaga Yang yang baik.

Bagi amalan mengikuti kalendar Feng Shui, jelas bahawa amalan ini tidak
diamalkan oleh banyak masyarakat kaum Cina di Pangsapuri GL Garden, Paya
Terubong sedangkan amalan ini disebut dalam banyak buku Feng Shui. Banyak
responden tidak setuju dengan kalendar Feng Shui kerana amat payah untuk mencari
kalendar Feng Shui setiap tahun. Di samping itu, kalendar Feng Shui memerlukan
kepakaran untuk membaca dan mengetahui hari-hari yang penting.

Menurut laman web fengshuibeginner.com, posisi dan arah rumah dan bilik
diamalkan banyak dalam kalangan masyarakat kaum Cina. Namun demikian, kajian
telah menunjukkan bahawa amalan ini hanya mempengaruhi segelintir masyarakat
kaum Cina di Pangsapuri GL Garden, Paya Terubong. Hal ini kerana struktur dinding
tempat tinggal dalam Pangsapuri GL Garden ialah tetap. Penduduk hanya boleh
mengamalkan amalan ini dengan memilih bilik yang mana akan dijadikan bilik tidur,
bilik mandi, tempat ibadat dan sebagainya. Kesimpulannya, pilihan adalah terhad untuk
menjaga posisi dan arah bilik.

Bagi amalan menyimpan akuarium, amalan ini tidak diamalkan dengan banyak
dalam kalangan penduduk Cina di Pangsapuri GL Garden. Akuarium memerlukan
wang dan masa untuk memelihara ikan-ikan. Namun demikian, majoriti penduduk di
sana merupakan golongan bekerja dan tiada masa untuk memelihara ikan dan
menyelenggara akuarium. Oleh sebab itu, menyimpan akuarium hanya diamalkan oleh
penduduk yang mempunyai masa seperti golongan amat tua (lebih daripada 50 tahun)
yang bersara.

Selain itu, amalan Feng Shui yang menjadi lambangnya ialah menyimpan
kristal dan permata Feng Shui. Walau bagaimanapun, selepas menjalankan kajian ini,
sebenarnya amalan ini tidak disetujui oleh hampir-hampir setiap responden di
Pangsapuri GL Garden, Paya Terubong. Hal ini kerana penduduk di pangsapuri ini ialah
golongan berpendapatan tengah dan tidak mempunyai keupayaan untuk membeli
kristal dan permata semata-mata untuk adat resam. Dalam objektif kajian yang
seterusnya, didapati juga bahawa banyak responden tidak suka mengeluarkan wang
untuk amalan Feng Shui, justeru sudah pasti mereka tidak akan membeli kristal dan
permata Feng Shui.

26
961129-07-5269

6.2 Sejauh mana amalan Feng Shui mempengaruhi kehidupan kaum Cina di
Pangsapuri GL Garden.

Berdasarkan kajian yang telah dibuat, pengaruh Feng Shui terhadap kehidupan
penduduk kaum Cina di Pangsapuri GL Garden, Paya Terubong ialah tidak begitu
tinggi. Selepas mengumpulkan banyak data berdasarkan pengaruh Feng Shui untuk
penduduk di Pangsapuri GL Garden, contoh pengaruh Feng Shui yang disetujui dalam
ialah untuk mencapai kejayaan dalam kehidupan, mendapatkan kemewahan hidup,
sebelum berpindah rumah ke tempat tersebut dan perlu diberi perhatian semasa musim
Tahun Baru Cina. Pengaruh Feng Shui yang tidak begitu disetujui oleh penduduk ialah
perlu mengeluarkan wang untuk membaiki Feng Shui dan bertujuan untuk
mengekalkan kesihatan yang baik.

Berdasarkan pengaruh Feng Shui sebagai keperluan untuk kejayaan dalam


kehidupan, didapati bahawa ini merupakan pengaruh untuk banyak masyarakat kaum
Cina di Pangsapuri GL Garden. Amalan Feng Shui adalah adat resam yang juga
memberitahu seseorang tentang langkah kehidupan atau cabaran kehidupan yang akan
datang. Melalui Zodiac Cina, seseorang akan ditimpa malang atau mendapati nasib baik
untuk tahun tertentu berdasarkan tahun lahirnya dalam kalendar Cina. Oleh sebab itu,
Feng Shui termasuklah meletakkan perabot, menghiasi rumah dan sebagainya supaya
menangani nasib buruk yang akan datang atau menarik nasib baik yang akan datang.

Seterusnya, Feng Shui amat mempengaruhi penduduk Cina di Pangsapuri GL


Garden kerana dipercayai bahawa Feng Shui membantu mendapatkan kemewahan
hidup. Banyak amalan seperti kerap menyapu lantai di pintu hadapan adalah metafora
untuk membawa tenaga Chi yang baik, dan juga membawa kemewahan ke dalam
rumah. Masyarakat Cina yang mengamalkan Feng Shui peka bahawa hanya Feng Shui
sahaja tidak akan membawa kemewahan, namun mereka mengamalkan adat resam ini
untuk meningkatkan nasib untuk mencari peluang mendapatkan kemewahan.

Selain itu, penduduk Cina di Pangsapuri GL Garden kurang bersetuju terhadap


pernyataan adat Feng Shui yang bertujuan mengekalkan kesihatan yang baik. Hal ini
kerana penduduk di Pangsapuri GL Garden ialah penduduk yang cukup sihat, justeru
tidak diperlukan lagi amalan Feng Shui untuk tujuan kesihatan. Dalam perbandingan,
Feng Shui untuk kesihatan lebih diamalkan dalam golongan berpendapatan tinggi
kerana memerlukan kristal, akuarium, dan sebagainya.

Di samping itu, didapati bahawa penduduk Cina di Pangsapuri GL Garden tidak


mengeluarkan wang untuk membaiki Feng Shui. Penduduk tidak suka membeli
barangan Feng Shui, namun masih mengamalkan amalan yang tiada kos, seperti
menjaga posisi dan arah katil, peka terhadap Zodiac Cina, dan sebagainya. Hal ini
mungkin kerana amalan-amalan ini lebih senang dan berkemungkinan tinggi untuk
diwarisi daripada ibu bapa berbanding dengan amalan Feng Shui yang memerlukan
wang.

27
961129-07-5269

Seterusnya, bagi penduduk Pangsapuri GL Garden, Feng Shui tempat tinggal


mempengaruhi keputusan penduduk kaum Cina sebelum berpindah rumah ke tempat
tersebut. Dalam konteks memilih rumah, rumah mesti tidak terletak di tengah-tengah
persimpangan T. Berdasarkan temu bual yang dijalankan, tempat tinggal haruslah
diletakkan berdekatan dengan sungai, gunung dan sebagainya. Di lokasi kajian,
didapati bahawa Pangsapuri GL Garden terletak di 200 meter ke arah Barat daripada
Sungai Dondang dan dikelilingi oleh bukit-bukit seperti Bukit Bendera di Utara. Faktor
ini menjadi faktor dalam memilih Pangsapuri GL Garden, Paya Terubong sebagai
tempat tinggal bagi penduduk Cina.

Akhir sekali, Feng Shui amat mempengaruhi penduduk Pangsapuri GL Garden


semasa musim Tahun Baru Cina. Semasa musim Tahun Baru Cina, nasihat Zodiac Cina
yang baru akan muncul supaya menghiasi rumah supaya komplementari dengan Zodiac
Cina bagi tahun tersebut. Semasa Tahun Baru Cina, banyak amalan dan pantang larang
sebenarnya boleh dikaitkan kepada Feng Shui juga. Amalan untuk menghiasi pintu
masuk rumah semasa Tahun Baru Cina merupakan amalan Feng Shui supaya memberi
laluan kepada nasib baik untuk memasuki kehidupan kita.

28
961129-07-5269

6.3 Kesimpulan

Secara kesimpulannya, amalan Feng Shui yang diamalkan oleh penduduk Cina
di Pangsapuri GL Garden ialah peka terhadap Zodiac Cina. Kehidupan kaum Cina di
Pangsapuri GL Garden dipengaruhi dengan lebih tinggi semasa musim Tahun Baru
Cina. Jelaslah bahawa amalan Feng Shui merupakan salah satu adat resam yang masih
diamalkan oleh semua kumpulan umur. Masyarakat kaum Cina di Pangsapuri GL
Garden perlu terus mengamalkan adat resam ini supaya mengekalkan jati diri dan adat
resam ini tidak hilang dalam zaman yang semakin moden.

29
961129-07-5269

Rujukan

1. Derek Walters, 1991. The Feng Shui Handbook: A Practical Guide to Chinese
Geomancy and Environmental Harmony. Edisi Kedua. Great Britain: Thorsons.

2. Feng Shui Beginner (2015). 14 MUST SEE BEDROOM FENG SHUI


TABOOS (WITH ILLUSTRATIONS). Dicapai pada Mac 5, 2015, daripada
http://fengshuibeginner.com/14-must-see-bedroom-feng-shui-taboos/

3. Henry Fong. “Preparing for Year of the Goat” dlm. The Star, 18 Februari 2015

4. Kamus Dewan Edisi Keempat, 2005. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.

5. Lilian Too, 1997. Feng Shui Fundamentals: Networking. Edisi Pertama. Hong
Kong: Element Books Limited.

6. Merriam-webster, Incorporated (2015). Feng Shui. Dicapai pada Mac 5, 2015,


daripada http://www.merriam-webster.com/dictionary/feng%20shui

30
961129-07-5269

Lampiran
SOAL SELIDIK

Arahan: Sila tandakan (√) di ruang yang berkenaan.

A. Demografi Responden
1. Jantina
i. Lelaki ( )
ii. Perempuan ( )
2. Umur
i. Bawah 20 Tahun ( )
ii. 21 - 30 Tahun ( )
iii. 31 - 40 Tahun ( )
iv. 40 - 50 Tahun ( )
v. Lebih 50 Tahun ( )
3. Keturunan
i. Hokkien ( )
ii. Kantonis ( )
iii. Teochew ( )
iv. Hakka ( )
v. Lain-lain ( )
4. Pekerjaan
i. Kerajaan ( )
ii. Swasta ( )
iii. Bekerja Sendiri ( )
iv. Pelajar ( )
v. Tidak Bekerja ( )
5. Pendapatan sebulan
i. Bawah RM 3000 ( )
ii. RM 3000 – RM 5000 ( )
iii. RM 5000 ke atas ( )

B. Soalan tentang pendapat responden terhadap sejauh mana amalan feng


mempengaruhi kehidupan kaum cina di pangsapuri gl garden

Sangat Tidak Tidak Setuju Sangat


Tidak Setuju Pasti Setuju
Setuju
Keperluan untuk kejayaan
dalam kehidupan.
Bertujuan untuk mendapatkan
kemewahan hidup.

31
961129-07-5269

Bertujuan untuk mengekalkan


kesihatan yang baik.
Mengeluarkan wang untuk
membaiki Feng Shui.
Feng Shui tempat tinggal
merupakan salah satu faktor
sebelum berpindah rumah ke
tempat tersebut.
Perlu diberikan perhatian
semasa musim Tahun Baru
Cina

C. Soalan tentang tahap pengikutan responden terhadap amalan Feng Shui


Sangat Tidak Tidak Setuju Sangat
Tidak Setuju Pasti Setuju
Setuju
Kerap menyapu di hadapan
pintu rumah
Menjaga posisi cermin
Peka terhadap Zodiac Cina
Menjaga warna persekitaran
rumah
Memasang langsir di pintu
dan tingkap
Mengikuti kalendar Feng Shui
Menjaga posisi dan arah
rumah dan bilik
Menyimpan akuarium
Menyimpan kristal dan
permata Feng Shui

32
961129-07-5269

Keratan akhbar ini menunjukkan amalan Feng Shui yang berdasarkan Zodiac Cina.
Sumber: Henry Fong. “Preparing for Year of the Goat” dlm. The Star, 18
Februari 2015

33

You might also like