Kata Ganda

You might also like

Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 2

BAHASA MELAYU (6 DEDIKASI)

KATA GANDA

1. Kata ganda ialah proses pengulangan kata secara keseluruhan atau pada bahagian-bahagian
yang tertentu.

2. Penggandaan terbahagi kepada empat iaitu : 

a) Kata ganda seluruh


b) Kata ganda separa
c) Kata ganda berentak/berima
d) Kata ganda berimbuhan

KATA GANDA SELURUH/PENUH

1. Kata ganda penuh/seluruh melibatkan seluruh kata dasar yang diulang atau digandakan
tanpa sebarang perubahan bentuk.

2. Contoh kata ganda seluruh  iaitu: 

KATA NAMA KATA KERJA KATA ADJEKTIF

Buku-buku Pusing-pusing Cantik-cantik

Murid-murid Geleng-geleng Panjang-panjang

3. Penggandaan penuh melibatkan pengulangan seluruh kata . Kata ganda ada yang bermaksud
jamak, tunggal, atau kedua-duanya.

PENGGANDAAN MAKNA JAMAK MAKNA TUNGGAL

Api-api Banyaknya api Sejenis serangga

Kuda-kuda Banyaknya kuda Kayu penyangga

KATA GANDA SEPARA

1. Kata ganda separa ialah kata ganda yang mengalami pengulangan suku kata pertama pada
kata asalnya.  Selain itu, bunyi vokal pada suku kata pertama berubah menjadi vokal yang
dilambangkan dengan huruf  e .Contoh :

KATA DASAR KATA GANDA KATA GANDA SEPARA


Kuda Kuda-kuda Kekuda
Siku Siku-siku Sesiku
Bola Bola-bola Bebola
Jari Jari-jari Jejari

KATA GANDA BERIMA/BERENTAK


BAHASA MELAYU (6 DEDIKASI)

1. Kata ganda berima/berentak merupakan proses menggandakan kata dasar mengikut rentak
bunyi tertentu dalam kata dasar tersebut.

2. Seluruh kata dasar digandakan dan bunyi-bunyi tertentu diulang. Kata ganda ini terbahagi
kepada tiga, iaitu:

JENIS KATA GANDA CONTOH CONTOH AYAT

Persamaan bunyi di Kuih-muih, lauk-pauk Kuih-muih itu terhidang di atas meja


hujung

Persamaan bunyi di Batu-batan, bukit-bukau Aktiviti gotong-royong akan diadakan


pangkal esok

Persesuaian bunyi Kusut-masai, simpang-siur Rambutnya kusut-masai kerana ditiup


keseluruhan angin.

KATA GANDA BERIMBUHAN

1. Kata ganda berimbuhan ialah kata ganda yang menerima imbuhan sama ada awalan, apitan,
sisipan, atau akhiran.  Contoh :

IMBUHAN CONTOH KATA GANDA BERIMBUHAN

Awalan Bermain-main, menjerit-jerit, tergaru-garu, melompat-lompat

Apitan Bertolak-tolakan, kebodoh-bodohan, setidak-tidaknya

Sisipan Tulang-temulang, turun-temurun, gilap-gemilap

Akhiran Wangi-wangian, tumbuh-tumbuhan

You might also like