Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 5

PROGRAM SEKOLAH SELAMAT

Sekolah selamat didefinisikan sebagai persekitaran sekolah yang selamat di


mana warga sekolah merasa selamat tanpa gangguan daripada mana-mana pihak
samada dari dalam mahupun dari luar.             

Dengan itu, Program Sekolah Selamat dilancarkan di sekolah-sekolah di


Malaysia bagi membendung  masalah disiplin para pelajar.  Warga sekolah yang terdiri
daripada guru, pelajar, kakitangan sokongan, pentadbir sekolah, kaunselor dan
sebagainya memainkan peranan untuk mewujudkan persekitaran sekolah yang
selamat.  Setiap warga sekolah juga mestilah mempunyai kesedaran tentang
keselamatan dan diterjemahkan melalui sikap dan tingkahlaku sensitif, prihatin dan
tanggungjawab professional untuk menjamin suasana  pembelajaran dapat berjalan 
dengan baik. 

Oleh itu, bagi merealisasikan Polisi Sekolah Selamat, peranan yang boleh
dilakukan adalah seperti berikut: 

1)          Penglibatan Warga Sekolah ·        

 Mewujudkan guru bertugas mingguan iaitu bertugas di pintu masuk dan


kawasan bangunan sebelum dan selepas persekolahan.  ·        
 Kehadiran guru di setiap kawasan dan bilik khas.  ·        
 Guru membantu mengawal trafik di dalam dan di luar sekolah semasa
dan selepas sekolah.  ·        
 Guru berada bersama pelajar pada setiap  program dan aktiviti sekolah  
 Guru mengawasi dan makan di kantin sekolah.  ·        
 Guru membantu  pelajar semasa dan selepas waktu persekolahan. 
·        
 Warga sekolah dilatih mengatasi sebarang krisis yang berlaku dan
memahami tanggungjawab terhadap pencegahan dan menghadapi
kecemasan.  ·        
 Guru berbincang dalam kelas dan setiap program dalam menerap
kesedaran dan keselamatan di sekolah.  ·        
 Warga sekolah bertanggungjawab melaksanakan polisi untuk
menentukan keselamatan dalam setiap aktiviti kokurikulum sepanjang
masa persekolahan.  ·        
 Pentadbir dan guru memanggil pelajar dengan nama.    

2)    Latihan Dalam Perkhidmatan


Latihan dalam perkhidmatan adalah program dan aktiviti bertujuan untuk memaklumkan
warga sekolah berkaitan dengan plan, prosedur dan tanggungjawab dalam
mengekalkan iklim sekolah selamat.  Warga sekolah juga bertanggungjawab mengelak,
mengurus dan bertindak balas terhadap setiap krisis yang timbul.  Antaranya ialah: 
·        

Memberi masa dan sumber yang mencukupi dalam latihan perkhidmatan untuk
warga sekolah bagi memastikan tidak berlaku keganasan di sekolah.  ·        

Melibatkan orang awam, pegawai penguatkuasa, kesihatan, bomba dan agensi-


agensi kecemasan dalam latihan di sekolah tersebut.  ·        

Mengekalkan kesedaran  secara berterusan kepada warga sekolah dalam


memainkan peranan masing-masing dalam menghadapi sebelum dan selepas krisis. 
·        

Program orientasi kepada staf baru tentang polisi, prosedur dan tanggungjawab
ke arah ke sekolah selamat.  ·        

Mengadakan latihan untuk memastikan keberkesanan tindakan plan krisis


sekolah dilaksanakan.  ·        

Warga sekolah menunjukkan komitmen dan kefahaman yang bersesuaian


terhadap perkara-perkara berikut: 

Ø  Kehadiran pelawat

Ø  Penyalahgunaan bahan

Ø  Penculikan

Ø  Penggunaan senjata

Ø  Pelajar bermasalah

Ø  Gangguan fizikal/ seksual

Ø  Kewujudan gangster

Ø  Hak dan tanggungjawab sekolah

Ø  Kehadiran warga sekolah

Ø  Pemberitahuan maklumat

Ø  Menangani masalah penceroboh


Ø  Laporan kejadian

Ø  Vandalisme Ø  Akta-akta jenayah

Ø  Pemeriksaan mengejut   

3)    Kerjasama Pihak Luar ·        

 Melibatkan penguatkuasaan undang-undang di kalangan ahli-ahli dalam


sekolah dan perkembangan plan krisis dan tindak balasnya.  ·        
 Koordinasi pelan kecemasan antara agensi- polis, bomba dan pegawai
perubatan.  ·        
 Tindak balas segera dan pengawasan yang tepat.  ·        
 Melibatkan penguatkuasa undang-undang dan berkongsi sama merangka
kurikulum dan arahan, aktiviti pencegahan dan latihan dalam
perkhidmatan.  ·        
 Bekerjasama dengan agensi yang mempunyai kepakaran dan kemahiran
bagi menghadapi bencana alam dan memberi bantuan.  ·        
 Melaksanakan plan tindakan mengatasi ponteng secara menyeluruh. 
·        
 Menaja atau melibatkan diri dalam program pencegahan jenayah.  ·        
 Melibatkan diri dalam program sedia ada dengan pihak polis.  ·        
 Memberikan plan sekolah kepada pihak polis.  ·        
 Memastikan warga sekolah dan polis memahami peraturan masing-
masing apabila dipanggil ke sekolah.    

4)    Kelab Pencegahan Jenayah

Sekolah Kebangsaan ……………………… juga telah menubuhkan Kelab


Pencegahan Jenayah melalui kempen keselamatan yang berterusan.  Kelab tersebut
merupakan badan sukarela yang dilaksanakan oleh pertubuhan bagi mengurangkan
salahlaku jenayah dan meningkatkan kawalan serta keselamatan.  Tujuan kelab ini
ditubuhkan bagi meningkatkan kesedaran pelajar terhadap peraturan dan
tanggungjawab sekolah serta menukar pandangan  pelajar supaya tidak lalai terhadap
tanggungjawab mereka dan melaporkan situasi yang tidak menyenangkan.    

5)    Kawalan keselamatan

Sekolah Kebangsaan …………………………… menyediakan perkhidmatan


kawalan keselamatan supaya persekitarannya rasa bebas dari ancaman keselamatan
iaitu dengan cara mewujudkan perancangan keselamatan sekolah melalui kawalan,
sistem komunikasi, pengawasan, lencana pengenalan diri, kad kebenaran,tanda nama
pelawat dan kawalan dari pengawal keselamatan.   

6)    Peranan Ibu Bapa dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG)

Peranan ibu bapa dan penjaga Sekolah Kebangsaan …………………………..


juga menunjukkan rasa sifat kepunyaan dan rasa bangga terhadap sekolah melalui
sokongan, pernglibatan dan penyertaan sebagai rakan kongsi dalam aktiviti sekolah
selamat.  Antara perkongsian adalah merupakan program keibubapaan secara sukarela
yang melibatkan aktiviti rondaan keselamatan, bantuan, pemantauan dan program
pendidikan keibubapaan dimana ibu bapa belajar kemahiran menolong, menerima
khidmat kaunseling dan belajar berkenaan akibat tingkahlaku keganasan di sekolah.  
Antara kerjasama bersama ibu bapa dengan pihak sekolah ialah: 

 Ibu bapa sentiasa diberitahu tentang program Sekolah Selamat, pelan dan
prosedur tindakan dan juga peranan dan tanggungjawab mereka. 
 Membuat tinjauan dan mengadakan perbincangan dengan ibu bapa bagi
menentukan tanggapan mereka berhubung dengan keselamatan sekolah
dan hubungan dengan jenayah pelajar. 
 Melibatkan ibu bapa dalam pembangunan polisi sekolah selamat dan
menjadi ahli dalam jawatankuasa sekolah selamat. 
 Melibatkan ibu bapa sebagai tenaga pengiring (chaperones) dan
membantu dalam menjalankan rondaan keselamatan dan program
pengawasan jenayah. 
 Mengiktiraf ibu bapa sebagai rakan dalam memastikan sekolah selamat
melalui pendidikan keibubapaan dan kaunseling.  
 Menggalakkan ibu bapa bertanggungjawab dalam memantau tingkah laku
dan permasalahan pelajar
 Memberi khidmat kaunseling kepada ibu bapa  yang anak mereka
mempunyai potensi ke arah keganasan.

7) Pegawai Personel

Pegawai personel ialah seorang yang di tugaskan bertanggungjawab untuk


memimpin, menyelaras dan membantu dalam memastikan persekitaran sekolah
selamat wujud. Personalia tersebut terdiri dari seorang pengawal keselamatan,
pentadbir sekolah atau seorang guru yang di tugaskan  untuk melaksanakan peranan
ini.

Pengawal keselamatan sekolah ada sepanjang masa persekolahan dan dalam


semua program sekolah

8) Jawatankuasa Bagi melicinkan pelaksanaan Sekolah Selamat,


Sekolah Kebangsaan ………………………… juga ada menubuhkan
Jawatankuasa Sekolah Selamat yang keahliannya terdiri daripada wakil sekolah, ibu
bapa, agensi-agensi kerajaan dan bukan kerajaan. Tugas utama jawatankuasa ini ialah
memantau keperluan keselamatan di sekolah yang bertujuan untuk mengenalpasti
masalah, mencadang program / polisi sekolah selamat dan membantu dalam
pengurusan sebelum dan selepas krisis berlaku.

9)  Pelan Pengurusan Krisis

Pelan Pengurusan Krisis (PPK) merupakan pelan khusus dan komprehensif


yang digunakan dalam menghadapi suasana kecemasan dan lankah-langkah perlu
selepas Insiden. Pelan ini telah sedia maklum oleh semua kakitangan sekolah. Peranan
dan tanggungjawab sekolah semasa dan selepas krisis dijelaskan dengan terperinci.
Krisis tersebut merangkumi kemalangan, tembak-menembak, kes tebusan,
penggunaan senjata api, kebakaran, ugutan bom, bencana alam, kematian, bunuh diri,
tunjuk perasaan, pencerobohan dan sebagainya. Oleh itu, SKPS juga mempunyai pelan
tindakan yang diketahui oleh semua staf dan dimaklumkan dari masa ke semasa bagi
mengenalpasti:

 Pelbagai situasi termasuk yang di luar jangkaan


 Saluran komunikasi kepada Guru Besar Saluran dan isyarat-isyarat
supaya staf berwaspada
 Agihan tugas untuk melaksanakan tanggungjawab dalam aspek tertentu
Kawasan penempatan semula pelajar
 Prosedur memindahkan pelajar dalam situasi tertentu
 Pegawai yang bertanggungjawab
 Senarai nombor-nombor telefon agensi-agensi yang boleh dihubungi
semasa kecemasan
 Langkah-langkah pemberitahuan ibu bapa cara memindahkan pelajar
 Polisi dan prosedur bagi mengendalikan pihak media
 Tanggungjawab menyimpan rekod kejadian          

You might also like