Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 4

Ruj : KEA 3122-600

KERTAS CADANGAN

MAJLIS PERLANCARAN
SAMBUTAN BULAN KEBANGSAAN DAN
MINGGU ANTI DADAH PERINGKAT SEKOLAH TAHUN 2019

ANJURAN BERSAMA
PUSAT SUMBER SMPKVM
BIMBINGAN DAN KAUNSELING

7 OGOS 2019 (RABU)

TEMA : MALAYSIA BERSIH


(MERDEKA TANPA DADAH)

TUJUAN
1. Kertas cadangan ini bertujuan untuk memohon kebenaran mengadakan program dan
memohon kelulusan kewangan untuk menjalankan Majlis Perlancaran Sambutan
Bulan Kebangsaan dan Minggu Anti Dadah Peringkat Sekolah Menengah Pendidikan
Khas Vokasional Merbok bagi tahun 2019.

LATAR BELAKANG
2. Pada bulan Ogos setiap tahun, kebiasaannya akan diadakan sambutan bulan
kebangsaan dengan menjalankan pelbagai program dan pengisian bagi mengenang
keamanan dan kemakmuran yang kita kecapi, nikmat pada hari ini hasil daripada
usaha mereka yang terdahulu untuk memerdekakan negara. Justeru itu, murid
berkeperluan khas juga perlu menyertai dan memahami erti kemerdekaan yang
sebenarnya kerana mereka juga adalah pewaris negara ini.
3. Selain itu, pada tahun ini dijalankan juga aktiviti perlancaran minggu anti dadah
dimana ia melibatkan seluruh warga sekolah bagi menjayakan harapan negara bebas
dadah dan membantu mengurangkan kadar jenayah . Sekolah merupakan salah satu
agen terbaik untuk menyebarkan maklumat tentang masalah penyalahgunaan dadah
dan kempen untuk mencegahnya.

1
ASAS PERTIMBANGAN
4. Melancarkan Sambutan Bulan Kebangsaan dan Minggu Anti Dadah pada masa yang
telah ditetapkan dan mendokumentasi perjalanan program untuk rujukan pelbagai
pihak.
5. Memberi peluang kepada murid – murid berkeperluan khas untuk melahirkan idea
kreativiti ke arah cintakan negara dan kempen perangi dadah melalui kepelbagaian
aktiviti yang dijalankan.

CADANGAN PERLAKSANAAN
6. Majlis Perlancaran Sambutan Bulan Kebangsaan dan Minggu Anti Dadah Peringkat
Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional Merbok bagi tahun 2019 telah
diputuskan oleh pihak jawatankuasa yang terlibat dan dicadangkan seperti ketetapan
berikut :
6.1 Tarikh / Hari : 7 Ogos 2019 / Rabu
6.2 Lokasi : Dataran SMPK Vokasional Merbok
6.3 Masa : Rujuk Tentatif Program
6.4 Bilangan Peserta : Warga Sekolah SMPK Vokasional Merbok
6.5 Tentatif Program :
MASA AKTIVITI

7.30 am - Murid dan guru berkumpul di dataran perhimpunan


7.35 am - Nyanyian lagu Negaraku, Negeri Kedah dan lagu Sekolah
7.40 am - Ucapan Aluan Pengerusi Majlis
7.45 am - Bacaan Doa
7.50 am - Bacaan Ikrar Rukun Negara
7.55 am - Ucapan Aluan dan Perasmian Tuan Pengetua
8.00 am - Gimik dan Simbolik Perasmian Sambutan Bulan Kebangsaan
dan Minggu Anti Dadah Peringkat Sekolah 2019
8.10 am - Persembahan Murid
8.15 am - Sesi Bergambar
8.20 am - Bersurai

AHLI JAWATANKUASA INDUK


7. Program ini akan melibatkan seluruh warga sekolahBagi menjayakan program ini,
jawatankuasa khas telah dipertanggungjawabkan dengan tugasan yang perlu
dilaksanakan bagi melancarkan perjalanan program. Butiran jawatankuasa adalah
seperti di dalam Lampiran A

IMPLIKASI KEWANGAN
2
8. Perancangan Perbelanjaan

BUTIRAN KUANTITI HARGA HARGA


SEUNIT KESELURUHAN

8.1 Bunting 2 RM 25.00 RM 50.00


8.2 Bendera
- Flag Bunting 50 RM 5.00 RM 250.00
- Bendera 2x8 25 RM 8.00 RM 200.00
- Bendera 4x6 25 RM 6.00 RM 150.00
8.3 Bahan Gimik - RM 200.00 RM 200.00

JUMLAH BESAR : RM 850.00

9. Sumber Kewangan
9.1 Peruntukan PCG Pusat Sumber Sekolah (RM 850.00)

RUMUSAN
10. Harapan pihak kami adalah program ini mendapat perhatian dan kerjasama dari
semua pihak yang terlibat. Moga program ini menjadi kayu pengukur dalam
perancangan tahunan sekolah. Dengan keprihatinan pihak pengurusan sekolah
dalam membantu menjayakan program ini, diharapkan program ini berjalan dengan
lancar seperti yang dirancang sebaiknya.

3
DISEDIAKAN OLEH

NUR RAWAIDAH BINTI RAHMAT


GURU PERPUSTAKAAN DAN MEDIA
SM PENDIDIKAN KHAS VOKASIONAL MERBOK

DISOKONG / TIDAK DISOKONG

MOHD FUZI MD.SAAD


GURU PENOLONG KANAN AKADEMIK
SM PENDIDIKAN KHAS VOKASIONAL MERBOK

DILULUSKAN / TIDAK DILULUSKAN

SUHAINI SHAARI
PENGETUA
SM PENDIDIKAN KHAS VOKASIONAL MERBOK

You might also like