Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 10

Pengenalan

Program Transformasi Sekolah 2025 (TS25) merupakan sebahagian daripada usaha

Kementerian Pendidikan Malaysia ke arah meningkatkan kemenjadian murid dan

sekolah berkualiti.

Menurut KPM (2018) menyatakan Program Transformasi Sekolah 2025 (TS25)

untuk mengaplikasikan amalan terbaik dalam pelaksanaan pengurusan dan

kepimpinan serta pedagogi dalam pembelajaran dan pemudahcaraan (pdpc) demi

selari dengan rancangan maklumat yang terkandung dalam Pelan Pembangunan

Pendidikan Malaysia (PPPM) tahun 2013 hingga tahun 2025.

i. Usaha Kementerian Pendidikan Malaysia dalam merealisasikan TS25

TS25 adalah satu usaha yang bertujuan untuk melahirkan modal insan yang unggul

dengan mengadakan guru yang mempunyai kebolehan mengaplikasi konsep dan

mengamalkan pedagogi pdpc yang baik di dalam sekolah. Di samping itu, tujuan

kedua adalah untuk membangunkan pakar-pakar dalam pendidikan melalui latihan

yang komprehensif supaya dapat memberi bimbingan kepada guru dari segi kaedah

pedagogi dan ciri dan cara kepimpinan. Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)

juga berhasrat untuk mewujudkan sekolah sebagai satu tempat yang mempunyai

persekitaran pembelajaran yang berkesan dan berkualiti supaya dapat meningkatkan

kemenjadian murid. (KPM., 2018).

1
Selain itu, TS25 matlamat utamanya adalah memantapkan kepimpinan sekolah supaya

orang yang dipilih menjadi pentadbir sekolah mesti mempunyai ciri kepimpinan dan

kemahiran untuk menguruskan sekolah dengan baik, memaksimumkan potensi guru

dengan menerusi peningkatan kualiti pembelajaran dan pengajaran dengan berharap

supaya dapat memberikan pengajaran dan pemudahcaraan yang berkualiti kepada

murid. Akhirnya, TS25 adalah untuk mengukuhkan penglibatan ibubapa, komuniti

dan pihak berkepentingan demi menjayakan murid. (KPM., 2018).

ii. Pihak-pihak berkepentingan yang terlibat secara langsung dalam

menjayakan TS25

a. Ibu bapa:

Melengkapi ibu bapa bagi membantu pembelajaran anak mereka melalui sarana

penglibatan ibu bapa dan akses atas talian kepada kemajuan anak mereka(SAPS).

b. PIBG:

Mendapatkan maklum balas daripada setiap anggota PIBG mengenai pelaksanaan

kurikulum setempat dan kualiti guru mulai 2016.

c. Sektor Swasta:

1000 biasiswa daripada sector swasta untuk murid berbakat daripada komuniti miskin

untuk belajar di sekolah swasta dan antarabangsa.

d. NGO:

Memperluas model Sekolah Amanah kepada 500 buah sekolah menjelang 2025

2
dengan melibatkan kumpulan alumni dan NGOs yang berpotensi sebagai penganjur.

e. PERANAN RAKAN ELIT TS25

1. IAB&IPGM- Merancang startegi bagi membimbing sekolah..Menyediakan

modul latihan dan membangunkan instrument untuk memantau keberkesanaan

amalan TS25.Membantu pihak sekolah menyediakan Program Intervensi

Transformasi Sekolah (PinTas). Pelaporan kepada Jawatankuasa TS25 KPM

dan juga mengadakan perbincangan berterusan dengan Rakan Pendidikan

ELIT.

2. JPN- Menyelaras TS25 peringkat negeri dan memberi sokongan pengurusan

dan pentadbiran TS25. Mengawal pertukaran PGB di sekolah sepanjang

tempoh 3 tahun mengikut program TS25 dengan mendapat persetujuan

daripada KPM serta mengurus latihan kepada PGB /PK baharu bagi sekolah

dalam TS25. Menyelaras pelan tindakan pembangunan TS25 dan menyelaras

pelan tindakan pembangunan TS25.

3. PPD- Memberi bimbingan sokongan dan bantuan kepada sekolah. Membantu

perancangan pembangunan guru bersama-sama PGB,GPK Pentadbiran dan

3
Rakan ELIT IAB dan IPG. Memantau perkembangan pelaksanaan Pelan

Intervensi Transformasi Sekolah serta merekod dan membincangkan isu-isu

pelaksanaan.

iii. Kepentingan pelaksanaan TS25 kepada sistem pendidikan

Berdasarkan kepada tiga objektif Program Transformasi Sekolah, maka KPM

telah menetapkan tiga matlamat utama yang perlu dicapai oleh semua sekolah-

sekolah di Malaysia pada tahun 2025,iaitu;

- Memantapkan kepimpinan sekolah

- Memaksimumkan potensi guru dan murid menerusi peningkatan kualiti

pembelajaran dan pengajaran.

- Mengukuhkan penglibatan ibu bapa, komuniti dan pihak berkepentingan demi

kejayaan murid.

Matlamat Konsep Program Transformasi Sekolah 2025 adalah satu usaha kea rah

mealhirkan modal insan unggul melalui,yang akan dicapai menerusi transformasi

dalam lima teras yang berikut;

- Persekitaran pembelajaran murid yang aktif lagi bermakna.

- Penglibatan pembelajaran murid yang aktif lagi bermakna.

- Disokong kepimpinan yang berkualiti serta berwawasan.

- Guru yang kompeten,beraspirasi tinggi.

iv. Cabaran dalam pelaksanaan TS25

Cabaran-cabaran dalam menjayakan TS25 pertamanya adalah mewujudkan

persekitaran pembelajaran yang menyeronokkan. Untuk meningkatkan kemenjadian

4
murid di sekolah tiga aspek telah diberikan penekanan iaitu dari segi pentaksiran

murid, pedagogi digunakan dalam bilik darjah dan dokumen standard (DSKP). (Amin

Bin Senin., n.a.).

Penilaian sekolah dalam TS25 bukan hanya mementingkan kepada ujian dan

peperiksaan seperti UPSR semata-sematanya malah murid dinilai berdasarkan kepada

pentaksiran berasaskan sekolah iaitu mengandungi pentaksiran pusat (seperti UPSR),

pentaksiran bilik darjah (tahap kemahiran dan kefahaman murid terhadap mata

pelajaran akan dinilai oleh guru semasa pdpc), pentaksiran aktiviti jasmani sukan dan

kokurikulum (PAJSK) dan psikometrik. (Amin Bin Senin., n.a.).

Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) merupakan panduan terhadap

guru kepada setiap mata pelajaran yang diajar. DSKP juga membantu guru memahami

matlamat pembelajaran, objektif pembelajaran, pelaksanaan pembelajaran, serta hasil

pembelajaran dihasrat melalui mata pelajran tersebut. (KPM., 2018).

Pedagogi yang digunakan oleh guru semasa pdpc di sekolah memainkan peranan

penting dalam meningkatkan kemenjadian murid. Melalui pedagogi yang pelbagai

seperti Pembelajaran Abad Ke 21 (PAK-21), Kemahiran Berfikir Aras Tinggi

(KBAT), i-Think dan sebagainya semasa pdpc dapat mewujudkan pembelajaran yang

aktif serta dapat menfokuskan kepada elemen pembinaan kemahiran murid,

pengetahuan murid, meningkatkan sahsiah diri serta dapat memupukkan nilai-nilai

5
murni dan kecemerlangan berorientasikan akademik di dalam setiap kalangan murid.

(KPM., 2018).

Cabaran-cabaran dalam menjayakan TS25 keduanya adalah memantapkan pihak

pentadbir sekolah yang mempunyai ciri kepimpinan yang berkualiti dan berwawasan

di setiap sekolah. Guru besar dan pengetua memainkan peranan penting dalam

sekolah mereka bukan sekadar mentadbirkan sekolah malah mereka merupakan

pemimpin instruksional iaitu memberikan tumpuan untuk meningkatkan kualiti di

sekolah. langkah-langkah yang diambil oleh KPM adalah pertama memurni dan

memperjelas kriteria pemilihan pengetua atau guru besar prosesnya haruslah rapi,

jelas dan telus bagi meningkatkan kualiti sekolah dengan berkesan (KPM., n.a.).

Membentuk kelompok pemimpin sekolah masa depan yang berpotensi seperti

mengadakan program pemimpin masa depan England melahirkan peminpin sekolah

dari peringkat awal tujuannya untuk melahirkan pemimpin sekolah dari guru

berprestasi tinggi dengan masa yang singkat. (KPM., n.a.).

Penambah baik program yang sedia ada terhadap guru besar seperti mengadakan

program residensi pengetua dan guru besar membolehkan bakal-bakal peminpin

diberikan pendedahkan sedia ada untuk menyokong mereka menjalankan tugas

dengan berkesan sejak awal. (KPM., n.a.).


6
Memperkenalkan pendekatan pengurusan berdasarkan prestasi dan kompetensi.

Penilaian prestasi akan dijalankan untuk menilaikan pengetua dan guru besar melalui

empat dimensi kepimpinan, nilai-nilai profesional, sumbangan dan jalinan kerjasama.

(KPM., n.a.).

Cabaran-cabaran dalam menjayakan TS25 ketiga adalah meningkatkan kompetensi

dan aspirasi guru. Untuk menigkatkan kompetensi guru KPM telah mengambilkan

beberapa langkah iaitu pertama dari segi pemilihan guru syarat dan kelayakan

kemasukan ke program latihan perguruan telah meningkat dan menguatkuasakan dan

beberapa tapisan berdasarkan pelbagai faktor iaitu sikap, aptitud terhadap pengajaran

dan personaliti guru. (KPM., n.a.)..

Kedua ialah merombak IPG dan latihan guru untuk memperkukuhkan kualiti

kepimpinan dan pensyarah seperti meningkatkan pemegang ijazah Doktor Falsafah,

serta mengagihkan masa yang seimbang dalam pengajaran, penyelidikan dan

penerbitan bahan serta memberikan ganjaran yang menarik kepada mereka yang

berprestasi tinggi. Memastikan kampus IPG mempunyai kemudahan infrastruktur

yang lengkap dan pelatih mempunyai kemahiran terkini. Memastikan guru

mempunyai kemahiran menjalankan penyelidikan dan memastikan guru mempunyai

kemahiran pedagogi abad 21. (KPM., n.a.).

Ketiga ialah mengadakan latihan praperkhidmatan guru iaitu meningkatkan tahap


7
pendidikan guru dari diploma kepada ijazah sarjana muda serta mengadakan

pembangunan profesional berterusan seperti aktiviti pembelajaran kendiri, bengkel di

luar sekolah dan bimbingan dalam bilik darjah serperti pencerapan di bilik darjah.

(KPM., n.a.).

Keempat adalah menbangunkan laluan kerjaya baharu yang menarik seperti

mengelakkan penempatan guru adalah mengikut opsyen guru, waktu kerja yang

seimbang, dan mengurangkan masa guru di selain daripada bilik darjah. Di samping

itu, guru dapat menyokong laluan pantas berdasarkan prestasi dan kompetensi, selaras

dengan peluang untuk penempatan semula bagi guru yang tekal berprestasi rendah.

(KPM., n.a.).

Cabaran yang terakhir adalah penglibatkan komitmen komuniti yang

padu.Penglibatan komitmen komuniti dapat meningkatkan pembelajaran murid di

luaran sekolah dan kerjasama sekolah dengan komuniti secara sukarela amat

diperlukan untuk menyediakan pellbagai perkhidmatan dan membawa manfaat

kepada sekolah setempat. Penglibatan murid dalm pertubuhan dan aktivit komuniti

mendapat murid mempelajaran pelbagai kemahiran yang lembut (soft skill) dan dapat

menjalinkan hubungan yang baik serta menjalinkan persahabatan antara komuniti

tersebut (KPM., 2018).

8
Rujukkan

KPM. (2018). Program Transformasi Sekolah 2025. Retrieved on 5 December 2018

from https://www.moe.gov.my/index.php/my/sekolah/program-transformasi-sekolah-

2025.

Amin Bin Senin. (n.a.). Connecting the Dots. Retrieved on 7 December 2018 from

https://www.moe.gov.my/images/TS25-2025/connecting-the-dots.pdf

9
KPM. (n.a.). Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025. Retrieved on

7December2018 https://www.moe.gov.my/index.php/my/dasar/pelan-pembangunan-

pendidikan-malaysia-2013-2025

http://www.cikgushare.com/2017/11/pengertian-definisi-program.html

https://www.moe.gov.my/index.php

http://erepomelaka.moe.gov.my/131/

10

You might also like